laporan linus ppt

20
LAPORAN PROGRAM LITERASI 1.0 PENGENALAN Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bertujuan supaya murid-murid pada masa tersebut menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang juga bertindak untuk memfokuskan kepada masalah 3M (membaca, menulis dan mengira). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas. Seiring dengan itu Program LINUS diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan Ogos 2009, masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga dan keempat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010), memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan merapatkan Jurang Pendidikan; di mana ia dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M di Tahap 1. Program Linus adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Ia menyasarkan bahawa 1

Upload: ezahilmi-nurinwani

Post on 22-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Linus PPT

LAPORAN PROGRAM LITERASI

1.0 PENGENALAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bertujuan supaya murid-murid pada masa

tersebut menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pada tahun

1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pula Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) yang juga bertindak untuk memfokuskan kepada masalah 3M

(membaca, menulis dan mengira). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu

melalui aktiviti pemulihan dalam kelas.

Seiring dengan itu Program LINUS diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) pada bulan Ogos 2009, masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras

Ketiga dan keempat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010),

memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan merapatkan Jurang Pendidikan; di mana ia

dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M di Tahap 1.

Program Linus adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA). Ia menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan menguasai asas Literasi

dan Numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

Pelaksanaan Program Linus mensasarkan 100 % murid Tahun 3 menguasai kemahiran

Literasi dan Numerasi sebelum naik ke Tahun 4 mulai pada tahun 2013 kecuali murid

yang berkeperluan khas.

1

Page 2: Laporan Linus PPT

Kesedaran Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa masih ada  murid sekolah

rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi kerana mereka kurang peluang dan

tiada pendedahan untuk  menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan

formal. Program Literasi dan Numerasi(LINUS) mula dilaksanakan pada tahun 2010

yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah(Kohort Pertama). Program LINUS

Numerasi melibatkan operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah

yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea

matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik

dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi

pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat

pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran Matematik

dengan lebih bermakna dan berkesan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpendapat suatu pendekatan yang

bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan

dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid

yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran

dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan

kerjaya, berkebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik

dalam kehidupan harian.

2

Page 3: Laporan Linus PPT

2. MATLAMAT LINUS LITERASI CELIK HURUF NUMERASI CELIK

NOMBOR

MATLAMAT NUMERASI

Semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi kecuali murid berkeperluan

khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah.

DEFINISI NUMERASI

Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik

yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam

kehidupan harian.

3. SKOP PEMERINGKAT NUMERASI

Pemeringkatan tahap kebolehan murid ditetapkan berdasarkan kandungan kurikulum

Matematik KBSR/KSSR. Operasi asas aritmetik dilakukan dihadkan kepada nombor

bulat sahaja. Skop kebolehan Numerasi yang perlu dikuasai oleh murid ditetapkan

kepada operasi asas aritmetik terhadap nombor bulat dalam lingkungan 20 sahaja.

Linus dijalankan dengan menggunakan modul yang disediakan oleh KPM.

Numerasi

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Nombor Bulat

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 20.

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100.

Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000.

Operasi asas

Menyatakan fakta asas tambah dan tolak.

Menyatakan fakta asas tambah dan tolak, darab dan bahagi (2, 10, 5 dan 4).

Menyatakan fakta asas tambah dan tolak, darab dan bahagi (3, 6, 7, 8 dan 9).

Aplikasi Mata wang Malaysia hingga RM10

Mata wang Malaysia hingga RM50

Mata wang Malaysia hingga RM100

3

Page 4: Laporan Linus PPT

Menyatakan bahagian dalam sehari.

Menyatakan waktu dalam jam.

Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Mengenal bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.

Mengelas bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.

Menamakan bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.

Organisasi Kandungan adalah hierarki dari mudah ke lebih kompleks. Setiap kemahiran

disusun dengan lebih terperinci dan saling berkaitan dengan kemahiran lain. Skop dan

kedalaman dikurangkan.Tumpuanpengajaran diberi kepada: Gaya pembelajaran murid.

Menepati skop penyoalan. soalan dan cara murid memproses maklumat dari konkrit

kepada abstrak dan dari pasif kepada aktif. Pelbagai cadangan strategi penyelesaian

masalah, aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dan melibatkan

seluruhan hasil pembelajaran dan unit. Juga disertakan juga lembaran kerja.Terdapat

juga proses Membuat perkaitan,membuat pena’akulan, komunikasi menyelesaikan

masalah serta membuat perwakilan.

