laporan kursus anggun hospital sri aman tahun...

10
Laporan Kursus Anggun Hospital Sri Aman Tahun 2015 Tarikh Kursus : 9 – 10 Jun 2015(Selasa & Rabu) Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang Anjuran : Hospital Sri Aman Lokasi : Bilik Seminar Pen. Pegawai Perubatan, Jalan Sabu. PENGENALAN: PUTRAJAYA 7 Sept. - Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, yang bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes. Menurutnya, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis. Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. “Kementerian terus menekankan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat kerana masalah berat badan berlebihan di kalangan mereka telah mencecah 29.4 peratus dan obesiti pula sebanyak 15.1 peratus. “Masalah tersebut kini telah menjadi ancaman terbesar kepada kesihatan masyarakat. Bayangkan ketika ini seorang daripada tiga penduduk negara ini obes atau mempunyai berat badan berlebihan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, di Dataran Wawasan Presint 2 di sini hari ini. Menurut Subramaniam, kerajaan amat komited untuk membudayakan amalan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20 minit sehari. Mengulas mengenai Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, Subramaniam berkata, seramai 70,000 orang yang majoritinya belia mengambil bahagian dalam kempen berkenaan yang dilancarkan serentak di seluruh negara. Kempen yang diadakan untuk tahun keempat itu katanya, memfokuskan kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian. “Cara hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan aktiviti fizikal kerana sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan media sosial dari pagi hingga malam. “ICT sudah menjadi budaya golongan belia sekarang. Sememangnya diakui ICT meningkatkan komunikasi sosial, namun keperluan kehidupan yang aktif tidak boleh diketepikan," katanya. Katanya, kerajaan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan muda sentiasa mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan kemudahan beriadah di kawasan perumahan antaranya kempen berjalan 10,000 langkah sehari merupakan aktiviti intensiti rendah dan sesuai semua peringkat umur. “Dianggarkan berjalan 10,000 langkah bersamaan tujuh kilometer sehari mampu membakar 385 kalori," katanya. (Sumber : Utusan Online 8/9/2013.)

Upload: dangxuyen

Post on 29-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Laporan Kursus Anggun Hospital Sri Aman Tahun 2015

Tarikh Kursus : 9 – 10 Jun 2015(Selasa & Rabu)

Masa : 8:00 pagi – 5:00 petang

Anjuran : Hospital Sri Aman

Lokasi : Bilik Seminar Pen. Pegawai Perubatan, Jalan Sabu.

PENGENALAN:

PUTRAJAYA 7 Sept. - Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, yang bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.

Menurutnya, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis.

Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kementerian terus menekankan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat kerana masalah berat badan berlebihan di kalangan mereka telah mencecah 29.4 peratus dan obesiti pula sebanyak 15.1 peratus.

“Masalah tersebut kini telah menjadi ancaman terbesar kepada kesihatan masyarakat. Bayangkan ketika ini seorang daripada tiga penduduk negara ini obes atau mempunyai berat badan berlebihan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, di Dataran Wawasan Presint 2 di sini hari ini.

Menurut Subramaniam, kerajaan amat komited untuk membudayakan amalan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20 minit sehari.

Mengulas mengenai Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, Subramaniam berkata, seramai 70,000 orang yang majoritinya belia mengambil bahagian dalam kempen berkenaan yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Kempen yang diadakan untuk tahun keempat itu katanya, memfokuskan kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian.

“Cara hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan aktiviti fizikal kerana sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan media sosial dari pagi hingga malam.

“ICT sudah menjadi budaya golongan belia sekarang. Sememangnya diakui ICT meningkatkan komunikasi sosial, namun keperluan kehidupan yang aktif tidak boleh diketepikan," katanya.

Katanya, kerajaan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan muda sentiasa mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan kemudahan beriadah di kawasan perumahan antaranya kempen berjalan 10,000 langkah sehari merupakan aktiviti intensiti rendah dan sesuai semua peringkat umur.

“Dianggarkan berjalan 10,000 langkah bersamaan tujuh kilometer sehari mampu membakar 385 kalori," katanya.

(Sumber : Utusan Online 8/9/2013.)

OBJEKTIF PROGRAM :

1. Mempromosikan cara hidup sihat di tempat kerja

2. Mencapai tahap kesihatan yang optimum bagi wargakerja

3. Mewujudkan tempat kerja yang menyokong aktiviti-aktiviti kawalan obesiti

4. Menghasilkan pekerja yang sihat dan produktif

5. Menjadi role model bagi wargakerja hospital dan masyarakat setempat untuk mencapai

matlamat kesihatan sepanjang hayat.

ISI KANDUNGAN PROGRAM:

1. Pendaftaran peserta

2. Senamrobik

3. Ice Breaking

4. Pre-Test

5. Ceramah Langsing bukan sekadar cantik

6. Ceramah Pengendalian Berat Badan Berlebihan

7. Aktiviti Kuimpulan

8. Ceramah Ubat Langsing : Kebaikan dan Keburukan

9. Sesi Motivasi

10. Masakan sihat (Teori dan demonstrasi)

11. Ucapan penangguhan dan penyampaian sijil.

Perjalanan Kursus:

Kursus ini melibatkan peserta yang terdiri daripada wargakerja hospital Sri Aman yang

mempunyai indek jisim badan (BMI) melebihi 27 dan ke atas. Jumlah peserta pada kursus kali

ini adalah seramai 32 orang yang terdiri daripada pelbagai kategori.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta bermula pada pukul 7:45 pagi, dan selepas itu

diikuti dengan aktiviti ‘go active’ atau senamrobik. Aktiviti senam robik berakhir pada pukul 9:15

pagi. Analisis status kesihatan para peserta dijalankan sejurus selepas aktiviti senamrobik.

