laporan aktiviti bssm ub

10
Laporan Aktiviti Relay Ahli- ahli BSMM telah menjalankan aktiviti ujian relay pada 30 September 2014 pada pukul 8.30 hingga 11.30 malam pada hari pertama perkhemahan unit beruniform BSMM. Pensyarah telah memberi masa yang mencukupi untuk ahli BSMM bersedia untuk ujian relay tersebut. Pensyarah telah membahagikan ahli lelaki BSMM kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli dalam satu kumpulan. Ahli BSMM yang perempuan jugak dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli sekumpulan. Pensyarah telah memberikan soalan kepada setiap ahli dalam kumpulan. Setiap ahli diberikan soalan yang berbeza- beza. Setiap ahli diberi masa selama dua minit sahaja untuk menyiapkan balutan yang telah diberikan oleh pensyarah. Ahli yang tidak dapat menyelesaikan balutan dalam masa dua minit akan dipotong markah. Semua ahli BSMM telah berjaya menyiapkan balutan-balutan yang telah diberikan. Laporan disediakan oleh, Amira

Upload: kamal-leo

Post on 28-Sep-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

Laporan Aktiviti Relay

Ahli- ahli BSMM telah menjalankan aktiviti ujian relay pada 30 September 2014 pada pukul 8.30 hingga 11.30 malam pada hari pertama perkhemahan unit beruniform BSMM. Pensyarah telah memberi masa yang mencukupi untuk ahli BSMM bersedia untuk ujian relay tersebut. Pensyarah telah membahagikan ahli lelaki BSMM kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli dalam satu kumpulan. Ahli BSMM yang perempuan jugak dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli sekumpulan. Pensyarah telah memberikan soalan kepada setiap ahli dalam kumpulan. Setiap ahli diberikan soalan yang berbeza-beza. Setiap ahli diberi masa selama dua minit sahaja untuk menyiapkan balutan yang telah diberikan oleh pensyarah. Ahli yang tidak dapat menyelesaikan balutan dalam masa dua minit akan dipotong markah. Semua ahli BSMM telah berjaya menyiapkan balutan-balutan yang telah diberikan.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.Laporan Aktiviti Kursus Membuat Darah Pada 1 Oktober 2014, pada pukul 12 tengah hari, ahli BSMM telah menjalani aktiviti kursus membuat darah. Kursus ini dijalankan oleh En Saleh bin Mislan dan Dr Hj Faisal. Ketika kursus ini, kami diajar membuat darah palsu, membuat tulang terkeluar dan cara membuat kecederaan palsu menggunakan darah palsu dan tulang palsu. Darah palsu dibuat daripada pewarna merah dan kopi. Kopi adalah untuk memekatkan darah tersebut. Sebelum menyapu darah tersebut, kanji perlulah disapu terlebih dahulu supaya darah tersebut melekat pada anggota badan. Tulang palsu pulak diperbuat daripada straw dan ranting kayu yang kecil. Selepas En Saleh mendemostrasikan cara membuat darah dan tulang palsu ini, kami diberik peluang untuk memcuba membuat darah palsu dan membuat kecederaan pada anggota badan. Anggota badan yang kami membuat kecederaan palsu ialah kaki dan lengan. Ahli-ahli BSMM gembira dan teruja dalam melakukan aktiviti ini. Semua ahli berpeluang membuat kecederaan palsu menggunakan darah palsu dan tulang palsu. Aktiviti ini dijalankan untuk membuat aktiviti seterusnya iaitu simulasi.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.Laporan Aktiviti Simulasi

Aktiviti simulasi pertolongan cemas telah dijalankan oleh ahli BSMM seramai 27 orang pada 1 Oktober 2014 pukul 2.30 petang. Aktiviti ini telah dijalankan secara berkumpulan. Terdapat enam kumpulan kesemuanya. Tiga kumpulan terdiri daripada ahli lelaki dan tiga kumpulan lagi terdiri daripada ahli lelaki. Setiap kumpulan perlu mencipta suatu situasi kecemasan yang terdiri daripada mangsa trauma, mangsa kecederaan ringan dan mangsa yang pengsan yang perlu diselamatkan menggunakan CPR. Terdapat tiga mangsa yang perlu diselamatkan oleh setiap kumpulan. Kumpulan yang membuat soalan perlu menyolek mangsa-mangsa menggunakan ilmu yang diperolehi ketika kursus membuat darah. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk menyelamatkan tiga orang mangsa dengan kecederaan yang berbeza. Kumpulan yang melebihi masa 10 minit dipotong markah. En. Saleh dan pensyarah lain telah membuat penilaian terhadap mangsa-mangsa ketika aktiviti simulasi ini dijalankan. Cara balutan anduh, cara membuat CPR dan cara membuat kawad usungan dinilai ketikai aktiviti ini. Semua kumpulan berjaya menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.

