laporan konvoi kembara motorsikal jelajah pdrm 2012

Upload: nurul-azwani

Post on 19-Jul-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN KONVOI KEMBARA MOTORSIKAL JELAJAH PDRM 2012 BERSEMPENA KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA 2012

Pada 21 April 2012 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya program Konvoi Kembara Motorsikal Jelajah PDRM Bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya 2012 yang dianjurkan oleh Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program ini telah berlangsung di Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi memastikan program yang dijalankan mencapai matlamat seperti yang dirancang. Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta Program Kempen Penunggang Berhemah 2012 yang bermula . Seramai lebih 300 orang peserta yang mengikuti program ini. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek Pengurusan Kokurikulum, SUKSIS, pelajar dari Unit Kediaman Luar Kampus, Kolej Kediaman Aminuddin Baki, dan Konvoi Bitara.