langkah berterusan perkasakan kampung lebih gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri...

28
SUARA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH Globalisasi NET Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil BIL. 4/2006 ISSN 0128/0112 PERCUMA L ang kah B erterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang dan Terbilang Oleh: Salamah Kosnin P embangunan kampung perlu diperkasakan sehingga ke tahap terbilang dan tidak tercicir atau terpinggir dari arus kemajuan negara. Langkah memperkasakan kampung membolehkan usaha membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif dapat dicapai selain memastikan usaha membangunkan modal insan hingga mampu melahirkan golongan profesional dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung,” kata Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau mengingatkan kampung-kampung yang telah dinobatkan sebagai Desa Cemerlang tidak sewajarnya berpuashati dengan anugerah yang diterima, sebaliknya perlu terus berusaha meningkatkan tahap kejayaan yang dicapai kepada lebih gemilang dan terbilang. Justeru itu usaha memperkasakan kampung memerlukan langkah berterusan, berpandangan jauh dan mencetuskan idea baru. “Kita mahu tingkatkan usaha menjadikan kampung itu lebih baik lagi, kalau dulu cemerlang, sekarang mesti gemilang dan nanti menjadi terbilang pada masa depan, jangan mudah puas hati, sebaliknya kena terus berusaha dan tidak sesekali kurangkan semangat”, tambah beliau pada Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada 25 November yang lalu. Perdana Menteri seterusnya menyeru semua pemimpin di kampung serta wakil rakyat membuat pemantuan agar tidak ada anak-anak kampung yang tercicir dari alam persekolahan. Jangan jadikan alasan kemiskinan untuk tidak ke sekolah. Semua anak- anak mesti menamatkan pendidikan mereka sekurang-kurangnya hingga ke peringkat sekolah menengah. Beliau melahirkan harapan agar setiap keluarga di kampung mempunyai anggota keluarga yang melanjutkan pengajian hingga ke universiti dan mampu melahirkan sekurang-kurangnya seorang profesional dan seorang usahawan. Beliau seterusnya mahu agar peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya ia juga boleh diwujudkan di kampung-kampung bukan sahaja melalui bidang pertanian tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana pendapatan yang menggalakkan, kata beliau lagi. Perdana Menteri menegaskan kerajaan mensasarkan kemiskinan sifar pada tahun 2010, namun jika dapat dicapai lebih awal iaitu tahun 2008, itu adalah lebih baik. Beliau turut menyeru semua pihak sama-sama memerangi ancaman dadah, jenayah dan juga masalah sosial yang lain. Dalam majlis tersebut Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor telah diumumkan sebagai Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2006. Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor sebagai Naib Johan, manakala tempat ketiga disandang oleh Kampung Lak Lok, Machang, Kelantan. Kampung Kundang dan Kampung Lak Lok merupakan kampung GDW di bawah seliaan RISDA.

Upload: others

Post on 01-Mar-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

SUARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

GlobalisasiNETPeneraju Kemajuan Pekebun Kecil

BIL. 4/2006 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang dan Terbilang

Oleh: Salamah Kosnin

Pembangunan kampung perlu diperkasakan sehingga ke tahap terbilang dan tidak tercicir atau terpinggir dari arus kemajuan

negara. Langkah memperkasakan kampung membolehkan usaha membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif dapat dicapai selain memastikan usaha membangunkan modal insan hingga mampu melahirkan golongan profesional dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung,” kata Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Beliau mengingatkan kampung-kampung yang telah dinobatkan sebagai Desa Cemerlang tidak sewajarnya berpuashati dengan anugerah yang diterima, sebaliknya perlu terus berusaha meningkatkan tahap kejayaan yang dicapai kepada lebih gemilang dan terbilang. Justeru itu usaha memperkasakan kampung memerlukan langkah berterusan, berpandangan jauh dan mencetuskan idea baru.

“Kita mahu tingkatkan usaha menjadikan kampung itu lebih baik lagi, kalau dulu cemerlang, sekarang mesti gemilang dan nanti menjadi terbilang pada masa depan, jangan mudah puas hati, sebaliknya kena terus berusaha dan tidak sesekali kurangkan semangat”, tambah beliau pada Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 di Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor pada 25 November yang lalu.

Perdana Menteri seterusnya menyeru semua pemimpin di kampung serta wakil rakyat membuat pemantuan agar tidak ada anak-anak kampung yang tercicir dari alam persekolahan. Jangan jadikan alasan kemiskinan untuk tidak ke sekolah. Semua anak-

anak mesti menamatkan pendidikan mereka sekurang-kurangnya hingga ke peringkat sekolah menengah. Beliau melahirkan harapan agar setiap keluarga di kampung mempunyai anggota keluarga yang melanjutkan pengajian hingga ke universiti dan mampu melahirkan sekurang-kurangnya seorang profesional dan seorang usahawan.

Beliau seterusnya mahu agar peluang pekerjaan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sebaliknya ia juga boleh diwujudkan di kampung-kampung bukan sahaja melalui bidang pertanian tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana pendapatan yang menggalakkan, kata beliau lagi.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan mensasarkan kemiskinan sifar pada tahun 2010, namun jika dapat dicapai lebih awal iaitu tahun 2008, itu adalah lebih baik. Beliau turut menyeru semua pihak sama-sama memerangi ancaman dadah, jenayah dan juga masalah sosial yang lain.

Dalam majlis tersebut Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor telah diumumkan sebagai Johan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan tahun 2006. Kampung Parit Tengah, Batu Pahat, Johor sebagai Naib Johan, manakala tempat ketiga disandang oleh Kampung Lak Lok, Machang, Kelantan.

Kampung Kundang dan Kampung Lak Lok merupakan kampung GDW di bawah seliaan RISDA.

Page 2: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PENAUNGDato’ Mohammad Izat HasanAli Nordin Wahiduddin

PENASIHATHj. Omar Paimin

KETUA PENGARANGHjh. Azizah Said

PENOLONG KETUAPENGARANGAzizah Mohamad

SIDANG PENGARANGHjh. Rodiah SelamatZainal Abd. RahimBahaman BaharumNoor Aslinda MarzukiNasri Rahmat

PENTADBIRANZa’aziah Abd Aziz

PEMBACA PRUFHjh. Robiyah Hj. IsmailSiti Fairus Ayeop

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN / PENYELARASANBahagian Pengembangan &Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Misas Advertising Sdn BhdNo. 30, Jalan 423B Taman Danau Kota53300 Kuala LumpurTel: 03-4024 2004Email: [email protected]

http://www.risda.gov.my

PengarangSidang

Peristiwa

2 3

1 Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang Dan Terbilang

3 Timbalan Perdana Menteri Serah Dividen RTBB Dan TSK

4 Tugas Adalah Suatu Amanah5 Membangunkan Pekebun Kecil

Di samping Menguntungkan Anak Syarikat6 Sekalung Tahniah Buat Pengerusi RISDA

Atas Pelantikan Sebagai Senator7 Jadikan Budaya Kualiti Cara Kita Bekerja 8 Amanat Pengurusan RISDA 20079 Majlis Jalinan Mesra Pekebun Kecil Negeri

Terengganu Tahun 200610 Kursus Induksi Pemaju Masyarakat

Pekebun Kecil 200611 Budaya 4½ Tahun12 Durian Runtuh Menjelang Hari Raya &

Deepavali13 Gotong Royong Dan Pelancaran Menabung

Daerah Kubang Pasu

14 Berita Bergambar15 Berita Bergambar16 Projek Lembu Tenusu Tambah Pendapatan17 Tak Rugi Berbudi Kepada Tanah18 “Cakar Ayam” Tambah Pendapatan19 Rezekinya Dalam Bidang Pemprosesan Dan

Pembekalan20 Usaha Gigih Punca Kejayaan21 RISDA Pahang Beri Kemahiran Kepada

Ahli Isi Rumah Miskin Tegar22 Kursus Teknologi Sawit23 Penuntut UKM Berkampung Di Homestay

Kg. Bagan Baru, Selama, Perak24 Peserta TSB Usahakan Eco-Pelancongan25 Aktiviti PWK Berjaya Keluarkan Keluarga

Puan Maznah Daripada Miskin Tegar26 Getah Keping Bermutu Tambah Pendapatan27 Korban Meningkatkan Taqwa28 Ladang Berkembang Penoreh Menyumbang

Rencana PengarangAssalamualaikum Wrt.Wbrt.

