laporan kem kepimpinan pengawas sekolah tingkatan 3 sehingga

4
Laporan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 6 (2013) Satu Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 6 (2013) telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2013 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Kem ini telah disertai oleh pengawas sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas. Peserta terdiri daripada pengawas tingkatan 3 sehingga tingkatan 6 seramai 89 orang. Manakala, para fasilitator pula terdiri daripada guru pelatih IPGKKB dengan kekuatan seramai 20 orang orang yang juga merupakan ahli Kelab Sahabat Siswa (KeSaS). Tepat pada jam 1 petang, para peserta tiba ke IPGKKB dan sesi pendaftaran peserta dijalankan. Setelah itu, sesi perkenalkan fasilitator seramai 10 orang dilakukan dan seterusnya para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulanterdiri daripada 9 orang dan terdapat juga 8 orang satu kumpulan juga diketuai oleh satu fasilitator setiap kumpulan. Selepas itu, slot ice-breaking telah dijalankan. Sebelum itu, peraturan sepanjang kem ini berjalan telah diberitahu oleh moderator dan kem komandan. Slot ini dijalankan agar setiap peserta dapat mengetahui nama setiap peserta yang lain dan nama para fasilitator. Bagi memastikan objektif ini tercapai, permainan rantai nama telah dijalankan agar para peserta dapat mengetahui di samping mengingati nama setiap ahli dalam kumpulannya. Selain itu, setiap kumpulan diagihkan dengan kad manila untuk mereka mencipta logo kumpulan masing-masing. Setelah masa diberikan untuk setiap kumpulan menyiapkan logo

Upload: siti-ainizah

Post on 07-Feb-2016

163 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 Sehingga

Laporan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 6 (2013)

Satu Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 6

(2013) telah diadakan pada 11 hingga 13 April 2013 bertempat di Institut Pendidikan

Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Kem ini telah disertai oleh pengawas sekolah

dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas. Peserta terdiri

daripada pengawas tingkatan 3 sehingga tingkatan 6 seramai 89 orang. Manakala,

para fasilitator pula terdiri daripada guru pelatih IPGKKB dengan kekuatan seramai

20 orang orang yang juga merupakan ahli Kelab Sahabat Siswa (KeSaS).

Tepat pada jam 1 petang, para peserta tiba ke IPGKKB dan sesi pendaftaran

peserta dijalankan. Setelah itu, sesi perkenalkan fasilitator seramai 10 orang

dilakukan dan seterusnya para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulanterdiri

daripada 9 orang dan terdapat juga 8 orang satu kumpulan juga diketuai oleh satu

fasilitator setiap kumpulan. Selepas itu, slot ice-breaking telah dijalankan. Sebelum

itu, peraturan sepanjang kem ini berjalan telah diberitahu oleh moderator dan kem

komandan. Slot ini dijalankan agar setiap peserta dapat mengetahui nama setiap

peserta yang lain dan nama para fasilitator. Bagi memastikan objektif ini tercapai,

permainan rantai nama telah dijalankan agar para peserta dapat mengetahui di

samping mengingati nama setiap ahli dalam kumpulannya. Selain itu, setiap

kumpulan diagihkan dengan kad manila untuk mereka mencipta logo kumpulan

masing-masing. Setelah masa diberikan untuk setiap kumpulan menyiapkan logo

kumpulan masing-masing, moderator memanggil nama kumpulan secara rawak

untuk mereka membentangkan logo mereka di hadapan peserta yang lain.

Selesai sahaja slot pertama dijalankan, peserta dibenarkan untuk makan

petang dan bersolat Asar secara berjemaah. Setelah itu, aktiviti riadah dijalankan.

Oleh kerana, cuaca tidak begitu elok riadah terpaksa dijalankan di dalam dewan

sahaja. Selepas itu, peserta dihidangkan makan malam kemudian mereka

dibenarkan untuk membersihkan diri dan solat Maghrib secara berjemaah di Surau

Muslimat. Tepat pada jam 9.00 malam, LDK yang pertama dijalankan iaitu Pulau

Impian. LDK ini dijalankan bagi melahirkan pemimpin yang berfikiran luas dan jauh

ke hadapan. Melalui LDK ini, para peserta telah diberikan wang sebanyak 1 juta.

Oleh itu, mereka dikehendaki untuk mencipta satu pembangunan maju yang boleh

Page 2: Laporan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 Sehingga

membawa keuntungan kepada para penduduk kampung di samping mereka harus

meyakinkan penduduk kampung untuk menjual tanah mereka kepada pihak

kerajaan untuk dibangunkan. Di sini, kreativiti para peserta akan diuji kerana mereka

perlu memikirkan tentang pembangunan yang ingin dijalankan dan bagaimana

mereka harus meyakinkan penduduk kampung untuk menjual tanah kepada mereka.

Sepanjang aktiviti ini berlangsung, dapat dilihat terdapat kumpulan yang begitu aktif

dan cekap dalam usaha untuk menyiapkan lukisan pembangunan mereka. Namun,

tidak kurang juga ada peserta yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada ahli

kumpulan masing-masing. Setelah masa yang diberikan tamat, setiap kumpulan

dikehendaki membentangkan lukisan projek pembangunan mereka kepada fasilitator

yang menyamar sebagai penduduk kampung. Terdapat banyak idea yang telah

dilontarkan sepanjang mereka meyakinkan penduduk kampung. Lebih kurang pada

jam 11, mereka dibenarkan untuk masuk tidur dan berehat.

Keesokan hari, 12 April 2013, setelah selesai melakukan aktiviti senamrobik

dan bersarapan pagi, LDK diteruskan dengan Arahanmu Lukisanku. Tujuan utama

LDK ini dijalankan adalah untuk melatih peserta untuk bekerjasama dalam

melakukan sesuatu pekerjaan di samping dapat mendidik peserta tentang

bagaimana untuk memberikan arahan yang tepat dan berkesan kepada ahli

kumpulan yang lain. Tambahan, ia juga melatih peserta tentang bagaimana seorang

pemimpin harus memimpin rakan yang lain. LDK ini mengkehendaki salah seorang

daripada ahli kumpulan untuk menjadi si buta dan dia juga harus melukis peta yang

diarahkan oleh rakannya yang lain. Rakan-rakan si buta akan pergi ke hadapan

untuk melihat peta yang dipamerkan. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, didapati

terdapat ahli kumpulan bermain tipu dengan menggunakan helah memegang tangan

si buta untuk sama-sama melukis, malah ada juga yang tidak memberi kerjasama

dengan tidak melakukan apa-apa.

Page 3: Laporan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah Tingkatan 3 Sehingga