laporan inovasi sistem biometrik ners di pintu masuk...

27
Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara Jabatan Imigresen Malaysia ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI TAHUN 2011 SISTEM NATIONAL ENFORCEMENT AND REGISTRATION BIOMETRICS SYSTEM (NERS) DI PINTU MASUK NEGARA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 1. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Jabatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas pengeluaran dokumen perjalanan dan kawalan pergerakan keluar/masuk warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan warganegara asing yang ingin ke luar negara dan juga berkunjung ke Malaysia di samping menguruskan hal-hal imigresen selaras dengan kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul sebagai peneraju di kalangan perkhidmatan imigresen dan sentiasa komited dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien kepada pelanggan selaras dengan pembangunan ekonomi dan keselamatan negara dengan penuh berintegriti. 1.2 Fungsi Jabatan Fungsi utama JIM adalah seperti berikut: (i) Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia;

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI TAHUN 2011

SISTEM NATIONAL ENFORCEMENT AND REGISTRATION BIOMETRICS

SYSTEM (NERS) DI PINTU MASUK NEGARA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

1. PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Jabatan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merupakan salah sebuah agensi di

bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas

pengeluaran dokumen perjalanan dan kawalan pergerakan

keluar/masuk warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan

warganegara asing yang ingin ke luar negara dan juga berkunjung ke

Malaysia di samping menguruskan hal-hal imigresen selaras dengan

kepentingan negara.

Jabatan ini berwawasan untuk muncul sebagai peneraju di kalangan

perkhidmatan imigresen dan sentiasa komited dalam meningkatkan

sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien

kepada pelanggan selaras dengan pembangunan ekonomi dan

keselamatan negara dengan penuh berintegriti.

1.2 Fungsi Jabatan

Fungsi utama JIM adalah seperti berikut:

(i) Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada

warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia;

Page 2: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

2

(ii) Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing

yang memasuki Malaysia;

(iii) Mengawalselia pergerakan keluar/masuk warganegara dan

warganegara asing di pintu-pintu masuk yang diwartakan;

(iv) Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155],

Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 [Akta

150] dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007; dan

(v) Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien

kepada pelanggan Imigresen.

1.3 Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan

Jabatan ini telah mengemukakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat

bagi tempoh 2005 hingga 2010 yang mana antara lain menyatakan

perancangan Jabatan untuk meningkatkan dan menambahbaik

kemudahan sistem komputer yang telah dibangunkan. Walau

bagaimanapun, projek Sistem NERS ini tidak termasuk di dalam Pelan

Strategik Teknologi Maklumat bagi tempoh 2005 hingga 2010. Namun

begitu, Jabatan ini mengambilkira pelaksanaan projek ini sebagai

inisiatif penambahbaikan untuk meningkatkan kualiti kawalan

sempadan negara oleh JIM.

2. PENGENALAN INOVASI

2.1 Tajuk Inovasi

Sistem Penguatkuasa dan Pendaftaran (Biometrik) Warga Asing atau

lebih dikenali sebagai National Enforcement and Registration

Biometrics System (NERS) di Pintu Masuk Negara

Page 3: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

3

2.2 Penerangan Inovasi

Pelaksanaan Sistem NERS tercetus daripada hasil perbincangan dan

penilaian mengenai isu serta kaedah penyelesaian pengurusan warga

asing yang mana telah dipersetujui oleh ahli-ahli dari pelbagai agensi

Kerajaan serta Jawatankuasa Kerja Kabinet Pekerja Asing-Pendatang

Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) dalam Makmal Pengurusan Warga

Asing (MPWA).

Seterusnya, Jemaah Menteri pada 29 September 2010 telah bersetuju

secara dasarnya dengan pembekalan Sistem Pangkalan Data

Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode oleh

Syarikat Nexbis Sdn. Bhd. untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pembangunan Sistem NERS di JIM dilakukan selari dengan Projek

Peralihan Sistem Imigresen Malaysia (SIM) yang mana ia adalah

perluasan kepada sistem sedia ada dengan menyimpan rekod-rekod

biometrik bagi pelawat asing yang masuk ke negara ini selain PATI

dan pekerja asing bagi tujuan Program 6P.

