laporan lawatan sambil belajar ke lppkn,...

1
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LPPKN, KUALA LUMPUR, PADA 25 FEBRUARI 2010 Aktiviti awal dan permulaan bagi tahun 2010 yang dijalankan oleh Biro Sukan & Kesihatan (DCA) PUSPANITA Kementerian Pengangkutan adalah “Lawatan ke Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ), di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Seramai 35 ahli PUSPANITA Kem. Pengangkutan yang terdiri daripada MOT, DCA & JPJ yang diketuai oleh Y. Bhg. Datin Hajjah Mahidah bt. Datuk Ab. Wahab dan Puan Rohani Bt. Harun, telah menyertai rombongan ini. Lawatan ini bermula dari jam 9:00 pg hingga 2:00 ptg, telah disambut dengan hormat oleh staf-staf dan Timbalan Ketua Pengarah LPPKN, Dr. Anjli Doshi. Rombongan dibawa ke tempat pemeriksaan seiringan kesihatan untuk memulakan sesi lawatan ini. Ahli-ahli PUSPANITA MOT mendapatkan khidmat pemeriksaan seperti: a) Tekanan Darah b) Indeks jisim badan c) Ujian glukos/kolestrol d) Ujian pap Smear Pemeriksaan ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 tidak termasuk Pap Smear. Ahli-ahli menggambil peluang menjalani pemeriksaan ini. Taklimat mengenai LPPKN dan jenis perkhidmatan yang disalurkan kepada awam juga diterangkan oleh Dr. Anjli Doshi. Banyak perkara dan fungsi-fungsi yang disediakan oleh LPPKN tidak diketahui oleh kita semua umpamanya: a) Sesi kaunseling dimana sesiapa sahaja boleh membawa keluarga untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan ini, LPPKN menyediakan beberapa orang pakar kaunseling, dan bayarannya amat minimal. b) Klinik Sub Fertiliti kaedah ini digunakan kepada ibi bapa yang sukar mendapat zuriat. c) Klinik Nur Sejahtera pemeriksaan payu dara/pap smear/imbasan tulang d) Kafe@TEEN- tempat anak-anak remaja boleh bersantai secara sihat, melayari internet dan apa juga aktiviti sihat yang disediakan oleh LPPKN. Lawatan ke tempat-tempat yang tersebut diatas mengakhiri kunjungan PUSPANITA MOT ke LPPKN sebelum bersurai dan dijamu dengan makan tengahari sehingga jam 2:50 petang. Disediakan oleh, Setiausaha JKK Biro Sukan & Kesihatan PUSPANITA Kementerian Pengangkutan

Upload: dangminh

Post on 23-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LPPKN, …puspanita.mot.gov.my/dokumen/Laporan_Lawatan_Sambil_Belajar_Ke... · LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LPPKN, ... Seramai 35 ahli PUSPANITA

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LPPKN,

KUALA LUMPUR, PADA 25 FEBRUARI 2010

Aktiviti awal dan permulaan bagi tahun 2010 yang dijalankan oleh Biro Sukan &

Kesihatan (DCA) PUSPANITA Kementerian Pengangkutan adalah “Lawatan ke

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ), di Jalan Raja

Laut Kuala Lumpur.

Seramai 35 ahli PUSPANITA Kem. Pengangkutan yang terdiri daripada MOT, DCA &

JPJ yang diketuai oleh Y. Bhg. Datin Hajjah Mahidah bt. Datuk Ab. Wahab dan Puan

Rohani Bt. Harun, telah menyertai rombongan ini. Lawatan ini bermula dari jam 9:00 pg

hingga 2:00 ptg, telah disambut dengan hormat oleh staf-staf dan Timbalan Ketua

Pengarah LPPKN, Dr. Anjli Doshi.

Rombongan dibawa ke tempat pemeriksaan seiringan kesihatan untuk memulakan sesi

lawatan ini. Ahli-ahli PUSPANITA MOT mendapatkan khidmat pemeriksaan seperti:

a) Tekanan Darah

b) Indeks jisim badan

c) Ujian glukos/kolestrol

d) Ujian pap Smear

Pemeriksaan ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 tidak termasuk Pap Smear.

Ahli-ahli menggambil peluang menjalani pemeriksaan ini.

Taklimat mengenai LPPKN dan jenis perkhidmatan yang disalurkan kepada awam juga

diterangkan oleh Dr. Anjli Doshi. Banyak perkara dan fungsi-fungsi yang disediakan

oleh LPPKN tidak diketahui oleh kita semua umpamanya:

a) Sesi kaunseling – dimana sesiapa sahaja boleh membawa keluarga untuk

mendapatkan rawatan dan perkhidmatan ini, LPPKN menyediakan beberapa

orang pakar kaunseling, dan bayarannya amat minimal.

b) Klinik Sub Fertiliti – kaedah ini digunakan kepada ibi bapa yang sukar mendapat

zuriat.

c) Klinik Nur Sejahtera – pemeriksaan payu dara/pap smear/imbasan tulang

d) Kafe@TEEN- tempat anak-anak remaja boleh bersantai secara sihat, melayari

internet dan apa juga aktiviti sihat yang disediakan oleh LPPKN.

Lawatan ke tempat-tempat yang tersebut diatas mengakhiri kunjungan PUSPANITA

MOT ke LPPKN sebelum bersurai dan dijamu dengan makan tengahari sehingga jam

2:50 petang.

Disediakan oleh,

Setiausaha JKK Biro Sukan & Kesihatan

PUSPANITA Kementerian Pengangkutan