laporan aktiviti tahunan tkrs 2014

2
VISI SEKOLAH "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera" MISI SEKOLAH "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" 1.0 Pendahuluan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006. 2.0 Matlamat melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat wawasan pendidikan dan falsafah pendidikan negara kearah menjayakan wawasan 2020

Upload: ayie-mood

Post on 27-Dec-2015

590 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

Laporan Aktiviti Tahunan Tkrs 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti Tahunan Tkrs 2014

VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

1.0 Pendahuluan

Tunas Kadet Remaja Sekolah    ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

2.0 Matlamat

melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat wawasan pendidikan dan falsafah pendidikan negara kearah menjayakan wawasan 2020 

3.0 Moto

“ILMU IMAN AMAL”

4.0 Objektif

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara kearah menjayakan Wawasan 2020 

5.0 Rasional KRS

Page 2: Laporan Aktiviti Tahunan Tkrs 2014

Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam

Adalah diharapkan KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS REMAJA SEKOLAH dapat mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

Memenuhi inspirasi dan permintaan maasyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensih dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal kearah pembinaan dan pengekuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.