2.3 Objektif Inovasi

2.3.1 Objektif Umum

(i) meningkatkan kualiti kawalan dan keselamatan di pintu-

pintu masuk negara;

(ii) membantu mengatasi masalah pemerdagangan manusia,

penyeludupan manusia dan jenayah rentas sempadan;

dan

(iii) membantu dalam membendung dan memperketatkan

kawalan terhadap isu keganasan dan jenayah

antarabangsa.

Page 4: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

4

2.3.2 Objektif Khusus

(i) mendapatkan identiti warganegara asing yang masuk ke

negara ini melalui pengambilan, pendaftaran dan

penyimpan biometrik cap jari (fingerprints) warganegara

asing di semua pintu-pintu masuk negara kerana rekod

biometrik warganegara asing yang disimpan adalah

pengenalan diri yang tepat, sahih dan paling dipercayai;

(ii) membantu Jabatan untuk mengenalpasti, memantau,

menyemak dan mengesahkan pelawat-pelawat asing

yang masuk dan berada di negara ini termasuk mereka

yang telah tinggal lebih masa dan tinggal tanpa dokumen

serta pas yang sah;

(iii) mengelakkan berlakunya penipuan dan pemalsuan

identiti pelawat asing yang telah masuk ke negara ini

melalui sekatan terhadap kemasukan pelawat asing yang

menggunakan dokumen palsu;

(iv) membolehkan penguatkuasaan serta-merta dijalankan di

lapangan;

(v) membantu untuk tujuan pengesahan pekerja asing

dengan lebih tepat oleh agensi-agensi Kerajaan seperti

JIM, PDRM, RELA dan sebagainya; dan

(vi) membantu mengurangkan kadar PATI.

2.4 Ciri-Ciri Inovasi

Sistem NERS merupakan sebuah sistem menyeluruh yang

merangkumi sistem biometrik dan pengesahan identiti secara masa

nyata (real time) kepada semua pelawat asing yang memasuki

Malaysia.

Page 5: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

5

Sistem ini terdiri daripada dua (2) komponen iaitu:

(i) Biometrik (pengambilan, pendaftaran dan penyimpanan data

biometrik cap jari (fingerprints) warganegara asing yang masuk

dan keluar ke/dari Malaysia); dan

(ii) Nexcode (pelekat FID yang dilekatkan di dalam dokumen

pelawat asing bagi tujuan kawalan dan penguatkuasaan).

2.5 Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek Sistem NERS dibangunkan secara out-sourcing oleh Syarikat

Nexbis Sdn. Bhd. Sistem ini diintegrasikan dengan Sistem Kawalan

Imigresen yang dibangunkan oleh Syarikat Heitech Padu Bhd. bagi

menghasilkan satu sistem pemeriksaan kawalan keluar/masuk yang

lebih komprehensif untuk JIM.

2.6 Tempoh Pelaksanaan Inovasi

Pelaksanaan Sistem NERS telah dikuatkuasakan penggunaannya

mulai 1 Jun 2011 di semua pintu masuk Malaysia yang diwartakan.

2.7 Lokasi Pelaksanaan Inovasi

Inovasi ini telah dilaksanakan di 96 pintu masuk utama melalui udara,

laut dan darat di seluruh Malaysia.

Page 6: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

6

3. KEDUDUKAN SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

3.1 Sebelum Inovasi

Sebelum pelaksanaan Sistem NERS, pemeriksaan keluar/masuk

hanya melibatkan Sistem Kawalan Imigresen yang mana sistem

tersebut hanya merekodkan maklumat pasport/dokumen perjalanan

dan maklumat pergerakan keluar/masuk pelawat sahaja ke dalam

sistem. Seterusnya cop masuk atau keluar akan diendos ke dalam

passport/dokumen perjalanan sebagai bukti kemasukan dan keluar

seseorang pelawat dari negara ini.

Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Pelawat Asing Sebelum Inovasi

Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat

asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan

kawalan keluar/masuk sebelum inovasi dilaksanakan:

(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran

pelawat asing di kaunter;

(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;

(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa

masuk bagi kategori pelawat asing;

(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan

Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen

perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak

boleh dibaca oleh pengimbas;

(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;

(vi) mengemaskini data pergerakan masuk pelawat asing ke dalam

sistem;

Page 7: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

7

(vii) menurunkan endosmen pas yang bersesuaian ke dalam

pasport/dokumen perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan

(viii) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan

masuk.

Paparan modul periksa masuk bagi pelawat asing di dalam Sistem Kawalan Imigresen sebelum pelaksanaan inovasi

Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Keluar Pelawat Asing Sebelum Inovasi

Aliran proses kerja bagi pemeriksaan keluar pelawat asing sebelum

pelaksanaan inovasi ini adalah seperti berikut:

(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran

pelawat asing di kaunter;

(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur serta tempoh sah

laku pas untuk berada di Malaysia;

(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa

keluar bagi kategori pelawat asing;

Page 8: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

8

(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan

Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen

perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak

boleh dibaca oleh pengimbas;

(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;

(vi) mengemaskini data pergerakan keluar pelawat asing ke dalam

sistem;

(vii) menurunkan endosmen keluar ke dalam pasport/dokumen

perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan

(viii) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan

keluar.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh JIM

dalam melaksanakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap

warganegara asing yang masuk dan berada di dalam negara seperti

berikut:

(i) Jabatan tiada rekod biometrik warganegara asing yang boleh

diambil sebagai rujukan bagi mengenalpasti status seseorang

warganegara asing yang tinggal di negara ini;

(ii) Sistem yang digunapakai oleh Jabatan sebelum ini tidak dapat

menangani isu-isu pemantauan warganegara asing dengan

berkesan termasuk kes penyelewengan dan penyalahgunaan

kuasa pegawai JIM yang membolehkan kemasukan dan

kehadiran warganegara asing ke negara ini secara tidak sah ;

(iii) Terdapat warganegara asing yang melakukan jenayah di negara

ini dan telah masuk semula dengan menukar identiti dan

pasport/dokumen perjalanan masing-masing. Kemasukan

semula mereka ke Malaysia sukar dikenalpasti dan dikawal

tanpa wujudnya satu bukti kukuh dan dipercayai;

Page 9: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

(vi) Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa

dokumen dan serta pas yang sah di negara ini beb

tanpa dapat dikesan.

3.2 Selepas Inovasi

Pelaksanaan inovasi ini meliba

legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan

menambahbaik proses pemeriksaan kawalan kelu

asing. Penambah

seperti berikut:

(i) Pengambilan, pendaftaran dan

penyimpanan data biometrik cap

kedua-dua jari telunjuk pelawat

asing; dan

(ii) Pemberian Pelekat FID dengan

ceraian ID semasa masuk.

Pelaksanaan Sistem NERS ini

data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan

pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh

Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk

membekalkan Si

pintu-pintu masuk tersebut

(i) pengimbas pasport (

(ii) pengimbas cap jari (

(iii) pencetak pelekat (

(iv) Pelekat FID.

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

9

Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa

dokumen dan serta pas yang sah di negara ini beb

tanpa dapat dikesan.

ovasi

Pelaksanaan inovasi ini melibatkan pengintegrasian di antara

legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan

menambahbaik proses pemeriksaan kawalan keluar/masuk pelawat

. Penambahbaikan tersebut melibatkan tambahan dua

Pengambilan, pendaftaran dan

penyimpanan data biometrik cap

dua jari telunjuk pelawat

asing; dan

Pemberian Pelekat FID dengan

ceraian ID semasa masuk.

stem NERS ini juga telah melibatkan pewujudan pusat

data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan

pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh

Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk

membekalkan Sistem NERS dan keperluan peralatan tambahan di

pintu masuk tersebut seperti berikut:

pengimbas pasport (passport scanner);

pengimbas cap jari (fingerfrint scanner);

pencetak pelekat (sticker printer);dan

Pelekat FID.

