laporan kajian tindakan program 'sharing & caring' ; mengira bearing grid dengan tepat

Upload: rovina-samsudin

Post on 08-Apr-2018

332 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    1/10

    0

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    PANITIA GEOGRAFI

    SMK ELOPURA

    Oleh :

    Rovina Bt. Samsudin

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    2/10

    1

    LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

    PROGRAM SHARING & CARING : MENGIRA BEARING GRID DENGAN TEPAT.

    ROVINA BT. SAMSUDINPanitia Geografi,

    SMK Elopura.

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-

    pelajar Tingkatan 4 Sains 3 SMK Elopura dalam mata pelajaran Geografi, khususnya dalam

    soalan struktur yang berkaitan dengan peta topografi, iaitu mengira bearing grid. Seramai 26

    orang pelajar 4 Sains 3 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian tindakan akan lebih

    berfokus kepada penguasaan kemahiran dalam membaca rujukan grid pada peta topografi,

    kemahiran menggunakan instrument seperti protaktor, dan kemahiran mengira bearing grid.

    Tinjauan awal dilaksanakan melalui tugasan di rumah, ujian peperiksaan semester dan ujian

    pra. Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa pelajar tidak mahir membaca rujukan grid pada

    peta topografi dan tidak mahir mengira bearing grid pada peta yang sama. Para pelajar

    menguasai kemahiran tersebut dalam dua sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja melalui

    Program sharing & caring. Keputusan ujian pos menunjukkan bahawa berlaku peningkatan

    dalam prestasi pelajar.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    3/10

    2

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

    Berdasarkan peperiksaan semester 1 dan tugasan di rumah yang diberikan, saya

    mendapati bahawa 95% pelajar tingkatan 4 Sains 3 gagal menjawab dengan tepat soalan yang

    berkaitan pengiraan bearing grid dalam peta topografi sedangkan soalan tersebut merupakan

    soalan aras rendah dan sederhana. Apabila saya mengulas pencapaian pelajar dalam kelas,

    mereka memberitahu saya bahawa mereka tersilap membaca segi empat grid berdasarkan

    rujukan grid dan terlupa cara mengira bearing grid. Ada juga dalam kalangan pelajar yang

    memberitahu saya bahawa mereka tidak membawa peralatan geometri untuk mengira bearing,

    iaitu protaktor dan pembaris. Oleh itu, mereka hanya memilih untuk tidak menjawab soalan

    tersebut atau menjawab secara rambang (tidak mengira langsung). Berdasarkan maklumat

    tersebut, saya mula menilai diri sendiri bahawa mungkin cara pengajaran saya sebelum ini tidak

    jelas dan kurang difahami oleh pelajar 4 Sains 3 walaupun saya pernah memberikan latihan

    pengukuhan setiap kali tamat sesuatu bab. Justeru, setelah mengenal pasti masalah tersebut, saya

    mula mengumpul data untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar 4 Sains 3 agar pada

    masa akan datang mereka akan dapat memperoleh markah berdasarkan soalan yang mudah

    tersebut.

    2.0 PENYATAAN MASALAH

    Dalam peperiksaan SPM sebenar, Geografi kertas 2 menawarkan 20 markah bagi lima

    soalan struktur berdasarkan peta topografi. Saya mendapati para pelajar 4 Sains 3 menghadapi

    masalah untuk menjawab kelima-lima soalan berdasarkan peta tersebut. Namun, saya hanya akan

    memfokuskan kajian ini kepada pengiraan bearing grid sahaja kerana soalan yang berkaitan

    dengan kemahiran ini amat mudah dan seharusnya para pelajar berjaya memperoleh markah.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    4/10

    3

    Tambahan pula, kemahiran tersebut pernah dipelajari semasa mereka berada di peringkat

    menengah rendah. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah :

    i) Kekeliruan mengenal pasti segi empat grid berdasarkan rujukan grid.ii) Kemahiran mengira sudut dengan menggunakan protaktor.iii) Mengira bearing grid dengan tepat.iv) Tidak membawa peralatan yang sepatutnya ketika peperiksaan.

    3.0 OBJEKTIF

    Selepas kajian ini selesai dijalankan, para pelajar 4 Sains 3 diharap akan mencapai

    objektif berikut :

    i) Objektif UmumMembantu meningkatkan nilai GNP SMK Elopura dengan peningkatan peratus

    kelulusan mata pelajaran Geografi.

    ii) Objektif Khusus Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembacaan rujukan grid dan mengenal

    pasti segi empat grid peta.

    Membantu pelajar menguasai kemahiran menggunakan protaktor. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengira bearing grid. Meningkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan peralatan geometri seperti

    protaktor dan pembaris dalam soalan peta topografi.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    5/10

    4

    4.0 PELAKSANAAN KAJIAN

    4.1 Tinjauan Masalah

    Terdapat beberapa kaedah yang saya lakukan untuk mengumpul maklumat yang

    berkaitan dengan masalah pelajar 4 Sains 3 tersebut. Kaedah pertama adalah melalui

    pemerhatian dalam kelas, iaitu ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu bual secara rambang dengan

    sepuluh orang pelajar. Kaedah lain yang saya gunakan untuk mengumpul maklumat

    adalah melalui ujian pra yang dilaksanakan untuk menguji kemahiran pelajar.

