laporan aktiviti

Upload: siti-azura-azis

Post on 04-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

Laporan Keseluruhan30/06/2010 (Rabu) Hari ini merupakan hari pertama kami melaporkan diri untuk mengikuti kem Bina Insan Guru ini. Sebelum pukul 2 petang, kami sudah sampai di Blok I. Tepat pada pukul 2 petang, pendaftaran dibuka kepada guru pelatih. Semua guru pelatih dikehendaki beratur mengikut opsyen untuk mengambil kehadiran. Selepas tamat pendaftaran, kami semua diminta berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas daripada ketua jurulatih En Mohamad Jasa Bin Hj. Siraj. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa orang pensyarah. Antaranya ialah En. Osman Bin Ali Rawa sebagai Kem Komandan, En. Arshad Bin Ismail, Pn. Periakka R. Chinaya, En. Norizan bin Ghazali, En. Razali bin Othman dan Tn. Hj. Md Hatta bin Md. Nor. Selepas itu, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan ini mesti menerapkan konsep Satu Malaysia. Dalam erti kata lain, setiap kumpulan mesti mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelajar Melayu, Cina dan India. Saya termasuk dalam kumpulan 1 atau A.

Selepas itu, setiap kumpulan dikehendaki mengemas dan menyusun atur khemah-khemah yang telah dibina agar memastikan setiap khemah dalam keadaan baik dan selamat untuk didiami. Kami bernasib baik kerana khemah telah dipasang oleh guru pelatih pada BIG siri 5 sebelum kami. Seterusnya, semua guru pelatih memilih kawan sendiri dan bilangan kumpulan yang kecil ini terdiri daripada 4 orang untuk tinggal di dalam satu khemah. Setelah selesai, kami mula bergerak ke khemah dengan beg pakaian masing-masing. Guru pelatih perlu bersepakat untuk menyusun barang mereka agar dapat memberikan keselesaan untuk tidur di dalam khemah pada malam nanti. Pada pukul 4.30 petang, kami semua dikehendaki berkumpul di dewan yang telah ditetapkan di blok I untuk mendengar taklimat mengenai panduan ketika kecemasan dan asas bantu semula daripada En. Tn. Hj. Md Hatta bin Md. Nor. Beliau telah menerangkan kepada kami tentang tanggungjawab kita sekiranya terdapat orang menghadapi kesakitan dan lain-lain. Kita harus menilai situasi dengan pantas, tidak berbahaya pada diri sendiri dan mangsa. Selain itu, kita juga perlu memberi rawatan yang segera kepada mangsa dan sekiranya teruk, mesti menghantarnya ke hospital segera. Di samping itu,beliau menjelaskan kepada kami teknik utama bantuan kecemasan dan langkah-langkah penting ketika kecemasan termasuklah bagi memastikan oksigen sampai ke otak mangsa. En. Hatta juga menunjukkan demonstrasi cara membalut mangsa yang cedara dengan kain pembalut dan cara memimpin mangsa yang cedera. Setelah itu, beliau memanggil beberapa orang guru pelatih mendemonstrasikan apa yang telah dipelajari. Malangnya, terdapat segelintir yang tidak dapat melakukannya dengan baik. Ini mungkin disebabkan oleh pelajar tersebut duduk terlalu belakang sekali dan tidak dapat melihat dengan jelas. Namun begitu, En. Hatta cuba menunjukkan semula cara-cara yang betul.Selepas itu, kami diberi masa selama sejam untuk kami menguruskan diri sendiri. Pada pukul 7.30 malam, semua pelajar Islam diwajibkan ke tempat solat yang telah dikhaskan. Kami telah mendengar sedikit tazkirah ringkas daripada Ustaz Helmi yang bertajuk konsep halal dan haram dalam mencari harta ketika menunggu untuk solat isyak. Manakala pelajar yang bukan islam diwajibkan untuk mengikuti slot moral di dewan. Pada pukul 9 malam, aktiviti diteruskan dengan slot ialah ice breaking. Melalui sesi ini, kami dapat mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Oleh sebab ruang yang terhad, jadi kami tidak dapat bermain permainan yang lebih menyeronokkan. Kami hanya dapat bermain permainan yang digelar bom. Kami dibahagikan mengikut tempat asal kami. Dengan cara ini, kami dapat mengetahui bahawa setiap guru pelatih datang dari mana dan mungkin pada masa akan datang kami perlu pertolongan mereka sekiranya kami ditempatkan mengajar di tempat mereka. 01/07/2010 ( Khamis)

