laporan aktiviti nuri.docx

Upload: rosemaria-mohamed-nordin

Post on 06-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITIPERTANDINGAN SERONOKNYA MEWARNA NURIANJURAN BANK RAKYAT CAWANGAN RAUB

TARIKH : 9 MAC 2012TEMPAT : DEWAN SK.TEMAUMASA : 9.00 PAGI 12.00 TENGAHARI

Pada 9 Mac 2012 yang lalu Panitia Seni Visual SK.Temau, telah mengadakan pertandingan yang telah dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Raub. Pertandingan ini disertai oleh semua murid sekolah yang telah mempunyai akaun simpanan di dalam Bank Rakyat. Antara matlamat diadakan aktiviti pertandingan mewarna ini adalah untuk menperkukuhkan lagi jalinan hubungan antara SK.Temau dan Bank Rakyat di samping objektif utamanya untuk mencungkil bakat dan potensi murid di dalam bidang seni lukis. Pertandingan ini terbahag kepada 3 kategori iaitu Kategori A terdiri daripada murid Pra Sekolah, murid Tahun 1 dan Tahun 2, bagi Kategori B pula terdiri daripada murid Tahun 3 & 4 manakala Kategori C pula terdiri daripada murid Tahun 5 & 6.Peralatan pertandingan seperti gambar lukisan dan warna kayu telah dibekalkan oleh Bank Rakyat kepada semua peserta pertandingan.Selesai sesi mewarna murid-murid dihiburkan dengan persembahan Maskot Burung Nuri sementara keputusan pertandingan diumumkan. Murid-murid amat teruja dan terhibur dengan persembahan Maskot Burung Nuri. Ini dapat dilihat apabila mereka memeberikan tindakbalas yang menggalakkan dengan menyanyi sambil menari bersama-sama Maskot Burung Nuri Bank rakyat.Pihak Pengurusan Bank Rakyat menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang bagi setiap kategori. Hadiah yang disediakan amat menarik dengan menganugerahkan sijil serta RM 30 bagi tempat pertama, RM 20 bagi tempat kedua dan RM 10 bagi tempat ketiga yang akan dikreadit ke dalam akaun simpanan Bank Rakyat para pemenang, Bagi pemenang saguhati pula mereka disediakan hadiah berupa cenerahati daripada Bank Rakyat.

Gambar sekitar aktiviti pertandingan mewarna SERONOKNYA MEWARNA NURI

Peserta sedang tekun mewarnaPenyertaan murid Pra Sekolah

Persembahan maskot Burung Nuri

Pemenang bagi setiap kategori