laporan pertengahan tahun 2016 bahagian jaringan …

36
LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM) 1.0 PENGENALAN Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) berperanan untuk mengukuhkan dan mengembangkan jaringan dan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pihak industri dan komuniti. Matlamat BJIM ini dijayakan melalui pemadanan ilmu dan kepakaran, kemudahan dan sumber yang terdapat di dalam universiti dengan keperluan, aspirasi serta harapan pihak industri dan masyarakat bagi memastikan kelestarian di pelbagai peringkat. Tumpuan utama BJIM pada tahun 2016 adalah untuk melaksanakan usaha mengukuhkan hubungan serta jaringan bersama pihak industri dan masyarakat dengan lebih proaktif dan efektif. Penglibatan pihak dalaman kampus akan menghasilkan output libatsama yang berimpak tinggi demi memperkasakan industri dan komuniti. USM giat memberi penumpuan terhadap usaha dan inisiatif bagi memperluaskan libatsama universiti-industri-komuniti pada peringkat negeri, kebangsaan, serantau dan antarabangsa untuk mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan serta kesejagatan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan juga kelestarian masyarakat khususnya golongan terkebawah. Usaha ini adalah selari dengan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti Industri dan Masyarakat yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghasilkan impak yang lebih tinggi. Libatsama universiti komuniti merangkumi pembinaan perhubungan yang berterusan dan kekal serta pengaplikasian sesuatu wawasan kolaboratif yang menguntungkan semua pihak. Ia memerlukan penyertaan secara rela daripada semua pihak untuk menjana pemindahan ilmu, memudahkan penawaran perkhidmatan dan menyediakan kemudahan untuk faedah bersama. BJIM memastikan projek libatsama komuniti dijalankan secara lestari untuk menghasilkan output yang berimpak tinggi kepada masyarakat. Kriteria dan piawaian standard ditambah baik untuk memastikan projek yang dilaksanakan adalah relevan dan seterusnya meningkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat. Usaha libatsama dengan pihak industri dan organisasi dipergiatkan melalui pertemuan/perbincangan yang menjurus kepada output-output seperti kolaborasi, lawatan ke industri, pemeteraian NDA/MoU/MoA; program internship pelajar; sandaran staf akademik; inisiatif CEO@USM dan banyak lagi projek/aktiviti yang memberi manfaat kepada universiti dan industri. Kerjasama BJIM bersama industri, khususnya syarikat multi-nasional dan Industri Kecil Sederhana (IKS) akan menjayakan usaha pemindahan ilmu dan kepakaran, memberi/menerima akses kepada kepakaran teknologi serta fasiliti analisis untuk mengembangkan keupayaan universiti. Pada peringkat antarabangsa pula, Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) telah memperkukuhkan lagi kedudukan USM sebagai peneraju libatsama komuniti di rantau Asia-Pasifik melalui peningkatan keahlian menjadi 84 daripada 19 buah negara. Ahli- ahli APUCEN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengimplementasi projek libatsama universiti komuniti yang telah menunjukkan impak yang tinggi dalam mentransformasikan masyarakat. Usaha-usaha BJIM adalah sejajar dengan agenda APEX USM untuk mengembangkan nilai- nilai kemanusiaan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan kelestarian hidup semua. BJIM terus komited dalam usaha mentransformasikan masyarakat dan pada masa yang sama mengekalkan misi utama BJIM, iaitu berfokus terhadap pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Upload: others

Post on 11-Mar-2022

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (BJIM)

1.0 PENGENALAN Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) berperanan untuk mengukuhkan dan mengembangkan jaringan dan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pihak industri dan komuniti. Matlamat BJIM ini dijayakan melalui pemadanan ilmu dan kepakaran, kemudahan dan sumber yang terdapat di dalam universiti dengan keperluan, aspirasi serta harapan pihak industri dan masyarakat bagi memastikan kelestarian di pelbagai peringkat. Tumpuan utama BJIM pada tahun 2016 adalah untuk melaksanakan usaha mengukuhkan hubungan serta jaringan bersama pihak industri dan masyarakat dengan lebih proaktif dan efektif. Penglibatan pihak dalaman kampus akan menghasilkan output libatsama yang berimpak tinggi demi memperkasakan industri dan komuniti. USM giat memberi penumpuan terhadap usaha dan inisiatif bagi memperluaskan libatsama universiti-industri-komuniti pada peringkat negeri, kebangsaan, serantau dan antarabangsa untuk mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan serta kesejagatan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan juga kelestarian masyarakat khususnya golongan terkebawah. Usaha ini adalah selari dengan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti Industri dan Masyarakat yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghasilkan impak yang lebih tinggi.

Libatsama universiti komuniti merangkumi pembinaan perhubungan yang berterusan dan kekal serta pengaplikasian sesuatu wawasan kolaboratif yang menguntungkan semua pihak. Ia memerlukan penyertaan secara rela daripada semua pihak untuk menjana pemindahan ilmu, memudahkan penawaran perkhidmatan dan menyediakan kemudahan untuk faedah bersama. BJIM memastikan projek libatsama komuniti dijalankan secara lestari untuk menghasilkan output yang berimpak tinggi kepada masyarakat. Kriteria dan piawaian standard ditambah baik

untuk memastikan projek yang dilaksanakan adalah relevan dan seterusnya meningkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Usaha libatsama dengan pihak industri dan organisasi dipergiatkan melalui pertemuan/perbincangan yang menjurus kepada output-output seperti kolaborasi, lawatan ke industri, pemeteraian NDA/MoU/MoA; program internship pelajar; sandaran staf akademik;

inisiatif CEO@USM dan banyak lagi projek/aktiviti yang memberi manfaat kepada universiti dan industri. Kerjasama BJIM bersama industri, khususnya syarikat multi-nasional dan Industri Kecil Sederhana (IKS) akan menjayakan usaha pemindahan ilmu dan kepakaran, memberi/menerima akses kepada kepakaran teknologi serta fasiliti analisis untuk mengembangkan keupayaan universiti.

