laporan kursus bsmm (1)

4
LAPORAN KURSUS BSMM Tarikh : 5 hingga 7 September 2014 Tempat : Rumah Bulan Sabit Merah cawangan negeri Sabah Hari Pertama (5 September 2014) Perjalanan ke Rumah Bulan Sabit Merah Malaysia Sebelum pukul 1 tengahari, semua ahli BSMM diminta berkumpul di cafeteria IPG Kampus Keningau. Tepat jam 1 tengahari selepas semua persediaan selesai, semua ahli BSMM diiringi oleh pensyarah-pensayarah penasihat bertolak ke Rumah Bulan Sabit Merah cawangan Sabah. Lebih kurang jam 5 petang, semua ahli BSMM tiba di destinasi. Persiapan Tempat Penginapan Sebelum memulakan aktiviti, AJK mengatur tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Oleh kerana semua ahli BSMM merupakan ahli lelaki dan mempunyai jumlah yang ramai, maka penginapan asrama aspura dan aspura dibuka untuk kami semua. Ceramah PPM dan UUKA Penceramah: Encik Paul Tseu Ceramah ini berkaitan tentang sejarah dan latar belakang Bulan Sabit Merah. Bulan Sabit Merah yang dahulunya dikenali sebagai Palang Merah ditubuhkan oleh Jean Henry Dunant pada 8 Mei 1825 di Geneva. Pada tahun 1863, 4 warga Swiss dan Henry Dunant telah menubuhkan Jawatankuasa Berlima. Jawatankuasa Berlima terdiri daripada General Guillame Henry Daufour (Presiden), Henry Dunant (Setiausaha), Gustave Moynier, Dr. Theodore Maunoir dan Dr. Lois Appia. Disinilah bermulanya Persatuan Palang Merah bergiat aktif dalam membantu mangsa-magsa yang memerlukan. Selain itu, ceramah ini berkaitan tentang labang Palang Merah dibuat pada tahun 1863 dan diilhamkan daripada bendera negara Switzerland. Pada tahun 1876, Turki menggunakan Bulan Sabit Merah dan sekaligus ianya ditukar. Pada tahun 1923, lambang bunga dan matahari merah digunakan oleh Parsia atau Iran. Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah digunakan untuk pengenalan dan perlindungan terutamanya ketika peperangan berlaku. 1

Upload: mohd-amdih-saidi

Post on 17-Jan-2016

293 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Kursus Bsmm (1)

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kursus Bsmm (1)

LAPORAN KURSUS BSMM

Tarikh : 5 hingga 7 September 2014

Tempat : Rumah Bulan Sabit Merah cawangan negeri Sabah

Hari Pertama (5 September 2014)

Perjalanan ke Rumah Bulan Sabit Merah Malaysia

Sebelum pukul 1 tengahari, semua ahli BSMM diminta berkumpul di cafeteria IPG

Kampus Keningau. Tepat jam 1 tengahari selepas semua persediaan selesai, semua ahli

BSMM diiringi oleh pensyarah-pensayarah penasihat bertolak ke Rumah Bulan Sabit Merah

cawangan Sabah. Lebih kurang jam 5 petang, semua ahli BSMM tiba di destinasi.

Persiapan Tempat Penginapan

Sebelum memulakan aktiviti, AJK mengatur tempat penginapan kami selama 3 hari 2

malam. Oleh kerana semua ahli BSMM merupakan ahli lelaki dan mempunyai jumlah yang

ramai, maka penginapan asrama aspura dan aspura dibuka untuk kami semua.

Ceramah PPM dan UUKA

Penceramah: Encik Paul Tseu

Ceramah ini berkaitan tentang sejarah dan latar belakang Bulan Sabit Merah. Bulan

Sabit Merah yang dahulunya dikenali sebagai Palang Merah ditubuhkan oleh Jean Henry

Dunant pada 8 Mei 1825 di Geneva. Pada tahun 1863, 4 warga Swiss dan Henry Dunant

telah menubuhkan Jawatankuasa Berlima. Jawatankuasa Berlima terdiri daripada General

Guillame Henry Daufour (Presiden), Henry Dunant (Setiausaha), Gustave Moynier, Dr.

Theodore Maunoir dan Dr. Lois Appia. Disinilah bermulanya Persatuan Palang Merah bergiat

aktif dalam membantu mangsa-magsa yang memerlukan.

Selain itu, ceramah ini berkaitan tentang labang Palang Merah dibuat pada tahun

1863 dan diilhamkan daripada bendera negara Switzerland. Pada tahun 1876, Turki

menggunakan Bulan Sabit Merah dan sekaligus ianya ditukar. Pada tahun 1923, lambang

bunga dan matahari merah digunakan oleh Parsia atau Iran. Lambang Palang Merah atau

Bulan Sabit Merah digunakan untuk pengenalan dan perlindungan terutamanya ketika

peperangan berlaku.