Kami perlu bangun awal kerana aktivti kami yang pertama mula pada pukul 5.30 pagi. Semua pelajar Islam dikehendaki solat subuh berjemaah. Aktiviti seterusnya ialah semua guru pelatih akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu Johor dan Semaian Subur. Kami semua berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Selepas itu kami diarahkan untuk membuat satu bulatan yang besar dan senaman pagi dilakukan. Bagi aktiviti kardiovaskular kami diminta untuk berjogging selama 15 minit. Setelah itu, kami diberi sarapan. Selepas bersarapan, kami mula berkumpul di dewan Blok I untuk mengikuti slot seterusnya oleh Pn. Norhashimah iaitu slot ujian psikologi. Beliau telah menjelaskan kepada kami konsep multiply- intelligent. konsep multiply- intelligent ialah cara bagaimana kita dapat menilai potensi diri kita. Seterusnya, beliau juga memberitahu kepada kami tentang teori pelbagai kecerdasan. Satu helaian borang soal jawab telah diedarkan untuk menilai kecerdasan diri masing-masing. Mengikut borang soal jawab tadi, kita akan dikategorikan mengikut markah yang paling tinggi kita perolehi. Dalam setiap kumpulan ini, setiap kumpulan perlu memikirkan satu aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan tersebut. Saya telah mendapat kecerdasan verbal-linguistik. Kumpulan ini merupakan jenis individu yang gemar berhujah dan berkomunikasi. Mereka sesuai untuk menjadi seorang guru. Selain itu, kami juga dikehendaki membuat perbentangan mengenai kecerdasan ini. Kami membuat perbentangan dengan memilih tema bahasa. Pada aktiviti yang seterusnya, kumpulan-kumpulan kecil yang telah dibentuk akan dijadikan pula dua kumpulan besar iaitu A dan B. Kumpulan A akan menjalani aktiviti air manakala kumpulan B akan menjalani aktiviti darat. Kumpulan saya termasuk dalam kumpulan A dan akan menjalani aktiviti air. Ketika berbaris, pensyarah telah memberi taklimat yang ringkas. Selepas itu, kami mula mengangkut barang ke dalam bas seperti, jaket keselamatan, pengayuh kayak dan lain-lain. Kami mula bertolak ke Danga Bay. Apabila sampai, kami mula mengangkat kayak dari tempat simpanan dan menyusunnya di tepi pantai. Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada 2 orang dalam satu kumpulan dan pensyarah mula memberitahu kepada kami tentang bahagian-bahagian penting kayak. Sebelum mula berkayak, kami dikehendaki membuat warming up terlebih dahulu agar nanti kami tidak akan mengalami sebarang kekejangan otot. Ketika membuat senaman,cuaca mula berubah dan hujan rintik sudah menurun. Setelah semua orang sudah bersedia kami mula berkayak dalam suasana hujan rintik-rintik. Malangnya, hujan mula turun dengan lebat dan kilat petir sabung-menyabung. Demi keselamatan kami diarahkan untuk berpatah balik. Dalam perjalanan balik ke pantai, kami mendapati bahawa kami perlu berkayak dengan lebih berkuat lagi kerana ombak sangat bergelora. Saya berkayuh sekuat hati dalam keadaan yang sangat takut melihat ombak yang menghempas kayak kami.

Apabila sampai di pantai, kami telah berkerjasama mengangkat dan menyusun kayak kami di dalam tempat simpanan. Selepas itu, kami mengemas barangan kami dan balik semula ke kem kami. Pada asalnya, kami perlu memasak di pulau, tetapi disebabkan masalah tadi, kami terpaksa memasak di kem dalam keadaan basah kuyup. Pada malmnya pula, sesi diteruskan dengan slot perbincangan dalam kumpulan. En. Razali dan Pn. Wong yang bertugas sebagai fasilitator memberikan tajuk ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang cemerlang untuk dibincangkan. Selepas itu, Pn. Wong yang juga memberitahu kepada kami tentang betapa pentingnya seorang guru mengamalkan cirri dan nilai murni dalam kehidupan seharian. Kami semua dikehendaki tidur pada pukul 11.00 malam.02/07/2010 ( Jumaat) Seperti biasa, kami perlu bangun awal kerana aktivti kami yang pertama mula pada pukul 5.30 pagi. Semua pelajar Islam dikehendaki solat subuh berjemaah. Aktiviti seterusnya ialah semua guru pelatih akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan Semaian Subur sambil menaikkan bendera. Kami semua berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Selepas itu, kami diarahkan untuk membuat satu bulatan yang besar dan senaman pagi dilakukan. Pada hari ini, kem komandan kami En. Osman bin Ali Rawa mengetuai senaman. Beliau melakukan aktiviti senaman yang boleh dikatakan seperti teknik senaman Tai Chi. Bagi aktiviti kardiovaskular kami diminta untuk berjogging selama 15 minit. Selepas bersarapan, kami diminta berkumpul di dewan Blok I untuk slot Pn. Norhasimah. Setiap kumpulan bergilir-gilir mempersembahkan persembahan mereka. Setiap kumpulan mempunyai persembahan yang berbeza dan amat menarik. Kumpulan saya juga membuat perbentangan yang menarik. Kami melakukan aktiviti seperti permainan Roda Impian. Rakan-rakan yang lain harus meneka simpulan bahasa yang telah kami tuliskan di atas kertas mahjong. Selepas itu, Pn. Norhashimah telah mengajar kami menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Ulat Bulu dengan mengubah semua vokal dalam lirik lagu itu kepada a, e, o dan u. Aktiviti ini amat menyeronokkan dan sangat lucu. Bagi aktiviti yang seterusnya ini kami kumpulan A yang disertai oleh kumpulan A, B, dan C akan menjalani aktiviti darat. Kami memulakan jungle trekking dari tapak perkhemahan kami. Kami merentasi hutan dengan pelbagai cabaran. Misalnya, kami terpaksa berjalan melalui tanah yang sangat berlumpur dan becak. Hal ini kerana hujan telah turun dengan lebat pada malam semalam. Saya kurang bernasib baik kerana saya telah tergelincir semasa berjalan. Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan namun seluruh pakaian saya kotor terkena lumpur. Walaubagaimanapun, dengan hati yang tabah dan sifat berkerjasama, kami telah melepasi semua cabaran ini dengan baik. Kami mengutip kayu kering untuk kegunaan memasak sambil berjalan merentasi hutan. Sebelum balik semula ke kem, setiap kumpulan dikehendaki menebang dua batang kayu bersesuaian. Pohon kayu ini akan digunakan dengan sehelai kain untuk dijadikan alat pengusung ketika kecemasan. Selepas itu, salah seorang ahli kumpulan akan diusung di atas alat tersebut sehingga kami balik ke tapak perkhemahan. Kami perlu pulang ke kem awal dan memasak di sana kerana guru pelatih lelaki yang beragama Islam pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Apabila sampai di tapak perkhemahan, kami sekali lagi bekerjasama memasak makanan tengah hari kami. Kami berkerjasama untuk memasak dan makan beramai-ramai. Setelah itu, kami mengemaskan barang-barang yang digunakan dan membersihkan diri-masing-masing. Masa lapang yang ada dipenuhi dengan latihan persembahan dalam kumpulan yang akan diadakan pada malam ini. saya tidak dapat beraksi bersama kerana saya telah ditugaskan untuk menjadi juru acara. Namun demikian, saya tetap memberikan sokongan dan idea kepada rakan sekumpulan saya. Kira-kira pukul 10 malam persembahan dimulakan. Semua rakan-rakan saya melakukan persembahan mereka dengan baik dan menghiburkan semua penonton. Dengan usaha gigih, kami telah mempersembahkan lakonan situasi bilik darjah kami dengan baik. Akhirnya, kumpulan kami telah mendapat juara dalam persembahan ini. hal ini memang amat mengembirakan sekumpulan kami. Jelaslah kerjasama antara ahli kumpulan sangat penting bagi melaksanakan sesuatu.3/7/2010 (Sabtu)