Pada peringkat antarabangsa pula, Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) telah memperkukuhkan lagi kedudukan USM sebagai peneraju libatsama komuniti di rantau Asia-Pasifik melalui peningkatan keahlian menjadi 84 daripada 19 buah negara. Ahli-ahli APUCEN telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengimplementasi projek libatsama universiti komuniti yang telah menunjukkan impak yang tinggi dalam mentransformasikan masyarakat.

Usaha-usaha BJIM adalah sejajar dengan agenda APEX USM untuk mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan ke arah keharmonian, kesejahteraan dan kelestarian hidup semua. BJIM terus komited dalam usaha mentransformasikan masyarakat dan pada masa yang sama mengekalkan misi utama BJIM, iaitu berfokus terhadap pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.

Page 2: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

1.1 MISI DAN VISI

Misi : Menjalin hubungan erat dengan pihak industri dan komuniti di dalam pelbagai bidang bagi merealisasikan visi.

Visi : Menerajui kelestarian pembangunan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, kesihatan dan persekitaran ke arah kemajuan serta transformasi negara. 1.2 OBJEKTIF

a) Berperanan sebagai pusat rujukan kepada pihak industri dan komuniti. b) Memastikan libatsama dengan pihak industri dan komuniti selari dengan visi dan misi

universiti. c) Memastikan jaringan dan libatsama dengan pihak industri dan komuniti adalah bermanfaat,

efektif dan lestari. d) Mempertingkat serta mengukuhkan jaringan dan libatsama pada peringkat negeri, negara,

serantau dan antarabangsa.

Page 3: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

2.0 SOROTAN LIBATSAMA UNIVERSITI INDUSTRI

Libatsama universiti industri merupakan perkongsian kesarjanaan yang strategik antara warga universiti dengan industri. Perkongsian ini memfokuskan kepada pelaksanaan projek-projek yang terancang berdasarkan idea penyelidikan universiti untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan pengetahuan dengan memaksimumkan sinergi usaha sama universiti dan industri. Hasil perkongsian ini dicerminkan menerusi program universiti demi melestarikan kerelevanan universiti dan industri ke arah pembangunan negara. Jadual di bawah menunjukkan jumlah geran aktif libatsama universiti industri yang diluluskan oleh BJIM bermula Januari sehingga Jun 2016.

Bermula daripada Januari-Jun 2016, BJIM telah menguruskan mesyuarat, perbincangan dan dialog dengan pelbagai syarikat/organisasi, universiti dan pusat penyelidikan untuk menerokai peluang-peluang kerjasama dalam perundingan, penyelidikan, penempatan, latihan Industri pelajar, sandaran staf akademik dan sebagainya.

BIL PROJEK/PROGRAM TARIKH/TEMPOH PENERANGAN PENCAPAIAN IMPAK KEPADA UNIVERSITI/INDUSTRI

1. Program Breaking Boundaries Initiatives (BBi)

Penang Skills Development Center (PSDC)

TalentCorp

Tempat : ELC Foyer, PSDC Building (sesi pensyarah)

Februari 2016-Julai 2016

USM dan UniMAP sebagai universiti perintis

11 komprehensif modul terdiri daripada elemen penting dalam perindustrian

Perkongsian daripada pakar industri dalam pengajaran

Penglibatan 20 Pensyarah dan 80 Pelajar daripada bidang Kejuruteraan, Sains & Tenologi

Program ini akan ditawarkan kepada Universiti Awam (UA) yang lain.

Meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti seorang graduan

Pendedahan kepada pelajar mengenai tren terkini di industri bagi memenuhi keperluan industri

Peluang kerjasama dengan pihak industri

2. Program Seeds for the Future

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Huawei Technology (M) Sdn. Bhd.

Tempat : Sesi Temuduga, Bilik Mesyuarat 1, Canselori II

31 Mei 2016- 29 September 2016

Program flagship CSR Huawei dalam membangunkan bakat ICT & pemindahan ilmu

Lawatan sambil belajar ke China selama 2 minggu yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Huawei .

Seorang Pelajar tahun 3 jurusan Sains Komputer terpilih mewakili USM untuk mengikuti program ini di China

Peluang pekerjaan untuk pelajar selepas tamat pengajian

Melahirkan pelajar yang holistic melalui pendedahan dengan budaya kerja dari negara luar.

Page 4: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

Seramai 15 pelajar (Sains Komputer dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) mewakili universiti-universiti di Malaysia

3. Persediaan Program Tajaan ke Persidangan di Guilin, China

Esquel Malaysia Sdn. Bhd. (Paper Product Factory)

Tempat : Guilin, China

17 Mei 2016- 19 November 2016

Penajaan sepenuhnya kepada pelajar terbaik daripada bidang Teknologi Industri dan Pengurusan ke Persidangan Pembangunan Kelestarian secara holistik di Guilin, China

Peringkat pemilihan telah berjaya dilaksanakan dan kini masa untuk menghantar pelajar mengikuti program tajaan ini sahaja

Peluang pekerjaan untuk pelajar yang tamat pengajian

Pendedahan kepada budaya negara luar

Peluang usahama dengan syarikat Esquel Malaysia Sdn. Bhd.

4. Forum Pendidikan Tinggi Malaysia- Taiwan 2016 (Malaysia-Taiwan Higher Education Forum 2016)-anjuran bersama

Universiti Tunku Abdul Rahman

Feng Chia University, Taiwan.

Tempat : Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

19 April 2016- 16 Oktober 2016

Forum bertemakan International Collaboration for Human Capital Development

Penglibatan universiti-universiti di Malaysia

Penglibatan pensyarah USM sebagai panel forum (forum speaker)

Jalinan Kerjasama antara USM dengan UTAR

Peluang kepada universiti menjalinkan usahasama di peringkat antarabangsa

Menggalakkan program pertukaran pelajar dan staf akademik antara universiti di Malaysia dan Taiwan

Page 5: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

5. Biasiswa Program

Pengajian Sarjana dan

Kedoktoran

Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd.