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

Warganegara asing yang tinggal lebih masa dan tinggal tanpa

dokumen dan serta pas yang sah di negara ini bebas bergerak

tkan pengintegrasian di antara sistem

legasi iaitu Sistem Kawalan Imigresen dan Sistem NERS bagi tujuan

ar/masuk pelawat

baikan tersebut melibatkan tambahan dua (2) proses

telah melibatkan pewujudan pusat

data biometrik di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya dan

pemasangan sistem serta peralatan di 96 pintu masuk utama seluruh

Malaysia. Syarikat Nexbis bertanggungjawab sepenuhnya untuk

tambahan di

Page 10: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

10

Pengimbas Pasport Pengimbas Cap Jari

(iii) Pencetak Pelekat (iv) Pelekat FID

Pencetak Pelekat Pelekat FID

Pendekatan Sistem NERS di dalam proses pemeriksaan kawalan

keluar/masuk pelawat asing melibatkan perkara-perkara seperti

berikut:

(i) Kemasukan ke dalam negara

� Pengimbasan pasport

� Pendaftaran biometrik kedua-dua cap jari telunjuk

� Pengeluaran Pelekat FID selain endosmen cop kebenaran masuk

(ii) Meninggalkan negara

� Pengimbasan pasport

� Pengesahan biometrik kedua-dua cap jari telunjuk

Page 11: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar Menggunakan Sistem NERS

Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Selepas Inovasi

Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat

asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan

kawalan keluar/masuk selepas inovasi dilaksanakan:

(i) membuat pemerhatian gerak geri dan m

pelawat asing di kaunter;

(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;

(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen

masuk bagi kategori pelawat a

Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

11

Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar Menggunakan Sistem NERS

Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Masuk Pelawat Asing Selepas Inovasi

Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat

asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan

kawalan keluar/masuk selepas inovasi dilaksanakan:

membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran

pelawat asing di kaunter;

membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;

mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa

masuk bagi kategori pelawat asing;

Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

Proses Kerja Tambahan Semasa Pemeriksaan Kawalan Masuk/Keluar

Pelawat Asing

Berikut adalah aliran proses kerja bagi pemeriksaan masuk pelawat

asing yang dilakukan oleh Pegawai Imigresen di kaunter pemeriksaan

enerima kehadiran

membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

dan visa bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur;

dan pilih menu periksa

Proses Mengakses Masuk Ke Dalam Sistem Kawalan Imigresen

Page 12: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

12

Pilih Menu Sistem Kawalan Imigresen

Pilih Menu Periksa Masuk bagi Pelawat Asing

(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan

Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen

perjalanan menggunakan Pengimbas Pasport atau masukkan

data secara manual sekiranya tidak boleh dibaca oleh

pengimbas;

Page 13: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

13

Cara Mengimbas Pasport Menggunakan Mesin Pengimbas Pasport

Pasport Yang Diimbas Akan Memaparkan Data Pelawat Asing Di Dalam Sistem Kawalan Imigresen. Butang ENTER Ditekan Untuk Melancarkan Sistem

Biometrik Bagi Proses Imbasan Cap Jari.

(iv) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;

(v) mengimbas kedua-dua jari telunjuk pelawat asing. Jika jari tidak

boleh diimbas, pilih sebab pengecualian daripada pengambilan

data biometrik;

Page 14: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

14

Proses Mengimbas Cap Jari Pelawat Asing Menggunakan Mesin Pengimbas Cap Jari

Paparan Data Cap Jari Pelawat Asing Berjaya Diimbas dan Disimpan Di Dalam Sistem Biometrik

Page 15: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

15

Tiga (3) Kategori Cap Jari Yang Diimbas Iaitu Isyarat Hijau Bagi Imbasan Yang Jelas, Isyarat Jingga Bagi Imbasan Kurang Jelas dan Isyarat Merah Bagi

Imbasan Tidak Jelas

Paparan Untuk Melakukan Proses Pengecualian Pengambilan Data Biometrik

Page 16: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

16

Paparan Pilihan Jenis Pengecualian Pengambilan Data Biometrik

(vi) membuat semakan BIO SL, jika ada;

(vii) mencetak Pelekat FID dan lekatkan keratan sebelah kiri Pelekat

FID tersebut ke dalam pasport/dokumen perjalanan;

(viii) mengemaskini data pergerakan pelawat asing ke dalam sistem;

(ix) menurunkan endosmen pas yang bersesuaian ke dalam

pasport/dokumen perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan

(x) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan

masuk.

