laporan akhir duta jauhar 2 - ifolio.ukm.my · 2.1 latar belakang 4 2.2 objektif 5 2.3 hasil...

34
LAPORAN AKHIR DUTA JAUHAR 2.0 FERTIGASI AQUA D’INTEGRASI TARIKH 01 NOVEMBER 2015 - 31 DISEMBER 2015 TEMPAT DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR ANJURAN DUTA JAUHAR - SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA (PERSADA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KERJASAMA YAYASAN PELAJARAN JOHOR DAN KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM MAJLIS PENUTUPAN KONGRES DUTA JAUHAR 2.0 DEWAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, BATU PAHAT JOHOR PADA 24 FEBRUARI 2016 - 27 FEBRUARI 2016 TEMA “ASPIRASI GLOKAL TRANSFORMASI MAHASISWA”

Upload: vunguyet

Post on 12-Mar-2019

286 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LAPORAN AKHIR DUTA JAUHAR 2.0

FERTIGASI AQUA D’INTEGRASI

TARIKH

01 NOVEMBER 2015 - 31 DISEMBER 2015

TEMPAT

DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

ANJURAN

DUTA JAUHAR - SEKRETARIAT PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA (PERSADA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERJASAMA

YAYASAN PELAJARAN JOHOR DAN KERAJAAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

MAJLIS PENUTUPAN

KONGRES DUTA JAUHAR 2.0

DEWAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, BATU PAHAT JOHOR

PADA

24 FEBRUARI 2016 - 27 FEBRUARI 2016

TEMA

“ASPIRASI GLOKAL TRANSFORMASI MAHASISWA”

KANDUNGAN

MUKA

SURAT

ISI KANDUNGAN i - ii

BAB I PENGENALAN : DUTA JAUHAR 2.0 1 - 2

1.1 OBJEKTIF 2

1.2 PERKARA UTAMA NBOS 2

BAB II FERTIGASI AQUA D’INTEGRASI 3 - 16

2.1 LATAR BELAKANG 4

2.2 OBJEKTIF 5

2.3 HASIL PROGRAM 6

2.3.1 FERTIGASI - EKONOMI PERTANIAN BELIA 6 - 11

2.3.2 AQUA - KOTA BATU: THE CHASE OF PORT

TREASURE 12

2.3.2.1 PENYERAHAN ANAK ANGKAT 12

2.3.2.2 GOTONG-ROYONG 13

2.3.2.3 MOTIVASI : DIALOG ASPIRASI BELIA 13

2.3.2.4 JELAJAH MUZIUM 14

2.3.2.5 KECERGASAN TERAS KESIHATAN 14

2.3.3 INTEGRASI - ROAD TO CHARITY 15

2.4 MAKLUMBALAS PESERTA 16

BAB III KESIMPULAN 17

BAB IV MAJLIS ANUGERAH KONGRES DUTA

JAUHAR 2.0 18

i

LAMPIRAN

STRUKTUR ORGANISASI 19 - 20

TENTATIF PROJEK 21 - 25

EKONOMI PERTANIAN BELIA 21

KOTA BATU : THE CHASE OF PORT TREASURE 22 - 25

ii

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN : DUTA JAUHAR 2.0

Program Duta Jauhar merupakan satu program hasil cetusan idea YAB Dato’

Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dengan tujuan mengetengahkan

kepimpinan mahasiswa Negeri Johor sendiri untuk berkhidmat dan menabur bakti

kepada rakyat negeri menerusi program-program yang dirancang oleh mahasiswa

sendiri untuk kebaikan warga Johor di setiap pelusuk negeri.

Perkara yang menarik melalui program ini adalah penerapan dan perancangan kepada

semua mahasiswa/i dalam mengaplikasikan Blue Ocean Strategy (BOS) dalam

merancang dan melaksanakan program. Program ini selaras dengan gagasan National

Blue Ocean Strategy (NBOS) hasil inisiatif Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd

Najib Bin Tun Abdul Razak. Program Duta Jauhar ini juga menjalinkan kerjasama

antara seluruh agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berpusat di Johor untuk

bersama-sama dalam menjayakan program ini.

Program Duta Jauhar telah diketuai oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin

Nordin, Menteri Besar bagi Negeri Johor Darul Takzim, Datuk Nor Azlan Bin

Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penasihat program.

Mahasiswa yang terlibat merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari seluruh IPTA dan

IPTS di Semenanjung Malaysia yang melibatkan diri dalam Persatuan Anak Johor di

kampus. Sebanyak 22 kumpulan Duta Jauhar yang terdiri dari 14 buah IPTA yang

iaitu UKM, UITM, USM, UM, UUM, UPM, UNISZA, UMT, UMP, UTEM, USIM,

UMK, UTM dan UTHM. Manakala IPTS yang terlibat pula terdiri daripada KYPJ,

INSTEDT dan MARSAH.