29 April 2016- 30 September 2016

Biasiswa untuk pelajar siswazah (sarjana dan kedoktoran)

Sejumlah RM 50,000 setahun bagi program Kedoktoran dan RM 30,000 setahun bagi program sarjana.10 pelajar terpilih yang memenuhi kelayakan

Melahirkan kerjasama antara USM dengan Osram Opto Semiconductor(M) Sdn Bhd

Penjanaan kewangan untuk universiti

Peluang kolaborasi dengan Osram Opto Semiconductors (M) Sdn. Bhd. dalam bidang penyelidikan & pembangunan serta inovasi

Peluang pekerjaan untuk pelajar

Jadual menunjukkan aktiviti/program/projek libatsama universiti Industri

Graf menunjukkan pencapaian kerjasama antara BJIM dengan pihak Industri

0102030405060708090

100

100 100

4050

30

Pe

ratu

s P

en

ca

pa

ian

Industri

Pencapaian Kerjasama BJIM Industri

Page 6: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

PROGRAM BREAKING BOUNDARIES INITIATIVES (BBi)

Sesi taklimat kepada pensyarah-pensyarah USM Sesi soal jawab antara pihak Industri dengan

pensyarah-pensyarah USM

Taklimat yang disampaikan kepada pelajar – pelajar USM Sesi soal jawab dengan pelajar-pelajar USM

Page 7: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

2.1 SANDARAN STAF AKADEMIK KE INDUSTRI PADA JANUARI-JUN 2016

Pada Januari-Jun 2015, seramai 2 orang staf menjalani program sandaran staf akademik ke industri di dua buah syarikat /organisasi dalam Malaysia. Namun jumlah ini bertambah kepada 3 orang staf pada Januari-Jun 2016. Program ini adalah satu landasan penting untuk mengeratkan kerjasama antara universiti dan industri di samping bertindak sebagai saluran dalam memberi pendedahan kepada staf USM bagi mengetahui dan mempelajari teknologi-teknologi terkini di industri di samping meneroka peluang kerjasama. Melalui program ini, staf juga dapat menambah kemahiran dan pengetahuan mereka melalui aktiviti pemindahan ilmu di antara staf dan pakar syarikat/organisasi tersebut.

Jadual menunjukkan staf akademik yang mengikuti sandaran staf akademik di beberapa syarikat/organisasi dalam Malaysia

Taklimat ringkas oleh Pengurus Mydin Bertam Penyeliaan kualiti produk segar oleh pengurus Mydin Kepada staf akademik USM

BIL NAMA PTJ SYARIKAT

TEMPOH

1. Prof. Madya Dr. Nurul Huda Pusat Pengajian Teknologi Industri

Mydin Wholesale Hypermarket (Iman Ikhlas) (M) Sdn. Bhd.

4 Januari 2016- 29 Januari 2016

2. Prof. Madya Sr. Lim Yoke Mui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Perunding Kos Bersatu Sdn Bhd

20 Jun 2016- 20 Julai 2016

3. Dr. Radzi Ismail Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

Syarikat Norbina

27 Jun 2016- 27 Ogos 2016

Page 8: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

2.2 LATIHAN INDUSTRI 2016

BIL PUSAT PENGAJIAN

BILANGAN

PELAJAR ( LATIHAN

INDUSTRI DALAM

NEGARA)

BILANGAN

PELAJAR (LATIHAN

INDUSTRI LUAR

NEGARA)

JUMLAH

KESELURUHAN

1. Pusat Pengajian Pengurusan 299 10 309

2. Pusat Pengajian Komunikasi 116 - 116

3. Pusat Pengajian Sains Komputer 139 - 139

4. Pusat Pengajian Sains Pergigian 1 - 1

5. Pusat Pengajian Teknologi Industri 160 1 161

6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan 1 - 1

7. Pusat Pengajian Kejuruteraan

Mekanik 114 - 114

8. Pusat Pengajian Kejuruteraan

Aeroangkasa 34 - 34

9. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 27 - 27

10. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 98 - 98

11. Pusat Pengajian Sains Farmasi 12 - 12

12. Pusat Pengajian Bahasa, Literasi &

Terjemahan 54 7 61

13. Pusat Pengajian Perumahan,

Bangunan dan Perancangan 286 2 288

JUMLAH 1341 20 1361

Jadual menunjukkan maklumat berkaitan pelajar USM yang menjalani Latihan Industri

Seramai 1361 orang pelajar dari 13 buah Pusat Pengajian USM telah menjalani Latihan Industri di syarikat/agensi/industri bermula Januari sehingga Jun 2016. Pusat Pengajian Pengurusan mencatatkan jumlah pelajar tertinggi yang menjalani latihan industri, diikuti dengan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan seterusnya Pusat Pengajian Teknologi Industri. Dari segi latihan industri di luar Negara, Pusat Pengajian Pengurusan masih berada di kedudukan tertinggi .Antara negara luar yang menerima pelajar USM menjalani Latihan Industri adalah Negara China, Pakistan, Jepun dan Thailand. Jadual di atas menunjukkan maklumat berkaitan pelajar USM yang menjalani Latihan Industri mengikut pusat pengajian.

Page 9: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

3.0 SOROTAN LIBATSAMA UNIVERSITI KOMUNITI

Libatsama universiti komuniti anjuran Universiti Sains Malaysia lebih menjurus kepada kolaborasi antara Universiti Sains Malaysia, sebagai sebuah universiti awam dengan komuniti dari segi perpindahan ilmu dan kepakaran dalam konteks perkongsian yang memanfaatkan kedua pihak. Penumpuan kolaborasi terbahagi kepada lima kategori yang melibatkan penggunaan sumber institusi dan tumpuan perkongsian yang menekan kepada kerjasama dengan komuniti untuk kepentingan bersama, penerokaan, pengaplikasian ilmu, maklumat dan sumber termasuk penyelidikan pembinaan kapasiti dan pembangunan ekonomi.

