laporan pelaksanaan internship

Upload: sitisu74

Post on 21-Mar-2016

81 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PPG

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP(PROJEK INOVASI)

NAMA PELAJAR:SITI SUHAILAH BINTI ABDUL RAZAK

NO. KAD PENGENALAN:741227 08 5626

PROGRAM:PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN JUN 2011

NAMA SEKOLAH:SK GUNONG SEMANGGOL, 34400 SIMPANG EMPAT SEMANGGGOL, PERAK.

NAMA PROJEK:MARI MENGENAL PRISMA

TEMPOH PELAKSANAAN:I BULAN

1.0 Abstrak Bersyukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya telah dapat melaksanakan semua perkara yang diperlukan dalam tugasan Internship Projek Inovasi dalam PdP. Saya merasa agak teruja kerana subjek ini berhubung rapat dengan tugasan harian saya sebagai guru Matematik di sekolah rendah di mana saya dapat mengaplikasikannya bagi memperbaiki mutu pengajaran saya dan mengoptimumkan kualiti pembelajaran murid. Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada murid Tahun 3 iaitu tajuk Ruang di bawah bidang Sukatan dan Geometri. Saya terlebih dahulu mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid bagi memudahkan saya membuat perancangan dan seterusnya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Sebelum membuat rancangan pengajaran saya telah merujuk pada Modul Pengajaran Dan Pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pelaksanaan KSSR di sekolah kebangsaan. Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini membantu saya merealisasikan tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan Matematik. Keberkesanan pelaksanaan KSSR memerlukan saya menghayati kehendak dan semangat pendidikan matematik sepertimana yang tersurat dalam dokumen KSSR Matematik. Modul ini membantu saya melaksanakan kurikulum matematik yang dihasratkan dapat menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

Pada pendapat saya, pengajaran saya pada kali ini sungguh berkesan dan menyeronokkan. Saya mengakui dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam pengajaran dapat membantu seseorang guru membuat perancangan dengan lebih teliti bagi memastikan murid mencapai standard pembelajaran seperti yang disarankan dalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sekiranya setiap guru mengaplikasikan teori-teori pembelajaran ketika menjalankan tugas sebagai pendidik, adalah berkemungkinan besar setiap murid dapat mencapai band tertinggi dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran. Semasa Fasa Persediaan, saya telah mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan mengaitkan dengan pengalaman kehidupan harian mereka. Saya juga telah menayangkan lagu bagi menarik minat mereka mengikuti pembelajaran mereka. Saya melihat mereka berminat dengan slide powerpoint dan mereka merasa teruja untuk menyanyi bersama-sama. Namun begitu, lantaran kesuntukan masa mereka tidak dapat menyanyi dengan baik kerana tidak hafal lirik lagu tersebut walaupun terdapat lirik lagu pada video dan juga dibekalkan dengan skrip lirik. Murid menjadi malu-malu kerana perlakuan mereka direkodkan.

Pada Fasa Imaginasi, guru menerangkan ciri-ciri prisma bagi menjana idea murid. Murid dapat merasai sendiri pengalaman memegang benda maujud iaitu benda yang terdapat dalam kehidupan seharian mereka. Mereka dapat mengenali bahagian-bahagian prisma dan mengetahui ciri-ciri sesebuah prisma. Saya memilih bahan maujud kerana saya ingin mereka mengingati pembelajaran mereka apabila mereka menggunakan benda tersebut dalam kehidupan harian mereka. Kelemahan dalam langkah ini ialah mereka kelihatan seperti tidak sabar untuk menikmati coklat Tobleron.

Pada Fasa Perkembangan pula, saya telah memberikan kad-kad nombor. Aktiviti ini menggalakkan murid berkolaboratif dengan rakan dalam kumpulan mereka bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru juga memupuk semangat kepimpinan kepada murid kerana menggalakkan ketua kumpulan mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan. Guru juga mengalakkan murid berani tampil kehadapan bagi membentangkan hasil tugasan. Kelemahan dalam fasa ini ialah masih terdapat murid yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti ini. Murid tersebut merasa rendah diri. Guru perlu meyakinkan murid tersebut agar dapat membuat aktiviti agar dapat mencapai standard pembelajaran. Guru harus peka dengan sifat setiap murid agar tidak ada murid yang ketinggalan.