1

Nama Duta Jauhar merupakan sebuah jenama yang khusus untuk mahasiswa/i yang

menyertai program ini. Duta Jauhar ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu Duta

yang bermaksud wakil yang menjadi simbolik kepada kumpulan mahasiswa/i dalam

mewakili kawasan yang dipilih dalam menjalankan program yang telah dirancang.

Manakala, Jauhar pula membawa maksud permata yang menjadi simbolik kepada

permata-permata yang akan dihasilkan dari segenap aspek seperti kepimpinan

mahasiswa/i sendiri, kegiatan yang dirancang mampu menambah nilai dari segenap

aspek ekonomi, sahsiah, dan pembangunan kepada masyarakat di semua kawasan

yang telah diwakili.

1.1 OBJEKTIF

1. Mahasiswa sebagai Agen Transformasi iaitu agen perubahan dan perantaraan

pihak kerajaan dengan masyarakat.

2. Pembentukan sifat kepimpinan dari kalingan Mahasiswa Johor.

3. Meningkatkan Kualiti Hidup dan Sosio-ekonomi rakyat Negeri Johor.

1.2 PERKARA UTAMA NBOS

1. Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif.

2. Kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi.

3. Melibatkan kos perbelanjaan yang minima.

4. Meningkatkan system penyampaian kerajaan kepada rakyat.

5. Menggunakan sumber sedia ada.

6. Hasil berimpak tinggi.

2

BAB II

FERTIGASI AQUA D’ INTEGRASI

2.0 PENGENALAN

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan motivasi dan semangat

dikalangan mahasiswa, golongan masyarakat dan belia tentang sektor ekonomi dan

hubungan luar. Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) Universiti

Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan program FERTIGASI AQUA D’

INTEGRASI dalam menjayakan program Duta Jauhar 2.0 anjuran Menteri Besar

Johor dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Negeri Johor (YPJ). Selain itu, laporan ini

disediakan juga bagi memenuhi kehendak kursus LMCK2922 Kemahiran Insaniah.

Program ini adalah satu program yang bukan sahaja menghubungkan jaringan antara

PERSADA FELDA UKM dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), malah ia turut

melibatkan kerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia, Ahli Dewan Undangan

Negeri Johor Lama, Parlimen Kota Tinggi, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Bahagian Kota Tinggi, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Kementerian Belia dan

Sukan, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Persatuan Fakulti Sains Sukan dan

Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Sahabat Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia (YADIM), Felda Air Tawar 3. Program ini berpeluang membuka minda

kepada pelajar tentang sejarah Negeri Johor disamping dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturrahim. Bukan itu sahaja, malah program ini akan melahirkan

mahasiswa yang lebih bertanggungjawab dan berkepimpinan sebagai persediaan bagi

mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.

3

2.1 LATAR BELAKANG

FERTIGASI merujuk kepada program EKONOMI PERTANIAN BELIA. Program

ini adalah satu program yang akan memberi impak yang tinggi kepada kedua-dua

belah pihak. Menerusi pembangunan ekonomi pertanian belia, satu projek berskala

kecil akan direka bertujuan melatih belia untuk meneroka dunia pertanian. Pihak

penganjur akan menyediakan kemudahan seperti lokasi penanaman, latihan awal,

benih, baja dan pasaran jualan. Program ini bertujuan menambahkan pendapatan belia

dan meningkatkan taraf hidup. Dalam masa yang sama, dengan ilmu dan pengetahuan

yang telah diberikan akan memberi keyakinan kepada para peserta untuk

mengusahakan ladang pertanian dalam skala yang lebih besar pada masa hadapan.

AQUA menunjukkan kepada program KOTA BATU : THE CHASE OF PORT

TREASURE di mana merupakan satu program besar yang dijalankan oleh

Pemuafakatan Siswa/Siswi FELDA (PERSADA) kerana ia bukan sahaja melibatkan

anak Negeri Johor sahaja, malah peserta terdiri daripada pelajar dari pelbagai negeri,

universiti mahupun pelajar antarabangsa. Program ini dirancang bukan sahaja untuk

meningkatkan kerjasama dalam berpasukan sekaligus membawa nama Kota Johor

Lama, Teluk Sengat ke peringkat Persada Dunia. Oleh itu, sudah pastinya program ini

dapat memberi kesan dari sudut positif dalam diri peserta juga mereka yang terlibat.

Program ini adalah satu program yang akan memberi impak tinggi kepada kedua

belah pihak. Usaha menjadikan Kota Johor Lama sebagai desa pelancongan akan

diadakan secara giat dengan mengadakan program seperti ini sebagai aktiviti tahunan

dalam sektor pelancongan negeri Johor agar dapat menarik lebih ramai pelancong

yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun luar negara datang ke Kota Johor

Lama.