Tahun 2007 kian menjelang dan merupakan tahun kedua pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Tahun 2006 hampir meninggalkan kita dan adalah wajar kita meneliti pencapaian sepanjang tahun berkenaan. Sebarang kelemahan perlu diperbaiki bagi memastikan kumpulan sasar terus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Amanat Pengurusan RISDA 2007 telah dibentangkan pada 26 Disember 2006 yang lalu. Pengurusan RISDA penuh yakin tahun 2007 akan memberi harapan yang lebih baik kepada pekebun kecil. Program-program yang dilaksanakan akan menekankan kepada ‘back to basic’ dengan memberi penekanan kepada empat fokus utama, iaitu kumpulan sasar yang sebenar, tanaman yang diberi keutamaan, fungsi asas RISDA dan juga sistem penyampaian yang berkesan.

RISDA bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar yang ditentukan oleh kerajaan. Salah satunya ialah dasar membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar, khususnya pekebun kecil ke arah kemiskinan sifar. Pada tahun 2007, kerajaan telah menyediakan lima program baru kepada RISDA iaitu Program Tanam Semula Sawit ke Sawit ( TSSS), Program Pembangunan Pemasaran Hasil (PPPH), Tuisyen Desa, Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) dan RISDA Net. Program-program tersebut merupakan tambahan kepada program-program yang sedia ada dan diteruskan pada tahun 2007, iaitu Program Tanam Semula (TS), Program Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG), Program Pembangunan Manusia Dan Institusi (PPMI) dan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). Program-program tersebut diharap dapat meningkatkan lagi produktiviti ladang dan tahap sosio-ekonomi pekebun kecil.

Program Tanam Semula merupakan program utama RISDA. Bagi memastikan pekebun kecil dapat menyertai program tersebut dengan lebih berkesan, beberapa pendekatan telah disediakan. Pendekatan secara berkumpulan dan bercorak komersial adalah pendekatan yang cukup sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah tenaga kerja dan modal. Peserta akan menerima faedah dalam bentuk dividen. Pendekatan ini telah dilaksanakan oleh RISDA melalui Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK). Sepanjang tahun 2006, RISDA telah mengeluarkan dividen tidak kurang daripada RM90.40 juta kepada 38,219 orang pekebun kecil yang terlibat dengan kedua-dua pendekatan tersebut.

RISDA juga ingin memastikan pekebun kecil dapat memasarkan hasil-hasil mereka dengan baik dan memperoleh harga yang tinggi. Program Pembangunan Pemasaran Hasil (PPPH) yang akan dilaksanakan pada tahun 2007 akan menyediakan kemudahan pusat timbang dan stor dan juga Pusat Pengumpulan Hasil. Koperasi Pekebun Kecil setiap Negeri atau Daerah diberi mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan program berkenaan.

Bagi memastikan pekebun kecil yang terlibat dengan program-program RISDA terus maju dan berjaya mengubah cara hidup mereka kepada yang lebih baik, terutamanya mereka yang tergolong dalam kelompok miskin tegar dan miskin, Pengurusan RISDA telah mengatur pelbagai jenis kursus yang bersesuaian. Antaranya ialah kursus kecemerlangan hidup dan juga kursus kesejahteraan keluarga. Kursus-kursus formal untuk pekebun kecil akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dengan tertubuhnya Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) , Kg Awah, Temerloh.

Semoga semua program yang telah dirancangkan oleh Pengurusan RISDA yang bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan merubah corak kehidupan pekebun kecil akan dapat dicapai. Kerjasama semua pihak, termasuk pekebun kecil amat penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program-program tersebut.

KANDUNGAN

Page 3: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Peristiwa

2 3

TIMBALAN PERDANA MENTERI SERAH DIVIDEN RTBB DAN TSK

Oleh: Sulaiman Chik

program ekonomi yang dijalankan oleh agensi kerajaan termasuk RISDA.

Beliau mengingatkan agar pekebun kecil tidak semata-mata berdiam diri menjadi taukeh setelah tanah-tanah mereka dimajukan oleh agensi kerajaan. Tuan tanah sepatutnya mengambil inisiatif untuk bekerja di ladang milik mereka dan menerima upah disamping menimba pengalaman.

Terdahulu YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, RISDA menggalakkan pembangunan tanam semula secara berkelompok kerana kaedah tersebut banyak memberi kebaikan. Antaranya menjimatkan kos pembangunan, mempercepatkan pemindahan dan penyerapan teknologi, memudahkan pekebun kecil mendapat khidmat nasihat, tunjuk ajar atau latihan daripada agensi kerajaan serta dapat menggunakan kawasan sekeliling secara optimum bagi meningkatkan pengeluaran, kualiti hasil dan pemasaran yang lebih teratur.

Pada tahun 2006 RISDA mengeluarkan dividen RTBB berjumlah RM55.1 juta kepada 16,080 peserta manakala dividen TSK berjumlah RM35 juta kepada 22,139 peserta di seluruh negara.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM 695,093 dan RM 1.5 juta telah diagihkan kepada 308 peserta RTBB dan 740 peserta TSK bagi Daerah Kuantan, Rompin dan Pekan.

RISDA telah mengadakan Majlis Penyampaian Dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam

Semula Komersial (TSK) Pekebun Kecil RISDA Peringkat Kebangsaan pada 14 Oktober 2006 yang lalu bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.

Dalam majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri telah menegaskan bahawa rakyat di luar bandar memperoleh pendapatan yang semakin bertambah baik melalui pelbagai

Page 4: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaPeristiwa

4 5

TUGAS ADALAHSUATU AMANAHOleh: Haji Fikri Ghani

Kerjasama dengan penoreh getah yang berselerak di seluruh negara perlu dieratkan bagi meningkatkan produktiviti untuk memastikan Malaysia kembali sebagai pengeluar getah nombor satu dunia seperti pada satu ketika dulu.

Pegawai Luar RISDA diminta memantau kemajuan tahap pengeluaran kumpulan sasar secara terperinci dan maklumat tersebut dijadikan asas bagi merangka kursus-kursus yang akan dijalankan di pusat latihan pekebun kecil yang akan ditubuhkan kelak.

Kumpulan sasar perlu dibimbing cara menguruskan ladang mengikut amalan pertanian yang baik dan PPR perlu konsisten dalam menjalankan tugas.

Menteri juga mencadangkan supaya pembelajaran untuk pekebun kecil diseragamkan dan dijalankan secara serentak di seluruh negara. Sebagai contoh kursus pembajaan getah matang diadakan pada musim daun luruh, serentak bagi setiap negeri.Beliau menambah,PPR perlu ada disiplin dan keyakinan diri yang tinggi supaya sentiasa dihormati oleh kumpulan sasar.Pendapatan serta produktiviti pekebun kecil menjadi pengukur terhadap keberkesanan tugas yang dijalankan oleh Pegawai Luar RISDA.

Pegawai Luar RISDA (PPR) merupakan barisan pasukan penggempur paling hadapan dalam kumpulan RISDA yang

sentiasa berinteraksi dengan pekebun kecil dan mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengubah nasib kumpulan sasar,” kata Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin,Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa berucap merasmikan Persidangan Pegawai Luar RISDA di Port Dickson pada 9 Oktober 2006 yang lalu.

”PPR juga perlu sentiasa berfikir dan bergabung tenaga untuk kebaikan kumpulan sasar dan harus bersifat belas dan kasih sayang serta tidak mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tugas,” tambah beliau lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKLW, Dato’ Zainal Abidin Osman serta 1389 orang PPR dari seluruh negara.Menteri menegaskan setiap tugas merupakan amanah Allah dan setiap amanah mesti dilaksanakan dengan sempurna. Justeru setiap PPR perlu berusaha bersungguh-sungguh membimbing dengan penuh kesabaran dalam membangunkan masyarakat pekebun kecil yang serba daif.“Kerajaan tidak mahu melihat pekebun kecil masih terus mengeluarkan hasil yang rendah.Adalah menjadi tugas semua PPR untuk membantu pekebun kecil bagi meningkatkan produktiviti mereka,”sambung beliau.

RISDA disarankan untuk menubuhkan semula pusat latihan pekebun kecil yang bertanggungjawab untuk melatih kumpulan sasar dari segi kemahiran, pengurusan ladang secara sistematik dan teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti mereka.

En. Ali Nordin Wahiduddin, Tim. Ketua Pengarah (Pembangunan) menyampaikan cenderamata kepada YB Dato’ Seri Abdul Aziz

Shamsuddin (Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah)

Salah seorang peserta memberi pendapat dan cadangan

Page 5: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaPeristiwa

4 5

MEMBANGUNKAN PEKEBUN KECIL DI SAMPING MENGUNTUNGKAN ANAK SYARIKATOleh: Hajah Robiyah Ismail

Menurut beliau lagi sudah sampai masanya kita mengkaji semula cara mendampingi pekebun kecil supaya lebih berkesan. Jika perlu ‘Re-engineering’ disamping memikirkan idea-idea luar biasa menjurus kepada tindakan cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat meningkatkan produktiviti pekebun kecil. RISDA dan KKLW perlu memikirkan aspek keuntungan yang boleh mendatangkan manfaat kepada pekebun kecil disamping memberi keuntungan kepada anak syarikat.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan (Ketua Pengarah RISDA), Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan & Pengurusan), Mantan Ketua Pengarah RISDA (Dato’ Hj. Baharuddin Awang dan Dato’ Hj. Abd. Rahman Ali), Pengarah-pengarah Bahagian, Pengurus-pengurus Besar anak syarikat, Pengarah-pengarah RISDA Negeri, pesara-pesara, pegawai dan kakitangan RISDA serta anak syarikat.

Sentiasa memikirkan aktiviti untuk membangunkan pekebun kecil disamping memberi pulangan yang baik kepada anak

syarikat adalah objektif utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sementara itu kerenah biokrasi hendaklah dikurangkan.“

Demikian antara intisari ucapan YBhg. Dato’ Hajah Jamaliah Kamis, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21 November 2006 di Dewan Gemalasari, Ibu Pejabat RISDA.

Ujar YBhg. Dato’ Hajah Jamaliah, “Setelah kita semua menyempurnakan ibadah puasa, penambahbaikan amalan bukan sahaja dilakukan sepanjang bulan Ramadhan tetapi perlu berterusan dan merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mengatur strategi agar program yang dijalankan memberi impak kepada kumpulan sasar. Perjumpaan hari ini dapat mengeratkan silatulrahim antara RISDA dan KKLW agar dapat mengembleng tenaga bekerjasama memakmurkan kehidupan pekebun kecil.”

YBhg. Dato’ Hajah Jamaliah Kamis, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KSU bersama Ketua Pengarah RISDA, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah dan Ahli Pihak Berkuasa RISDA

Page 6: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaAnugerah

6 7

Menyampaikan dividen kepada peserta RTBB Negeri Kelantan

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENGERUSI RISDA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI SENATOR

Majlis pelancaran ’Rain Buster’ di Negeri Terengganu

Majlis penyampaian zakat perniagaan Permodalan RISDA Bhd.

Oleh: Fauziah Mashood

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi RISDA, YB Senator Tan Sri Dato’ Muhammad bin Haji Muhammad Taib, yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 17 November 2006 yang lalu.

YB Senator Tan Sri Dato’ Muhammad Taib telah memulakan tugas sebagai Pengerusi RISDA pada 23 Mei 2006. Beliau juga merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai mantan Menteri Besar Selangor, diyakini beliau dapat memimpin dan melakukan yang terbaik kepada RISDA bagi menabur bakti khususnya kepada kumpulan sasar utama iaitu pekebun kecil. Melalui program yang diatur matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan untuk membasmi miskin tegar kepada kosong peratus dan miskin kepada 0.5% dapat dicapai.

Seluruh warga RISDA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan tersebut semoga YB Senator Tan Sri dapat menerajui dengan membawa RISDA ke arah kecemerlangan bagi mendokong hasrat kerajaan memartabatkan sektor pertanian. Insya-Allah.

Page 7: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaAnugerah

6 7

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PENGERUSI RISDA ATAS PELANTIKAN SEBAGAI SENATOR

YB Senator Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib, Pengerusi RISDA berkata Negara yang tiada kualiti akan mundur dan tertinggal. Begitu juga dengan tahap perkhidmatan kakitangan awam jika budaya kualiti tidak difahami dan dihayati negara akan gagal menghasilkan tahap perkhidmatan yang cemerlang sebagaimana yang diharapkan oleh masyarakat dan orang ramai. Justeru itu budaya kualiti perlu dijadikan cara untuk kita melaksanakan tugas harian, menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, tepat dan berkesan, proaktif dan sentiasa menyumbang idea-idea yang kreatif dan inovatif.

“Pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam antaranya Reinventing Government, Total Quality Management (TQM), Piagam Pelanggan, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Selain itu Program-program ICT seperti Kerajaan Elektronik untuk memudahkan dan mempercepatkan sesuatu urusan, juga menangani karenah birokrasi dan usaha penambahbaikan sistem penyampaian kepada orang ramai lebih telus dan cepat,” ujar beliau yang pernah menjadi Ketua Kerajaan Negeri Selangor.

“Penjawat awam juga perlu sentiasa mengejar pembaharuan. Biar pun sukar dicapai dan menghadapi berbagai masalah namun usaha ke arah itu perlu diteruskan tanpa mengira rintangan dan cabarannya. Untuk meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan yang lebih baik kerajaan telah memperkenalkan dasar dan program seperti Teras Perkhidmatan Awam, Etika Perkhidmatan

Awam, Konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai-nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak 12, Slogan Berkhidmat Untuk Negara, Kaunter Perkhidmatan dan Aduan, Hari Bertemu Pelanggan dan sebagainya,” tambah beliau lagi.

Tan Sri Muhammad yang baru dilantik sebagai Senator juga mengingatkan “Kualiti mencakupi segala aspek kehidupan.Bukan sahaja untuk RISDA tetapi juga kualiti diri sendiri, sebagai ibu bapa, kepada keluarga, anak-anak dan juga masyarakat. Ibu bapa yang berkualiti dapat membentuk anak-anak yang cemerlang dan institusi keluarga yang berkualiti demi negara yang berkualiti.“

Beliau menyeru seluruh warga RISDA agar melaksanakan tugas yang terbaik dan berkualiti khususnya kepada seluruh masyarakat pekebun kecil di negara ini agar sasaran dan objektif dapat dicapai terutama dalam usaha memastikan pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga sekaligus manghapuskan kemiskinan di kalangan mereka.

Beliau berucap ketika merasmikan Sambutan Hari Kualiti RISDA Negeri Selangor pada 15 Disember 2006 di Pejabat RISDA Negeri, Shah Alam. Seramai 62 orang kakitangan dan juga pekebun kecil menerima anugerah dalam pelbagai kategori. Turut hadir dalam majlis tersebut En. Ali Nordin Wahiduddin (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan), Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengurus-pengurus Besar Anak Syarikat.

‘JADIKAN BUDAYA KUALITI CARA KITA BEKERJA’ - Pengerusi RISDA

Oleh : Salamah Kosnin

Warga RISDA Selangor melafazkan ikrarSalah seorang penerima anugerah khidmat cemerlang

Page 8: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaPeristiwa

8 9

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2007Satu Pendekatan Pragmatik Untuk Membela Masyarakat Pekebun Kecil

Oleh : Haji Omar Paimin

YBhg Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA buat kali pertamanya

telah membentangkan Amanat Pengurusan RISDA Tahun 2007 pada 27 Disember 2006. Beliau mahukan pekebun kecil mendapat pembelaan yang sewajarnya selaras dengan Tema Amanat Pengurusan pada kali ini, iaitu Kembali Ke Asas atau “Back to Basic”.

Tema ini merupakan kesinambungan kepada Amanat Pengurusan tahun lalu

yang menekankan untuk memperkasakan pekebun kecil ke arah kemiskinan sifar.

Kira-kira 10 tahun yang lalu pekebun kecil seolah-olah kurang diberi perhatian oleh pihak RISDA. Program-program pembangunan masih dijalankan, namun tumpuan utama adalah ke arah RISDA untuk dikorporat atau diswastakan. Tempoh tersebut telah berlalu dan RISDA kekal sebagai agensi kerajaan. RISDA perlu kembali kepada tugas asal atau back to basic, dengan menumpukan kepada empat sektor utama, iaitu memberi tumpuan kepada pekebun kecil, tanaman getah sebagai tanaman yang berpotensi, fungsi RISDA untuk membantu pekebun kecil melalui program tanam semula dan program-program lain yang berkesan serta mempertingkatkan sistem penyampaian kepada pekebun kecil. Penekanan ini selaras dengan saranan Pengerusi RISDA yang sering menyebut ungkapan S Factor dalam usaha RISDA untuk membantu pekebun kecil

Tanaman getah mempunyai potensi untuk menjadi tanaman komersial yang menyumbang kepada ekonomi negara. 95% pengeluaran getah negara adalah daripada sektor pekebun kecil. Kerajaan telah menetapkan sasaran keluasan tanaman getah perlu dikekalkan tidak kurang daripada 800,000 hektar pada bila-bila masa dengan pengeluaran tidak kurang 1.10 juta metrik tan setahun. Perhatian perlu diberi kepada beberapa aspek utama. Program tanam semula perlu dirancang dengan lebih berkesan melalui pendekatan secara berkumpulan. Penglibatan pekebun kecil melalui jawatankuasa projek berkumpulan penting bagi memastikan peranan mereka masih releven dalam usaha untuk membangunkan kawasan menerusi program tanam semula. Peratus kebun yang gagal perlu dikurangkan. Beberapa insentif ke arah penubuhan projek berkumpulan seperti kemudahan prasarana, Bantuan Tanah Kosong, PPG, Pusat Timbang dan Stor serta Pusat Pengumpulan Hasil dan sebagainya telah disediakan.

