laporan keputusan rayuan no. rayuan trk (j)...

3
1 LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN NO. RAYUAN TRK (J) 23-2011 FAKTA KES 1. Perayu adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan pada 19 Julai 1984. Bidang perniagaan utama Perayu ialah mengimport bahan mentah bagi kegunaan industri getah, plastik dan latex. Pada 20 Mei 2009, Perayu telah mengeksport barang dagangan yang diberi nama STABINEX OGP-1 ke Dumai, Indonesia. Barang dagangan ini pada asalnya diimport oleh Perayu dari Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 18 Januari 2009 di mana cukai jualan sebanyak 10% berjumlah RM9,708.58 telah dibayar. Bagi urusan pengeksportan, Perayu telah melantik Syarikat Penghantaran Daya Sdn. Bhd. yang merupakan agen penghantaran berdaftar dengan Responden. 2. Semasa proses pengeksportan, Perayu telah memberi notis di dalam Borang Kastam JKED No. 2 (P1) yang berbunyi “SAYA DARI LUXCHEM TRADING SDN. BHD. MENGAKUI BAHAWA BARANG-BARANG SEPERTI DI LAMPIRAN YANG DIBELI DARIPADA SIAM STABILIZERS AND CHEMICALS CO. OLEH SAYA ADALAH UNTUK DIEKSPORT DAN PENGECUALIAN CUKAI ADALAH DITUNTUT DI BAWAH BUTIRAN 91 PERINTAH CUKAI JUALAN (PENGECUALIAN) 1980 TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT DI BAWAH”. 3. Pada 11 Ogos 2009, Perayu telah kemukakan permohonan untuk ambilan balik (drawback) cukai jualan yang telah dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Perakaunan Hasil, Selangor. Melalui surat bertarikh 7 April 2010, JKDM, Cawangan Perakaunan Hasil, Selangor telah memaklumkan Perayu bahawa permohonan ambilan balik ditolak atas alasan Perayu tidak mematuhi peraturan 18(1)(a) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah Kastam, Malaysia. Melalui surat

Upload: hoangmien

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN NO. RAYUAN TRK (J) …tribunalkastam.treasury.gov.my/pdf/rayuan/v1/TRKJ_23_2011.pdf · 1 . LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN . NO. RAYUAN TRK (J) 23-2011 . FAKTA KES

1

LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN

NO. RAYUAN TRK (J) 23-2011 FAKTA KES 1. Perayu adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan pada 19

Julai 1984. Bidang perniagaan utama Perayu ialah mengimport bahan mentah

bagi kegunaan industri getah, plastik dan latex. Pada 20 Mei 2009, Perayu telah

mengeksport barang dagangan yang diberi nama STABINEX OGP-1 ke Dumai,

Indonesia. Barang dagangan ini pada asalnya diimport oleh Perayu dari

Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 18 Januari 2009 di mana cukai

jualan sebanyak 10% berjumlah RM9,708.58 telah dibayar. Bagi urusan

pengeksportan, Perayu telah melantik Syarikat Penghantaran Daya Sdn. Bhd.

yang merupakan agen penghantaran berdaftar dengan Responden.

2. Semasa proses pengeksportan, Perayu telah memberi notis di dalam Borang

Kastam JKED No. 2 (P1) yang berbunyi “SAYA DARI LUXCHEM TRADING

SDN. BHD. MENGAKUI BAHAWA BARANG-BARANG SEPERTI DI LAMPIRAN

YANG DIBELI DARIPADA SIAM STABILIZERS AND CHEMICALS CO. OLEH

SAYA ADALAH UNTUK DIEKSPORT DAN PENGECUALIAN CUKAI ADALAH

DITUNTUT DI BAWAH BUTIRAN 91 PERINTAH CUKAI JUALAN

(PENGECUALIAN) 1980 TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT DI BAWAH”.