D’ INTEGRASI akan lebih kepada program KECERGASAN TERAS KESIHATAN

DAN PERTUKARAN BUDAYA di mana bertujuan untuk usaha menjadikan FELDA

AIR TAWAR 3 sebagai desa yang aktif dan mempunyai kesedaran tentang

kepentingan dalam penjagaan kesihatan. Menerusi aktiviti sukan yang dijalankan,

pelbagai aktiviti yang sihat akan dijalankan bagi menarik minat belia terhadap

pelbagai aktiviti kecergasan yang sihat.

4

2.2 OBJEKTIF

1. Melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab, tahan lasak, kreatif dan

berkepimpinan sebagai persediaan mewarisi tampuk kepimpinan Negara pada masa

hadapan.

2. Melatih mahasiswa/i dalam sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.

3. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

peserta.

4. Mengeratkan hubungan mahasiswa/i dengan penduduk kampung dan dapat

melahirkan mahasiswa/i sebagai agen transformasi.

5. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap

masyarakat dan negara.

6. Mewujudkan ladang pertanian kepada belia tempatan.

7. Menghasilkan belia yang mampu menjadi agen pengeluaran makanan negara dan

mempunyai sikap berdaya saing antara satu sama lain.

8. Mengantarabangsakan negeri Johor dalam sektor pelancongan di persada dunia.

9. Memperkasakan agenda pembangunan modal insan selari dengan nilai-nilai

kemahiran insaniah pelajar iaitu;

a) Kemahiran dan Kebertanggungjawaban Sosial

b) Kemahiran Komunikasi

c) Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

d) Kepimpinan dan Kerja berpasukan

5

2.3 HASIL PROGRAM

Secara keseluruhannya, Program Fertigasi Aqua D’ Integrasi telah dijalankan bermula

pada hari pelancaran Duta Jauhar 2.0 melalui Projek Cili Fertigasi yang telah

dijalankan di kawasan Felda Papan Timur, Kota Tinggi. Pada 04 Disember 2015

sehingga 06 Disember 2015, kumpulan Duta Jauhar 2.0 PERSADA UKM dengan

jayanya telah melaksanakan sebahagian lagi Program Fertigasi Aqua D’ Integrasi

bertempat di Kampung Kota Johor Lama, Teluk Sengat. Terdapat beberapa aktiviti

utama yang telah dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Antara

perincian aktiviti yang telah dijalankan ialah :

2.3.1 FERTIGASI - Ekonomi Pertanian Belia

Beberapa orang belia akan dipilih untuk mengusahakan tanaman pertanian

tanaman Cili Fertigasi. Kerjasama daripada pihak belia di FELDA Papan

Timur dan FELDA Air Tawar 3 telah dibuat. Golongan belia ini mewakili

Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM). Secara tidak langsung program ini

dapat dijadikan aktiviti serta perintis kepada para belia untuk mengusahakan

projek-projek seperti ini dalam skala yang lebih besar pada masa akan datang.

Kerjasama dengan pihak FELDA akan dibuat bagi mendapatkan kawasan

tanah dan latihan penanam yang berkesan. Penganjur juga akan mendapatkan

pasaran bagi memasarkan hasil pertanian setelah dituai. Program ini memakan

masa selama 3 hingga 5 bulan.

Fertigasi merupakan gabungan perkataan Fertigation dan irrigation (

Pembajaan dan Pengairan ) tanpa menggunakan tanah. Fertigasi dipraktikkan

sebagai satu kaeadah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih

rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat

diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optimum

daripada kaedah ini, biasanya semua langkah awal diambil perhatian termasuk

sifat media yang baik dan sesuai untuk jenis-jenis tanaman, jenis dan bekas

tanaman serta formulasi baja (nutrien) yang seimbang.

6

Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah

sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah seperti

jangkitan penyakit akar seperti Pythnium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit

kayu bakteria yang terdapat di bawah tanah. Sesuai dibuat di kawasan

perumahan, permukaan tanah yang tidak subur dan permukaan berbatu.

KELEBIHAN KAEDAH FERTIGASI

Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri

berbanding dengan kaedah konvensional iaitu:

i. Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak

tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhannya.

ii. Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan

menghindar masalah penyakit.

iii. Mengatasi masalah tanah (tidak subur, perumah penyakit dan perosak).

iv. Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

v. Tiada masalah merumpai – jika lantai simen atau ditutup dengan

plastik sepenuhnya.

vi. Kualiti hasil yang lebih baik – rasa, struktur dan ketahanan simpanan.

vii. Penggunaan baja yang cekap – mencapai 85% berbanding kaedah

tabur hanya 30%.

viii. Mengurangkan penggunaan racun ke atas tanaman terutamanyajika

jejaring kalis serangga digunapakai.

ix. Hasil lebih tinggi (boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali

ganda)

MEDIA TANAMAN

Sabut kelapa sahaja atau boleh dicampurkan dengan sekam padi dengan

komposisi 70:30, Peat moss, air, baja dan racun.

