laporan projek internship pertandingan melukis dan mewarna poster hari kemerdekaan

4
LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN ( PROJEK INDIVIDU ) Hari : Selasa ( 19 Julai 2016 ) Tempat : 4A2, SK Sungai Lalang Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang sempena bulan kemerdekaan yang hampir datang. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka menjadi lebih baik. Pertandingan ini akan diadakan secara mini dan tertutup diadakan dalam kelas tahun yang dipilih oleh guru. Matlamat Projek Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Kemerdekaan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid tahun 4 di SK. Sungai Lalang dalam bidang seni. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah Kebangsaan di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah. Objektif Projek Objektif projek ini dijalankan ialah untuk menanam semangat patriotisme dan rasa kesyukuran dalam jiwa murid. Kedua, projek ini juga sebagai salah satu alternatif mengenalpasti murid yang mempunyai bakat dalam bidang seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka. Ketiga, projek ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar murid-murid menjadi lebih baik serta mendedahkan cara pengurusan sesuatu program berunsur akademik kepada kami, guru pelatih .

Upload: maryam-ahmad

Post on 21-Jan-2018

886 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

LAPORAN PROJEK INTERNSHIP

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

( PROJEK INDIVIDU )

Hari : Selasa ( 19 Julai 2016 )

Tempat : 4A2, SK Sungai Lalang

Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu medium

bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme dalam

kalangan murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang sempena bulan

kemerdekaan yang hampir datang. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang

kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka

menjadi lebih baik. Pertandingan ini akan diadakan secara mini dan tertutup diadakan

dalam kelas tahun yang dipilih oleh guru.

Matlamat Projek

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Kemerdekaan bagi

memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat

terpendam murid-murid tahun 4 di SK. Sungai Lalang dalam bidang seni. Selain itu, guru

dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah

Kebangsaan di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara

sekolah dan daerah.

Objektif Projek

Objektif projek ini dijalankan ialah untuk menanam semangat patriotisme dan rasa

kesyukuran dalam jiwa murid. Kedua, projek ini juga sebagai salah satu alternati f

mengenalpasti murid yang mempunyai bakat dalam bidang seni (mewarna) dan

mengetengahkan bakat mereka. Ketiga, projek ini dapat meningkatkan kemahiran motor

halus dan kasar murid-murid menjadi lebih baik serta mendedahkan cara pengurusan

sesuatu program berunsur akademik kepada kami, guru pelatih .

Page 2: LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Strategi Pelaksanaan

Projek individu iaitu Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Sempena Bulan

Kemerdekaan pula dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual sepanjang minggu ini . Pertandingan ini dibuka dengan penyertaan secara

individu .

Syarat kriteria dan peraturan dibuat untuk memastikan penilaian dapat dibuat dengan

baik . Pelaksanaan projek dilakukan secara berkala hanya pada sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang bermaksud peserta dikehendaki menyiapkan

projek dalam tempoh masa yang ditetapkan sahaja.

Hanya 3 orang pemenang sahaja yang akan dipilih sebagai pemenang manakala

saguhati turut diberikan kepada semua peserta yang melibatkan diri dalam penyertaan .

Anggaran perbelanjaan bagi projek ini hanya berjumlah RM 30.00 sahaja.

Masalah/ Kekangan Sepanjang Pelaksanaan Projek

Sepanjang pelaksanaan projek ini saya dapat mengenalpasti beberapa masalah yang

dapat dilihat berlaku ketika pelaksanaan projek ini . Pertama, walaupun masa

pelaksanaan projek mengambil masa yang panjang dan mencukupi, saya mendapati

kemahiran melukis majoriti murid adalah sederhana dan mengambil masa yang terlalu

lama bagi melukis satu-satu objek . Oleh itu, banyak peruntukan masa mewarna yang

telah ditarik hanya bagi menyiapkan lakaran lukisan mereka .

Kedua , masalah kekemasan dan kebersihan kurang dititikberatkan murid . Kawasan

aktiviti dan pakaian murid kelihatan kotor dan tidak rapi sebaik sudah menyiapkan projek

mereka. Murid mengabaikan kebersihan pakaian mereka, kawasan mewarna serta

kebersihan alat dan bahan yang digunakan sepanjang mereka melibatkan diri dalam

aktiviti .

Page 3: LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Cadangan Penambahbaikan

Pada pandangan saya, sewajarnya saya maklumkan terlebih awal kepada murid untuk

meneroka lukisan dan lakaran gambar serta membuat latihan melukis yang berkaitan

tajuk yang akan dilukis ketika pertandingan dijalankan . Maka, sedikit sebanyak keadaan

ini dapat membantu memudahkan murid membuat lukisan kemerdekaan dan tidak

mengambil masa yang terlalu panjang untuk berfikir dan merancang lukisan yang hendak

dibuat ketika pertandingan sedang dijalankan .

Kedua, sebagai langkah awal, saya sebagai pengelola pertandingan sewajarnya

meminta peserta menyediakan sendiri baju terpakai atau apron yang akan digunakan

ketika hari pertandingan dijalankan . Langkah ini sebagai satu alternatif yang dapat

membantu mengurangkan risiko kekotoran dan ketidakkemasan diri, alat dan bahan serta

persekitaran .

Secara keseluruhannya, projek pertandingan ini merupakan satu pengalaman baru dan

menarik buat saya yang pertama kali menganjurkan program ini di sekolah

memandangkan saya sebelum ini tidak berpeluang menganjurkan apa-apa pertandingan

di sekolah-sekolah praktikum sebelum ini . Oleh itu, pengalaman ini merupakan satu

pengalaman yang amat manis dan berharga buat diri saya sebagai bakal guru kelak .

Page 4: LAPORAN PROJEK INTERNSHIP PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN