laporan majlis suaikenal

6
LAPORAN MAJLIS SUAIKENAL / MINGGU ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN PENYAYANG 2012 OBJEKTIF 1. Mendedahkan murid tahun 1 kepada persekitaran sekolah. 2. Membuka ruang dan peluang kepada ibubapa murid tahun 1 untuk mengenali pihak pengurusan sekolah. TARIKH PELAKSANAAN DAN MASA PELAKSANAAN Tarikh : 3 JANUARI 2012 Masa : 8.30 – 10.00 pagi TEMPAT PELAKSANAAN DEWAN SERI BUDI, SK SEREMBAN 2A DAN KELAS-KELAS TAHUN 1 KEHADIRAN PESERTA Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 1 dan Ibubapa. TENTATIF PROGRAM 8.00 pagi : Kehadiran Ibubapa dan Murid tahun 1 8.30 : Bacaan Doa 8.40 : Taklimat GPK HEM 9.00 : Taklimat GPK Kurikulum 9.15 : Taklimat khas Guru Besar 9.30 : Taklimat J-Qaf 9.50 : Taklimat LINUS Pegawai Pendidikan Daerah Seremban 10.00 : Ibubapa pergi ke kelas tahun 1 12.00 tgh : Bersurai

Upload: norzalina-mohamad-nor

Post on 07-Aug-2015

81 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

laoran program transisi

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan majlis suaikenal

LAPORAN MAJLIS SUAIKENAL / MINGGU ORIENTASI PROGRAM TRANSISI DAN

PENYAYANG 2012

OBJEKTIF

1. Mendedahkan murid tahun 1 kepada persekitaran sekolah.

2. Membuka ruang dan peluang kepada ibubapa murid tahun 1 untuk mengenali pihak

pengurusan sekolah.

TARIKH PELAKSANAAN DAN MASA PELAKSANAAN

Tarikh : 3 JANUARI 2012

Masa : 8.30 – 10.00 pagi

TEMPAT PELAKSANAAN

DEWAN SERI BUDI, SK SEREMBAN 2A DAN KELAS-KELAS TAHUN 1

KEHADIRAN PESERTA

Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 1 dan Ibubapa.

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Kehadiran Ibubapa dan Murid tahun 1

8.30 : Bacaan Doa

8.40 : Taklimat GPK HEM

9.00 : Taklimat GPK Kurikulum

9.15 : Taklimat khas Guru Besar

9.30 : Taklimat J-Qaf

9.50 : Taklimat LINUS Pegawai Pendidikan Daerah Seremban

10.00 : Ibubapa pergi ke kelas tahun 1

12.00 tgh : Bersurai

Page 2: Laporan majlis suaikenal

LAPORAN PROGRAM

MASA LAPORAN

8.00 pagi Ibubapa hadir bersama murid-murid tahun 1 bagi tahun 2012 dan

berkumpul di Dewan Seri Budi.

8.30 pagi - Murid-murid tahun 1 berkumpul di tapak perhimpunan mengikut

kelas masing-masing dengan bantuan semua guru kelas tahun 1

2012.

- Pengerusi majlis Pn Harlina bt Samsudin memulakan majlis

dengan ucapan alu-aluan.

- Seterusnya bacaan doa oleh Ustaz Yudy b. Palanrai

8.40 pagi Taklimat GPK Hal Ehwal Murid- Pn. Hjh. Rabiah bt Taib

- GPK meminta semua ibubapa untuk mengisi borang maklumat

murid dan menyerahkan semula kepada guru kelas.

- GPK turut menerangkan tetang buku panduan peraturan sekolah.

- GPK menegaskan tentang peraturan penggunaan telefon bimbit,

peraturan pakaian seragam sekolah dan murid tidak dibenarkan

membawa wang bagi sebarang pembayaran. Murid-murid

digalakkan membawa wang yang secukupnya dan bekalan air

sendiri.

- Jika ibubapa mempunyai urusan dengan pihak sekolah, pihak

ibubapa perlu mengisi borang di pondok jaga dan terus ke pejabat

sekolah.

- Pada waktu rehat ibubapa tidak perlu datang ke sekolah. Pihak

ibubapa perlu memastikan keperluan anak-anak lengkap sebelum

mereka datang ke sekolah.