7

JENIS CILI

1. Cili Kulai King 9338

2. Cili Kulai 568

3. Cili Hybrid F1

4. Cili Api Kampung

5. Cili Api Semerah

6. Cili Api Bara

TEKNIK SEMAIAN BIJI BENIH

Rendam benih dalam air selama 8 jam

Tos kan benih

Taburkan atas kertas A4, lipat kertas itu

Masukkan kertas beserta benih itu ke dalam plastik, tiupkan plastik dan

terus tutup supaya plastik menggelembung, biarkan selama 24 jam.

Keluarkan semula benih, tabur racun kulat ke atas benih.

Semai sedalam 0.5cm guna peat moss.

Siram air paip pagi dan petang, jangan bagi kering.

Setiap 7 hari sembur racun kulat (guna separuh sukatan yang

disyorkan)

Selepas 14 hari, siram air baja A B pagi dan petang, jangan bagi kering

(baja A B digunakan selepas semaian berusia 14 hari kerana baja di

dalam peatmoss telah habis atau kurang)

Bermula usia 21 hari, setiap hari jemur pada matahari dari jam 8pagi -

11pagi supaya batangnya keras.

Apabila capai ketinggian 6 inci (25 hari), bolehlah pindah ke polybag.

8

PEMBAJAAN

Baja asas terdapat 2 jenis A dan B.

Baja A mengandungi Calcium Nitrate dan Iron Chelate

Baja B mengandungi Kalium Nitrate, Mono Kalium Hydrogen

Phosphate, Magnesium Sulphate, Mangganese Sulphate, Boric Acid,

Zinc Suphate, Copper Sulphate dan Natrium Molybdate.

Baja A dan B perlu dibancuh dalam dalam tong yang berasingan.

Jangan sesekali mencampurkan baja Set A dan Baja Set B serentak. Ini

akan menyebabkan pembajaan kurang berkesan kerana akan

kehilangan Phosporus.

Bancuhan adalah seperti berikut :

i. Gunakan 100 liter air untuk membancuh Set A dan Set B secara berasingan.

Pastikan larutan disimpan ditempat yang teduh. Selepas dilarutkan biarkan

selama 24 jam terlebih dahulu sebelum digunakan.

ii. Penuhkan air baja ke dalam tangki saliran. Masukkan kuantiti yang sesuai

contohnya Baja A yang telah dilarutkan ke dalam saliran baja dan hidupkan

pam ( Contoh tangki 600 gelen= 10 liter ) .

iii. Biarkan dahulu selama 5 minit sebelum memasukkan Baja B.

iv. Sentiasa memeriksa kepekatan air baja dengan menggunakan EC meter seperti

yang disyorkan.

Siraman dan pembajaan cili adalah seperti berikut :

Minggu Jumlah Air ( ml ) Kepekatan Baja( mS/cm)

1 - 3 500 - 600 1.0 hingga 1.8

4 – 7 600 - 1200 2.0 hingga 2.6

8 seterusnya 1200 - 2000 2.6 hingga 3.0

9

CANTASAN

i. Semua tanaman perlukan cantasan bagi menghasilkan tanaman yang

berkualiti dan berkesan.

ii. Cantasan akan menghasilkan dahan baru dan akan menghasilkan buah

yang banyak bagi tanaman cili. Biasanya cantasan dibuat selepas 30 hari

biasanya cabang pertama yang membentuk putik.

iii. Terdapat 2 peringkat cantasan dalam penanaman fertigasi cili cantasan

yang pertama adalah selepas minggu ke 4 selepas pemindahan ke polibag (

cabang pertama ) dan cantasan seterusnya apabila buah cili pada cabang 2,

3 , 4 , 5 dan 6.Cantasan seterusnya setiap 30 hari.

iv. Setelah pokok tumbuh dengan kukuh ikat dawai atau tali bagi menyokong

pertumbuhan pokok.

PENYELENGGARAAN

i. Jika anak benih mati gantikan dengan anak benih baru.

ii. Setiap 1 minggu periksa dripper dan filter, supaya tidak tersumbat.

iii. Sembur racun serangga jika terdapat serangan pada tanaman. Sebaiknya

seminggu sekali.

iv. Semburan hormone juga digalakkan bagi pengeluaran bungan dan buah

yang banyak sebelum dan semasa berbunga.

10

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT.

i. Racun Kulat ( Fungicide)

ii. Malathion – Kutu Daun, Semut, Belalang, Lalat , Lelompat dan Hamma

Merah.

iii. Decis 250 – untuk ulat poletera, ulat halus, kumbang daun

iv. Furadan 3G- Untuk memahitkan daun dan batang pokok bagi mengelakkan

pokok dimakan oleh ulat atau belalang.