Semasa melalui Fasa Tindakan, murid perlu melengkapkan jadual dalam lembaran kerja. Murid dapat melengkapkan jadual dengan baik. Murid merasa sangat gembira apabila diberikan ganjaran. Namun, murid mengambil masa untuk mencuci tangan sebelum makan. Guru juga perlu memastikan keselamatan murid ketika membasuh tangan. Guru juga perlu memastikan tangan murid betul-betul bersih memandangkan kotak lingkaran penghalau nyamuk mengandungi racun. Dalam pendidikan Matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk murid membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Saya akan mengekalkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana. Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, saya akan sentiasa menguasai pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran murid.

2.0 OBJEKTIF:

Pelaksanaan Projek Inovasi ini mempunyai objektif seperti berikut:

2.1 Meningkatkan pengetahuan murid terhadap Geometri di bawah tajuk Ruang.

Murid Tahun 3 yang saya pilih merupakan murid yang mempunyai tahap kebolehan yang sederhana dan lemah. Mereka perlu didedahkan konsep Matematik dengan sebaik mungkin agar tidak timbul kekeliruan apabila mereka mempelajari kemahiran-kemahiran Matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Pengetahuan mengenai Geometri perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah PdP yang menarik. Setiap kemahiran perlu dikuasai bagi melahirkan murid yang bermotivasi untuk memajukan diri sendiri.

2.2 Membina keyakinan diri murid semasa mengikuti sesi PdP.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang saya rancang dan laksanakan adalah berdasarkan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang menarik dan berpusatkan murid. Strategi ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid dan memberi peluang kepada murid untuk menentukan jenis pengetahuan dan meneroka sesuatu ilmu yang baru dan seterusnya dapat membina keyakinan diri murid.

2.3 Menggalakkan murid terlibat aktif dalam sesi PdP.Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan aktiviti yang menarik dan bahan bantu mengajar serta bahan bantu belajar adalah untuk meningkatkan kefahaman murid seterusnya menarik minat murid serta berjaya melibatkan murid secara aktif semasa proses PdP berlangsung.

2.4 Melahirkan murid Tahun 3 yang mahir terhadap ciri-ciri Prisma

Setiap murid telah melalui proses menaakul dalam usaha memahami, menguasai serta memperkukuhkan setiap konsep dan ilmu Matematik yang dipelajarinya sebelum dapat mengembangkan dan memperluaskannya ke arah penjanaan idea-idea yang baru.

2.5 Mencungkil bakat dan minat murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan.

Menggalakkan pembinaan hubungan yang sihat di kalangan murid dan dapat meningkatkan harga diri setiap murid serta dapat meningkatkan lagi prestasi murid di dalam bilik darjah. Murid lebih bermotivasi dan berdisiplin dan seterusnya menjadikan sekolah tempat belajar yang menyeronokkan.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

3.1 Menulis Rancangan Pengajaran Harian.

3.2 Perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Pentabiran 9memandangkan saya ialah Ketua Panitia Matematik) di sekolah ini sebelum program dilaksanakan. 3.2.1 Memberi pandangan dan penjelasan tentang perancangan pengajaran. 3.2.2 Membuat pengubahsuaian tentang aspek yang telah dibincangkan dan dipersetujui bersama.3.2.3 Perbincangan tentang aspek-aspek yang difokus dalam pencerapan3.2.4 Mencapai persetujuan tentang perlakuan pengajaran yang akan diubah untuk meningkatkan mutu PdP.

3.3 Pembinaan bahan bantu mengajar

3.3.1 Memuat turun lagu Mari Mengenal Prisma daripada Youtube.3.3.2 Membuat slaid powerpoint mengenai ciri-ciri prisma (inovasi).3.3.3 Mencari gambar yang sesuai dari laman sesawang untuk dicetak sebagai kad gambar.3.3.4 Membuat kad gambar dan kad nombor dengan menggunakan Perisian Power Point.3.3.5 Kad gambar dan kad nombor di laminate.3.3.6 Menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan Perisian Mikrosoft Word.