Sebagai sebuah universiti awam, elemen-elemen kesarjanaan juga perlu diambil kira dalam perkongsian tersebut, iaitu melalui penglibatan staf dan pelajar secara sukarela dan faedah yang didapati oleh mereka. Libatsama universiti komuniti USM juga mengorak langkah dengan pelaksanaan projek/program dan aktiviti yang tidak lagi bergantung kepada sumber dalaman tetapi menerusi pembiayaan dana luar.

GERAN AKTIF

BIL JENIS GERAN JUMLAH

PROJEK

PERUNTUKAN TEMPOH PERUNTUKAN

1. Geran CIMB Foundation 5 RM 161,027.68 Mac 2016-Disember 2016

2. Geran Pusat Transformasi Komuniti Universiti 7 RM 116,839.11 Mac 2015-Disember 2016

3. Geran Mini RTC 1 RM 8,000.00 April 2016-Disember 2016

JUMLAH KESELURUHAN 13 RM 285,866.79

Jadual menunjukkan Geran Aktif BJIM

BIL PROJEK/PROGRAM TARIKH/TEMPOH PENERANGAN PENCAPAIAN IMPAK KEPADA UNIVERSITI/KOMUNITI

1. Helping Hands of USM-Kanita (Program Mobile Salon Jari Emas)

KANITA

Tempat : Kolej Komuniti Bayan Baru

Januari 2016- 17 September 2016

Latihan intensif diberikan kepada ibu tunggal dalam pengendalian salon bergerak.

Projek ini telah memberi manfaat kepada 11,000 ibu tunggal

Universiti berjaya membantu ibu tunggal menambah pendapatan sebanyak RM1,000.00-RM3,000.00 sebulan tanpa menggangu pekerjaan sedia ada. Ini seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup dan tahap sosio-ekonomi ibu tunggal.

Page 10: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

2. Projek USM Bebas

Tembakau

(Projek Komuniti

USM-Sukarelawan

Mysihat)

Pusat Racun Negara

Tempat : Kampus Kejuruteraan

3 Mac 2016- 9 Mac 2016

Program ini digerakkan oleh 350 oleh pelajar,staf dan jemputan khas dari Lembaga Promosi Kesihatan dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Program ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya

Memberi

kesedaran dan

peringatan

kepada warga

kampus tentang

bahaya merokok,

kesan negatif

penggunaan

tembakau dan

promosi

kesihatan.

3. Projek

penggerudian dan pembinaan telaga tiub di Surau Kg Ketior Tempat : Kg Ketior

9 Jun 2016- 18 Jun 2016

Pembinaan sebuah telaga air bumi bagi mengatasi masalah tekanan air rendah

Program ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya

Menaik taraf kehidupan dan sosio ekonomi masyarakat setempat

Pemindahan Ilmu

dan kepakaran

pensyarah USM

kepada

masyarakat

diiktiraf

4. Bengkel Program

Visit My Campus

Bersama Tourism

Malaysia

Tempat : Kampus

Induk

3 Februari 2016-

September 2016

Tujuan

penganjuran

bengkel ini

adalah bagi

memberi

pendedahan

mengenai

Program Visit My

Campus kepada

agen dari

beberapa agensi

pelancongan

tempatan dari

Semenanjung

Malaysia.

Bengkel yang

diadakan ini turut

dihadiri oleh

Encik

Hishamuddin

Mustafa,

Timbalan

Pengarah

Bahagian

Pembangunan

Pakej, Tourism

8 agen

pelancongan

dari:

P.Pinang : 6 K.Lumpur : 2

telah mencuba kesemua pakej Visit My Campus @ USM dan memberikan maklumbalas yang positif kepada kesemua pakej tersebut.

Penjanaan pendapatan kepada Universiti

Menanti tiba pembelian pakej-pakej yang telah dirangka

Dijangka akan dirasmikan pada September 2016

Page 11: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

Pihak Tourism

Malaysia dan

agensi

pelancongan

tempatan akan

membantu dan

bekerjasama

dengan USM

dalam membuat

publisiti, promosi

dan terlibat

dalam proses

penjualan pakej

Program Visit My

Campus.

5. Projek

kemasyarakatan

USM – Pengagihan

kerusi roda yang

dimodifikasikan

khas.

Tempat : Kuala Kangsar, Perak.

17 Jun 2016- 18 Jun 2016

Menjalankan

penilaian,

pengubahsuaian

dan penyerahan

kerusi roda dan

alat bantuan

berjalan

percuma kepada

warga emas.

Pengagihan

4 kerusi roda

& 1 alatan

bantuan

berjalan

kepada

penduduk di

Kuala

Kangsar.

Pengiktirafan

kepada

kepakaran USM

dalam

melaksanakan

projek libatsama

Universiti

Komuniti.

Page 12: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

PROJEK KEMASYARAKATAN USM – PENGAGIHAN KERUSI RODA YANG

DIMODIFIKASIKAN KHAS.

Projek kemasyarakatan USM Alatan bantuan berjalan yang diberi kepada warga emas

Penyerahan kerusi roda kepada penduduk Kuala Kangsar Warga emas yang menerima bantuan kerusi roda

Page 13: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

6. Taklimat

Pelaksanaan

Projek/ Program

Kesejahteraan

Rakyat dan

Program NBOS

dalam mesyuarat

Focus Group

Kesejahteraan

Rakyat peringkat

Negeri Pulau

Pinang

Tempat : Unit

Penyelarasan

Pelaksanaan,

Jabatan Perdana

Menteri Pulau

Pinang, Wisma

Persekutuan

Seberang Perai

Utara, Kepala Batas,

Pulau Pinang

30 Mei 2016 USM telah

dijemput untuk

berkongsi

pengalaman dan

idea dalam

melaksanakan

projek-projek

libatsama

Universiti

Komuniti kepada

kesemua agensi

kerajaan di

Pulau Pinang.

