laporan inisiatif inovasi (jabatan penjara...

3

Click here to load reader

Upload: truongdat

Post on 04-Mar-2018

217 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INISIATIF INOVASI (JABATAN PENJARA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/558-rumah-perantaraan-halfway... · yang sesuai di luar penjara. ... khususnya Jabatan Penjara dalam

1

Lampiran B

LAPORAN INISIATIF INOVASI

(JABATAN PENJARA MALAYSIA)

BIL

PERKARA

Nama Inisiatif Inovasi : RUMAH PERANTARAAN atau HALFWAY HOUSE

1.

Latar Belakang Ringkas Inisiatif Inovasi � Idea penubuhan Rumah Perantaraan (RP) telah dicetuskan dalam Makmal

Pengurangan Jenayah (Crime Lab) yang telah diadakan pada 5 Oktober 2009 - 16 November 2009.

� RP merupakan premis tempat tinggal, tempat riadah dan kelas-kelas pembelajaran yang disediakan oleh Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO’s).

� Menempatkan bekas pesalah yang baru dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman penjara. Ia juga merupakan penempatan altenatif kepada pesalah yang sedang menjalani Perintah Parol.

� Merupakan inisiatif Jabatan Penjara dalam menyediakan medium perantaraan kepada bekas pesalah yang baru sahaja tamat menjalani hukuman penjara sebelum kembali ke pangkuan masyarakat.

� Terdapat 13 buah rumah perantaraan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak

2.

Kumpulan Sasar dan Skop Liputan � Bekas pesalah yang baru tamat menjalani hukuman pemenjaraan.

� Pesalah yang sedang menjalani Perintah Parol.

� Tempoh pesalah-pesalah terbabit untuk tinggal di RP ditetapkan tidak melebihi dari

3 bulan.

3.

Objektif/Tujuan � Menempatkan bekas pesalah atau banduan parol yang tidak mempunyai tempat

tinggal, tiada pekerjaan atau enggan diterima oleh keluarga.

Page 2: LAPORAN INISIATIF INOVASI (JABATAN PENJARA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/558-rumah-perantaraan-halfway... · yang sesuai di luar penjara. ... khususnya Jabatan Penjara dalam

2

� Memberi peluang kepada bekas pesalah melibatkan diri dalam proses integrasi semula ke dalam masyarakat.

� Menyediakan peluang yang lebih luas kepada bekas pesalah mencari pekerjaan yang sesuai di luar penjara.

� Menyediakan penempatan sementara yang lebih kondusif kepada bekas pesalah sebelum mereka mendapat tempat kediaman yang lebih sesuai.

� Membantu Jabatan Penjara mengekalkan kadar residivis yang ditetapkan iaitu tidak

melebihi 20%. (Residivis adalah kemasukan banduan berulang kali ke dalam penjara)

� Sebagai sebahagian daripada inisiatif Jabatan Penjara di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah.

4.

Penerangan mengikut kriteria AIPM seperti berikut:

(a) Kreativiti

� Penghuni RP disediakan penginapan dan makan minum oleh

Jabatan Penjara. � Penghuni RP disediakan peluang pekerjaan bagi sara hidup. � Penghuni RP diberi berpeluang untuk menjalani proses integrasi

semula ke dalam masyarakat.

� Peluasan fungsi Jabatan Penjara dalam membantu bekas pesalah yang telah tamat hukuman pemenjaraan menjalani kehidupan baru yang lebih bermakna serta menjadi masyarakat yang berguna kepada negara.

(b) Keberkesanan

� Jabatan Penjara dapat mengekalkan kadar residivis yang ditetapkan iaitu

tidak melebihi 20%. (Residivis adalah kemasukan pesalah berulang kali ke dalam penjara)

� Perubahan persepsi masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan

khususnya Jabatan Penjara dalam berperanan sebagai institusi pemulihan masyarakat.

� Bekas pesalah berkeyakinan bahawa masih ada lagi pihak yang masih

prihatin terhadap nasib mereka.

Page 3: LAPORAN INISIATIF INOVASI (JABATAN PENJARA …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/558-rumah-perantaraan-halfway... · yang sesuai di luar penjara. ... khususnya Jabatan Penjara dalam

3

� Dari 2 Mei 2010 hingga 29 Februari 2012, seramai 229 orang penghuni

telah menggunakan perkhidmatan RP yang disediakan.

� Daripada jumlah tersebut, seramai 210 telah berjaya memperolehi pekerjaan bagi menyara kehidupan.

� Tiada rekod kemasukan semula ke penjara di kalangan 229 penghuni terlibat sehingga 1 Mac 2012.

(c) Signifikan

� Memperluaskan peranan Jabatan Penjara dalam program keselamatan dan pemulihan pesalah.

� Mengurangkan kesesakan pesalah dalam penjara.

� Memenuhi aspektasi kerajaan untuk melihat jabatan/ agensi kerajaan melaksanakan tranformasi perkhidmatan yang lebih berkualiti dan cemerlang kepada masyarakat.

(d) Relevan

� Penghuni berkeyakinan untuk berubah walaupun tidak mendapat

sokongan keluarga.

� Memupuk kesedaran terhadap komuniti setempat berhubung tanggungjawab sosial yang boleh mereka sumbangkan dalam memulih bekas pesalah.

� Menanam keyakinan dalam diri penghuni untuk bergaul dengan masyarakat.

� Memberi peluang kepada penghuni mendapatkan pendapatan sendiri menerusi pekerjaan.

� RP dilihat mampu membantu Jabatan Penjara mengekalkan kadar residivis tidak melebihi daripada 20%.

� Pengurangan kadar kemasukan semula pesalah ke penjara dapat

membantu mengurangkan kos operasi penjara dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan bagi jangka masa panjang.

� Menimbulkan kesedaran serta pengajaran kepada pesalah dan masyarakat akan kepentingan pematuhan kepada undang-undang.