Seperti hari-hari lain, kami perlu bangun awal kerana aktivti kami yang pertama mula pada pukul 5.30 pagi. Semua pelajar Islam dikehendaki solat subuh berjemaah. Kami terpaksa tidur di tempat solat perempuan kerana khemah kami basah dimasuki air hujan. Aktiviti seterusnya ialah semua guru pelatih akan menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Johor dan Semaian Subur sambil menaikkan bendera. Kami semua berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Selepas itu, kami diarahkan untuk membuat satu bulatan yang besar dan senaman pagi dilakukan. Pada kali ini seperti biasa beberapa wakil daripada setiap opsyen dipanggil ke hadapan untuk mengetuai senaman. Bagi aktiviti kardiovaskular kami diminta untuk berjogging selama 15 Selepas itu, kami mengambil sarapan kami.

Selepas mengambil sarapan, kami mula mengemaskan khemah kami. Hal ini kerana hari kelihatan mendung dan pensyarah bimbang jika hujan akan turun semula. Oleh itu, kami terpaksa mengemaskan semua peralatan secepat mungkin. Pensyarah memberitahu kepada kami bahawa khemah tidak boleh disimpan dalam keadaan basah, jadi kami mesti memikirkan cara yang berkesan untuk mengeringkan khemah kami walaupun cuaca mendung. Antara cara yang kami gunakan ialah kami mengambil kain perca untuk mengelap khemah kami. Dengan ini, kami dapat membantu mempercepatkan proses pengeringannnya. Dalam hal ini, sekali lagi kerjasama ahli akan dapat memudahkan sesuatu kerja. Kami menyimpan semua peralatan dengan baik dan dihantar kepada pihak urusetia. Selepas itu, kami bersama-sama menolong ahli kumpulan lain yang masih belum selesai dan membersihkan kawasan perkhemahan. Kira-kira pukul 10 pagi, kami telah mengemas kesemua khemah dengan baik. Setelah semua selesai, kami mula berkumpul untuk majlis penutupan. Antara pensyarah yang hadir ialah En Md. Hatta bin Md. Nor, En Mohamad Jasa Bin Hj. Siraj, Pn. Norhashimah, En. Osman bin Ali Rawa dan ramai lagi pensyarah yang terlibat. Dalam majis penutupan ini, pihak pengurusan amat berterima kasih kepada kami semua kerana sanggup berkerjasama dengan mereka tanpa menimbulkam masalah kepada mereka. Kami juga amat berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada kami untuk mengikuti Kem ini dan menimba banyak ilmu-ilmu baru yang berguna. Selepas tamat majlis, kami semua telah mengambil gambar secara berkumpulan untuk kenangan. Setelah itu, kami pulang ke blok kediaman masing-masing dengan hati yang senang.