LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LPPKN,
KUALA LUMPUR, PADA 25 FEBRUARI 2010
Aktiviti awal dan permulaan bagi tahun 2010 yang dijalankan oleh Biro Sukan &
Kesihatan (DCA) PUSPANITA Kementerian Pengangkutan adalah “Lawatan ke
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ), di Jalan Raja
Laut Kuala Lumpur.
Seramai 35 ahli PUSPANITA Kem. Pengangkutan yang terdiri daripada MOT, DCA &
JPJ yang diketuai oleh Y. Bhg. Datin Hajjah Mahidah bt. Datuk Ab. Wahab dan Puan
Rohani Bt. Harun, telah menyertai rombongan ini. Lawatan ini bermula dari jam 9:00 pg
hingga 2:00 ptg, telah disambut dengan hormat oleh staf-staf dan Timbalan Ketua
Pengarah LPPKN, Dr. Anjli Doshi.
Rombongan dibawa ke tempat pemeriksaan seiringan kesihatan untuk memulakan sesi
lawatan ini. Ahli-ahli PUSPANITA MOT mendapatkan khidmat pemeriksaan seperti:
a) Tekanan Darah
b) Indeks jisim badan
c) Ujian glukos/kolestrol
d) Ujian pap Smear
Pemeriksaan ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 tidak termasuk Pap Smear.
Ahli-ahli menggambil peluang menjalani pemeriksaan ini.
Taklimat mengenai LPPKN dan jenis perkhidmatan yang disalurkan kepada awam juga
diterangkan oleh Dr. Anjli Doshi. Banyak perkara dan fungsi-fungsi yang disediakan
oleh LPPKN tidak diketahui oleh kita semua umpamanya:
a) Sesi kaunseling – dimana sesiapa sahaja boleh membawa keluarga untuk
mendapatkan rawatan dan perkhidmatan ini, LPPKN menyediakan beberapa
orang pakar kaunseling, dan bayarannya amat minimal.
b) Klinik Sub Fertiliti – kaedah ini digunakan kepada ibi bapa yang sukar mendapat
zuriat.
c) Klinik Nur Sejahtera – pemeriksaan payu dara/pap smear/imbasan tulang
d) Kafe@TEEN- tempat anak-anak remaja boleh bersantai secara sihat, melayari
internet dan apa juga aktiviti sihat yang disediakan oleh LPPKN.
Lawatan ke tempat-tempat yang tersebut diatas mengakhiri kunjungan PUSPANITA
MOT ke LPPKN sebelum bersurai dan dijamu dengan makan tengahari sehingga jam
2:50 petang.
Disediakan oleh,
Setiausaha JKK Biro Sukan & Kesihatan
PUSPANITA Kementerian Pengangkutan