3. PENGURUSAN PROGRAM LINUS

Pengurusan Linus diperingkat sekolah adalah berdasarkan Carta organisasi program

Linus seperti di bawah:

4

Page 5: Laporan Linus PPT

4. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fail Linus terdiri daripada fail induk dan fail murid. Fail Induk terdiri daripada

1. Takwim

2. Struktur dan Carta Organisasi

3. Biodata dan Rumusan Maklumat Guru Linus

4. Minit Mesyuarat

5. Perancangan Kewangan

6. Senarai Bahan Rujukan dan Bahan Bantu Mengajar

7. Jadual Pencerapan

8. Surat/Pekeliling

Manakala Fail murid terdiri daripada:

1. Senarai Nama Murid Linus

2. Surat/Rekod Pemeriksaan Doktor (jika ada)

5

Page 6: Laporan Linus PPT

3. Data Maklumat Murid Linus

4. Keputusan Saringan Murid

5. Analisis Saringan

6. Hal-hal lain

5. PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN SUDUT LINUS

5.1 Kepentingan Pengurusan Bilik Darjah Dan Sudut Linus

Satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-

guru bagi membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan.

Umumnya, ia bertujuan untuk mewujudkan keadaan, suasana dan persekitaran

pembelajaran yang kondusif. Di samping itu, dapat meningkatkan peluang

pembelajaran murid. Ini dapat membina dan mengekalkan persekitaran bilik

darjah yang menyokong pembelajaran.

5,2 Pengurusan Suasana Fizikal Bilik Darjah Linus

Pengurusan suasana fizikal melibatkan bentuk dan saiz bilik darjah, tempat

duduk murid, susunan perabut dan kelengkapan serta susunan ruang

pembelajaran dan bahan.

6

Page 7: Laporan Linus PPT

6. PERLAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

Linus dijalankan secara dua peringkat yang terdiri daripada:

i. Saringan 1 (Lisan dan bertulis)

ii. Saringan 2 (lisan dan Bertulis)

Di peringkat saringan 1, semua pelajar tahun 1, 2, dan 3 dikehendaki menduduki

proses saringan lisan dan bertulis.

Sekiranya pelajar melepasi konstruk 1 hingga 12, pelajar akan ditempatkan di

kelas arus perdana, manakala pelajar yang tidak menguasai konstruk 3 hingga

konstruk 12 dan yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dihantar ke kalas

pemulihan linus yang dikendalikan pleh guru pemulihan linus.

7

Page 8: Laporan Linus PPT

7.0 PELAKSANAAN INSTRUMEN LINUS (LITERASI & NUMERASI)

Terdapat 12 konstruk dalam instrumen Literasi dan Numerasi Lisan. Instrumen

Literasi dan Numerasi secara bertulis pula mengandungi 10 konstruk di mana konstruk 4

dan konstruk 5 tidak diukur secara bertulis. Di dalam instrumen Numerasi (Lisan) terdiri

daripada 12 konstruk di mana setiap murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 pada tahun

2014 mesti menduduki saringan ini. Ianya ditadbir oleh guru mengikut masa yang

ditetapkan (waktu pengajaran dan pembelajaran Matematik) menggunakan bahasa

pengantar di sekolah masing-masing. Pelaksanaannya adalah mengikut urutan

soalan/konstruk. Sekiranya jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir

semula mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid. Ketika pentaksiran

dilaksanakan, guru mesti berada bersama dengan murid. Murid ditadbir dan ditaksir

secara telus dan jujur.

Penempatan pelajar ke kelas tertentu berjalan selepas saringan pertama dilaksanakan.

Antara aktiviti yang dijalankan untuk mempertingkatkan kebolehan pelajar membaca

dan menulis adalah seperti berikut:

8

Page 9: Laporan Linus PPT

1. Rakan Pembimbing (Guru kecil Linus)

a. Murid yang tidak menguasai diberi perhatian oleh rakan Pembimbing .

b. Murid Linus boleh meningkatkan prestasi dalam bacaan.

2. Waris Perihatin

a. Menjana komitmen antara waris dengan pihak sekolah dalam bidang pendidikan.

b. Menambah keprihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak agar berterusan di rumah.

3. Kelas intensif

Perhatian khusus diberi oleh guru kelas dan guru pemulihan linus kepada pelajar yang berada di kelas linus bertujuan untuk membantu pelajar membaca.

4. Anak angkat linus

a. Guru memberi tumpuan khusus kepada murid LINUS.

b. Guru memantau dan membimbing anak angkat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Saringan 2 dijalankan di dalam bulan September kepada murid yang sama. Hasil dari

saringan menunjukkan terdapat murid yang berada di kelas linu berkurangan hasil

9

Page 10: Laporan Linus PPT

daripada aktiviti dan intensif yang dijalankan oleh guru mata pelajaran dan guru

pemulihan linus. Ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.

