laporan majlis pelantikan pengawas 2015

5
LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PERPUSTAKAAN, KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH, SEGAMAT TAHUN 2015 TARIKH : 1 MAC 2015 (ISNIN) MASA : 7.30 hingga 8.00 pagi TEMPAT : Dewan SK LKTP Kemelah PERASMI : Encik Katigo bin Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah. Pada 1 Mac 2015 seramai 37 orang Pengawas , 10 orang Ketua Darjah , 10 orang Penolong Ketua Darjah dan 26 orang Pengawas Pusat Sumber yang baru sesi 2015 telah dilantik dalam Majlis Watikah Perlantikan ini oleh Encik Katigo bin Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah dan diiringi Encik Hairilanuar bin Mason Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Undian telah dijalankan di kalangan guru-guru SK LKTP Kemelah sebelum ini. Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah memilih undi majoriti dan melantik Nurul Elyana binti Abd Rahman sebagai Ketua Pengawas dan Noor Asyura binti Aminoor Syahfizan sebagai Penolong Ketua Pengawas. Manakala Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Nur Balqis Nadhirah binti Zulhaiza dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber ialah Nurhazwani binti Hameri Idi. Majlis Penyampaian Watikah pelantikan diadakan bertujuan ;

Upload: hairilmason

Post on 12-Jan-2016

343 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hem

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Majlis Pelantikan Pengawas 2015

LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS,PENGAWAS PERPUSTAKAAN, KETUA DAN PENOLONG

KETUA DARJAH SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP KEMELAH, SEGAMAT

TAHUN 2015

TARIKH : 1 MAC 2015 (ISNIN)

MASA : 7.30 hingga 8.00 pagi

TEMPAT : Dewan SK LKTP Kemelah

PERASMI : Encik Katigo bin Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah.

Pada 1 Mac 2015 seramai 37 orang Pengawas , 10 orang Ketua Darjah , 10

orang Penolong Ketua Darjah dan 26 orang Pengawas Pusat Sumber yang baru

sesi 2015 telah dilantik dalam Majlis Watikah Perlantikan ini oleh Encik Katigo bin

Sukiman, Guru Besar SK LKTP Kemelah dan diiringi Encik Hairilanuar bin Mason

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Undian telah dijalankan di kalangan guru-guru SK LKTP Kemelah sebelum

ini. Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah telah memilih undi majoriti dan melantik

Nurul Elyana binti Abd Rahman sebagai Ketua Pengawas dan Noor Asyura binti

Aminoor Syahfizan sebagai Penolong Ketua Pengawas. Manakala Ketua Pengawas

Pusat Sumber ialah Nur Balqis Nadhirah binti Zulhaiza dan Penolong Ketua

Pengawas Pusat Sumber ialah Nurhazwani binti Hameri Idi.

Majlis Penyampaian Watikah pelantikan diadakan bertujuan ;

a)      Melantik dan memperkenalkan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber

secara rasmi.

b)      Memberi pengikhtirafan kepada Pengawas supaya dapat menjalankan tugas

yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa menunjukkan

penampilan yang cemerlang dalam semua bidang.

c)      Mendidik pelajar dengan sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab sepanjang

menjalankan tugas.

Page 2: Laporan Majlis Pelantikan Pengawas 2015

Semoga dengan pelantikan ini, ia akan dapat membantu memantapkan

disiplin dan pengurusan pusat sumber Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah,

Segamat ke arah yang lebih terbilang

 Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SK LKTP

Kemelah atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program

tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan

yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

Disediakan oleh,

(SITI AMIZAH BINTI MOHAMAD KAMILAN)Penyelaras Pengawas Sekolah,SK LKTP Kemelah, Segamat.

Page 3: Laporan Majlis Pelantikan Pengawas 2015

 LAMPIRAN GAMBAR

Page 4: Laporan Majlis Pelantikan Pengawas 2015