    4.2 Analisis Tinjauan Masalah

    4.2.1 Kaedah Temubual

    Analisis dapatan temu bual mendapati bahawa 30% pelajar keliru mengenal pasti

    segi empat grid peta berdasarkan rujukan grid. Manakala, 20% pelajar tidak

    membawa peralatan ketika menjawab soalan dan yang selebihnya lagi kurang

    mahir menggunakan alat protaktor. Namun, majoriti pelajar (95%) mengakui

    bahawa mereka tidak mahir menggunakan protaktor dan mengira bearing sudut.

    Oleh itu, saya mengambil tindakan awal dengan menerangkan semula cara-cara

    menggunakan protaktor untuk mengira sudut dan mengira bearing grid di dalam

    kelas.

    4.2.2 Kaedah Ujian Pra

    Ujian Pra dilaksanakan dengan mengemukakan sebanyak lima item (soalan)

    berdasarkan peta topografi nombor siri 280/1/MS/92. Ujian dilaksanakan pada

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    6/10

    5

    18 September 2008, namun hanya 23 daripada 26 orang pelajar sahaja yang hadir

    semasa ujian tersebut dilaksanakan. Saya menetapkan bahawa pencapaian pelajar

    dianggap lulus jika seseorang pelajar itu menjawab betul sekurang-kurangnya

    tiga soalan. Berdasarkan ujian pra tersebut hanya 15 daripada 23 pelajar sahaja

    yang lulus dan 3 daripada 15 orang pelajar menjawab betul sekurang-

    kurangnya tiga soalan.

    Bil. Nama Pelajar Ujian Pra

    1 Abdul Kadir 0 / 5

    2 Al-Akmal Hakim Bin Hairum 0 / 53 Anuar Bin Abu 3 / 5

    4 Azizi Bin Ali Ajpar 0 / 5

    5 Chan Mei Fong 4 / 5

    6 Chin Pit Yin 3 / 5

    7 Datu Mohd. Hazlan 4 / 5

    8 Edimar Bin Omar 4 / 5

    9 Jul Kiraman Jumidil 1 / 5

    10 M. Hidayat Bin Abu Darda 5 / 5

    11 Marhaya Bakri 5 / 5

    12 Mariam Bt. Riduan 2 / 5

    13 Mohd. Fadly Bin Abidin 4 / 514 Noorsazlina Adina Bt. Nasron 1 / 5

    15 Noredah Bt. Yong Ming 4 / 5

    16 Norsyakilla Bt. Simpor 3 / 5

    17 Nurlisah Bt. Jalil 1 / 5

    18 Nurul Farhana Rusle 3 / 5

    19 Saiful Bin Sampai 0 / 5

    20 Siemisah Imran 4 / 5

    21 Syaridah Bt. Haji Nahar 5 / 5

    22 Wong Sue Yee 5 / 5

    23 Zubair Bin Saman 4 / 5

    Jadual 1 :Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    7/10

    6

    4.3 Tindakan yang Dijalankan

    Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani

    masalah pelajar-pelajar 4 Sains 3, iaitu :

    4.3.1 Program Sharing & Caring

    Program ini merupakan sistem perkongsian kemahiran antara pelajar-

    pelajar yang lulus ujian pra dengan pelajar-pelajar yang gagal ujian pra dan juga

    antara guru dengan pelajar. Dalam ujian pra yang telah dilaksanakan, seramai 8

    daripada 23 orang pelajar telah gagal. Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 4

    daripada 8 orang pelajar yang gagal tidak dapat menjawab semua soalan dengan

    betul. Manakala, seramai 3 orang menjawab dengan betul satu soalan sahaja.

    Seorang lagi berjaya menjawab betul dua soalan.

    Semasa aktiviti ini dilaksanakan dalam kelas, hanya 6 daripada 8 orang

    pelajar yang gagal dalam ujian pra sahaja yang hadir. Saya memulakan aktiviti

    dengan mengumpulkan pelajar-pelajar berkenaan dalam satu kumpulan dan

    menunjukkan cara mengenal pasti segi empat grid peta, cara mengukur sudut

    dengan menggunakan protaktor, dan mengira bearing grid. Semua aktiviti ini saya

    terangkan kepada pelajar yang bermasalah secara individu. Aktiviti inilah yang

    saya maksudkan secara caring. Kemudian, saya memberikan tiga soalan kepada

    6 pelajar tersebut dengan menggunakan peta yang berlainan. Saya mengarahkan

    seramai 6 orang pelajar dari kelas yang sama, tetapi telah lulus ujian pra untuk

    membimbing rakan mereka yang lemah agar dapat berkongsi kemahiran secara

    sharing.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    8/10

    7

    5.0 DAPATAN KAJIAN

    Bil. Nama Pelajar Ujian Pra Ujian Pos

    1. Al-Akmal Hakim Bin Hairum 0 / 5 5 / 5

    2. Azizi Bin Ali Ajpar 0 / 5 2 / 5

    3. Abdul Kadir 0 / 5 2 / 54. Nurlisah Bt. Jalil 1 / 5 4 / 5

    5. Mariam Bt. Riduan 1 / 5 4 / 5

    6. Saiful Bin Sampai 0 / 5 4 / 5

    7. Noorsazlina Adina Bt. Nasron 1 / 5 TH

    8. Jul Kiraman Jumidil 1 / 5 TH

    Jadual 2 :Prestasi Pelajar Sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