BIDANG SARINGANBIL

MURID

TIDAK MENGUASAI

(K1 - K2)

TIDAK MENGUASAI(K3 - K12)

MENGUASAI(K1 - K12)

BIL % BIL % BIL %

LITERASI BM

SARINGAN 1 101 11 11.00 37 37.00 53 53.00

SARINGAN 2 100 3 3.00 16 16.00 81 81.00

NUMERASI

SARINGAN 1 101 6 6.00 33 33.00 62 62.00

SARINGAN 2 100 4 4.00 8 8.00 88 88.00

LITERASI BI

SARINGAN 1 101 14 14.00 41 41.00 46 46.00

SARINGAN 2 100 7 7.00 25 25.00 68 68.00

Data Linus SK Taman Bersatu, Saringan Linus 2014

Untuk Literasi Bahasa Melayu bilangan pelajar yang menjalani saringan Linus adalah

semarai 101 orang. Semasa saringan 1, bilangan murid yang tidak menguasai konstruk

3 hingga 12 adalah seramai 37 orang dan 11 pelajar tidak menguasai konstruk 1 dan

konstruk 2. Di dalam saringan 2, bilangan pelajar yang yang tidak menguasai konsruk 3

hingga 12 kerkurang kepada seramai 33 orang manakala tidak menguasai konstruk 1 dan

2 tinggal seramai 3 orang sahaja. Ini menunjukkan berlaku pengurangan bilangan

pelajar yang berada di kelas Linus.

10

Page 11: Laporan Linus PPT

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN PROGRAM LINUS

Setelah Linus saringan 2 dijalankan, masih terdapat 3 orang pelajar berada di

tahap tidak menguasai konstruk asas. Contoh soalan Konstruk 1 dan 2 adalah seperti si

bawah;

Manakala contoh soalan untuk konstruk 2 seperti di bawah:

11

Page 12: Laporan Linus PPT

Antara sebab kena masih terdapat pelajar linus pada akhir pembelajaran adalah kerana:

1. Faktor pelajar

Murid kerap tidak hadir ke sekolah.

Murid tidak pernah hadir ke tadika dan tidak mempunyai asas menulis dan

mengira.

Murid selalu sakit.

Sikap murid.

Ingin mendapat perhatian daripada guru atau ibu bapa

Dipandang rendah oleh murid-murid lain.

Kekurangan keyakinan.

Tidak dapat mengikut P&P selepas dimasukkan semula ke kelas biasa.

Rasa kurang perhatian daripada guru

2. Masalah keluarga

Masalah ibu bapa

Contohnya, bergaduh, memanjakan anak, mengabaikan anak, sikap ibu bapa

Masalah peribadi

12

Page 13: Laporan Linus PPT

Contohnya, gangguan seksual di rumah terhadap murid menyebabkan murid

trauma ke sekolah dan fobia dengan ‘lelaki’

Ibu bapa bercerai / meninggal

Tidak ada kelengkapan asas pembelajaran yang cukup di rumah.

9. MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU LINUS DAN GURU

PEMULIHAN

Kekurangan bahan dan sumber rujukan untuk Linus Numerasi.

Setiap murid menghadapi masalah yang berlainan.

Bilangan murid linus yang ramai.

Guru linus tidak mempunyai masa yang cukup kerana perlu lagi mengajar

murid perdana.

10. CARA-CARA PENAMBAHBAIKAN PROGRAM LINUS

1 Guru Linus / Guru Pemulihan

Pelbagaikan kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar. Contohnya,

permainan.

Memikirkan cara untuk meningkatkan keyakinan murid.

Cuba memahami latar belakang, perasaan murid untuk mengetahui

pemikiran murid.

Menghadiri kursus-kursus berkenaan untuk meningkatkan diri.

13

Page 14: Laporan Linus PPT

2 Guru Kelas Dan Guru Subjek

Menggalakkan murid lain untuk membantu murid linus.

Memberi lebih perhatian dan bantuan kepada murid linus.

Meningkatkan keyakinan murid linus dengan pelbagai kaedah.

3 Sekolah

Pihak sekolah boleh menjalankan pelbagai program untuk menggalakkan murid

untuk datang sekolah. Contohnya, program guru penyayang. Berkomunikasi

dengan penjaga murid dan mencari cara penyelesaian untuk membantu murid-

murid. Mengurangkan kerja sampingan guru linus.

4 Kerajaan

Kerajaan dapat membantu dengan melatih guru pemulihan yang lebih ramai

untuk sekolah-sekolah yang memerlukan. Selain itu ia juga dapat menjalankan

program prasekolah di kawasan pedalaman. Namun segala proram yang

dilaksanakan mestilah mementingkan kualiti, dan bukannya kuantiti murid.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, program linus adalah program yang baik dan berfaedah untuk murid-

murid yang menghadapi masalah belajar. Namun usaha-usaha dari pihak kerajaan,

sekolah, guru dan ibu bapa masih perlu ditingkatkan untuk membantu murid-murid

linus.

14

Page 15: Laporan Linus PPT

15