laporan kerajinan

14
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011 KAEDAH MENGAJAR KPD 5046 PENDIDIKAN MORAL INDIVIDU DISEDIAKAN UNTUK: MR.NADARAJAN THAMBU 1

Upload: shuhaida-mohamed

Post on 29-Jun-2015

840 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH 2010/2011

KAEDAH MENGAJAR

KPD 5046

PENDIDIKAN MORAL

INDIVIDU

DISEDIAKAN UNTUK:

MR.NADARAJAN THAMBU

DISEDIAKAN OLEH:

NUR HAINA BT ZULKEPLI L20101006086

1

Page 2: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

TAHUN : 4 Mutiara

MASA : 60 Minit

BIDANG PEMBELAJARAN : 1. Nilai berkaitan dengan perkembangan diri

NILAI : 1.8 Kerajinan

TAJUK : Rajin Usaha Tangga Kejayaan

HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan

dapat

KOGNITIF : i. Menyatakan dengan jelas ciri-ciri kerajinan

AFEKTIF : i. Memahami kelebihan bersikap rajin

terutamanya dalam pembelajaran.

PERLAKUAN : i. Menunjukkan sikap rajin semasa belajar

didalam kelas.

PENDEKATAN : i. Pemupukan nilai

ii. Pembelajaran aktif

TEKNIK : Perbincangan dalam kumpulan, peta minda

BAHAN BANTU MENGAJAR : LAMPIRAN A: Tayangan Video

LAMPIRAN B: Tayangan gambar

LAMPIRAN C: Dialog

LAMPIRAN D: Sumbang saran/ peta minda

2

Page 3: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

PENILAIAN :

i. Menulis sajak tentang kerajinan

ii. Cipta satu bahan hiasan dengan menggunakan 3 jenis bahan buangan seperti botol

plastic, tin kosong dan surat khabar. Apakah nilai yang diperlukan oleh pelajar

supaya berjaya dalam rekaciptanya.

PENGUKUHAN :

i. Guru memberikan senarai kata-kata hikmah dan motivasi mengenai kerajinan.

ii. Meminta setiap pelajar mencari gambar seorang tokoh yang berjaya dalam

bidangnya dan menceritakan kejayaan tokoh tersebut di dalam kelas.

B) SET INDUKSI

3

Page 4: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

BIDANG 1 : PERKEMBANGAN DIRI

NILAI 1.8 : KERAJINAN

TAJUK : RAJIN USAHA TANGGA KEJAYAAN

Langkah / Masa

Kemahiran / Penyerapan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi / Sumber

Induksi Set(5 minit)

Pengenalan

1.Slide Power

point

1. Guru menunjukkan tayangan

video tentang kerajinan.

2. Guru menerangkan konsep

kerajinan

1. Tayangan (Lampiran A)

2. Penerangan gambar. (Lampiran B)

Langkah I (15 minit)

Pendekatan Penjelasan Nilai

1. Teknik Main Peranan.

1. Guru memilih tiga orang pelajar.2. Pelajar tersebut akan membaca

dialog kisah antara semut dan belalang dengan intonasi yang betul.

1. Dialog(Lampiran C)

Langkah II

(5 minit)

Pendekatan Penjelasan Nilai

1. Penjelasan Oleh Pelajar.

1. Pelajar lain akan menerangkan

mengenai nilai yang ada dalam

persembahan tersebut.

2. Pelajar perlu menyenaraikan

kesan negatif dan positif bersikap

rajin.

1. Perbincangan2. Penerangan(Lampiran D)

Penutup(5 minit)

Rumusan 1. Guru memberi rumusan. 1. Penerangan

AKTIVITI

4

Page 5: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

1) Tayangan video

Guru menunjukkan video tenteng semut dan belalang

Pelajar diminta menghayati moral dan nilai disebalik tayangan tersebut

2) Tayangan gambar

Guru menunjukkan gambar tentang kesan bersikap rajin.

Guru menerangkan mengenai nilai kerajinan

Guru turut menerangkan kepentingan kerajinan, kesan tidak mengamalkannya,

kebaikan mengamalkannya dan sebagainya.