Telah

dilaksanakan

sepenuhnya

USM sebagai

pusat rujukan

bagi

pelaksanaan

program/projek/a

ktiviti libatsama

Universiti

Komuniti

7. Taklimat Libatsama

Universiti Komuniti

kepada Bahagian

Hal Ehwal Pelajar

Fakulti Sains

Kesihatan,

Universiti Teknologi

MARA( UiTM), Shah

Alam yang terdiri

daripada 30 orang

pelajar dan 4 orang

guru pengiring

Tempat : Bilik

Mesyuarat,

Bangunan H20,

Kompleks Cahaya

20 April 2016 Objektif taklimat

adalah untuk

memberi

pendedahan

kepada pelajar

UiTM juga

pensyarah dan

berkongsi idea

dalam

pelaksanaan

“Community

Engagement”

yang dijalankan

oleh USM secara

berterusan

Telah

dilaksanakan

sepenuhnya

USM sebagai

pusat rujukan

bagi

pelaksanaan

program/projek/a

ktiviti libatsama

Universiti

Komuniti

6. Projek Share the

Love

Tempat : Kampus Induk/ Kejuruteraan

April 2016-berterusan

Projek ini adalah

sebahagian

usaha

merapatkan

hubungan antara

pelajar-pelajar

USM dengan

berkongsi idea

dan memupuk

semangat

kerjasama

Pihak Great

Eastern telah

menaja

sebanyak

RM100,000

dalam

bentuk

payung dan

bahan

promosi.

Universiti Sains

Malaysia

mencipta rekod

dalam Malaysia

Book of Records

(MBOR) apabila

berjaya membina

imej berbentuk

hati (love)

dengan

menggunakan

Page 14: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

antara peserta

dengan amalan

berkongsi

payung.

Bilangan

pelajar yang

terlibat : 43

orang (AJK)

payung

Jadual menunjukkan aktiviti/program/projek libatsama universiti Komuniti

PROJEK SHARE THE LOVE

USM mencipta rekod dalam Malaysia Books of Record Bentuk payung terbesar

dengan membina imej berbentuk hati menggunakan payung

Page 15: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

4.0 GERAN PUBLIC PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Public-Private Research Network atau PPRN ialah inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan

Tinggi sebagai satu model kerjasama strategik antara industry dan akademia dengan sokongan perantara yang terdiri daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan agensi-agensi Kerajaan yang lain untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi dan pengkomersilan yang berpacukan permintaan.

PPRN merupakan antara inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di bawah Teras Strategik 6: Merekayasa Pertumbuhan Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran yang bertujuan untuk menjana kekayaan melalui inovasi dengan memperkukuhkan kerjasama antara industri dan akademia melalui perantara.

Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM(PT)], PPRN adalah inisiatif di bawah Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi dalam bidang strategik yang kritikal bagi pertumbuhan ekonomi negara dengan meningkatkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai penyelesai masalah pelbagai pihak berkepentingan PPRN telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada 24 Februari 2015.

Kumpulan sasar bagi projek yang dilaksanakan oleh PPRN ialah industri/ perusahaan pelbagai sector ekonomi dan penyelidik tempatan (Ahli Akademik atau Ahli Bukan Akademik) dari Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan Institusi Penyelidikan (RI).

Skop projek PPRN melibatkan inovasi produk dan inovasi proses seperti mana berikut:

i. Inovasi produk untuk menambah baik atau menambah nilai produk sedia ada industri/perusahaan itu untuk keperluan pasaran; dan

ii. inovasi proses untuk menambah baik proses pengeluaran produk, komponen sumber,

gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen menggunakan state-of-art technology; dan

meningkatkan skala pengeluaran.

Antara objektif PPRN adalah;

i. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS);

ii. Meningkatkan produktiviti PKS melalui adaptasi state-of-the-art atau teknologi yang bersesuaian; dan

iii. Menggalakkan penyertaanan ahli akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven).

Page 16: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

PPRN menawarkan geran pemadanan untuk projek inovasi berpacukan permintaan yang mana komitmen syarikat adalah berdasarkan saiz perniagaan masing-masing. Saiz perniagaan industri/perusahaan ditentukan mengikut sector perniagaan berdasarkan nilai jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang lebih rendah sebagaimana dinyatakan dalam garis panduan definisi baharu Perusahaan Kecil Sederhana yang dikuatkuasakan oleh SME Corporation Malaysia mulai 1 Januari 2014.NIsbah peratus pecahan komitmen antara PPRN dan industri/ perusahaan adalah seperti berikut:

PPRN : Syarikat bersaiz mikro = 90%:10%;

PPRN : Syarikat bersaiz kecil = 70%:30%;

PPRN : Syarikat bersaiz sederhana = 50%:50%; dan

PPRN : Syarikat bersaiz besar = 30%:70%.

Pada tahun 2016, USM telah berjaya memperoleh sebanyak 35 projek berjumlah hampir RM1,230,194 yang melibatkan kerjasama antara 35 syarikat dan hampir 140 orang penyelidik USM. Ini juga telah meletakkan USM pada kedudukan yang tertinggi di antara universiti di seluruh negara.

Graf menunjukkan projek PPRN yang diluluskan untuk USM

Page 17: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

Graf menunjukkan jumlah geran PPRN untuk USM

Manfaat PPRN adalah kepada industri/perusahaan, penyelidik serta pihak kerajaan seperti berikut:

1. Industri/Perusahaan

i. Permasalahan teknologi yang dihadapi dapat diatasi dan diselesaikan dengan bantuan pengetahuan dan kepakaran penyelidik tempatan secara berkesan dengan kos efektif dan cepat.

ii. Produktiviti semakin meningkat dengan pengurangan kos operasi dan peningkatan pengeluaran melalui bantuan teknologi terkini.