Usaha meningkatkan produktiviti ladang perlu diberi perhatian yang wajar. Produktiviti getah boleh ditingkatkan dengan menambah bilangan pokok bertoreh, bilangan hari menoreh dan penghasilan daripada setiap pokok (gtt) bagi satu-satu

kawasan . Pada ketika ini purata hasil getah pekebun kecil ialah pada paras1,300 kilogram sehektar setahun. Hasil tersebut boleh ditingkatkan sehinga pada paras 1,800 hingga 2,000 kg/hek/tahun selaras dengan matlamat RISDA.

Program pemindahan teknologi perlu dipertingkatkan supaya pekebun kecil tidak ketinggalan dengan penemuan teknologi terkini. Mereka diberi peluang seluas-luasnya dalam mengamalkan sesuatu teknologi yang bersesuaian. Ketua Pengarah RISDA mahukan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran dengan menjadikan aktiviti tersebut salah satu core business KPK.

Pekebun kecil akan diberi latihan, tunjuk ajar dan didikan melalui kursus in-formal dan formal yang berterusan. Penubuhan Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) Kg. Awah akan memberi fokus untuk melatih pekebun kecil secara sistematik. Dengan kerjasama Kolej RISDA, pekebun kecil, peladang dan anak-anak mereka yang berminat untuk mewarisi kerja di ladang akan dilatih di IKPK ini.

Bagi memastikan penghasilan getah terus ditingkatkan, Pengurusan RISDA akan memperkenalkan ‘Impian 500’ kepada pekebun kecil yang akan menyertai program tanam semula mulai tahun 2007. Mereka akan dibekalkan dengan benih getah yang bermutu tidak kurang daripada 550 pokok sehektar dan memastikan jumlah pokok boleh ditoreh tidak kurang daripada 500 pokok. Pada ketika ini bilangan pokok yang boleh ditoreh bagi setiap hektar ialah purata 350 pokok sahaja.

Peranan anggota RISDA amat penting bagi memastikan kejayaan program yang dijalankan. Menyedari hakikat tersebut, pejabat RISDA stesen dan sub-stesen akan diwujudkan seberapa hampir dengan pekebun kecil di lapangan. Pembantu Pertanian RISDA (PPR) di lapangan telah ditambah daripada 673 orang kepada 989 orang. Mereka dikehendaki berhubung secara langsung dengan kumpulan sasar tidak kurang daripada lima kali setahun yang melibatkan 180,000 orang pekebun kecil pemilik pengusaha. Dengan cara ini sebarang masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil akan dapat diatasi dengan segera. Pada masa yang sama penglibatan Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) yang dilantik mulai tahun 2007 menjadi penghubung antara RISDA dengan pekebun kecil.

Dalam keghairahan Pengurusan RISDA untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil, kerjasama seluruh warga RISDA di semua peringkat, khususnya mereka yang bertugas di lapangan, amat penting dalam menentukan keberkesanan usaha-usaha tersebut. Komitment pekebun kecil juga amat dinanti-nantikan kerana program yang baik, tidak akan memberi makna jika tidak mendapat kerjasama daripada pekebun kecil. Ringkasnya,faktor penentu kejayaan sesuatu program juga bergantung kepada kerjasama yang baik antara pihak pemberi dengan pihak penerima.

Page 9: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PeristiwaPeristiwa

8 9

MAJLIS JALINAN MESRA Pekebun Kecil Negeri Terengganu Tahun 2006

Oleh: Sayed Dol Islam Syed Ali

Seramai lapan orang pekebun kecil program pemantauan dan sebuah projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) telah dipilih

menerima anugerah dan penghargaan daripada pengurusan RISDA Negeri Terengganu kerana berjaya menguruskan kebun getah matang mereka dengan jayanya. RISDA Terengganu telah mengadakan pertandingan untuk tiga kategori iaituTanam Semula Berkelompok Terbaik, Pencapain Hasil Tertinggi dan Penorehan Tertinggi.

Kategori TSB Terbaik telah dimenangi oleh TSB Denger Besut. Bagi kategori Pencapaian Hasil Tertinggi (ujuran hasil 2300 hingga 3200 kilogram sehektar setahun) dimenangi oleh En. Mohd. Zaid Muda dari Kg. Bukit Damar, Marang, En. Harun Mahmud (Kg. Tapah, Kuala Berang) En. Abd. Razak Yusof (Kg. Bintang, Setiu) dan En. Salleh Mat Din (Kg. Chabang, Kerteh Kemaman). Manakala empat orang lagi iaitu En. Wan Ismail dari Kg. Beris Baru Besut, En.Abdullah Ahmad (Kg. Durian, Mentangau, Dungun) En. Sahdin Ngah, (Kg. Durian Penjara, Marang) dan En. Mamat Mat Husin (Kg. Kuala Menjing, Kuala Berang) memenangi Kategori Penorehan Tertinggi (bilangan hari menoreh 130 hingga 171 hari setakat bulan September 2006).

Hadiah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA sempena Majlis Jalinan Mesra Pekebun Kecil RISDA Negeri Terengganu Tahun 2006 yang berlangsung di Dewan Teater Taman Budaya, Kuala Terengganu pada 23 November 2006 yang lalu. Pemenang kategori Hasil Tertinggi dan Penorehan Tertinggi menerima baucar input pertanian bernilai RM200 yang boleh dituntut daripada Koperasi Pekebun Kecil (KPK) yang terdekat. TSB Terbaik menerima wang tunai RM500 dan projek prasarana 2007 bernilai RM100,000.

Dalam ucapan perasmian Ketua Pengarah RISDA menyatakan, bulan Ogos tahun 2006 mencatatkan harga getah tertinggi iaitu RM8.86 berbanding pada hari ini menurun kepada RM5.62 sekilogram. Pekebun kecil menerima harga getah basah pada paras RM2.70 sekilogram dan ini masih boleh dianggap tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Ketua Pengarah RISDA turut menasihati pekebun kecil agar sentiasa ke kebun untuk menoreh bagi menjana pendapatan yang lebih baik. Berdasarkan bilangan hari menoreh yang dijalankan oleh pekebun kecil didapati masih ada ruang untuk meningkatkan pendapatan.

Menurut beliau lagi, pada tahun 2007 RISDA akan menempatkan lebih ramai Pegawai RISDA di pejabat stesen bagi menjalankan aktiviti tunjuk ajar dan khidmat nasihat untuk meningkatkan hasil dan pendapatan pekebun kecil. Jawatankuasa Interaktif RISDA – LGM telah menerima inovasi rain buster ciptaan kakitangan RISDA Terengganu bagi mengatasi masalah menoreh pada hari hujan untuk diguna pakai oleh pekebun kecil bagi meningkatkan bilangan hari menoreh.

Aktiviti lain yang turut diadakan sempena majlis tersebut ialah kursus pendek yang merangkumi ceramah motivasi, ceramah teknikal pengurusan kebun getah, pameran teknologi getah, jualan barangan NARSCO serta kuiz teknikal untuk pekebun kecil.

Diharap majlis ramah mesra seperti ini memberi banyak faedah dan manfaat kepada pekebun kecil. Disamping mendapat ilmu pekebun kecil juga dapat berkenalan dan beramah mesra dengan Ketua Pengarah RISDA seterusnya menimbul kesedaran untuk meningkatkan produktiviti getah di kalangan pekebun kecil yang hadir.

Pengerusi TSB Denger Besut menerima replika cek daripada Ketua Pengarah RISDA

YBhg. Dato’ Mohammad Izat beramah mesra dengan pekebun kecil Negeri Terengganu

Page 10: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

TeknologiPeristiwa

10 11

RISDA Negeri Melaka telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan tempat bagi Kursus Induksi Pemaju

Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK) yang melibatkan bakal PMPK dari Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kursus tersebut diadakan di Samudera Beach Resort, Tanjung Bidara, Melaka bermula dari 20 November hingga 23 November 2006. Seramai 109 bakal PMPK telah hadir.

PMPK merupakan golongan pekebun kecil yang progresif, dinamik dan boleh menjadi contoh kepada masyarakat. Mereka merupakan penghubung antara RISDA dan kumpulan sasar di lapangan iaitu pekebun kecil. Konsep PMPK pernah diwujudkan pada tahun 1975 dan dihentikan pada tahun 1986 disebabkan peruntukan yang tidak mencukupi.

Menyedari kepentingannya melalui RISDA kerajaan akan mengaktifkan semula PMPK mulai tahun 2007. PMPK dapat membantu menjayakan pelaksanaan program-program bawah RMKe-9 dan mengurangkan bilangan pekebun kecil kategori miskin tegar kepada 0% dan kelompok miskin kepada 0.5% pada penghujung tahun 2009.

Kandungan kursus menyentuh bentuk kepimpinan dan latihan bina insan yang memberi penekanan membentuk potensi dan meningkatkan jati diri. Tujuan kursus ini supaya PMPK menjadi pemimpin yang cemerlang dan berjaya membentuk pasukan kerja yang padu dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

Peserta kursus turut diberi maklumat mengenai program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh RISDA.

PMPK yang dilantik dikehendaki menjalankan tugas bagi merangsang perubahan dan pembaharuan di kalangan pekebun kecil. Mereka juga akan membantu RISDA dalam melaksanakan aktiviti pembangunan, pemindahan teknologi (TOT), latihan formal dan tidak formal serta aktiviti-aktiviti lain. Dengan komitmen yang tinggi PMPK dapat membantu pegawai-pegawai RISDA meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil seterusnya memupuk pemikiran serta ideologi yang stabil, cinta kepada negara dan tanah air.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

Dalam majlis tersebut beliau meminta bakal PMPK supaya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh RISDA dengan jujur dan dedikasi agar kemiskinan di kalangan pekebun kecil dapat diatasi seperti yang disarankan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain daripada Negeri Melaka, Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat telah mengadakan kursus yang sama di bandar-bandar lain bagi zon utara, selatan dan timur.

En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pembangunan)

Peserta Kursus Induksi PMPK kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

En. Ali Nordin Wahiduddin menyampaikan sijil tamat kursus kepada peserta

KURSUS INDUKSI PEMAJU MASYARAKAT PEKEBUN KECIL 2006

Oleh: Mohamad Noor Khalid

Page 11: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

TeknologiPeristiwa

10 11

BUDAYA 4½ TAHUNOleh: Azizah Mohamad

Sektor pekebun kecil meliputi 90% daripada kawasan getah dan menghasilkan

lebih daripada 94% pengeluaran getah negara. Keluasan negara menunjukkan pengurangan tetapi pengeluaran getah menunjukkan peningkatan seiring dengan kenaikan harga getah. Pekebun Kecil sewajarnya mengamalkan ‘Budaya 4½ Tahun‘ supaya pokok getah boleh ditoreh lebih awal.

B u d a y a 4 ½ t a h u n b e r m a k s u d menghadkan tempoh keremajaan pokok getah kepada 4½ tahun atau kurang melalui pengamalan teknologi secara pakej. Ini bagi mencapai purata kadar tumbesaran pokok 10 sentimeter setahun supaya lilitan batang mencapai 46 sentimeter dalam tempoh 4½ tahun selepas ditanam di ladang.

Dengan memendekkan tempoh keremajaan pokok getah pekebun kecil boleh mengurangkan kos pembangunan dan memperoleh hasil tempoh sesingkat yang boleh.

Melalui amalan pertanian yang baik, pekebun getah tidak perlu menunggu enam hingga tujuh tahun sehingga pokok getah boleh ditoreh. Tempoh keremajaan pokok getah boleh dipendekkan kepada 4½ tahun dengan mempraktikkan amalan agronomi yang tertentu.

• Penggunaan Klon Lateks Balak (LTC)

Dua Pusaran Daun Keras. Pemilihan benih perlu diberi perhatian dalam penanaman

getah bagi memastikan pengeluaran hasil lateks dan kayu yang tinggi. Klon lateks balak mempunyai pertumbuhan yang subur. Pemilihan klon hendaklah sesuai dengan keadaan kawasan yang hendak ditanam.

Bagi memastikan peratus kejayaan menanam di ladang yang tinggi benih tanaman dua pusaran daun keras adalah amat sesuai. Akar serabut yang aktif dapat meningkatkan penyerapan nutrien serta tumbesaran pokok.

• Menyulam

Peratus kejayaan pokok yang tinggi akan mengurangkan kos penyulaman. Kepadatan tanaman 450 hingga 500 pokok sehektar bertujuan menghasilkan bilangan pokok yang optimum bila sampai masa untuk menoreh. Kerja menyulam anak pokok sebaiknya dijalankan dalam tempoh satu tahun selepas menanam. Ini bagi memperoleh pertumbuhan pokok yang seragam.

• Kawalan Rumpai

Rumpai perlu dikawal supaya tidak menjejaskan pertumbuhan pokok. Rumpai memberi

saingan kepada tanaman getah untuk mendapatkan cahaya, nutrien, air dan kawasan pertumbuhan yang akan menjejaskan tumbesaran pokok getah. Pokok getah yang bantut akan lambat mencapai kematangan. Rumpai yang tidak dikawal turut menyukarkan kerja membaja, kawalan penyakit

dan menjadikan tempat perlindungan makhluk perosak.

• Pembajaan

Pokok getah memerlukan baja sebagai sumber makanan. Baja mengandungi nutrien yang

membolehkan pokok getah berfungsi dengan baik. Pembajaan yang cukup dan sempurna akan meningkatkan kandungan nutrien dalam tanah dan seterusnya dalam pokok getah. Keadaan ini akan mempercepatkan tumbesaran pokok seterusnya memendekkan tempoh keremajaan pokok dan membolehkan pokok ditoreh lebih awal. Pokok yang tumbuh subur akan mempercepatkan naungan dalam kebun getah dan seterusnya mengurangkan pertumbuhan rumpai. Ia juga akan mengurangkan serangan beberapa penyakit daun.

Kawasan yang hendak dibaja mestilah bebas daripada rumpai sebelum baja ditabur bagi mengelakkan persaingan penyerapan nutrien.

• Cantasan dan Galakan Dahan

Tujuan asas cantasan ialah untuk memperbaiki bentuk dan kestabilan jemala pokok. Ia juga bagi mengelakkan kerosakan angin disebabkan jemala yang berat. Cantasan dahan menjamin ketinggian batang yang cukup untuk ditoreh. Galakan dahan dilakukan apabila pokok tidak mengeluarkan dahan sehingga dua meter tinggi. Ia dilakukan bagi mempercepatkan pokok berdahan dan mendapat tajuk yang seimbang.

• Rawatan Penyakit

Rawatan penyakit perlu dijalankan dari semasa ke semasa supaya kepadatan tanaman dapat dikekalkan pada tahap optimum semasa membuka tapak torehan.

Kesemua pakej amalan agronomi yang disyorkan perlu dilaksanakan supaya matlamat memendekkan keremajaan pokok getah kepada 4½ tahun selepas ditanam di ladang dapat dicapai.

Page 12: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Pekebun kecil di Negeri Sembilan, telah menerima dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan dividen

Tanam Semula Komersial (TSK) mencecah RM 7.5 Juta menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Lebih daripada 850 pekebun kecil dari seluruh daerah di Negeri Sembilan telah menghadiri majlis penyampaian dividen tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohammad Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Hadir sama ialah Ketua Pengarah RISDA YBhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) En. Ali Nordin Wahiduddin, Pengarah RISDA Negeri En Kaab Alias, Ketua Polis Negeri, Pegawai Daerah Rembau dan Pegawai RISDA peringkat negeri dan daerah.

“Setiap tahun RISDA menyampaikan dividen kepada pekebun kecil, tahun ini adalah yang terbesar, setiap penerima mendapat dividen melebihi seribu ringgit”, demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika menyampaikan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan. Tambah beliau, pekebun kecil mendapat durian runtuh menjelang musim perayaan dan seterusnya memperingatkan supaya penerima dividen berbelanja secara berhemah dengan penuh kesyukuran. Nikmat yang diterima adalah atas kestabilan pemerintahan kerajaan yang ada.

Peristiwa

12 13

“Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha supaya rakyat miskin tegar melepasi kemiskinan melalui agensi kerajaan yang telah mengatur program mempertingkatkan pendapatan mereka secara terancang. Sama seperti RISDA, mengatur program penanaman semula yang membuahkan dividen tinggi seperti yang dinikmati oleh penerima dividen hari ini”, tambah beliau sebelum mengakhiri ucapan pada majlis tersebut.

Antara penerima dividen ialah Puan Normah Mohammad Zain yang menerima dividen berjumlah RM 2,412. Beliau amat berbangga dan gembira kerana ini merupakan tahun keempat beliau menerimanya dan turut berterima kasih kepada RISDA atas sumbangan dan keprihatinan kepada pekebun getah.