MEMUNGUT HASIL

a) Pokok cili akan sentiasa mengeluarkan bunga, putik baru dan buah sepanjang

masa bergantung kepada bilangan pokok yang ditanam.

b) Jika kurang dari 2000 pokok, dituai 2-3 hari sekali pada pertama kali dituai.

Anggaran bagi 2000 pokok adalah sebanyak 30 kg.

c) Jika lebih daripada 3000 pokok dituai setiap hari, terdapat 3 jenis keadaan buah

dapat dituai iaitu semasa buah masih hijau, semasa buah sedikit kemerahan dan

semasa buah merah.

PASARAN JUALAN

11

Bil LOKASI PEMBORONG/ PEMBELI NO TEL

1. Pasar Borong Pandan, Johor EN. SUHAIMI YUSSUF 017-7229682

2. Pasar Borong Kota Tinggi EN. ABDUL KAHFI 011-17767332

3. Pasar Bandar Penawar PN. ATHIRAH NAIM 017-7682515

4. Pasar Pagi Felda Papan Timur PN.HANANI ISHAK 012-6148941

5. Pasar kawasan Felda Air Tawar EN.MUSTAQIM HASAN 010-8832860

2.3.2 AQUA - KOTA BATU : The Chase of Part Treasure

Pihak penganjur akan mengadakan pertandingan aktiviti KOTA BATU : THE

CHASE OF PORT TREASURE dimana para peserta perlu menyelesaikan

tugasan yang diberikan oleh urusetia dengan memenuhi setiap check point di

dalam kawasan Kampung Kota Johor Lama. Selain itu, peserta juga akan

didedahkan dengan sejarah Negeri Johor melalui pertandingan ini

Kerjasama dengan agensi pelancongan dibuat bagi mempromosikan aktiviti ini

sekaligus mampu mengantarabangsakan Kota Johor Lama di Persada Dunia.

Program ini adalah bersifat berterusan yang akan dijadikan sebagai aktiviti

tahunan pelancongan di Negeri Johor. Program ini bukan sahaja tertumpu

kepada program yang berlatarkan “Treasure-Hunt”, malah ia juga melibatkan

pelbagai aktiviti antaranya;

2.3.2.1 Penyerahan Anak Angkat

Program ini bertujuan untuk mewujudkan keluarga angkat dalam

kalangan siswa/siswi dan penduduk kampung tersebut. Melalui

program ini mahasiswa dapat merasai kehidupan sebenar di kampung

tersebut dan belajar sesuatu yang baru di dalam kehidupan terutamanya

yang tidak dapat dirasai di bandar. Program ini telah melibatkan

beberapa buah keluarga angkat dan pembahagian 45 orang peserta

sebagai anak angkat.

12

2.3.2.2 Gotong-royong

Gotong-royong ini melibatkan beberapa kawasan di mana siswa/i akan

membersihkan kawasan sekitar kampung seperti masjid, tanah

perkuburan, dan persisir sungai Johor dengan kerjasama dan

penglibatan penduduk kampung. Peserta akan dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan yang telah

ditetapkan. Para penduduk juga akan diberikan kawasan angkat

masing-masing supaya aktiviti berkala ini dapat dijalankan sendiri oleh

mereka setelah tamatnya program ini. Tujuan aktiviti ini adalah

membuktikan keprihatinan siswa/siswi dalam menjaga kebersihan

kawasan sekitar seperti membuat mural di sekolah dan membersihkan

kawasan perkuburan untuk merapatkan lagi hubungan antara warga

kampung dengan siswa/siswi UKM.

2.3.2.3 Motivasi : Dialog Aspirasi Belia

Program ini bermatlamat meningkatkan semangat sikap

bertanggungjawab dan berkepimpinan dalam kalangan siswa/siswi.

Seramai 20 orang urusetia dengan bantuan wakil pemuda UMNO

bahagian Kota Tinggi akan mengendalikan program tersebut. Modul

yang digunakan meliputi aspek meningkatkan kemahiran pengucapan

umum dan semangat kerja berpasukan.

13

2.3.2.4 Jelajah Muzium

Program ini merupakan program utama yang akan dijalankan di Kota

Johor Lama. Ia juga dikenali sebagai KOTA BATU : THE CHASE OF

PORT TREASURE di mana peserta akan mencari beberapa barang

seperti yang diperlukan oleh urusetia melalui klu-klu yang bakal

disediakan. Peserta akan dibahagikan kepada sembilan kumpulan di

mana setiap satu kumpulan akan mempunyai lima orang ahli sahaja.

Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada peserta agar

mengenali sejarah Kota Johor Lama dengan lebih dekat lagi. Program

ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat patriotik dalam diri

peserta agar sentiasa mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah

Malaysia terutama Kota Johor Lama yang merupakan kawasan

pertama dibuka di negeri Johor. Antara kawasan yang akan terlibat

dalam aktiviti ini ialah di Muzium Kota Johor Lama, Kawasan Masjid,

Balai Tamu Jeti dan persekitaran Kampung Kota Johor Lama..