Laporan Aktiviti Gajet

Ahli- ahli BSMM telah menjalani aktiviti membuat gajat pada 1 Oktober 2014 jam 8.30 hingga 11.00 malam. Ahli BSMM telah dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga orang. Terdapat sembilan kumpulan kesemuanya. Setiap kumpulan terdiri daripada ahli yang merupakan daripada kelas yang berbeza-beza. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan gajet berdasarkan pembahagian yang telah ditentukan oleh En. Saleh. Terdapat beberapa gajet yang dihasilkan. Antaranya ialah rak kasut, gerobok, ampaian, perangkap dan macam-macam lagi. Gajet- gajet yang dibuatlah adaah mengikut kreativitI ahli kumpulan masing-masing. Gajet ini deperbuat daripada buluh dan tali rafia yang telah disediakan. Buluh dipotong menggunakan parang dan pisau mengikut bentuk gajet masing-masing. Buluh diptotong dengan berhati-hati untuk mengelakkan terjadinya kecederaan disebabkan oleh parang, pisau dan buluh yang sememangnya tajam. En. Saleh dan beberapa pensyarah lain telah membuat penilaian terhadap gajet yang dibina untuk tujuan pemarkahan amali gajet. Seorang wakil daripada setiap kumpulan perlu menerangkan fungsi dan kelebihan-kelebihan yang ada pada gajet yang telah dihasilkan.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.Laporan Aktiviti Kembara

Pada 2 Oktober 2014, ahli- ahli BSMM telah menjalani aktiviti kembara di Taman Rimba Teluk Bahang. Aktiviti ini telah diadakan pada pukul 9 pagi. Aktiviti ini disertai oleh semua ahli unit beruniform yang menyertai perkhemahan ini. Unit beruniform dibahagikan kepada tiga kumpulan. Unit BSMM menjalani aktiviti ini bersama unit beruniform Puteri Islam. Sebelum aktiviti ini bermula, ahli-ahli diberi taklimat oleh seorang ketua yang mengetaui aktiviti kembara kami. Aktiviti ini bermula selepas taklimat diberi. Kami berjalan menyusuri hutan di taman rimba tersebut. Ahli-ahli perlu menaiki tangga, mendaki bukit dan menuruni bukit. Sepanjang perjalanan kembara, ketua yang memimpin kembara inimemberi penerangan tentang pokok-pokok yang ditemui dan kegunaanya sepanjang perjalanan. Antara pokok-pokok yang ditemui ialah pokok meranti sarang puma, pokok berbatnag merah dan lain-lain pokok. Ahli-ahli berjaya tiba di pundak dan melihat permandangan yang indah dan dapat melihat seluruh pekan teluk bahang. Terdapat beberapa halangan sepanjang perjalanan kembara ini. Terdapat kayu-kayu besar yang menghalang perjalanan kami. Dengan kerjasama antara satu sama lain, ahli-ahli berjaya melepasi halangan-halangan yang terdapat sepanjang perjalanan. Semua ahli-ahli unit beruniform berjaya menghabiskan kembara dan sampai di tapak perkhemahan pada pukul 11.30 pagi. Semua ahli-ahli perkhemahan dalam keadaan sihat meskipun letih. Aktiviti ini membuatkan ahli-ahli mengenal pokok-pokok di samping dapat menyihatkan badan dengan melakukan aktiviti ini.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.Bulan Sabit Merah Malaysia.

Laporan Aktiviti Masakan

Pada 2 Oktober 2014, jam 2.30 petang ahli-ahli BSMM telah menjalankan aktiviti masakan. Aktiviti telah dijalankan dalam kumpulan. Terdapat tiga kumpulan dalam aktiviti memasak ini. Menu untuk aktiviti memasak ini mee goreng dan bihun goreng. Dua kumpulan telah memasak mee goreng manakala satu kumpulan lagi telah memasak bihun goreng. Bahan-bahan untuk memasak telah disediakan oleh En Saleh. Antara bahan-bahan yang telah disediakan ialah mee, bihun, kicap, sos, udang kering, cabai kering, bawang besar, bawang putih dan lain-lain. Ahli-ahli BSMM dikehendaki memasak menggunakan mestin. Dalam kumpulan, ahli-ahli BSMM membahagikan tugas. Terdapat ahli yang memotong bawang, menumis, mencuci bahan masakan dan sebagainya. Ahli-ahli telah masak sebanyak beberapa pusingan kerana perlu masak mee atau bihun goreng dalam kuantiti yang banyak. Semua ahli berkerjasama dalam menyiapkan masakan tersebut. Selepas habis dimasak, makanan yang telah siap dimasak telah dihidangkan oleh para ahli BSMM. Selepas dihidangkan, En Saleh dan pensyarah yang lain merasa makanan tersebut dan membuat penilaian sepanjang aktiviti masakan tersebut.

Laporan disediakan oleh, Amira

__________________________(NUR AMIRA BT MOHAMED SIDIK)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Perkhemahan Unit Berunifrom,Bulan Sabit Merah Malaysia, IPG Kampus Tuanku Bainun.