laporan pelan

3
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap. A) Pola kedudukan pelajar Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut. Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas. Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar. Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru. B) Peralatan yang lengkap Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas

Upload: jocelyn-cat

Post on 22-Jul-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pelan

Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan

pelajar dan peralatan yang lengkap.

A) Pola kedudukan pelajar

Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan ke atas

suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan kerusi dan meja

agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk

pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut.

Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan lagi

perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di antara satu

sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau berpasangan dengan

kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada

keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga

antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang

lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja

dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas.

Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal. Sekiranya bilik

darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu

meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga

pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara

guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah

pelajar.

Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg tetapi

masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar

digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa

berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya mereka

yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran. Susunan yang baik dan

rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di belakang manakal yang kecil di hadapan perlu

juga diambil kira oleh guru.

B) Peralatan yang lengkap

Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga akan

mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang pihak

pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-alat

membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara

berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh

jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas

Page 2: Laporan pelan

yang dapat disediakan adalah terhadad dan terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk

memperoleh alatan atau perkakas tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan

terutamanya daripada ibu bapa pelajar yang berkemampuan.

Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslah-masalah

seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau pelajar tersebut dari

tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke atas,menganjurkan gotong royong kelas

untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan

ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di

antara guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini

mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu.

Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah yang

boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang dapat

menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan lagi pengajaran

serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif serta inovatif,tentunya

pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan belajar dalam bilik darjah yang

ceria,selesa dan sihat.

2 )Komunikasi yang berkesan.

Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang

komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi merupakan proses untuk

membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan

atau syarahan. Proses ini melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang

gangguan dan maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi digambarkan dalam bentuk

strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada pelajar.

Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu. Pada

hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah penggunaan bahsa

guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap mata pelajaran. Guru

haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada komunikasi itu dalam bentuk

lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan cirri-ciri yang harus ada dalam

komunikasi iaitu :

1) Adanya pertukaran informasi

2) Proses berlaku dalam system komunikasi

3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.

4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.

(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan

dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi

Page 3: Laporan pelan

kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang

menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.