laporan lawatan jab kimia m'sia -...

9
LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL KE SEKSYEN ALAM SEKITAR & MAKMAL KIMA JABATAN KIMIA MALAYSIA 27hb September 2010 (Isnin) Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia Jabatan Kimia Malaysia

Upload: tranhanh

Post on 12-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

LAPORAN LAWATAN TEKNIKAL

KE

SEKSYEN ALAM SEKITAR

& MAKMAL KIMA

JABATAN KIMIA MALAYSIA

27hb September 2010 (Isnin)

Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi JPS Malaysia  

Jabatan Kimia Malaysia  

Page 2: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

i

Seramai 7 orang pegawai yang terlibat dalam program lawatan Seksyen Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia seperti berikut:- Bil. Nama Unit

1. Pn. Nor Asiken Alias PP Unit Pengurusan Maklumat

2. En. Ahmad Tarmizi Mat Taib PP Unit Pengurusan Maklumat

3. Cik Khairul Fadzilah Mohd Omar PP Unit Pengurusan Maklumat

4. En. Firdaus Mohd Mubin PJ Unit Sumber Air II

5. En. Mohd Aiman Shazlishah Rosli J17 Unit Pengurusan Maklumat

6. Pn. Zainon Abd Khalili J17 Unit Sumber Air II

7. En. Mohd Hydayatt bin Omar J17 Seksyen Ramalan Banjir

Page 3: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

ii Tentatif Program Lawatan Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia. Isnin (27hb September 2010) 9.15 pagi : Bertolak dari JPS Ampang menggunakan kenderaan Jabatan. 10.00 pagi : Tiba Di Seksyen Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia. 10.15 pagi : Bilik Mesyurat, Seksyen Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia. 11.00 pagi : Lawatan ke Makmal Alam Sekitar. 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS Ampang. Kandungan Laporan Muka surat 1. Tujuan Lawatan BSAH ke Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar,

Jabatan Kimia Malaysia 1

2. Program Lawatan Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar,

Jabatan Kimia Malaysia 1

3. Kesimpulan Hasil dari Lawatan 5

Disediakan Oleh: Nor Asiken Binti Alias Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia

Disemak Oleh: Yuhaslin bt Yusof Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia

Page 4: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

1

4. Tujuan Lawatan BSAH ke Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar,

Jabatan Kimia Malaysia ini bertujuan untuk :

1.1. Meneliti keperluan dan prosedur Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar,

Jabatan Kimia Malaysia di dalam penyediaan, penyimpanan dan penghantaran sampel

air sungai oleh JPS, Malaysia sebelum sampel air sungai dianalisis di Makmal Alam

Sekitar.

1.2. Melihat usahasama yang dijalankan diantara BSAH, JPS Malaysia dengan pihak

Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia .

2. Program Lawatan Seksyen Alam Sekitar dan Makmal Alam Sekitar, Jabatan Kimia

Malaysia.

2.1. Ketibaan ke Seksyen Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia disambut oleh En. Wong

Kok Fa, Ketua Seksyen Alam Sekitar dan pegawai-pegawai di Seksyen Alam Sekitar.

Taklimat penerangan ringkas disampaikan oleh En. Appri Bin Beyan, Ketua Unit Alam

Sekitar (Air Permukaan). Dilampirkan slide taklimat seperti dilampiran A.

Gambar 1 :Taklimat dan perbincangan antara BSAH, JPS Malaysia dan Seksyen

Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia.

Page 5: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

2

2.2. Jabatan Kimia Malaysia mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia termasuk

cawangan baru di Tawau, Sabah. Manakala di Ibupejabat mempunyai 6 Bahagian

dimana Bahagian Kesihatan Alam Sekitar di bawah Seksyen Alam Sekitar mempunyai 5

unit makmal dan 2 unit makmal daripada (Makmal Air Permukaan dan Efluen &

Makmal Logam Surihan) adalah makmal yang memberi kerjasama dengan JPS,

Malaysia dalam menganalisis sampel kualiti air sungai stesen Rangkaian Hidrologi

Nasional dan termasuk sampel air sungai untuk projek-projek dibawah JPS, Malaysia.

2.3. Dibawah Seksyen Alam Sekitar, mereka memberikan perkhidmatan seperti berikut:-

i. Pengawasan Kualiti Air

ii. Penguatkuasaan (Efluen, Industri, Kumbahan dan Landfil)

iii. Kesihatan Cara Kerja

iv. Biologikal (dalam air)

v. Sisa Buangan dan Tumpahan Minyak

2.4. Pihak Jabatan Kimia Malaysia telah mendapat pengiktirafan akreditasi MS ISO/IEC

17025. Akreditasi dan pensijilan adalah kemestian bagi makmal yang menjalankan

penyelidikan dan seterusnya memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

2.5. Keputusan laporan analisis kualiti air sungai akan dihantar oleh Jabatan Kimia Malaysia

dalam tempoh 2 bulan.