3.4 PdP dilaksanakan dengan menggunakan inovasi terhadap murid Tahun 3 Al Farabi.

3.5 Membuat refleksi berkaitan dengan Projek Inovasi yang telah dilaksanakan dalam PdP.

4.0 REFLEKSI4.1 Kekuatan Projek.

4.1.1 Mengukuhkan penguasaan pembelajaran murid. Pembelajaran berasaskan projek dapat mengukuhkan pembelajaran murid sekiranya kandungan projek itu menepati standard pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru dan pihak sekolah perlu mewujudkan satu budaya yang menyokong dan mengukuhkan inovasi untuk pembelajaran murid dan memanfaatkan kreativiti serta kepintaran setiap orang murid. Murid juga telah menyelesaikan masalah mereka secara efektif. Selain itu, persekitaran pengajaran dan pembelajaran telah dapat menjana pembangunan diri secara berterusan. Kemahiran yang terlibat dengan projek inovasi ini merupakan asas kepada tajuk Geometri yang lain.

4.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan. Tugasan berbentuk projek dapat menjadikan murid mengaplikasikan perkara yang dipelajari di dalam kelas khususnya di dalam tugasan projek yang dilakukan. Faktor sosial dan emosi mendalam mempengaruhi penglibatan murid dan dan meningkatkan motivasi serta persepsi murid terhadap sesuatu tugas.

4.1.3 Menarik perhatian murid-murid terhadap satu kemahiran yang khusus. Projek inovasi yang dilaksanakan dapat menarik perhatian murid terhadap kemahiran yang diajar. Ini menunjukkan bahawa guru telah mengasah kreativiti setiap murid dengan menyediakan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam pemikiran yang mendalam, kompleks serta meneroka idea-idea yang baru. Selain itu, peluang-peluang ini perlu wujud dalam persekitaran yang positif dan yakin, menyediakan alat untuk memotivasikan murid dan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid

4.1.4 Menjana idea. Projek inovasi yang dilaksanakan di dalam kelas memberi peluang kepada murid untuk menjana idea mengenai topik atau kemahiran mengenal ciri-ciri prisma. Projek yang dilaksanakan mempunyai impak yang positif kepada pembelajaran murid. Murid dapat mengingati konsep sesuatu kemahiran dan mengaplikasikannya apabila diperlukan.

4.1.5 Menerima dan menghormati pandangan orang lain. Projek inovasi yang dilaksanakan ini dapat mengajar murid erti menerima dan menghormati pandangan orang lain. Interaksi sosial yang telah berlaku semsa PdP membolehkan tahap pembelajaran menjadi kondusif bagi setiap murid yang terlibat untuk mencapai kejayaan diri sendiri.

4.1.6 Sedia menanggung risiko. Projek inovasi yang dilaksanakan dapat menggalakkan murid untuk sedia menanggung risiko di atas setiap keputusan yang diambil. Murid dapat memanfaatkan peluang penglibatan di dalam projek yang dilaksanakan. Penglibatan murid ini memerlukan beberapa tahap kematangan sosial dan emosi di kalangan mereka terutama apabila interaksi berlaku ketika mereka melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

4.2 Kelemahan Projek

3.2.1 Pengurusan aktiviti Aktiviti yang saya gunakan melibatkan terlalu banyak bahan maujud menyebabkan masa yang diambil agak lama untuk satu-satu aktiviti.

3.2.2 Penggunaan Komputer Riba, LCD Projektor, Speaker dan DVD. Saya memerlukan kelas yang lebih sesuai untuk menggunakan bahan-bahan ini kerana dalam kelas tiada skrin yang bersesuaian dan menyukarkan pandangan murid. Di samping itu, saya tidak boleh menggunakan bunyi dengan lebih kuat kerana bimbang mengganggu kelas-kelas berdekatan.

5.0 KESIMPULAN

5.1 Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif. Projek inovasi dalam PdP dapat mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan murid.

5.2 Menarik minat dan memotivasikan murid. Projek inovasi yang dilaksanakan dalam PdP dapat menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses PdP.

5.3 Menolong murid untuk memahami dan mengaplikasikan pengetahuan Inovasi dalam PdP dapat menolong murid untuk memahami dan mengaplikasikan pengetahuan agar dapat melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan yang melibatkan inovasi berupaya merealisasikan masyarakat saintifik serta progresif dan berpandangan jauh ke hadapan.

5.4 Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Inovasi dalam PdP dapat menolong murid dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Murid dididik menggunakan daya berfikir yang tinggi serta minda produktif untuk melahirkan insan yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif yang dijana adalah terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

5.5 Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. Projek inovasi ini ini mantap dan efektif kerana menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid serta guru. Projek inovasi ini meneroka pengalaman murid dari segi perspektif. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada muridr untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.

5.6 Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. Setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam projek inovasi ini, guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan setiap murid.

SUASANA SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6