9.00 pagi Taklimat GPK 1 Akademik – Pn Lena bt Mohd Yusof

- GPK 1 menerangkan tentang Program Transisi Tahun 1. Program

ini bermula dari hari pertama persekolahan dan berlangsung

selama 3 minggu.

- Program Transisi adalah program pengenalan kepada semua

murid tahun 1 tentang perubahan pendidikan secara formal

Page 3: Laporan majlis suaikenal

sekolah tadika ke sekolah rendah. Semasa program ini

berlangsung murid-murid akan berkenalan dengan guru-guru dan

rakan-rakan serta menyesuaikan diri mereka dengan proses

pengajaran dan pembelajaran.

- Pengisian aktiviti sepanjang program meliputi aspek membaca,

menulis dan mengira.

- GPK juga menerangkan tentang peranan ibubapa sepanjang

program ini berjalan supaya program ini dapat dijalankan dengan

jayanya.

- Pihak sekolah mengharapkan hubungan dua hala di antara

ibubapa dan pihak sekolah. Ibubapa diharap dapat menghadiri

bagi sesi perbincangan dengan guru kelas dan sebarang

mesyuarat.

9.15 pagi Taklimat Khas Guru Besar - Pn. Hjh. Rusnidah bt Kaharudin

- Guru besar amat mengharapkan kerjasama daripada ibubapa

semua murid tahun 1 - tahun 6 supaya sekolah dapat

meningkatkan kecemerlangannya.

- Guru besar turut memaklumkan tentang pencapaian UPSR 2011

iaitu 51 calon telah memperolehi 5 A.

- Guru besar turut menjelaskan tentang KSSR yang telah dijalankan

daripada tahun 2011.

- Ujian saringan LINUS akan diadakan bagi tujuan penentuan tahap

pencapaian murid dan jika murid didapati menghadapi masalah

pembelajaran, murid-murid ini akan dikendalikan oleh kelas PPKI.

Kerjasama ibubapa murid yang bermasalah amat diperlukan.

- Guru besar menjelaskan tentang yuran sekolah dan PIBG, pihak

sekolah masih belum mendapat sebarang arahan lagi. Surat

makluman akan dikeluarkan jika ada sebarang arahan.

Sumbangan daripada ibubapa amat dialu-alukan untuk program

transisi.

- Tahap sahsiah 2011 bagi semua murid adalah baik dan murid-

murid tidak terlibat dengan sebarang masalah disiplin yang serius.

9.30 pagi Taklimat J-Qaf – Pn. Nurul Ain bt Abd. Rahman

Page 4: Laporan majlis suaikenal

- Penyelaras J-Qaf memberi penerangan berkenaan dengan J-Qaf.

- J-Qaf terdiri daripada 5 modul

- Modul 1 – model Khatam Al-Quran

- Modul 2 – Model Penulisan Jawi

- Modul 3 – Model Bahasa Arab

- Modul 4 – Model Kem Bestari Solat

- Model 5 – Model Tasmik

9.50 pagi Taklimat LINUS- Pegawai Fasilitator LINUS PPD Seremban- Pn.

Azlyn bt Othman

- LINUS ialah gabungan perkataan Literasi dan Numerasi.

- Semua murid tahun 1 perlu mengkuti ujian saringan LINUS dan

keputusan yang akan diperolehi ialah melepasi atau tidak

melepasi.

- Ujian didatangkan dengan modul dan soalan akan disediakan oleh

pihak kementerian.

10.00 pagi Ibubapa bergerak ke kelas tahun 1 untuk menghantar maklumat murid

dan mengambil buku teks.

11.30 pagi Majlis bersurai

REFLEKSI PROGRAM

1. Sepanjang majlis berlangsung semua ibubapa dapat memberi kerjasama

perjalanan program berjalan dengan lancar.

2. Semua murid tahun 1 berada di dalam kelas masing dan menjalankan pelbagai

aktiviti suaikenal.

CADANGAN

Tiada

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________________ _________________________

(NORZALINA BT MOHAMAD NOR) ( )

AJK Dokumentasi