laporan ini merupakan analisis soalan yang dilakukan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan...

1
Laporan ini merupakan analisis soalan yang dilakukan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang telah dihasilkan. Soalan ini merupakan soalan Bahasa Melayu Tahun 4 (Rujuk LAMPIRAN). Pembinaan soalan ujian ini telah dibina berdasarkan Jadual Penentu Pengajaran yang menghasilkan satu Jadual Penentu Ujian (JPU) atau pun yang juga dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Soalan ini adalah merangkumi kandungan pelajaran bagi Tahun 4 Sekolah Rendah Kebangsaan. Terdapat 20 soalan objektif yang dibina dan diedarkan kepada kelas 4 Gemilang di Sekolah Kebangsaan Sg.Damit. Soalan ujian ini adalah berbentuk Aneka Pilihan. Walaupun soalan ini merupakan ujian pertama untuk pelajar, soalan ini dibina untuk menguji elemen pengetahuan dan kefahaman, analisi, aplikasi sehingga ke tahap penilaian dalam domain kognitif. Analisis yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan soalan yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk dijadikan satu alat yang boleh mengukur penguasaan murid dengan tepat. Terdapat dua aspek yang diambil kira bagi menentukan sesuatu soalan itu boleh mengukur penguasaan murid dengan tepat atau tidak iaitu aspek kualiti setiap item soalan dan aspek status soalan. Kualiti setiap item soalan yang dihasilakn ditentukan dengan menggunakan Indeks Kesukaran. Manakala aspek yang kedua ditentukan dengan nilai Indeks Diskriminasi. 45

Upload: gabriella-william

Post on 24-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ini Merupakan Analisis Soalan Yang Dilakukan Bagi Memastikan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Soalan Yang Telah Dihasilkan

Laporan ini merupakan analisis soalan yang dilakukan bagi memastikan kesahan dan

kebolehpercayaan soalan yang telah dihasilkan. Soalan ini merupakan soalan Bahasa

Melayu Tahun 4 (Rujuk LAMPIRAN). Pembinaan soalan ujian ini telah dibina berdasarkan

Jadual Penentu Pengajaran yang menghasilkan satu Jadual Penentu Ujian (JPU) atau pun

yang juga dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Soalan ini adalah merangkumi

kandungan pelajaran bagi Tahun 4 Sekolah Rendah Kebangsaan. Terdapat 20 soalan

objektif yang dibina dan diedarkan kepada kelas 4 Gemilang di Sekolah Kebangsaan

Sg.Damit. Soalan ujian ini adalah berbentuk Aneka Pilihan. Walaupun soalan ini merupakan

ujian pertama untuk pelajar, soalan ini dibina untuk menguji elemen pengetahuan dan

kefahaman, analisi, aplikasi sehingga ke tahap penilaian dalam domain kognitif.

Analisis yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan soalan yang dibina

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk dijadikan satu alat yang boleh mengukur

penguasaan murid dengan tepat. Terdapat dua aspek yang diambil kira bagi menentukan

sesuatu soalan itu boleh mengukur penguasaan murid dengan tepat atau tidak iaitu aspek

kualiti setiap item soalan dan aspek status soalan. Kualiti setiap item soalan yang dihasilakn

ditentukan dengan menggunakan Indeks Kesukaran. Manakala aspek yang kedua

ditentukan dengan nilai Indeks Diskriminasi.

45