2. Penyelidik

i. Kepakaran dan pengetahuan teknologi dapat diaplikasikan secara terus kepada industri/perusahaan dengan kadar langganan yang tinggi dan memenuhi keperluan mereka kerana ia berpacukan permintaan (demand driven).

ii. Pengalaman bekerjasama dengan industri/perusahaan boleh dijadikan sebagai input kajian kes dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kompetensi mereka sebagai tenaga pengajar.

3. Kerajaan

i. Menggalakkan sector swasta untuk turut sama menyumbangkan komitmen dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) dan mengurangkan kebergantungan dan ada daripada Kerajaan.

ii. Mewujudkan knowledge friendly ecosystem di Malaysia dapat dicapai secara berperingkat apabila pasaran pengetahuan teknologi semakin meluas dan jurang pengetahuan teknologi dalam kalangan industri/perusahaan dapat diminimumkan bagi membolehkan mereka terus bergerak atas rantaian nilai

Page 18: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

PUSAT KEBUDAYAAN JEPUN KYOTO UNIVERSITY OF FOREIGN STUDY (KUFS)-USM

1. KUFS English Program Tarikh : 21 Februari – 26 Mac 2016 Peserta : 13 orang pelajar KUFS JCC dengan kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah menganjurkan program Bahasa Inggeris kepada 13 orang pelajar daripada KUFS. Selain daripada itu, pelajar-pelajar KUFS ini juga diberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional bersama Dewan Budaya, mencanting batik bersama Muzium Galeri Tunku Fauziah dan program homestay di Kampung Relau.

Page 19: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

2. Program Sukarelawan Mejiro University

Tarikh : 26 Februari – 9 Mac 2016

Peserta : 14 pelajar Mejiro University, Jepun dan 1 profesor.

JCC telah menganjurkan program sukarelawan bersama pelajar Mejiro University, Jepun untuk melawat dan menjadi sukarelawan di Pusat Autism Pulau Pinang, Rumah Orang Tua Pulau Pinang dan juga di Sekolah Kebangsaan Minden Height. Selain itu, pelajar-pelajar ini juga turut melawat Penang Japanese School dan menghadiri kelas Bahasa

Inggeris di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan.

Page 20: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

3. Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM

Tarikh : 22 Mac 2016

BJIM dengan kerjasama JCC telah menganjurkan Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan

Jepun KUFS-USM.Pusat ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,

Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas dan turut dihadiri oleh Canselor

KUFS, Presiden KUFS dan Timbalan Presiden KUFS dari Jepun.

Page 21: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …
Page 22: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

4. Pertandingan Lisan Bahasa Jepun

Tarikh : 7 Mei 2016

Konsulat-Jeneral Pulau Pinang telah menganjurkan pertandingan lisan Bahasa Jepun dan Pengarah JCC, Encik Masatoshi Soeda telah dijemput untuk menjadi Pengadil dalam pertandingan terbabit.

Page 23: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

5. Japanese University English Model United Nation (JUEMUN) Tarikh : 24 Jun – 26 Jun 2016 Peserta : 3 pelajar USM 3 pelajar USM telah dihantar untuk menyertai JUEMUN 2016 anjuran KUFS di KUFS, Jepun.

Page 24: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

ASIA-PACIFIC UNIVERSITY-COMMUNITY ENGAGEMENT NETWORK (APUCEN)

Pada enam bulan pertama tahun 2016, APUCEN telah menerima seramai 6 keahlian baru dari

pelbagai institusi pengajian tinggi dan juga dari pihak swasta. Ahli-ahli yang baru adalah:

International Medical University (Malaysia)

Prince of Songkhla University (Thailand)

Taylor’s University “Lakeside Campus” (Malaysia)

Rhodes University (South Africa)

Toray Industries (Malaysia) Sdn. Bhd. (Malaysia)

MyWave Sdn. Bhd. (Malaysia) Secara keseluruhannya, keahlian APUCEN pada tahun 2016 telah meningkat dan APUCEN kini mempunyai 84 orang ahli dari 19 buah negara.

Page 25: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

Kalendar Aktiviti APUCEN

Jan-Jun 2016

Mesyuarat Pertama APUCEN@Japan

Pelancaran Pusat Sumber APUCEN di

Kemboja

Pendermaan Buku ke Kolej di Nepal

Bengkel Latihan Kepimpinan di Nepal

Persidangan Antarabangsa Libatsama

Universiti-Komuniti di Nepal

Mesyuarat KeLapan Regional APUCEN

Council

Mesyuarat Ketujuh APUCEN@Malaysia

Persidangan ICAW

APUCEN-San Pedro Program Pembinaan Semula Komuniti di

Filipina

Forum Menghakupayakan Wanita Melalui Keusahawanan

Bengkel Menghakupayakan

Diri

Bengkel “Inspiring Heart2Heart”

Bengkel “Inspiring & Upgrading”

Januari Februari

Mac April

Mei Jun

Program Keusahawanan Ibu

Tunggal Fasa 2

Mesyuarat Panel Penasihat EnRRICH

Persidangan “Living Knowledge”di Dublin

Page 26: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

1. Mesyuarat Pertama APUCEN@Japan

Pada 17 Februari 2016, mesyuarat pertama APUCEN@Japan telah diadakan di Kyoto University of Foreign Studies (KUFS), Kyoto, Japan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 19 orang ahli dari tiga buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mesyuarat ini telah dipengerusi oleh Presiden APUCEN, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman. Bersama-sama beliau adalah Naib Presiden APUCEN, Prof. Dr. Takeshi Matsuda.