3) Dialog

Guru menyediakan satu skrip dialaog antara semut dan belalang

Guru memilih tiga orang pelajar.

Ketiga-tiga pelajar tersebut masing-masing perlu membacakan dialaog sang

semut, sang belalang dan tukang pencerita.

4) Sumbang saran/ peta minda

pelajar perlu menyenaraikan kesan positif bersikap rajin dan kesan negatif

bersikap malas dalam daripada dialog tersebut dalam bentuk peta minda.

LAMPIRAN B

5

Page 6: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

6

Page 7: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

7

Page 8: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

LAMPIRAN C

( DIALOG)

Baca dialog di bawah dengan intonasi yang betul

Pada suatu petang, sekumpulan semut berkumpul untuk mengadakan mesyuarat. Mereka

berbincang tentang persediaan untuk menghadapi musim sejuk.

Sang semut: Kita perlu bekerja lebih keras kali ini bagi memastikan bekalan makanan kita

mencukupi sepanjang musim sejuk nanti

Semua semut bersetuju dengan cadangan tersebut. Mereka tidak mahu kekurangan makanan dan

kelaparan seperti musim sejuk yang lalu. Keesokan pagi semut-semut itu keluar mencari

makanan. Makanan yang ditemui dikumpul dan dibawa balik ke sarang dengan menggunakan

daun. Semut-semut betina pula akan menyusun makanan itu ke dalam sarang mereka. semut-

semut itu bekerja keras mengumpul makanan. Mereka memulakan kerja dari awal pagi hingga ke

petang. Mereka hanya akan berhenti rehat sekiranya berasa penat. Banyak makanan yang berjaya

dikumpul hasil daripada kerjasama mereka. pada suatu hari, semasa semut-semut itu sedang

bekerja, tiba-tiba mereka terdengar nyanyian dari sebuah taman berhampiran. Kelihatan beberapa

ekor belalang sedang menyanyi dan menari dengan gembiranya. Belalang-belalang itu menegur

semut-semut yang sedang bekerja.

Sang belalang: Apakah yang sedang kamu lakukan?

Sang semut: kami sedang mengumpul makanan sebagai bekalan untuk musim sejuk

nanti

8

Page 9: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

Sang belalang: Musim sejuk? Sekarang masih musim panas, kenapa perlu bersusah untuk

mengumpul makanan? Lagipun musim sejuk lambat lagi. Makanan pun

senang diperolehi di mana-mana. Sekarang waktu untuk bergembira.

Marilah berhibur bersama kami

Akhirnya musim sejuk pun tiba. Kali ini musim sejuk tiba lebih awal. Semut-semut itu tidak

berasa bimbang kerana mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Namun begitu,

belalang-belalang berasa sedih dan lapar. Mereka gagal mencari makanan. Jadi mereka pun pergi

ke sarang semut.

Sang belalang : Tolong berikan kami makanan. Kami kelaparan dan kesejukan

Sang semut : Marilah masuk. Sudah tentu kami akan bantu kamu. Lihatlah  semua

makanan ini hasil usaha kami yang kamu ketawakan dulu

Sang belalang : Maafkan kami semut semua kerana mentertawakan kamu tempohari.

Sang semut : Baiklah, tapi kamu mesti ingat kita perlu bersikap rajin suapaya kita tidak

susah di kemudian hari.

Akhirnya, Sang belalang akhirnya insaf dan berjanji untuk mengubah perangainya.

9

Page 10: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

LATIHAN

Lengkapkan pantun dibawah dengan perkataan yang sesuai

Budak-budak berkejar-kejar

Rasa gembira bermain disana

Kalau kita ______________

Tentu menjadi ___________

Anak siti anak yang manja

Suka berjalan di atas titi

Orang yang malas __________

___________ suatu hari nanti

Parang tajam tidak berhulu

Buat menetak si pokok ru

___________ tekun selalu

Jangan ingkar ____________

Ramai orang membeli jamu

Di bawah pokok cuaca redup

Bersungguh-sungguh __________

Ilmu dicari ____________

10

Page 11: LAPORAN KERAJINAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

11