Page 17: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

17

Proses Cetakan dan Melekatkan Pelekat FID Serta Endosmen Pas Masuk Ke Dalam Pasport

Contoh Pasport Pelawat Asing Yang Telah Dilekatkan Pelekat FID dan Endosmen Masuk

Page 18: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

18

Aliran Proses Kerja Bagi Pemeriksaan Keluar Pelawat Asing Selepas Inovasi

Aliran proses kerja bagi pemeriksaan keluar pelawat asing selepas

pelaksanaan inovasi ini adalah seperti berikut:

(i) membuat pemerhatian gerak geri dan menerima kehadiran

pelawat asing di kaunter;

(ii) membuat semakan ke atas pasport atau dokumen perjalanan

bagi memastikan ianya tulen, betul dan teratur serta tempoh sah

laku pas untuk berada di Malaysia;

(iii) mengakses Sistem Kawalan Imigresen dan pilih menu periksa

keluar bagi kategori pelawat asing;

Akses Sistem Kawalan Imigresen dan Pilih Menu Periksa Keluar Bagi Pelawat Asing

(iv) memasukkan data pelawat asing ke dalam Sistem Kawalan

Imigresen dengan cara mengimbas pasport/dokumen

perjalanan atau masukkan data secara manual sekiranya tidak

boleh dibaca oleh pengimbas;

Page 19: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

19

Cara Mengimbas Pasport Menggunakan Mesin Pengimbas Pasport

Pasport Yang Diimbas Akan Memaparkan Data Pelawat Asing Di Dalam Sistem Kawalan Imigresen. Butang ENTER Ditekan Untuk Melancarkan Sistem

Biometrik Untuk Proses Imbasan Cap Jari bagi Tujuan Pengesahan.

Page 20: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

20

(v) membuat semakan Senarai Syak, jika ada;

(vi) mengimbas kedua-dua jari telunjuk pelawat asing bagi tujuan

verifikasi. Jika jari tidak boleh diimbas, pilih sebab pengecualian

daripada pengambilan data biometrik;

Proses Mengimbas Cap Jari Menggunakan Mesin Pengimbas Cap Jari Bagi Tujuan Pengesahan Data Biometrik Pelawat Asing Semasa Pemeriksaan

Keluar

Page 21: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

21

Paparan Menunjukkan Proses Imbasan Cap Jari Sedang Dilakukan Bagi Tujuan Pengesahan Data Biometrik Pelawat Asing

Proses Pemadanan Cap Jari Pelawat Asing Dengan Data Biometrik Di Dalam Pangkalan Data

Paparan Menunjukkan Proses Pengesahan Cap Jari Berjaya

Page 22: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

22

vii) membuat semakan BIO SL, jika ada;

(viii) mengemaskini data pergerakan keluar pelawat asing ke dalam

sistem;

(ix) menurunkan endosmen keluar ke dalam pasport/dokumen

perjalanan dan Kad Mendarat (IMM.26); dan

(x) menyerahkan dokumen kepada pelawat asing dan benarkan

keluar.

Contoh Pasport Pelawat Asing Yang Telah Diendos Cop Keluar

Pengambilan data biometrik adalah mandatori untuk semua

warganegara asing yang masuk ke Malaysia. Pengecualian

pengambilan data biometrik hanya diberikan bagi kategori berikut:

(i) Pemegang Pasport Diplomatik

(ii) Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun

(iii) Orang Kurang Upaya (OKU)

(iv) Golongan VVIP (pelawat asing yang diberi layanan istimewa di

atas jemputan Kerajaan)

Page 23: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

23

(v) Anggota tentera yang bertugas

(vi) Imej cap jari tidak memuaskan, tisu jari rosak atau sakit tenat

(vii) Golongan di bawah Perintah Pengecualian 1963 (Exemption

Order 1963)