2. Mesyuarat Ketujuh APUCEN@Malaysia

Mesyuarat ketujuh APUCEN@Malaysia dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Pengerusi APUCEN@Malaysia pada 11 April 2016 di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 20 delegasi daripada 17 buah institusi pengajian tinggi, organisasi bukan-kerajaan dan sektor korporat dari seluruh Malaysia. Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Shahril Bin Yusof turut hadir mesyuarat ini. Dalam mesyuarat kali ini, ahli APUCEN@Malaysia mencadangkan projek-projek yang dianjurkan oleh institusi-institusi boleh digabungkan.

Page 27: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

3. Mesyuarat Serantau Kelapan Majlis Tertinggi APUCEN

Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, selaku Presiden APUCEN, telah mempengerusikan Mesyuarat Serantau Ke-lapan Majlis Tertinggi APUCEN, yang dihadiri oleh 13 delegasi dari 9 institusi pengajian di Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Mesyuarat Serantau Kelapan Majlis Tertinggi APUCEN telah berlangsung di UUM pada 5 Jun 2016. Pelbagai agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat kali ini yang melakarkan halatuju APUCEN dan kerjasama dalam penglibatan komuniti di peringkat antarabangsa.

4. Mesyuarat Panel Penasihat EnRRICH

Presiden APUCEN telah dilantik sebagai panel penasihat dalam EnRRICH Konsortium. EnRRICH merupakan satu projek bertajuk “Enhancing Responsible Research and Innovation through Curricula in Higher Education”, yang telah dimulakan di negara-

negara Eropah pada tahun 2015. Mesyuarat panel penasihat EnRRICH telah diadakan di Dublin Institute of Technology, Aungier St., Dublin, Ireland pada 20-21 June 2016. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Aileen Tan Shau-Hwai, selaku Pengarah Eksekutif APUCEN, mewakili Presiden APUCEN.

5. APUCEN-San Pedro Program Pembinaan Semula Komuniti di Filipina

San Pedro College (SPC) telah membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi APUCEN pada bulan November 2015, untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Pablo di Andap, Filipina. Presiden APUCEN, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman, telah mengesa dan mengalakkan semua ahli APUCEN untuk melibatkan diri dalam misi “huminitarian”

global semasa ucaptama beliau di Persidangan Antarabangsa Libatsama Universiti-Komuniti (UCEC) 2015, dan juga semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi Serantau APUCEN yang ketujuh di Gold Coast, Australia. APUCEN berjaya menyumbangkan 10 unit penempatan tetap kepada mangsa-mangsa Taufan Pablo. Majlis pembukaan tanah untuk penempatan ini telah dijalankan pada 2 Mac 2016, yang telah disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan Filipina dari Pejabat Governor, diketuai oleh Mayor Lorenzo L. Balbin. APUCEN diwakili oleh Pengawai Eksekutif, Prof. Madya Dr. Aileen Tan S.H.

Page 28: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

6. Bengkel Menghakupayakan Diri

Bengkel ini telah diusahakan oleh MMICare Association, ahli APUCEN dari agensi bukan kerajaan. Bengkel ini adalah kerjasama di antara MMICare Associataion, bersama APUCEN dan Universiti Sains Malaysia, di mana penceramah jemputan secara sukarelawan adalah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Bengkel ini telah diadakan di Tanjung Malim, Perak pada 18 - 20 Mac 2016. Seramai 30 pelajar perempuan STPM dari sekolah di kawasan pendalaman telah dipilih dan menghadiri bengkel ini.

7. Program Keusahawanan Ibu Tunggal Fasa 2

Program ini telah dijalankan oleh Universiti Utara Malaysia bersama APUCEN, pada 23 – 24 Mac 2016 di Kampus Sintok, UUM. Program ini merupakan Fasa 2 di mana dari jumlah 150 peserta yang dilatih pada Fasa 1, seramai 30 orang ibu tunggal telah dipilih untuk mengikuti kursus keusahawanan yang seterusnya. Ibu-ibu tunggal yang terpilih ini telah diajar cara-cara menguruskan perniagaan serta penjagaan akaun kewangan dan “money flow” sesuatu perniagaan.

Page 29: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

8. Pelancaran Pusat Sumber APUCEN di Kemboja

Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya (UM) yang menganggotai APUCEN melakukan khidmat libatsama komuniti di Kemboja dengan menyumbangkan buku ilmiah dan pendidikan Bahasa Inggeris kepada sekolah yang terlibat dalam program komuniti, serta melancarkan Pusat Sumber APUCEN. Sekolah yang menerima sumbangan tersebut adalah Sekolah UPSI, Pray Bis Village, Kampung Chnang, Kemboja pada 31 Mac 2016.

9. Forum Menghakupayakan Wanita Melalui Keusahawanan

Forum Mengakupayakan Wanita melalui Keusahawanan telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan APUCEN, bertempat di UMS, pada 11 Appril 2016. Seramai empat orang panel telah dijemput untuk membincangkan konsep menghakupayakan wanita dan juga keusahawanan. Panel-panel yang terpilih adalah dari sektor pendidikan dan juga perniagaan. YBhg Prof. Dato Dr. Susie See Ching Mey, selaku Pengerusi APUCEN@Malaysia telah dijemput sebagai panel dari sektor pendidikan. Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah menyertai forum ini.

Page 30: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

10. Persidangan ICAW 2016

Persidangan Antarabangsa Kedua Wanita ASEAN (ICAW2016) telah dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Universiti Malaysia Sabah dan APUCEN. Persidangan antarabangsa ini dianjurkan pada 12-14 April 2016 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah, bertemakan “Gender Mainstreaming and Public Policy” yang

dapat memberikan impak kepada kedua-dua kaum wanita dan lelaki. Antara pembentang ucaptama yang dijemput adalah YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Perkembangan Komuniti dan juga YBhg. Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Pengerusi APUCEN@Malaysia. Persidangan ini telah dihadiri oleh 140 peserta dari jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian, Akademik dari Thailand, Indonesia, Brunei, Filipina, Nigeria dan Malaysia serta NGO dari persatuan-persatuan ibu tunggal dan Keusahawanan Wanita Sabah. Sebanyak 50 kertas pembentangan telah dibentangkan.