DURIAN RUNTUH MENJELANG HARI RAYA DAN DEEPAVALI

Oleh: Abd. Aziz Abd. Majid

Sebahagian daripada peserta yang hadir di Dewan Orang Ramai Rantau, Negeri Sembilan bagi menerima dividen RTBB dan TSK

Page 13: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Peristiwa

12 13

Bagi menyahut seruan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, RISDA Daerah Kubang Pasu telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Menabung Semasa Harga Getah Tinggi. Majlis tersebut telah diadakan pada 1 Ogos 2006 bertempat di Kampung Gelong, Jitra, Kedah. Kaunter Bank Pertanian dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kubang Pasu Bhd. (KPK) telah disediakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pekebun kecil.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan program dua dalam satu. Selain daripada membuka akaun bank dan menambah saham koperasi, gotong royong menanam benih getah turut diadakan.

Program yang diadakan melibatkan Pembantu Pertanian RISDA Daerah Kubang Pasu dan kakitangan perkeranian dari Pejabat RISDA Kedah Utara. Gotong royong dijalankan di kebun tanam semula seluas 3.1619 hektar milik Tn. Hj. Ghani Ahmad. Sebagai peserta tanam semula beliau amat menghargai dan berterima kasih kepada RISDA atas usaha murni yang dijalankan.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Pn. Khalidah Adibah Hj. Ayob, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, merangkap ADUN Bukit Kayu Hitam yang turut bermandikan peluh menanam anak pokok getah bersama masyarakat pekebun kecil dan anggota RISDA. Beliau mengucapkan tahniah kepada Pegawai RISDA Daerah Kubang Pasu yang berjaya menganjurkan progam sedemikian yang mendapat sambutan meriah daripada

masyarakat kampung berkenaan dan kampung berhampiran. Idea yang baik ini diharap dapat diteruskan kerana ia dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara RISDA dengan masyarakat pekebun kecil.Program ini turut disertai oleh Persatuan Perancang Keluarga Negeri Kedah dan Jabatan Polis Daerah Kubang Pasu. Ceramah amalan gaya hidup sihat, pemeriksaan kesihatan dan taklimat keselamatan turut diadakan.

Salah seorang pelawat cuba menoreh pokok getah

Gotong Royong dan Pelancaran Menabung Daerah Kubang Pasu

Oleh: Saarani Bakar

Bank Pertanian Cawangan Jitra dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kubang Pasu Bhd. membuka kaunter bagi membolehkan

pekebun kecil menambah saham mereka

Gotong royong menanam anak getah

Page 14: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

GDW Kampung Lak Lok, Machang Kelantan menduduki tempat ke-3 sempena pertandinghan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2006

Pengurus Besar Permodalan RISDA Bhd. (kanan) menerima Anugerah Anak Syarikat Terbaik sempena Hari Kualiti KKLW

YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin (berkemeja putih) bersalaman dengan peserta Persidangan Pegawai Luar RISDA di Port Dickson, Negeri Sembilan

Ketua Pengarah RISDA bertanyakan sesuatu kepada pemenang inovasi teknikal sempena Konvensyen KMK dan Inovasi RISDA 2006

Kunjung hormat Ketua Pengarah RISDA untuk meningkatkan kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia

Berita Bergambar

Page 15: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Muar Bhd (Kopmaju) memenangi hadiah bagi Kumpulan RISDA sempena sambutan Hari Koperasi Negara

Ketua Pengarah RISDA (dua dari kanan) melihat pelan kawasan Projek Agropolitan Lonjakan Mega di Ganda, Gerik Perak

Warga RISDA Ibu Pejabat bergotong royong memotong daging pada majlis korban anjuran Badan Agama Islam RISDA (BARIS)

Dato’ Jabar Nai, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) KKLW memukul gong bagi merasmikan Sukan Kebangsaan RISDA Ke-XIV yang

diadakan di Kuantan, Pahang

Dato’ Hjh Jamaliah Kamis KSU KKLW semasa sambutan Hari Kualiti RISDA

Berita Bergambar

Page 16: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

PROJEK LEMBU TENUSU TAMBAH

PENDAPATAN

Jejak jayaJejak jaya

Lembu tenusu sangat sinonim dengan kaum India. Telah menjadi kebiasaan mereka memilih susu lembu segar

sebagai minuman harian. Susu lembu segar amat berkhasiat dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

Di Negeri Pulau Pinang boleh dikatakan menternak lembu tenusu dimonopoli oleh kaum India. Menyedari susu lembu segar mempunyai potensi pemasaran yang luas En. Abdul Hamid Omar cuba berjinak-jinak dengan projek ternakan lembu tenusu. En. Abdul Hamid lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid dalam usia 64 tahun menunjukkan minat yang tinggi untuk menternak lembu tenusu.

Sebelum memulakan projek bagi mendapatkan pengetahuan cara menternak lembu yang betul Pak Hamid terlebih dahulu mengikuti kursus berkaitan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melihat kesungguhan yang beliau tunjukkan, atas tiket pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA, pada tahun 2004 beliau telah diluluskan Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) oleh RISDA Pulau Pinang.

Dengan bantuan awal yang diluluskan sebanyak RM20,000 beliau telah membina kandang, membeli lima ekor lembu betina (ibu) dan seekor pejantan. Kini Pak Hamid memiliki sebanyak tujuh ekor lembu betina, tiga ekor lembu jantan dewasa dan empat ekor anak lembu.

Kapasiti pengeluaran susu lembu ialah 10 liter sehari dan dijual dengan harga RM3.00 seliter. Dengan kapasiti tersebut Pak Hamid hanya dapat membekalkan susu segar ke sebuah restoran berhampiran rumah beliau. Melalui jualan susu segar Pak Hamid memperoleh RM900 sebulan.

Pasaran menunjukkan permintaan bagi susu lembu segar amat tinggi manakala bekalan yang ada sangat terhad dan sukar memenuhi permintaan tersebut. Melihat peluang yang terbuka luas En. Abd. Hamid berhasrat untuk mengembangkan projek ternakan lembu tenusu yang beliau ceburi sejak tahun 2004. Beliau menanam sendiri rumput untuk makanan ternakan peliharaannya atas tanah seluas empat ekar berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan. Lebihan rumput dijual kepada penternak berdekatan. Rumput dijual setelah diproses dengan harga 10 sen sekilogram. Pendapatan daripada jualan rumput anggaran RM300 sebulan.

Selain menternak lembu tenusu Pak Hamid mengusahakan sawah padi dan memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan. Beliau juga merupakan salah seorang peserta Mini Estet Sawit RISDA dan menerima RM600 sebulan daripada projek tersebut.

En. Abd. Hamid amat bersyukur dengan hasil yang diperoleh. Pada beliau usia bukannya penghalang untuk bekerja lebih gigih bagi menikmati keselesaan hidup pada masa depan.

En. Abdul Hamid Omar penternak lembu tenusu

Oleh: Nor Zabarol Zainol Idris

16 17

Page 17: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

“Tak Rugi Berbudi Kepada Tanah”Oleh: Barhanudin Hashim

En. Abd. Rahman Awang Saad, 56 tahun bukanlah seorang yang berada dan mampu hidup mewah pada zaman

mudanya. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan, kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang. Berkat kesabaran dalam menghadapi kesempitan hidup, beliau berusaha sedaya upaya untuk maju dan terus maju sehinggalah menjalani kehidupan sekarang yang mencecah pendapatan bersih bulanan melebihi RM10,000.

Bermula dari seorang pekebun kecil, beliau menguruskan tanah milik orang tuanya yang menyertai program tanam semula dengan RISDA. En. Abdul Rahman aktif mengikuti program yang dianjurkan oleh RISDA. Banyak kursus yang diikuti seperti kursus menternak ikan keli, tanaman kontan, integrasi tanaman dan kursus yang berkaitan dengan penanaman semula getah serta peningkatan pendapatan. Dengan latihan yang diterima, beliau bertekad untuk maju seperti pekebun-pekebun yang berjaya. Pengetahuan yang dipelajari diamalkan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan. “Tak rugi jika kita berbudi kepada tanah,” katanya.

En. Abd. Rahman menjadualkan kegiatan hariannya. “Tanpa ada jadual kita tidak akan berjaya. Jadual harian amat penting untuk merealisasikan impian untuk berjaya,” tambah beliau. Selesai menunaikan solat subuh, beliau memulakan rutin harian dengan menoreh getah serta menguruskan kebunnya. Waktu tengah hari ialah waktu untuk berehat dan petangnya dihabiskan untuk projek yang lain.

Berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada RISDA, beliau menggunakan sepenuhnya tanah yang ada. Projek tanam semula dipelbagaikan dengan tanaman kontan pisang,

nanas, dan pokok teja. Hasil daripada jualan getah dan kontan disimpan untuk dijadikan modal kepada projek yang lain. Dengan wang tersebut beliau membeli sebidang tanah seluas 0.8633 hektar, untuk mengusahakan ternakan ikan keli.