2.3.2.5 Kecergasan Teras Kesihatan : MembinaLaman Sukan

Program ini bertujuan bagi menarik minat generasi baru belia Felda

khususnya dalam lingkugan umur 14-30 tahun bergiat didalam

pelbagai aktiviti sukan. Justeru itu, dengan adanya aktiviti sukan ini,

para remaja dan belia dapat mengamalkan gaya hidup sihat secara

tidak langsung dapat menghindari daripada melakukan gejala yang

tidak sihat.

14

2.3.3 D’ INTEGRASI : Program “Road To Charity”

Program ini merupakan satu program yang dianjurkan dengan bertujuan

berbakti kepada masyarakat yang bukan sahaja dalam kalangan rakyat

Malaysia malah umat Islam yang memerlukan. Hal ini kerana program ini

dijalankan dengan kerjasama belia tempatan melalui aktiviti berbasikal

mengelilingi Bandar Kota Tinggi sambil memberi sumbangan ke Pusat

Tarbiah dan Musollah Rohingya Myanmar Muslim yang terdapat di kawasan

tersebut. Bukan itu sahaja, selesai sumbangan ini dijalankan, peserta

meneruskan perjalanan ke Perkampungan Felda Air Tawar 3 bagi memberi

sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Dengan aktiviti ini, dapat

memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya mahasiswa akan

tanggungjawab terhadap saudara di sekeliling mereka yang memerlukan.

Majlis penutup bagi Program Kota Batu : The Chase of Port Treasure dan

Road to Charity telah berlangsung dengan dirasmikan oleh wakil kepada Yang

Berhormat (YB) Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid yang

merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor. Yang Berhormat Datuk tidak

dapat menghadirkan diri dalam majlis perasmian ini. Hal ini kerana, pada

malam hari sebelum majlis perasmian diadakan, seluruh Kerajaan Negeri

Johor telah menerima berita kemangkatan Tengku Laksamana Johor. Wakil

Yang Berhormat datuk telah memberikan kata alu-aluan yang amat dihargai

kepada semua. Selepas tamat amanat yang diberikan, dengan lafaz

bismillahirrahmanirrahim beliau telah merasmikan program ini. Sejurus

daripada itu, hadiah penghargaan telah disampaikan kepada beliau oleh

pengarah projek Fertigasi Aqua D’ Integrasi sendiri.

15

2.4 MAKLUMBALAS PESERTA

Secara keseluruhannya semua mahasiswa berpuas hati dengan program yang telah

dijalankan ini kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli

program Fertigasi Aqua D’ Integrasi itu sendiri, malah dapat menjalinkan silaturrahim

di antara orang kampung, pihak luar dan juga pihak yang terlibat. Selain daripada itu,

program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati

sebelum, semasa dan selepas melaksanakan sesuatu tugas yang telah diamanahkan.

Tidak ketinggalan juga, program ini secara tidak langsung telah dapat memupuk

semangat sukarelawan dan amal kebajikan serta dapat memberikan pengalaman yang

baru kepada ahli yang terlibat dalam melakukan kerja amal ini. Mereka berharap agar

program Fertigasi Aqua D’ Integrasi ini dapat diadakan lagi sebagai program yang

berterusan.

16

BAB III

KESIMPULAN

Kesimpulannya, program Fertigasi Aqua D’ Integrasi yang dijalankan ini dapat memberi

peluang kepada mahasiswa untuk merasai pengalaman baru sebagai urusetia dan menjalinkan

hubungan yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dikalangan mahasiswa dan pihak

yang terlibat. Mahasiswa juga berjaya menjaga nama baik UKM dan sekaligus dapat

menaikkan nama UKM. Diharap agar program seumpama ini dapat dijalankan secara

berterusan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam menjayakan program Fertigasi Aqua D’ Integrasi ini.

Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian yang dilaksanakan dengan jayanya ini sedikit

sebanyak mampu membentuk jati diri mahasiswa sebagai seorang pemimpin yang dapat

mengorganisasi sesuatu projek atau rencana dalam sesebuah program. Dalam kreativiti

melaksanakan program juga, ia dapat menggerakkan kami untuk berfikiran lebih jauh dan

bertindak mengikut kesesuaian dengan cara-cara tertentu. Dalam konteks ini, kami dapat

mengetahui keperluan dan matlamat mahasiswa dalam melaksanakan sesuatu program

dengan menitikberatkan pencapaian objektif bagi mengekalkan kekuatan yang dimiliki pada

setiap ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Seorang pemimpin yang baik dan bertanggungjawab haruslah mempunyai sifat kesabaran

yang tinggi, dan cekal dalam mengetuai sesuatu program. Selain itu, seorang pemimpin juga

perlu membuat pembelajaran yang berterusan, penguasaan pelbagai kemahiran, dan yang

paling penting pemimpin mestilah mempunyai disiplin yang tinggi dalam keupayaannya

mengendalikan setiap peranan yang terdapat di dalam oorganisasi dengan berkesan.

