laporan perhimpunan

5
Tarikh : 03 Januari 2011 Hari : Isnin Guru Bertugas : Kho Ling Hong Pengerusi Majlis : Syarina Bt Anour Pembaca Doa : Izattul Fazly b. Rosmadi Pembaca Ikrar : Mohd Rakis b. Rajak 1. KATA-KATA ALUAN Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan selamat datang bersekolah kepada semua guru dan murid. Beliau berharap semua murid mengetahui pencapaian yang diperolehi dalam Tahun 2010 dan semoga di Tahun 2011 ini murid-murid akan berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai matlamat yang belum dicapai pada Tahun 2010. 2. BANGUNAN BLOK BARU Murid-murid dimaklumkan bahawa semua kelas akan belajar di blok baharu yang masih banyak kekurangan seperti ketiadaan pintu, elektrik dan belum dicat. Beliau berharap semua pelajar haruslah bersyukur dapat belajar di Blok baharu. Beliau turut menasihatkan semua murid agar tidak bermain dan berlari di beranda kelas. Murid juga tidak dibenarkan untuk berada dibawah bangunan kerana belum 1 MINGGU KE 1 – SEMESTER 1 ( 03 – 07 JANUARI 2011 ) UCAPAN GURU BESAR

Upload: belle-queen

Post on 11-Aug-2015

32 views

Category:

Data & Analytics


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan perhimpunan

Tarikh : 03 Januari 2011

Hari : Isnin

Guru Bertugas : Kho Ling Hong

Pengerusi Majlis : Syarina Bt Anour

Pembaca Doa : Izattul Fazly b. Rosmadi

Pembaca Ikrar : Mohd Rakis b. Rajak

1. KATA-KATA ALUAN

Beliau mengucapkan selamat tahun baru dan selamat datang bersekolah

kepada semua guru dan murid.

Beliau berharap semua murid mengetahui pencapaian yang diperolehi

dalam Tahun 2010 dan semoga di Tahun 2011 ini murid-murid akan

berusaha dengan lebih tekun untuk mencapai matlamat yang belum

dicapai pada Tahun 2010.

2. BANGUNAN BLOK BARU

Murid-murid dimaklumkan bahawa semua kelas akan belajar di blok

baharu yang masih banyak kekurangan seperti ketiadaan pintu, elektrik

dan belum dicat.

Beliau berharap semua pelajar haruslah bersyukur dapat belajar di Blok

baharu.

Beliau turut menasihatkan semua murid agar tidak bermain dan berlari di

beranda kelas. Murid juga tidak dibenarkan untuk berada dibawah

bangunan kerana belum dibersihkan dan dipenuhi dengan benda-benda

yang tajam yang boleh mencederakan diri sekirannya tidak berhati-hati.

Selian itu, murid-murid diberi amaran agar tidak memanjat pagar yang ada

di beranda kerana tingkah laku ini akan merbahayakan nyawa murid

sendiri.

1

MINGGU KE 1 – SEMESTER 1 ( 03 – 07 JANUARI 2011 )

UCAPAN GURU BESAR

Page 2: Laporan perhimpunan

Para pengawas diarahkan untuk memantau murid-murid yang tidak

mendengar nasihat dan melaporkannya kepada guru bertugas atau guru

disiplin.

3. KETIADAAN RMT

Beliau memberitahu semua pelajar bahawa RMT akan diberhentikan buat

sementara waktu. Ini disebabkan tahun ini hanya kurang daripada 3 murid

yang layak.

Oleh itu, murid-murid dikehendaki membawa bekal sendiri dari rumah

mulai esok. Murid-murid juga diarah untuk memaklumkan kepada ibu

bapa masing-masing agar tidak datang ke sekolah untuk memasak.

4. KERUSI MEJA MURID

Beliau meluahkan rasa kecewa apabila melihat banyak kerusi dan meja

sudah dalam keadaan yang kurang sempurna. Malah di kelas Tahun 5

dan Tahun 6 terdapat banyak kerusi yang telah patah dan rosak.

Beliau menasihatkan semua pelajar agar menggunakan kerusi meja yang

diperuntukkan dengan cermat. Pelajar diingatkan agar tidak mengheret

meja dan kerusi serta tidak duduk kerusi itu dalam keadaan berkaki dua.

Tindakan disiplin juga akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan

kerusi meja.

5. PAKAIAN KEMAS

Beliau mengucapkan syabas kepada semua pelajar kerana berpakaian

seragam yang kemas dan lengkap.

Beliau berharap keadaan ini akan berterusan sehingga ke hujung tahun.

6. YURAN SEKOLAH

Beliau memaklumkan kepada semua pelajar bahawa yuran sekolah tahun

ini adalah berjumlah RM24.50 dan pakaian kokurikulum yang berkolar

2

Page 3: Laporan perhimpunan

pula semua pelajar kecuali pelajar baru perlu membayar RM6.00 kerana

selebihnya telah dibiayai oleh pihak kerajaan.

Pelajar juga dikehendaki memakai pakaian tersebut atau pakaian sukan

tahun lepas semasa Pendidikan Jasmani. Pelajar turut dimaklumkan

bahawa pelajar boleh memakai pakaian PJ sepanjang waktu

persekolahan jika hari berkenaan ada waktu Pendidikan Jasmani.

7. MOTIVASI TAHUN 6

Beliau memberikan semangat kepada semua pelajar Tahun 6 agar

mereka berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka adalah harapan

sekolah untuk mendapatkan pencapaian yang paling baik berbanding

tahun-tahun yang lepas.

1. KESELAMATAN DIRI

Sekali lagi, beliau mengingatkan pelajar supaya tidak berlari dan bermain

di bangunan blok baharu.

Pelajar juga diingatkan untuk tidak duduk di pemegang tangga untuk

menggelongsor turun ke bawah. Tingkah laku ini amat merbahaya dan

sekiranya didapati sesiapa yang berbuat sedemikian tindakan yang tegas

akan dikenakan kepada pelajar tersebut.

Pelajar juga diingatkan untuk memegang pemegang ditepi tangga setiap

kali mereka naik dan turun. Ini adalah untuk memastikan diri mereka

selamat kerana malang tidak berbau.

2. KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI

Guru mengharapkan agar murid dapat menjaga kebersihan dan

kekemasan diri dari awal pagi hinggalah masa balik sekolah. Kebersihan

3

UCAPAN GURU BERTUGAS

Page 4: Laporan perhimpunan

diri amat penting kerana akan menggelakan diri kita daripada jangkitan

penyakit.

Beliau turut memaklumkan bahawa selain kebersihan diri, kebersihan

sekeliling kita turut perlu dititikberatkan.

Selain itu, pelajar yang membeli dan memakai pakaian seragam baru

diingatkan untuk membuka tag nama yang mereka jahit pada pakaian

seragam lama ke pakaian seragam yang baharu.

3. SIFIR

Sepanjang cuti panjang persekolahan yang lepas, beliau berharap pelajar

tidak melupakan pelajaran khasnya sifir. Oleh itu, mulai esok pelajar akan

diuji tentang hafalan sifir mereka.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

( KHO LING HONG) ( PENDEK BIN NAYAN )

Guru Bertugas. Guru Besar,

SK Beliau Isa

Tarikh : 03 JANUARI 2011 Tarikh : _________________

4