Aktiviti ice breaking dijalankan sebaik sahaja selesai analisis kesihatan.

Selepas rehat iaitu pada pukul 11:00 pagi, para peserta dikehendaki menjawap soalan ‘pre-test’

berkenaan Kursus ini. Ini disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh Pengarah hospital

bertajuk Langsing Bukan Sekadar Cantik. Ceramah ini berakhir pada pukul 12.45 petang.

Sesi petang dimulakan dengan ceramah Pengendalian Berat Badan Berlebihan yang di

sampaikan oleh pegawai Dietetik hospital Sri Aman. Selepas ceramah ini disusuli pula oleh

aktiviti kumpulan pada pukul 3:00 petang. Aktiviti kumpulan berakhir pada pukul 5:00 petang.

Pada hari ke dua(Rabu), 10 jun 2015, program dimulakan dengan sesi ‘Go Active’atau

senamrobik iaitu bermula pada pukul 8:00 pagi .Selepas berakhir sesi senamrobik, aktiviti

diteruskan dengan ceramah berkenaan Ubat Langsing: Kebaikan dan Keburukan yang telah

disampaikan oleh pegawai Farmasi hospital Sri Aman. Sesi motivasi pula menyusul selepas

rehat iaitu kira-kira pada pukul 10:30 pagi.

Selepas selesai ceramah atau sesi motivasi, para peserta seterusnya disajikan dengan satu

sesi yang begitu penting iaitu demonstrasi masakan sihat yang dikendalikan oleh penolong

pegawai penyediaan makanan dari hospitalSri Aman dengan dibimbing oleh pegawai Dietetik.

Para peserta juga berpeluang menguji rasa (testing) makanan yang disediakan melalui kaedah

penyediaan menu sihat. Selesai sahaja sesi uji rasa ini, satu sesi soaljawab berkenaan menu

sihat ini juga diadakan.

Sesi petang bermula pada pukul 2:00 petang dengan pembentangan hasil kerja kumpulan.

Sebanyak 5 kumpulan telah membuat pembentangan. Kumpulan 1 telah mengungguli

pertandingan ini dengan topik penyediaan menu sihat untuk sehari.

Kursus ini diakhiri dengan para peserta menjawab soalan ‘post-test’. Daripada pemarkahan

yang ditunjukkan dalam ‘post-test’ini, terbukti para peserta dapat memahami matlamat kursus

dan juga maklumat yang telah disampaikan. Ini dapat dilihat dengan peningkatan markah yang

ketara berbanding ‘pre-test’ . Dapat dirumuskan juga bahawa objektif penganjuran kursus ini

telah tercapai.

Ucapan penangguhan kursus telah disempurnakan oleh pengarah hospital, Dr.Hjh.Hayati binti

Ja’afar.Dalam ucapannya,pengarah telah menekankan tentang kepentingan mengawal dan

memastikan berat badan berada pada julat BMI yang normal atau unggul. Perkara ini hanya

dapat dicapai dengan keazaman dan komitmen yang kuat disamping tindakan serta kesedaran.

Pengarah juga menasihati para peserta agar mengambil serius tentang aktiviti atau program

menurunkan berat badan ini agar objektif menurunkan berat badan dicapai. Diakhir

sesi,pengarah menyampaikan sijil kepada para penceramah, fasilitator dan peserta.

Kursus berakhir pada pukul 5:00 petang.

GAMBAR AKTIVITI SEKITAR KURSUS ANGGUN HOSPITALSRI AMAN 2015.

SESI ‘GO ACTIVE’ (SENAMROBIK)

SESI ‘ICE BREAKING’

SESI CERAMAH OLEH PENGARAH HOSPITAL

SESI CERAMAH OLEH PEGAWAI DIETETIK

SESI CERAMAH OLEH PEGAWAI FARMASI

CERAMAH MOTIVASI OLEH USTAZ ZULHAZMI

DEMONSTRASI PENYEDIAAN DAN MASAKAN

SESI SOAL JAWAB MENU SIHAT

AKTIVITI KUMPULAN DAN PEMBENTANGAN DARI

SETIAP KUMPULAN

Rumusan:

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai objektif penganjurannya. Ini dapat dilihat

melalui markah pencapaian keseluruhan iaitu 86.70 %. Pencapaian ini adalah 11.7% melebihi

sasaran ditetapkan iaitu pada kadar 75%. Daripada pendapat atau komen keseluruhan yang

diberikan oleh para peserta, rata-rata para peserta menyatakan bahawa kursus ini amat baik

untuk menyampaikan maklumat berkenaan masalah berat badan atau Obesiti. Kursus ini juga

dilihat dapat menimbulkan kesedaran berkenaan masalah kesihatan khususnya berkaitan

berat badan berlebihan.Kebanyakkan peserta menyarankan supaya kursus ini diteruskan dari

masa ke semasa dan melibatkan lebih ramai lagi wargakerja, untuk memberi kesedaran dan

sebagai langkah awal pencegahan atau pengawalan berat badan. Melalui maklumbalas kursus

yang diberikan, secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan penganjuran kursus

ini.

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD SIDDIQ BIN YAMAN) Jurupulih Perubatan Anggota U36 Penyelaras Kursus Anggun 2015 Hospital Sri Aman.

Tarikh: 19 Jun 2015.

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PARA PESERTA