4. IMPAK PELAKSANAAN INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN/PERKHIDMATAN/ JABATAN

4.1 Impak Inovasi Kepada Kerajaan

Dalam situasi dunia semasa di mana pergerakan manusia yang bebas

merentas sempadan, maka peningkatan tahap keselamatan di

sempadan negara masing-masing adalah penting bagi menjaga

keselamatan dan keharmonian dalam negara serta memastikan

hubungan diplomatik di antara negara tetap harmoni. Dalam hubungan

ini, peningkatan tahap keselamatan dokumen tidak lagi mencukupi di

mana hanya diri individu tersebut yang boleh dijadikan bukti

pengenalan diri iaitu melalui pendaftaran biometrik. Kaedah

pengambilan cap jari individu bukan lagi dilihat hanya untuk

merekodkan identiti penjenayah tetapi sebagai pengenalan diri yang

paling dipercayai.

Melalui Sistem NERS, Kerajaan mempunyai profil setiap warganegara

asing yang memasuki atau berada dalam negara ini. Profil tersebut

akan dimuatkan dalam pangkalan data yang boleh diguna pakai secara

holistik oleh agensi-agensi penguatkuasa lain selain JIM di mana

rujukan silang mudah dilakukan dengan pangkalan data agensi

masing-masing bagi tujuan yang pelbagai.

Setiap pegawai penguatkuasa dari pelbagai agensi akan dilengkapi

dengan peralatan pemeriksaan dan pengesahan dokumen mereka

melalui pengecaman biometrik barkod 2 dimensi (NexCode) semasa

operasi penguatkuasaan di lapangan. Kombinasi elemen pemeriksaan

Page 24: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

24

ini akan menjamin penguatkuasaan undang-undang yang lebih luas,

berkesan dan efisyen

4.2 Impak Inovasi Kepada Jabatan

4.2.1 Penambahbaikan Kepada Sistem Aplikasi Sedia Ada

Sistem NERS telah menambahbaik sistem aplikasi yang sedia

ada melalui pengintegrasian dengan sistem legasi iaitu Sistem

Kawalan Imigresen. Penambahan proses pengambilan,

pendaftaran dan penyimpanan data biometrik semasa

pemeriksaan masuk pelawat asing telah menyediakan Jabatan

ini satu sistem yang menyeluruh untuk memantau kehadiran

dan pergerakan pelawat asing dengan lebih berkesan.

Data biometrik warganegara asing yang disimpan dalam

pangkalan data biometrik Jabatan menyediakan pengenalan diri

yang tepat, sahih dan paling dipercayai bagi membantu Jabatan

menjalankan usaha-usaha mengenalpasti, memantau,

menyemak dan mengesahkan pelawat-pelawat asing yang

masuk dan berada di negara ini termasuk mereka yang telah

tinggal lebih masa dan tinggal tanpa dokumen serta pas yang

sah.

4.2.2 Meningkatkan Kualiti Kawalan dan Keselamatan Negara

Sistem NERS telah membantu Jabatan ini dalam mengenalpasti

kes-kes penipuan dan pemalsuan identiti yang dilakukan oleh

pelawat asing yang telah masuk ke negara ini untuk

membolehkan mereka tinggal lebih lama atau terus menetap di

negara ini. Inovasi ini juga sangat membantu Jabatan dalam

mengawal kemasukan pelawat asing yang menggunakan

dokumen palsu dan memiliki dua (2) kerakyatan.

Page 25: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

25

4.2.3 Jabatan Mempunyai Statistik Pergerakan Warganegara Asing Yang Lebih Tepat

Dengan pelaksanaan Sistem NERS, Jabatan mempunyai dua

(2) sumber statistik pergerakan warganegara asing untuk dirujuk

dan dianalisis selain statistik yang dikeluarkan melalui Sistem

Kawalan Imigresen. Perbandingan di antara dua (2) sumber

statistik ini membolehkan Jabatan mengeluarkan statistik yang

tepat.

Kaedah ini juga dapat memantau dan mengawal aktiviti

penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan

oleh Pegawai Imigresen dengan memberi kebenaran masuk

kepada pelawat asing ke negara ini tanpa pas dan permit yang

sah.