Beliau tidak berpuas hati dengan projek ternakan ikan keli kerana pendapatan daripada projek tersebut adalah bermusim. Sebagai pilihan En. Abdul Rahman menukarkan projek ternakan keli kepada pusat memancing yang ditambah dengan ikan tilapia dan ikan patin.

Selain daripada pusat memancing En. Abd. Rahman juga mengusahakn projek ternakan lembu. Bermula dengan seekor lembu melalui sistem pawah beliau kini memiliki lebih 100 ekor lembu dan kerbau. Disamping menjual lembu hidup beliau juga menjual daging lembu segar. Pada setiap Hari Raya Korban, kerbau dan lembu beliau menjadi pilihan dan beliau memperoleh pendapatan yang berganda. Purata pendapatan daripada hasil ternakan lembu dan kerbau sebanyak RM2,500 sebulan.

En. Abd. Rahman kini mempunyai empat bidang tanah getah matang seluas 14 relong di samping sepuluh relong tanah getah muda yang belum ditoreh dan masih dalam bantuan RISDA. Beliau dan isteri menoreh sendiri getah matang yang ada dan memperoleh pendapatan sekitar RM4,200 sebulan.

“Tak rugi jika kita berbudi kepada tanah,” itulah kata-kata hikmat disebalik kejayaan En. Abd. Rahman Awang Saad atau lebih mesra dengan panggilan Abang Pin. Kejayaan daripada hasil titik peluh sendiri merupakan kebanggaan dan bukannya kemegahan pada diri beliau.

En. Abdul Rahman Awang Saad di kebun getah dan kebun pisang milik beliau

Jejak jayaJejak jaya

16 17

Page 18: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

pasaran yang baik pada tahun 2004 RISDA Daerah Muar telah meluluskan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan sebanyak RM20,000. Peruntukan tersebut digunakan untuk mengubah suai bengkel bagi membolehkan perusahaan cakar ayam dijalankan dengan lebih selesa. Projek ini bawah seliaan Puan Faridah Sidek, Pembantu Pertanian RISDA Muar.

Secara kasarnya Puan Norimi boleh mengeluarkan anggaran 2000 keping kuih cakar ayam setiap hari. Kerja menyagat keledek dilakukan oleh suami beliau, En. Mohd. Anuar Ahmad manakala dua orang pembantu membuat kerja mencetak. Kuih cakar ayam boleh dihasilkan dalam berbagai bentuk. Selain daripada bentuk piring, Puan Norimi turut menerima tempahan bentuk sarang burung bagi dijadikan bekas telur untuk majlis perkahwinan.

Harga borong kuih cakar ayam ialah 15 sen sekeping, manakala bagi bekas telur dijual dengan harga 70 sen setiap satu. Puan

Norimi kini memasarkan cakar ayam kepada pemborong tetap selain menerima tempahan daripada individu. Kini pendapatan beliau melebihi RM2000 sebulan.

Selain menjalankan perusahaan makanan ringan yang memberi pulangan yang baik, beliau juga aktif dalam kemasyarakatan seperti ahli Koperasi Pekebun Kecil (KPK), Pengerusi Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan juga ahli Teman Usahawan Pekebun Kecil (TUPK). Beliau pernah menghadiri kursus Keusahawanan Negeri Johor, Reka bentuk Pembungkusan dan Udang-Undang Perlabelan dan Kualiti Makanan.

Beliau rasa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan dan khidmat nasihat daripada RISDA dan MARDI yang banyak membantu projek ini sehingga berjaya. Perancangan beliau pada masa hadapan ialah memperbesarkan projek dan memperluaskan pasaran yang sedia ada. Pesanan untuk makanan ringan cakar ayam boleh dibuat terus melalui talian 06-9812740.

Makanan ringan cakar ayam merupakan salah satu makanan yang popular di Negeri Johor, khususnya Daerah Muar. Ia

diperbuat daripada ubi kayu atau ubi keledek. Namun begitu pengeluarannya terhad dan berkurangan pada masa tertentu disebabkan kekurangan atau tiada bekalan bahan mentah. Pengusaha makanan ringan cakar ayam yang dimaksudkan ialah Puan Norimi Mohamad, berusia 49 tahun.

Memandangkan harga getah yang murah ketika itu dan keperluan untuk menambah pendapatan keluarga, beliau cuba membuat kuih cakar ayam. Melalui beberapa percubaan beliau akhirnya berjaya memperoleh resipi dan kaedah yang terbaik untuk membuat cakar ayam. Pada asalnya Puan Norimi membuat cakar ayam daripada ubi kayu. Setelah menghadapi masalah kekurangan bekalan ubi kayu, beliau memilih ubi keledek sebagai ganti. Menurut Puan Norimi, keledek yang paling sesuai dibuat kuih cakar ayam ialah keledek putih.

Berdasarkan kepada komitmen yang tinggi serta potensi

Pn. Norimi Mohamad, pengusaha makanan ringan cakar ayam Kuih cakar ayam bentuk sarang burung dijadikan bekas telur untuk majlis perkahwinan

“CAKAR AYAM” tambah pendapatan

Oleh: Anuar Sharif

Jejak jayaJejak jaya

18 19

Page 19: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Bidang diceburi bukannya bidang baru kerana di mana-mana sahaja dewasa ini kemunculannya tiada terbatas.

Walau apapun, prinsipnya mudah, setiap usaha, ikhlas seseorang hamba Allah itu pasti mendapat ganjaran daripada-Nya, yang penting usaha mesti berterusan.

Setelah beberapa tahun bekerja mengusahakan projek tanaman dan kali terakhir menjual kebab, timbul idea untuk menceburi bidang memproses dan membekal sos secara komersial.

En. Suhaimi Rosmal Abd. Malik, 30 tahun, merupakan anak muda yang cenderung mengikuti pelbagai kursus. Sebelum bergelar usahawan muda dan sebagai anak pekebun kecil, beliau berpeluang mengikuti banyak kursus tajaan RISDA anjuran agensi lain terutamanya MARDI. Antara kursus yang beliau pernah ikuti ialah Kursus Usahawan, Pembuatan Sos, Pembungkusan dan Perlabelan.

Sementara kursus yang disertai atas pembiayaan sendiri ialah Kursus Halal anjuran JAKIM, Pelan Tindakan Perniagaan dan Pemasaran anjuran pihak swasta.

En. Suhaimi Rosmal bukan sahaja mendapat sokongan moral daripada ibu bapa beliau malah dibantu dari segi kewangan. Ditambah wang simpanan dan bantuan daripada SIRIM, beliau memulakan perusahaan pemprosesan sos.

Sebagai usaha untuk melicinkan urusan perniagaan, Restu Wibawa Enterprise telah ditubuhkan dengan nombor pendaftaran 001405923-H beralamat di No. 50, Kampung Shafie, Pelangai, Bentong, Pahang.

Beliau mendapat khidmat nasihat sepenuhnya daripada MARDI sementara JAKIM dan SIRIM masing-masing mengeluarkan Sijil Halal dan kawalan mutu serta khidmat nasihat perlabelan.

Menggunakan jenama ‘Me‘, syarikatnya mengeluarkan produk sos cili, sos tomato dan cuka makan.

Beliau kini mempunyai lapan pemborong tetap dan 14 rangkaian peruncit. Bagi memudahkan penghantaran beliau kini memiliki sebuah lori tiga tan.

Secara purata, kapasiti pengeluaran sebulan ialah 5,000 botol. Sementara pendapatan bersih sekeluarga termasuk daripada hasil getah adalah sekitar RM3,700 hingga RM4,000 sebulan.

Beliau bercita-cita untuk mendirikan kilang yang lebih selesa dengan pengeluaran yang lebih produktif dan berhasrat mengambil pekerja tetap di kalangan belia kampungnya yang menganggur apabila berkemampuan nanti.

Walau apapun, En. Suhaimi bertanggungjawab menjaga nama baik syarikatnya dengan mengekalkan kualiti produk agar ‘Me’ sentiasa menjadi pilihan utama kepada pengguna.

Rezekinya Dalam Bidang

Pemprosesan dan Pembekalan

Oleh: Sulaiman Chik

Pengusaha, En. Suhaimi Rosmal Abd Malik dengan produk jenama ‘Me’ keluaran Restu Wibawa Enterprise

En. Suhaimi Rosmal Abd Malik di samping lori milik beliau

Jejak jayaJejak jaya

18 19

Page 20: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

KursusJejak jaya

20 21

‘Pertanian adalah suatu perniagaan.’ Slogan tersebut amat tepat sekali kerana kini bidang pertanian bukanlah setakat untuk memenuhi keperluan harian tetapi boleh dijadikan punca pendapatan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Hasil daripada produk pertanian ditambah dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Itulah kata-kata perangsang yang sering diungkapkan oleh Pegawai Luar RISDA Perlis yang kerap membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada pekebun kecil seliaan mereka untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Melalui aktiviti khidmat pengembangan yang dijalankan, RISDA Negeri Perlis telah berjaya melahirkan beberapa orang usahawan.

