laporan pndu puteri 2.30-11.00 mlm

2
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2012 MASA : 2.30 PETANG-11.00 MALAM Pada 2.30 Petang, selepas solat zohor, aktiviti bebas dijalankan. Semua kadet diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti yang diingini. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan kadet melakukan aktiviti khidmat diri kerana baru sahaja selesai menjalankan aktiviti kembara dan masakan rimba. Kebanyakan kadet juga mengambil kesempatan untuk mengemas barang-barang di dalam khemah dan dewan, tempat aktiviti Pandu Puteri dijalankan. Setelah selesai, kadet- kadet berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Slot 10 – Permainan Luas. Selepas solat asar, semua kadet berkumpul di dewan bagi meneruskan aktiviti. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, aktiviti hanya dilaksanakan di dalam dewan tersebut. Slot 10 ini dikendalikan oleh Pemimpin Pandu Puteri, Puan Sharifah. Semua kadet diminta untuk berbaris dan duduk dalam patrol masing-masing. Aktiviti ini dijalankan mengikut patrol masing-masing. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji dan membina daya pemikiran, kreativiti dan kekuatan serta kesepaduan anggota dalam setiap patrol. Berikut adalah aktiviti atau permainan yang dijalankan dalam slot tersebut : 1. Permainan ‘Lords of The Ring’ 2. Permainan ‘Kata-kataku’ 3. Permainan ‘Dunia Semakin Sempit’ 4. Permainan ‘Anda adalah seorang arkitek’ 5. Permainan ‘Words Whisper’

Upload: ruqaiyah-hani-firuz-dalili

Post on 20-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Pandu

TRANSCRIPT

TARIKH: 12 SEPTEMBER 2012MASA: 2.30 PETANG-11.00 MALAM

Pada 2.30 Petang, selepas solat zohor, aktiviti bebas dijalankan. Semua kadet diberikan kebebasan untuk melakukan aktiviti yang diingini. Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan kadet melakukan aktiviti khidmat diri kerana baru sahaja selesai menjalankan aktiviti kembara dan masakan rimba. Kebanyakan kadet juga mengambil kesempatan untuk mengemas barang-barang di dalam khemah dan dewan, tempat aktiviti Pandu Puteri dijalankan. Setelah selesai, kadet-kadet berehat dan bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Slot 10 Permainan Luas.Selepas solat asar, semua kadet berkumpul di dewan bagi meneruskan aktiviti. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, aktiviti hanya dilaksanakan di dalam dewan tersebut. Slot 10 ini dikendalikan oleh Pemimpin Pandu Puteri, Puan Sharifah. Semua kadet diminta untuk berbaris dan duduk dalam patrol masing-masing. Aktiviti ini dijalankan mengikut patrol masing-masing. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji dan membina daya pemikiran, kreativiti dan kekuatan serta kesepaduan anggota dalam setiap patrol. Berikut adalah aktiviti atau permainan yang dijalankan dalam slot tersebut :1. Permainan Lords of The Ring2. Permainan Kata-kataku3. Permainan Dunia Semakin Sempit4. Permainan Anda adalah seorang arkitek5. Permainan Words WhisperAktiviti ini selesai dijalankan tepat pukul 7.00 malam. Setelah itu, semua kadet bersiap sedia untuk solat maghrib dan makan malam.Selepas solat Isyak, semua kadet yang terlibat dengan malam kebudayaan membuat latihan terakhir sebelum ke dewan utama untuk membuat persembahan. Pandu Puteri Kadet telah membuat keputusan untuk melakukan persembahan Dikir Barat. Tepat pukul 9.30 malam, semua kadet bergerak ke dewan utama bagi menyaksikan persembahan daripada unit-unit lain. Unit pertama yang membuat persembahan ialah Pengakap, diikuti dengan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan yang terakhir ialah Pandu Puteri. Unit Pengakap, Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah mempersembahkan lakonan bertemakan kemerdekaan. Manakala, Puteri Islam melagukan persembahan nazam puteri. Malam kebudayaan telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua unit kelihatan gembira dan menjalankan aktiviti kebudayaan dengan ceria sekali.Setelah selesai malam kebudayaan, semua unit pulang ke tapak perkhemahan masing-masing. Pandu Puteri dipanggil berkumpul di dewan utama bagi menjalankan malam manito. Semua kadet kelihatan sangat ceria dan gembira, walaupun telah penat menjalankan aktiviti seharian. Malam manito yang penuh kejutan ini diserikan dengan gelak tawa kadet yang membahagiakan. Setelah semua kadet menerima hadiah daripada manito masing-masing, kadet dibenarkan pulang ke khemah masing-masing setelah menyanyikan lagu Taps Malam. Sentri dijalankan seperti biasa. Kadet-kadet yang tidak bertugas merehatkan diri di khemah dan dewan.