Seorang pemimpin yang berjaya bukan sahaja mampu mengendalikan dan menguasai dirinya

malah mampubertanggungjawab untuk mengendalikan sebuah organisasi tidak kira sebesar

mana organisasi tersebut kerana sifat kepimpinan yang dimiliki pasti dapat membawa

mahasiswa kearah kemajuan pada masa depan apabila sudah berada di dunia yang sebenar.

17

BAB IV

MAJLIS ANUGERAH KONGRES DUTA JAUHAR 2.0

Pada 24 Februari 2016 sehingga 27 Februari 2016 bertempat di Dewan Tunku Mahkota

Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diadakan Majlis Anugerah Kongres Duta

Jauhar 2.0. Majlis ini diadakan bagi merai kejayaan kumpulan mahasiswa/i yang telah

berjaya menamatkan program masing-masing dengan jayanya. Majlis ini telah

disempurnakan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

Sepanjang majlis berlangsung pelbagai karnival telah diadakan bagi memeriahkan majlis.

Selain itu, terdapat juga slot-slot bual bicara menarik yang telah disediakan pihak penganjur

kepada peserta dalam mengupas isu-isu semasa di Negeri Johor. Bukan itu sahaja, malah

peserta Duta Jauhar diberi peluang membuka booth masing-masing bagi mempamerkan

segala hasil program yang telah dijalankan buat tatapan pengunjung yang hadir.

Duta Jauhar PERSADA UKM telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa.

Walaupun hanya menerima anugeraha saguhati, namun sedikitpun tidak mematahkan

semangat ahli Duta Jauhar PERSADA UKM untuk terus mara pada masa hadapan. Manakala

anugeraha keseluruhan bagi Duta Jauhar 2.0 telah dianugerahkan kepada Duta Jauhar Instedt

yang telah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan apabila berjaya merebut hampir

keseluruhan anugerah yang telah dipertandingkan. Mereka telah membawa program

“Knowledge for Wellness” di Ulu Tebrau dan Johor Bahru.

Oleh itu, program seperti ini harus diteruskan agar mahasiswa/i lebih berkeyakinan dalam

menunjukkan kebolehan diri. Selain itu, ia juga dapat memupuk ikatan silaturrahim dan

kerjasama antara satu sama lain. Hasil daripada program-program seperti ini akan mampu

melahirkan lebih ramai mahasiswa/i yang berkepimpinan dan mampu meningkatkan

pembangunan sesebuah negeri. Sejurus itu, program seperti ini, tidakah hanya tertumpu di

Negeri Johor sahaja malah boleh dilebarkan sayapnya ke seluruh negeri di Malaysia agar

lebih ramai lagi mahasiswa/i yang berkepimpinan dapat dilahirkan.

18

LAMPIRAN

STRUKTUR ORGANISASI DUTA JAUHAR PERSADA UKM

FERTIGASI AQUA D’ INTEGRASI

SESI 2015/2016,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Binti Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor,(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni),UKM

Penyelaras

Prof. Madya Dr. Roslee Bin Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM

Penasihat I

Mohd Hanafiah Omar

Ketua Penolong Pendaftar Kanan Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, UKM

Ketua Pengarah

Mohd Syawal Bin Othman (FEP/3/ A147017)

Timbalan Pengarah

Azyan Binti Samsudin (FSSK/2/ A149041)

Setiausaha

Nurul Atiqah Binti Mohd Daud (FEP/3/ A143181)

19

Bendahari

Siti Solehah Binti Mohamed Noor (FEP/3/A143140)

Pengarah Program

Nur Hidayah Binti Abdul Manap (FSSK/2/A148823)

Muhammad Zakirul Bin Ab. Rahim (FSSK/2/149067)

Pengarah Protokol

Nurul Fitriaina Binti Mohd Saleh (FSSK/2/A150252)

Mohd Syafiq Bin Md Kasa (FSSK/2/A151003)

Pengarah Pemasaran

Nur Shakinah Binti Kadiran (FEP/3/A143445)

Pengarah Perhubungan Luar

Nurul Azura Binti Mohd Saleh (FSSK/2/A149746)

Mohamad Aziz Bin Md Salleh (FEP/3/A143432)

Pengarah Publisiti

Norazri Yana Binti Mohamad Asrof (FSSK/2 A151188)

Nurulatiqah Binti Yunos (FSSK/2/A149636)

Pengarah Pengangkutan & Keselamatan

Muhammad Rais Bin Borhan (FSSK/2/A148499)

Pengarah Tugas-tugas Khas

Mohd Nazreen Bin Abd Ghani (FTSM/2/A150761)