11. Bengkel Latihan Kepimpinan di Nepal

Satu bengkel latihan Kepimpinan Melalui Libatsama Komuniti telah diadakan di Nepal School of Social Work, Kathmandu, Nepal, pada 24 April 2016. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia, di mana USM menyediakan “Master Trainers”, iaitu Tuan Syed Yusof Syed Kechik dan Prof. Madya Dr. Aileen Tan S.H.

Bengkel ini dijalankan berdasarkan tiga modul yang diterbitkan oleh Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) USM, di bawah tajaan AKEPT. Seramai 25 peserta telah menghadiri bengkel ini iaitu peserta dari Nepal, Malaysia dan Canada. Bengkel ini dapat dijayakan atas kerjasama dari APUCEN, USM, Kadambari Memorial College dan Engage Nepal.

Page 31: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

12. Persidangan Antarabangsa Libatsama Universiti-Komuniti di Nepal

Persidangan ini telah diadakan pada 25-27 April 2016, dan dianjurkan oleh Nepal School of Social Work bersama-sama APUCEN, USM dan Australian College of Applied Psycology (ACAP). Seramai lebih kurang 50 peserta telah menyertai persidangan ini.

13. Pendermaan Buku ke Kolej di Nepal

Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama organisasi MMICare Association yang

menganggotai APUCEN melakukan khidmat libatsama komuniti di Kathmandu, Nepal dengan menyumbangkan buku-buku pendidikan Bahasa Inggeris kepada dua buah kolej yang terlibat dalam program ini. Dua buah kolej yang menerima sumbangan tersebut adalah Bhagyodayo Ucha Madhyamik Vidhyalaya, Sakhu dan Kadambari Memorial College of Science & Management, Budha Nagar di Kathmandu, Nepal.

14. Bengkel “Inspiring Heart2Heart”

Bengkel ini telah dijalankan untuk menghakupayakan golongan kaum wanita di kawasan yang terpinggir, terutamanya pelajar-pelajar yang masih berpemikiran kurang matang. Bengkel ini adalah usaha bersama MMICare Association, USM dan APUCEN. Seramai 30 pelajar wanita dari golongan umur sekitar 17 tahun hingga 23 tahun telah dijemput menghadiri bengkel ini.

Page 32: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

15. Persidangan “Living Knowledge” Ketujuh di Dublin, Ireland

Persidangan “Living Knowledge” Ketujuh telah diadakan pada 22-24 Jun 2016 bertempat di Dublin, Ireland. Tema persidangan ini adalah “Inspire – Integrating community based partnership into learning and teaching for responsible research and innovation (RRI)”. Persidangan ini telah menarik minat peserta terutamanya dari negara-negara Eropah kerana konsep RRI telah diamalkan oelh negara Eropah sejak lebih kurang 15 tahun yang lalu. Negara-negara lain juga menjalankan libatsama komuniti menggunakan konsep yang sama tetapi tidak digelarkan sebagai “RRI”.

16. Bengkel “Inspiring & Upgrading”

Bengkel ini telah dianjurkan oleh MMICare Association bersama APUCEN dan USM. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan inspirasi serta dorongan kepada gadis-gadis lepasan SPM dan STPM dari kawasan pendalaman. Bengkel ini telah diadakan pada 24 – 26 Jun 2016 di Sungai Petani, Kedah. Seramai 30 pelajar SPM dan STPM telah menyertai bengkel ini.

Page 33: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …

Rumusan

Usaha libatsama komuniti akan terus diperkukuhkan dalam usaha-usaha untuk menonjolkan USM sebagai 'universiti prihatin' terhadap keperluan masyarakat dapat direalisasikan. USM akan terus menjalinkan kerjasama dan perkongsian dengan semua pihak demi masa hadapan masyarakat yang lebih lestari. Bermula tahun 2016, USM berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM285, 866.79 geran untuk aktiviti komuniti dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga penghujung tahun 2016.

Di samping itu, pihak USM akan sentiasa bertindak lebih proaktif dan inovatif dalam usaha mengukuhkan jaringan kerjasama dengan industri bagi mendapatkan sumber-sumber dana daripada pihak luar. Secara keseluruhannya, pertemuan dan perbincangan di peringkat BJIM ke arah koloborasi dengan pihak luar masih dikekalkan. Sebagai contoh, USM telah bekerjasama dengan pihak Osram Opto Semiconductor (M) Sdn Bhd dalam mendapatkan tajaan bagi pelajar sarjana dan kedoktoran iaitu sebanyak RM50,000.00 dan RM30,000.00 masing-masing dan pelbagai projek yang memberi pendedahan kepada pelajar USM supaya dapat melahirkan pelajar yang holistik.

Pusat Kebudayaan Jepun KUFS-USM yang berperanan untuk memperkenalkan dan mempromosikan kebudayaan Jepun dan Malaysia kepada masyarakat setempat serta antarabangsa merupakan pusat kebudayaan Jepun yang pertama seumpamanya di Malaysia terus aktif dengan pelbagai program di setiap peringkat. Dalam usaha jaringan di peringkat global, APUCEN terus giat dan aktif menjalankan peranan sebagai peneraju kepada bidang libatsama komuniti. Penglibatan APUCEN di peringkat antarabangsa melalui pelbagai projek libatsama komuniti akan terus dikembangkan ke negara-negara lain.

Secara kesimpulannya, melalui kerjasama semua PTJ, usaha BJIM dalam menonjolkan USM sebagai “universiti prihatin” dalam agenda libatsama komuniti dan industri akan terus diperkukuhkan dan direalisasikan.

Page 34: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …
Page 35: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …
Page 36: LAPORAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 BAHAGIAN JARINGAN …