Melalui statistik tersebut juga, aktiviti penguatkuasaan dan

operasi bersepadu di antara Jabatan ini dengan pihak

penguatkuasaan yang lain seperti PDRM dan RELA dapat

dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan berpandukan

maklumat yang tepat.

4.3 Impak Inovasi Kepada Isu Antarabangsa

Pendaftaran Biometrik yang dilakukan berasaskan standard piawaian

antarabangsa akan membolehkan kerjasama di antara agensi-agensi

antarabangsa dilakukan dengan lebih berkesan. Kerjasama dan

perkongsian maklumat biometrik ini penting untuk mengatasi masalah

pemerdagangan manusia, penyeludupan manusia dan jenayah rentas

sempadan. Membendung serta memperketatkan kawalan isu

keganasan dan jenayah antarabangsa adalah penting bagi

memastikan keselamatan dan keamanan negara Malaysia dalam

Page 26: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

26

tahap yang terbaik di samping memastikan Malaysia sentiasa proaktif

dalam melaksanakan tanggungjawab global.

4.5 Impak Inovasi Kepada Pelancong

Apabila kawalan dan keselamatan dalam negara dipertingkatkan, imej

negara akan turut diperkemaskan di mana ia memberi jaminan tahap

keselamatan kepada warga asing yang memasuki Malaysia secara

tidak langsung. Malaysia akan menjadi destinasi yang diyakini selamat,

justeru dapat meningkatkan jumlah pelancong tulen dan

mengurangkan kadar pelawat berisiko tinggi.

4.6 Impak Inovasi Kepada Majikan

Sistem biometrik warga asing turut menjaga kepentingan majikan

terhadap pengurusan pekerja asing sebagai contoh mengelakkan

pekerja lari daripada majikan. Melalui aktiviti penguatkuasaan,

maklumat biometrik dan elemen keselamatan Nexcode di pelekat pas

(NERS) akan dapat membantu mengenal pasti pekerja asing yang lari

serta mengelak individu tersebut untuk mendaftar semula dengan

menggunakan identiti lain.

4.7 Impak Kepada Pekerja Asing

Sistem biometrik warga asing turut dapat mengelakkan

pemerdagangan manusia dan menjaga kebajikan pekerja asing di

mana hak-hak mereka dapat dipertahankan sekiranya berlaku kecurian

identiti/ dokumen perjalanan serta mengenal pasti majikan yang gagal

memberikan layanan dan kebajikan sewajarnya.

Page 27: Laporan Inovasi Sistem Biometrik NERS Di Pintu Masuk Negaras3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/564-national-enforcement-and... · kepentingan negara. Jabatan ini berwawasan untuk muncul

Anugerah Inovasi Perdana Menteri Tahun 2011 Sistem NERS di Pintu Masuk Negara

Jabatan Imigresen Malaysia

27

5. PENUTUP

Inovasi pelaksanaan Sistem NERS di pintu masuk negara berupaya memberi

impak yang tinggi terhadap keselamatan negara ini dan sangat relevan dalam

dalam usaha membantu Jabatan ini untuk membanteras pencerobohan,

sindiket penipuan dan pemalsuan identiti serta dokumen perjalanan oleh

warganegara asing dan juga pihak kedua yang tidak bertanggungjawab.

Inovasi ini telah menyediakan satu mekanisme pemantauan yang cekap dan

berkesan kepada Jabatan ini bagi menggantikan kaedah pelaksanaan

kawalan dan penguatkuasaan terdahulu yang tidak kemas dan lemah.

Melalui inovasi ini, Jabatan ini juga telah mempunyai satu sistem

pemeriksaan kawalan keluar/masuk yang komprehensif dan efisien selaras

dengan hasrat Jabatan ini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti

dan berintegriti di samping memastikan keselamatan dan kesejahteraan

negara terus terpelihara.

Disediakan oleh:

Bahagian Keselamatan dan Pasport

Jabatan Imigresen Malaysia

Putrajaya

No. Tel: 03-8880 1512

No. Faks: 03-8880 1506