3. Pada 11 Ogos 2009, Perayu telah kemukakan permohonan untuk ambilan balik

(drawback) cukai jualan yang telah dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja

Malaysia (JKDM), Cawangan Perakaunan Hasil, Selangor. Melalui surat

bertarikh 7 April 2010, JKDM, Cawangan Perakaunan Hasil, Selangor telah

memaklumkan Perayu bahawa permohonan ambilan balik ditolak atas alasan

Perayu tidak mematuhi peraturan 18(1)(a) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan

1972. Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah

kemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah Kastam, Malaysia. Melalui surat

Page 2: LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN NO. RAYUAN TRK (J) …tribunalkastam.treasury.gov.my/pdf/rayuan/v1/TRKJ_23_2011.pdf · 1 . LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN . NO. RAYUAN TRK (J) 23-2011 . FAKTA KES

2

bertarikh 26 Januari 2011 (P3), Ketua Pengarah Kastam telah memaklumkan

Perayu bahawa rayuan ditolak kerana Perayu gagal mematuhi syarat-syarat di

bawah peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. Perayu

seterusnya memfailkan Notis Rayuan di Tribunal Rayuan Kastam.

4. Semasa pendengaran rayuan, pihak Responden mengesahkan akibat notis yang

diberi oleh Perayu di dalam P1 pemeriksaan 100% tidak dilakukan di atas barang

dagangan yang dieksport bagi tujuan memproses tuntutan ambilan balik cukai

jualan. Notis yang sepatutnya diberi oleh Perayu adalah akuan di bawah

peraturan 18(1)(a) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972 bahawa tuntutan

ambilan balik di atas eksport berkenaan akan dibuat dan bentuk notis adalah

seperti yang dinyatakan di bawah peraturan 18(1)(b) Peraturan-Peraturan Cukai

Jualan 1972 dan bukan notis di bawah butiran 91 Perintah Cukai Jualan

(Pengecualian) 1980.

ISU

1. Sama ada Perayu telah mematuhi peraturan 18(1)(a) Peraturan-Peraturan Cukai

Jualan 1972 yang berbunyi “barang-barang atas mana cukai jualan telah dibayar

dan ambilan balik dituntut di bawah seksyen 29 mestilah dibuat akuan atas

borang akuan eksport Kastam yang berkenaan dan ditentukan dengan

memuaskan hati Pegawai Kanan Cukai Jualan di pelabuhan Kastam atau

lapangan terbang Kastam di mana barang-barang itu telah dihantar dengan

kapal atau dimuatkan untuk dieksport, atau di tempat eksport”.

2. Sama ada Perayu telah mematuhi peraturan 18(1)(b) Peraturan-Peraturan

Cukai Jualan 1972 yang berbunyi “notis hendaklah dituliskan pada borang

pengisytiharan eksport menyatakan bahawa suatu tuntutan untuk ambilan balik

akan dibuat dan tuntutan itu dibuat dan ditetapkan dengan memuaskan hati

Pegawai Kanan Cukai Jualan dalam masa 3 bulan selepas tarikh eksport”.

Page 3: LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN NO. RAYUAN TRK (J) …tribunalkastam.treasury.gov.my/pdf/rayuan/v1/TRKJ_23_2011.pdf · 1 . LAPORAN KEPUTUSAN RAYUAN . NO. RAYUAN TRK (J) 23-2011 . FAKTA KES

3

KEPUTUSAN

1. Perayu telah memberikan notis tuntutan yang salah di dalam P1. Notis tuntutan

yang betul ialah notis tuntutan ambilan balik seperti yang ditentukan di bawah

peraturan 18(1)(a) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. Akibat notis tuntutan

yang salah itu pihak Responden tidak membuat pemeriksaan dagangan yang

sepatutnya bagi tujuan memproses tuntutan ambilan balik oleh Perayu.

2. Syarat pemberian notis tuntutan ambilan balik seperti yang dinyatakan di bawah

peraturan 18(1)(b) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972 di dalam Borang

Kastam JKED No. 2 (P1) adalah syarat mandatori berdasarkan perkataan

“hendaklah” di mana kegagalan Perayu memberikan notis seperti yang

ditetapkan menyebabkan berlaku pelanggaran kepada syarat tersebut. Rujukan

telah dibuat kepada kes Yap Chian Loon v Timbalan Menteri Keselamatan

Dalam Negeri, Malaysia and Anor [2007] MLJU 399 yang memutuskan

perkataan “hendaklah” (shall) perlu ditafsirkan sebagai mandatori.

3. Berdasarkan alasan di atas rayuan Perayu ditolak.

7 September 2011