1

Page 2: Laporan Kursus Bsmm (1)

Dalam ceramah tersebut juga, Konvensyen Geneva diperkenalkan. Terdapat empat

Konvensyen Geneva. Konvensyen yang pertama pada tahun 1864 yang bertujuan untuk

melindungi tentera yang cerdera di medan perang. Konvensyen Geneva yang kedua pada

thun 1906 bertujuan untuk melindungi yang sakit dan kapal karam. Konvensyen yang ketiga

pada tahun 1929 ialah bertujuan untuk melindungi tawanan perang dan konvensyen yang

keempat pada tahun 1949 bertujuan untuk melindugi orang awam.

Secara ringkasnya, dalam ceramah yang berlansung selama 2 jam lebih itu, terdapat

banyak input yang diberi tentang latar belakang Bulan Sabit Merah dan Palang Merah.

Jawatankuasa dan pingat-pingat yang berkaitan dengan Bulan Sabit Merah juga

diketegahkan dalam ceramah tersebut.

2

Page 3: Laporan Kursus Bsmm (1)

HARI KEDUA (6 September 2014)

Sesi Kedua

Penceramah: David Kong

Tajuk: Pendidikan Kesihatan Asas

Laporan

Hari kedua kami bermula dengan aktiviti persediaan diri dan juga sarapan bersama

pada jam 7.30 pagi. Sesi pertama pada hari kedua kami bermula dengan sesi peperiksaan

bagi sesi Undang-undang antarabangsa pada hari sebelumnya. Ia berjalan selama satu jam

sebelum sesi kedua kami berjalan. Sesi kedua adalah bersama dengan Encik David Kong.

Beliau memegang jawatan sebagai seorang pembantu perubatan di hospital Queen. Beliau

telah member ceramah berkaitan dengan Pendidikan kesihatan asas. Dalam sesi beliau,

beberapa perkara penting telah disentuh berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Antara

perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan kehidupan dan kesihatan, pemakanan,

kebersihan diri, kebersihan rumah, penyakit-penyakit biasa di kawasan tropika dan juga

bahaya umum kesihatan. Sesi bersama Encik David Kong berakhir pada jam 1.12 petang.

Sesi ketiga

Penceramah: David Kong

Tajuk: Pertolongan cemas dan CPR

Selepas sahaja sesi kedua bersama Encik David Kong tamat, kami semua bergerak

untuk rehat dan juga makan tengahari. Sesi ketiga bermula pada jam 2.00 petang untuk sesi

pertolongan cemas dan juga kemahiran CPR. Sesi ini dijalankan bersama dengan kehadiran

pensyarah penasihat BSMM IPGKK. Sesi ini berjalan dengan baik selama 2 Jam setengah

dari jam 2.00 petang sehingga jam 4.30 petang. Secara keseluruhannya, sesi ini dijalankan

dengan menggunakan teknik demonstrasi dimana penceramah telah melakukan

demosntrasi berkaitan dengan pertolongan cemas dan juga cara-cara ikatan dan akhir

sekali, demonstrasi CPR dan juga latihan praktikal. Latihan pertolongan cemas dan CPR

disambung lagi pada sebelah malam selepas pengurusan diri dan juga makan malam. Sesi

ini dijalankan oleh Encik David Kong dan aktiviti yang dijalankan adalah simulasi berkaitan

dengan situasi kecemasan. Aktiviti ini berakhir pada jam 11.00 malam dan semua ahli balik

dan berehat bagi persediaan hari esok.

3

Page 4: Laporan Kursus Bsmm (1)

HARI KETIGA (7 September 2014)

Hari ketiga bermula dengan persediaan diri dan juga sarapan pagi. Aktiviti yang

pertama ialah peperiksaan amali CPR yang dijalankan oleh Encik Kevin, Timbalan Pengarah

BSMM cawangan Sabah (belia) dan rakannya. Peperiksaan amali bermula tepat jam 8.30

pagi dan berakhir jam 10. 30 pagi. Aktiviti diteruskan lagi dengan peperiksaan teori yang

berkaitan dengan pertolongan cemas.

Aktiviti terakhir yang dijalankan ialah majlis penutupan kursus Bulan Sabit Merah di

rumah BSMM cawangan Sabah yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah BSMM belia

cawangan Sabah, Encik Kevin serta para penceramah, pensyarah penasihat dan semua ahli

BSMM IPG Kampus Keningau. Majlis berakhir pada jam 12.30. Selesai majlis penutupan,

semua ahli berkemas dan bertolak kembali ke IPG Kampus Keningau.

4