laponan akhir

3
LAPONAN AKHIR (PENGALAMAN KESELURUHAN PROGRAM PBS FASA 1) Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar yang mengambil Program llazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberikan kefahaman awal kepada pelajar guru tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberikan peluang kepada pelajar guru dalam usaha memahami pengurusan sekolah, peranan guru di dalam dan di luar bilik darjah, penelitian dokumentasi sekolah, membuat refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS, pelajar guru dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan peranan sebagai seorang guru. Saya telah memilih SJK (T) Jalan Tepi Sungai sebagai sekolah PBS saya untuk Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa l. Pemilihan sekolah ini adalah kerana sekolah ini terletak berhampiran dengan rumah saya. Secara umumnya, PBS Fasa I selama satu minggu ini banyak memberikan kebaikan dan faedah kepada saya. Semasa saya berada di sekolah rendah selama seminggu, saya mendapati bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang tidak terbatas dan tidak mungkin dapat habis dipelajari oleh kita. Saya berasa sangat tidak mencukupi sekiranya saya belajar setakat mana yang diajar oleh pensyarah di dalam bilik kuliah sahaja. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh skop ilmu pengetahuan adalah sangat luas dari pelbagai aspek. Dengan adanya program PBS ini, saya dapat menambah dan

Upload: shalu-shetty

Post on 19-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ufigu

TRANSCRIPT

LAPONAN AKHIR(PENGALAMAN KESELURUHAN PROGRAM PBS FASA 1)

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar yang mengambil Program llazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberikan kefahaman awal kepada pelajar guru tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberikan peluang kepada pelajar guru dalam usaha memahami pengurusan sekolah, peranan guru di dalam dan di luar bilik darjah, penelitian dokumentasi sekolah, membuat refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS, pelajar guru dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan peranan sebagai seorang guru.

Saya telah memilih SJK (T) Jalan Tepi Sungai sebagai sekolah PBS saya untuk Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa l. Pemilihan sekolah ini adalah kerana sekolah ini terletak berhampiran dengan rumah saya. Secara umumnya, PBS Fasa I selama satu minggu ini banyak memberikan kebaikan dan faedah kepada saya. Semasa saya berada di sekolah rendah selama seminggu, saya mendapati bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang tidak terbatas dan tidak mungkin dapat habis dipelajari oleh kita. Saya berasa sangat tidak mencukupi sekiranya saya belajar setakat mana yang diajar oleh pensyarah di dalam bilik kuliah sahaja. Hal yang demikian adalah disebabkan oleh skop ilmu pengetahuan adalah sangat luas dari pelbagai aspek. Dengan adanya program PBS ini, saya dapat menambah danmenimba ilmu pengetahuan yang diman ia tidak dapat diperolehi daripada proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) oleh para pensyarah didalam kelas kuliah.

Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya telah mengumpul maklumat sekolah tersebut seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan pihak institut. Saya juga menelefon kepada pihak sekolah tersebut untuk memastikan bahawa surat pemberitahuan PBS saya telah diterima oleh pihaksekolah tersebut. Seminggu sebelum PBS, saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sekolah rendah tersebut. Saya telah / merancang aktiviti yang perlu saya laksanakan sepanjang seminggu tersebut. Daripada proses perancangan tersebut, saya memahami bahawa setiap pelaksanaan tugasan atau sesuatu perkara memerlukan perancangan yans awal, rapi dan lengkap agar tugasan atau perkara tersebut dapat disiapkan mengikut masa yang dengan lancar. Selain perancangan aktiviti sepanjang program PBS tersebut, saya juga berfikir dan membuat perancangan tentang soalan yang boleh berbincang dengan guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid semasa sesi interaksi dijalankan.

Selain daripada perancangan, proses menentukan matlamat di sekolah tersebut sepanjang PBS juga adalah amat penting. Saya telah menentukan matlamat saya setiap hari PBS saya dengan berpandukan perancangan aktiviti vang telah saya lakukan. Contohnya, saya bermatlamat untuk berinteraksi dengan pihak & pengurusan sekolah dan kakitangan sekolah pada hari kedua PBS saya. Dengan adanva matlamat tersebut, saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan saya tersebut. Saya memastikan rnatlamat sava tercapai serta perancangan aktiviti saya dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Sebagai Seorang guru, kita perlulah membuat perancangan sebelum proses PdP. Perancangan yang bagus akan mendatangkan pengajaran yang berkesan dan maklum balas yang bagus. Guru perlu memastikan ohjektif beliau telah dicapai oleh murid-murid sebelum meneruskan pengajaran topik baharu.

Dengan rnengadakan sesi interaksi atau perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, guru- guru, kakitangan sekolah serta murid-murid, saya lebih memahami tentang pengurusan sekolah dan telah mendapatkan banyak maklumat mengenai sekolah tersebut.