laporan kursus pendidikan kesihatan pergigian 2015

2
LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 2015 DISEDIAKAN OLEH: UNIT K14 Pada 25 dan 26 Ogos 2015, telah diadakan satu Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian anjuran IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pergigian Kinta. Kursus ini telah diadakan selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti. Pada hari pertama iaitu 25 September 2015, kami telah mendapat pemeriksaan kesihatan pergigian yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Kinta melalui perkhidmatan klinik bergerak. Pemeriksaan ini dilakukan di hadapan Dewan Seri Tanjung. Kami telah melakukan pemeriksaan pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Semasa pemeriksaan dilakukan, kami turut menerima makanan iaitu roti, buah epal, dan air. Selepas melakukan pemeriksaan, kami telah diberikan ubat gigi percuma. Melalui pemeriksaan ini, kami dapat mengetahui keadaan gigi kami memandangkan ramai ahli kelas yang sudah lama tidak melakukan pemeriksaan gigi. Pada 26 Ogos 2015 pula, satu ceramah mengenai Pendidikan Kesihatan Pergigian telah diadakan di Dewan Melati bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Ceramah ini telah dimulakan dengan sesi ujian pra dan diakhiri dengan sesi ujian pasca tentang isi-isi ceramah berkaitan pendidikan kesihatan pergigian. Ceramah ini telah dibahagikan kepada dua slot dan disampaikan oleh dua orang doktor yang berbeza. Satu slot mengenai kesihatan pergigian seperti nama-nama gigi, ciri-ciri gigi, tahap tumbesaran gigi, kepentingan gigi, penyakit pergigian dan cara-cara untuk menjaga kesihatan gigi. Satu lagi slot adalah berkaitan dengan peranan guru dalam menerapakan pendidikan kesihatan pergigian dalam kalangan murid. Pelbagai maklumat telah diperolehi melalui ceramah ini seperti kepentingan pendidikan kesihatan pergigian. Segala maklumat ini perlu diketahui oleh seorang guru seperti kami agar dapat disampaikan kepada anak murid kami kelak.

Upload: izzati-jazmin

Post on 11-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 2015 IPG KAMPUS IPOH

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian 2015

LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN 2015DISEDIAKAN OLEH: UNIT K14

Pada 25 dan 26 Ogos 2015, telah diadakan satu Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian anjuran IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pergigian Kinta. Kursus ini telah diadakan selama dua hari dengan pengisian pelbagai aktiviti.

Pada hari pertama iaitu 25 September 2015, kami telah mendapat pemeriksaan kesihatan pergigian yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Kinta melalui perkhidmatan klinik bergerak. Pemeriksaan ini dilakukan di hadapan Dewan Seri Tanjung. Kami telah melakukan pemeriksaan pada pukul 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Semasa pemeriksaan dilakukan, kami turut menerima makanan iaitu roti, buah epal, dan air. Selepas melakukan pemeriksaan, kami telah diberikan ubat gigi percuma. Melalui pemeriksaan ini, kami dapat mengetahui keadaan gigi kami memandangkan ramai ahli kelas yang sudah lama tidak melakukan pemeriksaan gigi.

Pada 26 Ogos 2015 pula, satu ceramah mengenai Pendidikan Kesihatan Pergigian telah diadakan di Dewan Melati bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Ceramah ini telah dimulakan dengan sesi ujian pra dan diakhiri dengan sesi ujian pasca tentang isi-isi ceramah berkaitan pendidikan kesihatan pergigian. Ceramah ini telah dibahagikan kepada dua slot dan disampaikan oleh dua orang doktor yang berbeza. Satu slot mengenai kesihatan pergigian seperti nama-nama gigi, ciri-ciri gigi, tahap tumbesaran gigi, kepentingan gigi, penyakit pergigian dan cara-cara untuk menjaga kesihatan gigi. Satu lagi slot adalah berkaitan dengan peranan guru dalam menerapakan pendidikan kesihatan pergigian dalam kalangan murid. Pelbagai maklumat telah diperolehi melalui ceramah ini seperti kepentingan pendidikan kesihatan pergigian. Segala maklumat ini perlu diketahui oleh seorang guru seperti kami agar dapat disampaikan kepada anak murid kami kelak.

Satu pertandingan menghasilkan RPH berkaitan pendidikan kesihatan pergigian turut dilaksanakan dan kami telah menyertainya. Pada awalnya, kami hanya menghantar draf RPH kepada urusetia dan kami telah berjaya disenarai pendekkan dalam tiga yang terbaik. RPH kami telah dibentangkan pada petang 26 Ogos 2015 oleh Izzati Jazmin binti Jamaludin dan Nur Farhana bt. Mohd Kassim. Kami telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini sebagai RPH Terbaik. Melalui pertandingan ini kamu belajar bagaimana untuk mengadaptasikan pendidikan kesihatan pergigian dalam pengajaran dan pembelajaran murid.

Kesimpulannya, Kursus Pendidikan Kesihatan Pergigian telah memberikan kami banyak maklumat mengenai pendidikan kesihatan pergigian yang mana sebelum ini kami tidak berapa tahu mengenainya. Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang kerana ia telah memberikan manfaat yang banyak.