2.6. Pihak Seksyen Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia memaklumkan terdapat

sebahagian pensampelan yang dihantar oleh JPS,Malaysia yang tidak memenuhi

piawaian dan kehendak pihak Jabatan Kimia Malaysia MS ISO 9001:2008. Kaedah

pensampelan yang betul telah dimaklumkan seperti di Jadual 1.

Page 6: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

3

Gambar 2: Lawatan Ke Makmal Alam Sekitar ( Unit Permukaan Air & Efluen) Penerangan disampaikan oleh En Wong Kok Fa, Ketua Seksyen Alam Sekitar.

 

Gambar 3: Lawatan Ke Makmal Alam Sekitar ( Unit Permukaan Air & Efluen) Penerangan disampaikan oleh En Wong Kok Fa, Ketua Seksyen Alam Sekitar.

Page 7: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

4

 

Gambar 4: Lawatan Ke Makmal BOD/COD. Penerangan disampaikan oleh En Wong Kok Fa, Ketua Seksyen Alam Sekitar.

 

Gambar 5: Lawatan Ke Makmal BOD/COD. Penerangan disampaikan oleh En Wong Kok Fa, Ketua Seksyen Alam Sekitar.

 

Page 8: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

  

5

3. Kesimpulan Hasil dari Lawatan

3.1. Hasil lawatan dan perbincangan diantara BSAH, JPS Ampang dan Seksyen Alam

Sekitar adalah seperti berikut:-.

• Pihak Seksyen Alam Sekitar memaklumkan sebahagian sampel air sungai yang dihantar

oleh JPS, Malaysia tidak memenuhi prosedur dan piawaian pensampelan pihak Jabatan

Kimia Malaysia. Pihak Jabatan Kimia Malaysia, mencadangkan pihak JPS Malaysia

dapat memenuhi piawaian yang dikehendaki agar memudahkan proses penganalisisan

dijalankan. Dilampirkan Jadual 1 bagi pensampelan yang dikehendaki oleh Jabatan

Kimia Malaysia.

• Pensampelan air sungai perlu disediakan dalam botol plastik jenis polyethylene saiz 4

liter, 1 liter dan 500 ml untuk memudahkan analisis mengikut parameter yang diperlukan.

• Pihak Jabatan Kimia Malaysia juga mencadangkan penyimpanan sampel air sungai

didalam ice box dan mengunakan ice pack untuk memastikan suhu dalam 4°C.

• Penghantaran sampel air sungai ke Makmal, Jabatan Kimia Malaysia mesti dalam hari

yang sama atau dalam tempoh 24jam bagi memastikan kualiti data yang dianalisis lebih

tepat.

• Pensampelan yang dihantar ke Makaml Alam Sekitar sebaiknya hendaklah berada dalam

kepekatan komponen kekal seperti percontohan (punca) hingga sampai di makmal.

• Pihak Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai masalah dengan parameter-parameter

yang diperlukan oleh BSAH, JPS Ampang untuk dianalisis.

• Dilampirkan bersama slide taklimat yang dibentangkan oleh pihak Seksyen Alam Sekitar,

Jabatan Kimia Malaysia dilampiran A.

Page 9: Laporan Lawatan Jab Kimia M'sia - h2o.water.gov.myh2o.water.gov.my/intranetState/Tools/LaporanLawatanJabKimiaM'sia.pdf · 12.00 Tghari : Seisi Bergambar dan bertolak pulang ke JPS

JADUAL 1 KIMIA MALAYSIA RECOMMENDED PROTOCOL SAMPLE HANDLING REQUIREMENTS FOR SURFACE WATER (RIVERS, LAKES, SEAWATER ETC) (A summary of types of sample bottles, preservations and holding times)

Parameters Bottles Smple size Preservation Holding time

Submission to KIMIA

pH - 0.25 h Colour Refrigerate 48 h Turbidity P 4 L 24 h Conductivity 28 days Suspended Solid (SS),DS,TS 7 days Submit samples

immediately after sampling

Phosphate , Nitrate 48 h Alkalinity 14 day Chloride,Flouride,Sulphate,Silica 28 day BOD5 24 h

Metals (Fe, Mn,K,Na ,Ca, Mg) Hardness

P(A)

1 L Add (1+1)HNO3 to pH <2,

6 months

COD,Ammonia P

500 Add (1+1)H2SO4 to pH < 2, refrigerate

7 day

Nota: a) This guided bases from APHA, 21 edition , 2005 b) Refrigerate : Storage at 4oC c) P- Plastic (polyethylene or equivalent), G-Glass, P(A) or G(A)-rinsed with 1+1 HNO3