laporan perhimpunan

Upload: anati-azizan

Post on 15-Oct-2015

165 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN PROJEK PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN DI SEKOLAH

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA IILENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA,13700 PERAI, PULAU PINANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA IILENGKOK TENGGIRI, BANDAR SEBERANG JAYA, 13700 PERAI, PULAU PINANG

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: NUR ANATI BINTI AZIZAN

PROGRAM: PISMP JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA II

NAMA PROJEK/AKTIVITI: PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH DAN KAWALAN MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2

TEMPOH PELAKSANAAN: 15 JULAI 2013

OBJEKTIF:Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:1) Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih dalam merancang dan melaksanakan perhimpunan mingguan.2) Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru.3) Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak keguruan.4) Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.5) Melatih diri menjadi pemimpin dan memberi arahan kepada murid.6) Membentuk disiplin murid dan menerapkan nilai-nilai murni.

STRATEGI PELAKSANAAN:HARI / TARIKHMASATENTATIFAKTIVITI

ISNIN1 JULAI 20131.30 petangPembahagian projek dan tugasan untuk pelajar guru internshipEncik Hilmi selaku GPK1 memberi taklimat kepada pelajar guru internship tentang projek yang akan dijalankan

ISNIN15 JULAI 20137.20 pagiZikir munajat oleh murid-murid sekolah. Murid berkumpul di dataran perhimpunan.Pengacara majlis diketuai oleh Nur Anati Binti Azizan.

7.30 pagi Bacaan doa En. Ariff membacakan doa

7.35 pagiNyanyian Negaraku, lagu sekolah dan bacaan ikrar.En. Wafi mengendalikan sistem Public Address

7. 45 pagi Ucapan guru bertugas

7. 55 pagiTazkirah nilai-nilai murniDisampaikan oleh Cik Fatin Nadiah. Tajuk: Kesabaran

8. 00 pagiGuru-guru lain untuk membuat pengumuman.

8.05 pagiPenyampaian Hadiah Penyampaian hadiah murid-murid cemerlang peperiksaan pertengahan tahun UPSR. Penyampaian hadiah murid cemerlang pendidikan moral.

8. 10 pagiSelawat beramai-ramai.Dikelolakan oleh En. Ariff

8. 15 pagiMajlis bersurai

REFLEKSI:1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Setiap petugas telah membuat persediaan yang secukupnya agar dapat menjalankan tugas mengikut perancangan. Kami telah berjumpa dengan setiap guru-guru yang bertugas pada minggu tersebut untuk mendapatkan nasihat dan penerangan mengenai tugas mengendalikan perhimpunan. Sebagai pengacara majlis saya telah menyediakan teks untuk sesi perhimpunan kali ini. Tujuan penyediaan teks ini supaya majlis perhimpunan kali ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan teratur.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Pengurusan masa yang berlaku ketika majlis berjalan perlu diperbaiki. Aktiviti yang dirancang perlu dikurangkan untuk mengoptimumkan peruntukan masa perhimpunan. Selain itu, saya dapati satu senario yang kurang enak di kalangan guru-guru. Sewaktu perhimpunan, guru-guru terpaksa berdiri. Hal ini menyebabkan mereka berdiri dalam kelompok dan berbual-bual. Ini menunjukkan gambaran dan contoh yang tidak baik pada murid-murid. Guru meminta murid-murid senyap, tetapi guru-guru berbual di hadapan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Dari segi pengurusan masa, sekiranya terdapat peruntukan masa perhimpunan yang secukupnya, sebuah persembahan multimedia boleh diadakan untuk menarik minat murid semasa perhimpunan. Selain itu, saya cadangkan agar sewaktu perhimpunan, bagi guru-guru mereka harus disediakan tempat duduk supaya keadaan perhimpunan itu berjalan dengan lebih cantik dan teratur. Jika guru-guru duduk dalam keadaan yang selesa, perkara ini tidak mengundang guru-guru untuk berbual dan boleh memberi tumpuan sewaktu aktiviti perhimpunan.KESIMPULAN:

Rutin perhimpunan merupakan satu platform yang penting bagi sesebuah sekolah. Di sini dapat kita eratkan hubungan murid dengan pihak sekolah sekiranya medan ini digunakan dengan sebaik mungkin. Pada sesi perhimpunan inilah banyak ilmu yang dapat disampaikan. Tambahan, aktiviti ini memberi pengalaman baru kepada saya dalam menguruskan perhimpunan bila saya menjadi bakal guru kelak.

LAPORAN PROJEK PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN 2