    Berdasarkan jadual 1 di atas, hanya 6 daripada 8 orang sahaja pelajar gagal ujian pra yang

    hadir untuk ujian pos. Kemudian, dapat dilihat bahawa 4 daripada 6 orang telah lulus dan berjaya

    menjawab sekurang-kurangya empat daripada lima soalan dengan betul. Hal ini menunjukkan

    bahawa program Sharing & caring yang saya laksanakan berjaya meningkatkan penguasaan

    pelajar dalam kemahiran mengira bearing grid walaupun tidak secara 100%. Sungguhpun masih

    terdapat dua orang pelajar yang gagal melepasi tahap kelulusan, namun kedua-dua pelajar

    tersebut berjaya menjawab 2 daripada 5 soalan dengan betul dalam ujian pos berbanding

    pencapaian mereka dalam ujian pra.

    Melalui aktiviti ini juga, saya mendapati bahawa punca utama masalah pelajar 4 Sains 3

    gagal mengira bearing grid dengan tepat adalah disebabkan mereka tidak tahu cara yang betul

    untuk mengira sudut dengan menggunakan protaktor. Walaupun dalam P&P sebelum ini saya

    telah menerangkan cara penggunaan protaktor untuk mengira sudut, namun pelajar sasaran saya

    tidak dapat mengingatinya. Justeru, dengan program sharing & caring ini, para pelajar yang

    disasarkan akhirnya dapat menguasai kemahiran yang kehendaki untuk mengira bearin grid.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    9/10

    8

    6.0 REFLEKSI KAJIAN

    6.1 Refleksi Terhadap Pelajar

    Secara keseluruhannya, melalui pemerhatian yang saya lakukan dalam kelas,

    terdapat perubahan terhadap tingkah laku pelajar-pelajar sasaran. Tindakan yang saya

    laksanakan ternyata berkesan dan hal ini dapat dilihat melalui keputusan pasca ujian.

    Selain itu, berdasarkan temu bual yang saya laksanakan secara tidak formal dengan

    pelajar-pelajar yang disasarkan, 67% daripada mereka mengatakan bahawa mereka lebih

    menguasai kemahiran mengira bearing melalui aktiviti yang telah dilaksanakan tersebut.

    Namun, 33% (pelajar yang masih gagal) pula berpendapat sebaliknya. Justeru, untuk

    mengatasi masalah ini saya akan menggunakan tindakan atau aktiviti-aktiviti yang lain

    pula dalam kelas yang akan datang.

    6.2 Refleksi Terhadap Guru

    Bagi diri saya sebagai seorang guru, saya amat gembira kerana berjaya menangani

    masalah pelajar yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran penting dalam subjek

    geografi, iaitu mengira bearing grid dengan tepat. Namun, tidak dinafikan juga saya agak

    kecewa kerana tidak semua pelajar yang saya sasarkan mencapai tahap penguasaan

    kemahiran yang saya harapkan. Oleh itu, saya akan mencuba lagi tindakan atau aktiviti

    yang lain agar dapat memastikan 100% pelajar 4 Sains 3 berjaya menguasai kemahiran

    tersebut.

  • 8/6/2019 Laporan Kajian Tindakan Program 'Sharing & Caring' ; Mengira Bearing Grid dengan tepat.

    10/10

    9

    7.0 LAMPIRAN INSTRUMEN

    7.1 Contoh Soalan / Item yang digunakan dalam Ujian Pra

    1. Kira bearing grid Stesen Trigonometri Bt. Pinang (RG 209362) dari kuil

    hindu (RG 205336).

    2. Kira bearing grid jambatan kayu (RG 063400) dari simpang tiga (RG

    109365).

    3. Kira bearing grid titik ukur tinggi (RG 057242) dari titik ukur tinggi (RG

    073263).

    4. Kira bearing Bukit Jemuru (RG 239201) dari titik ukur tinggi (RG

    192253).

    5. Kira bearing grid masjid (RG 112347) dari simpang tiga (RG 137386).

    7.2 Instrumen lain yan digunakan dalam aktiviti

    1. Peta Topografi no. siri 280/1/MS/92

    2. Protaktor ( 26 unit sumber makmal sains)

    3. Kanta pembesar (23 unit sumber Inventori Panitia Geografi)

    4. Pensel

    5. Pembaris

    7.3 Analisis Ujian Pra

    Bil. Soalan Bil. Pelajar menjawab soalan dengan betul

    5 4

    4 8

    3 3

    2 1

    1 3

    0 4