20

TENTATIF PROJEK

TENTATIF FERTIGASI AQUA D’ INTEGRASI

PERMUAFAKATAN SISWA / SISWI FELDA (PERSADA)

Tentatif Ekonomi Pertanian Belia

Tarikh/Masa Perkara Tempat

20-23 Oct 2015

Membuat perbincangan dan kajian

tentang jenis tamanan yang hendak

dibangunkan

Universiti Kebagsaan

Malaysia

24-25 Oct 2015

Perbincangan bersama:

i) Pegawai FELDA

ii) Belia Tempatan

iii) Pegawai Pertanian

Mencari kawasan yang sesuai untuk

dibanguan sebagai kawasan

penanaman

FELDA Papan Timur

26 Oct - 04 Nov 2015

Melihat Kawasan Tanah

FELDA Papan Timur

04 - 20 Nov 2015

Pengurusan Kawasan Tanah

-membajak

-memasang pagar

FELDA Papan Timur

21 Nov - 03 Dec

2015

Proses Penanaman

FELDA Papan Timur

01 Jan 2016 hingga

kini

Proses Penghasilan FELDA Papan Timur

21

TENTATIF KOTA BATU : THE CHASE OF PART TREASURE

DAN

JAUHAR PRIHATIN : KECERGASAN TERAS KESIHATAN

JUMAAT, 04 DISEMBER 2015

MASA PERKARA TEMPAT

11:00 pm

Berkumpul di Pusanika

Taklimat Ringkas perjalanan

Pusanika UKM

12:00 pm

Bertolak dari UKM

Pusanika UKM

SABTU, 05 DISEMBER 2015

MASA PERKARA TEMPAT

05:00 am

Dijangka tiba di Felda Air Tawar 3

Persiapan Diri

Solat Subuh / Tazkirah Subuh

Masjid Felda Air Tawar 3

07:30 am

Sarapan pagi

Taklimat Ringkas Perjalanan program

Dewan Utama Felda Air Tawar

3

08:30 am

Program “Road To Charity” (Sumbangan Ke Pusat

Tarbiah Dan Musollah Rohingya Myanmar Muslim)

bersama YB Puan Hajjah Asiah Binti Md. Ariff

Sekitar Daerah Kota Tinggi

22

10:30 am

Minum Pagi

Program Membina “Laman Sukan”

Sumbangan ke Warga Emas bersama

YB Puan Hajjah Asiah Binti Md. Ariff

Sekitar Kawasan Felda Air

Tawar 3

01:00 pm

Rehat / Makan Tengah hari

Persiapan bergerak ke destinasi seterusnya

Felda Air Tawar 3

01:30 pm

Tiba di Kota Johor Lama, Teluk Sengat

Solat Zuhur dan Asar

Masjid Kampung Kota Johor

Lama

02:30 pm

Majlis Perasmian

Penyerahan Keluarga Angkat

Dewan Utama Kampung Kota

Johor Lama

04:30 pm

Aktiviti Gotong-Royong

Sekitar Kawasan Kampung

Kota Johor Lama

06:30 pm

Berkumpul di Masjid

Solat Maghrib

Doa Selamat

Solat Isyak

Masjid Kampung Kota Johor

Lama

09:00 pm

Taklimat “Dialog Aspirasi Belia”

Pusat Informasi Pelancongan,

Kota Johor Lama

23

11:00 pm

Minum Malam

Taklimat Ringkas Aktiviti Keesokan Hari

Tidur

Gerai Makan Daya Gaya

Wawasan, Kampung Kota

Johor Lama

AHAD, 06 DISEMBER 2015

MASA PERKARA TEMPAT

05:30 am

Persiapan Diri

Solat Subuh

Homestay Kota Johor Lama

07:00 am

Berkumpul

Senamrobik

Taklimat Ringkas

Balai Tamu Jeti, Kota Johor

Lama

08:30 am

Sarapan Pagi

Gerai Makan Daya Gaya

Wawasan, Kampung Kota

Johor Lama

09:00 am

Pertandingan Kota Batu : The Chase of Port Treasure

Sekitar kawasan Kampung Kota

Johor Lama

24

01:00 pm

Solat Zohor

Persiapan Diri

Homestay Kota Johor Lama

02:00 pm

Berkumpul Majlis Penutupan

Dewan Terbuka Kampung Kota

Johor Lama

02:30 pm

Majlis Penutupan Bersama

WAKIL Y.B Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun

Narrashid

Dewan Terbuka Kampung Kota

Johor Lama

04:00 pm

Bersurai

Jamuan Ringan

Dewan Terbuka Kampung Kota

Johor Lama

04:30 pm

Bertolak pulang ke UKM

Balai Tamu Jeti, Kota Johor

Lama

11:00 pm

Tiba di UKM

Pusanika UKM

25