Salah seorang peserta yang dimaksudkan ialah Puan Siti Erpah Md.Isa, berusaha 51 tahun yang menetap di Kampong Kubang Siput, Kurong Anai, Perlis.

Puan Siti Erpah telah memulakan projek makanan ringan secara kecil-kecilan sejak tahun 1991. Antara produk yang dihasilkan ialah kerepek pisang masin dan pedas, kuih mee-hoon, kuih siput serta muruku.

Pada tahun 2003 beliau telah diluluskan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) berjumlah RM15,880. Dengan bantuan tersebut Puan Siti Erpah mampu membeli peralatan yang lebih canggih dan dapat merancakkan lagi pengeluaran projek makanan ringan yang diusahakan.

Sejak Ogos 2003 sehingga kini beliau telah mendapat pulangan sebanyak RM43,000. Beliau merupakan

seorang usahawan yang gigih dan berjaya melepasi sasaran RISDA iaitu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010.

Sepanjang tahun 2006 pendapatan daripada jualan makanan ringan mencecah RM19,700 manakala hasil daripada kebun getah seluas 0.5059 hektar sebanyak RM7800.

Pada kebiasaannya pengusaha-pengusaha makanan ringan memperoleh pendapatan berganda pada musim-musim perayaan, begitu juga dengan Puan Siti Erpah. Bagi Bulan Januari, Oktober dan Disember 2006 beliau mencatat pendapatan RM10,038 hasil jualan makanan ringan.

Puan Siti Erpah mengusahakan projek makanan ringan dengan bantuan suami dan anak-anak. Pada musim perayaan beliau mendapatkan tenaga tambahan daripada ahli-ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kampung Kubang Siput.

Bahan mentah seperti pisang dibeli daripada penduduk kampong. Kapasiti pengeluaran sebulan pada masa ini 720 bungkus kerepek pisang, 140 bungkus kuih meehon, 100 bungkus muruku dan 32 kilogram kuih siput. Pengeluaran sedia ditingkatkan sekiranya ada permintaan.

Usaha Gigih Punca KejayaanOleh : Azizan Salleh

Page 21: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Sebagai menyahut gesaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) supaya ahli isi rumah pekebun

kecil diberi peluang menimba pelbagai ilmu, RISDA Negeri Pahang telah membuka langkah dengan mengenal pasti ahli isi rumah pekebun kecil untuk diberi bimbingan dalam bidang kemahiran.

Melalui peruntukan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) seramai 12 orang ahli isi rumah pekebun kecil kategori miskin tegar telah diberi latihan kemahiran menerusi Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK),

Bidang kemahiran yang diberi tumpuan ialah Kejuruteraan Motosikal, Kejuruteran Sistem Komputer dan Jahitan Pakaian.

Daripada jumlah tersebut enam orang beliawanis mengikuti Kursus Jahitan Pakaian, tiga orang belia mengikuti Kursus Kejuruteraan Sistem Komputer dan tiga orang lagi Kursus Kejuruteraan Motosikal.

Kursus Jahitan dikendalikan oleh Syarikat Jay F Design, Kursus Kejuruteraan Sistem Komputer oleh Syarikat IQ Auest dan Kursus Kejuruteraan Motosikal oleh High Speed Power Motor. Ketiga-tiga tempat latihan terletak di Bandar Kuantan. Tempoh masa kursus selama sebulan bermula pada 5 September 2006. Sepanjang tempoh berkursus peserta diberikan wang saku sebanyak RM150 seorang dengan kemudahan makan minum serta tempat penginapan.

Berucap dalam Majlis Penyampaian Sijil Kehadiran Kursus, Tuan Haji Borhan Mohd. Kassim, Penolong Pengarah (Perancangan) mewakili Pengarah RISDA Negeri Pahang menyarankan agar peserta kursus tidak mudah berpuas hati setakat mendapat sijil. Mereka sebaliknya hendaklah berusaha memajukan diri dengan membuka perusahaan sendiri bermula secara kecil-kecilan.

Majlis telah diadakan di Hotel Megaview, Kuantan, Pahang pada 3 Oktober 2006 yang lalu. Dalam majlis tersebut, peserta kursus jahitan telah berkesempatan memakai pakaian hasil kerja tangan daripada kemahiran yang ditimba selama sebulan. Harapan RISDA agar peserta kursus menjadi contoh kepada belia-beliawanis tempatan untuk turut menceburi bidang keusahawanan yang sesuai bagi meningkatkan ekonomi keluarga mereka.

RISDA Pahang Beri Kemahiran Kepada Ahli Isi Rumah MISKIN TEGAR

Oleh: Sulaiman Chik

Peserta kursus tekun menyiapkan pakaian mengikut fesyen yang telah ditetapkan

Peserta kursus sanggup mengotorkan tangan bagi menimba kemahiran sepanjang tempoh kursus

Latihan secara ’hands on’ memahirkan peserta mengenai fungsi setiap komponen komputer

KursusJejak jaya

20 21

Page 22: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-

kurangnya RM2000 sebulan sekeluarga menjelang 2010 pengurusan RISDA telah mengatur beberapa strategi. Antaranya menetapkan penanda aras bagi mengukur prestasi projek-projek yang dilaksanakan oleh pekebun kecil. RISDA telah memperkenalkan Budaya 2½ tahun bagi tanaman sawit. ‘Budaya 2½ Tahun‘ mengetengahkan amalan agronomi dan teknologi yang perlu dijalankan bagi pokok sawit muda supaya boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 2½ tahun selepas ditanam di ladang. RISDA juga telah mensasarkan supaya penanam sawit mencapai produktiviti sekurang-kurangnya 20 metrik tan sehektar setahun.

Bagi memastikan kedua-dua matlamat tersebut boleh dicapai RISDA Daerah Manjung/Perak Tengah telah mengatur beberapa siri Kursus Teknologi Sawit Muda dan Matang sepanjang bulan Ogos dan September 2006. Kursus tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Program ini mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) disamping peserta menunjukkan kesungguhan yang amat mendalam sepanjang kursus berjalan.

Peserta kursus telah diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai penemuan baru dalam teknologi sawit. Teknologi dan amalan agronomi yang baik telah diberi penekanan supaya pokok sawit dapat mengeluarkan hasil buah dalam tempoh 2 ½ tahun selepas ditanam di ladang dan produktiviti sawit dapat mencapai 30 metrik tan sehektar setahun.

Pemilihan peserta kursus diberi keutamaan kepada peserta dalam program pemantauan 3:3:1:3. Setiap pegawai luar RISDA dikehendaki memantau secara terperinci sekurang-kurangnya tiga kebun getah muda, tiga kebun getah matang, satu projek integrasi dan tiga kebun sawit bagi setiap tahun mulai tahun 2003 hingga kini.

Selain daripada peserta 3:3:1:3 RISDA Daerah Manjung/Perak Tengah juga memberi peluang kepada pekebun kecil yang menanam semula dengan tanaman sawit untuk mengikuti kursus yang diatur. Kursus ini melibatkan pekebun kecil dari Stesen Air Tawar, Bruas, Parit, Bota dan Kampung Gajah.

Semoga dengan program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan RISDA dengan agensi-agensi lain disamping kebun sawit milik pekebun kecil dipantau dari segi amalan agronomi supaya dapat berhasil pada umur 2½ tahun dengan produktiviti 30 hingga 40 metrik tan sehektar setahun.

KURSUS TEKNOLOGI SAWITOleh: Taib Sharif

Pembantu Pertanian RISDA sentiasa menjadi pendamping yang berkesan kepada pekebun kecil diseluruh negara dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Peserta kursus Teknologi Sawit mengadakan lawatan ke kebun sawit yang berhampiran

Ceramah turut diadakan mengenai penemuan terbaru teknologi sawit

HomestayKursus

22 23

Page 23: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

HomestayKursus

22 23

Pada 21 September 2006, Homestay Kg. Bagan Baru Ijok telah menerima kunjungan seramai 31 orang mahasiswa Sarjana

Muda Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menginap di Homestay ini. Kesemua mahasiswa tersebut berkampung selama tiga hari dua malam bagi mengikuti Bengkel Keusahawanan Islam bermula dari 21 hingga 23 September 2006.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman melalui aktiviti lawatan dan ceramah sebagai persediaan kepada mereka yang akan menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Bengkel Keusahawanan Islam diadakan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Selama/Kerian Bhd.

Dalam ucapan perasmiannya, En. Zakaria Alang Zahari, Pegawai RISDA Daerah Larut Matang, Selama, Kerian, mengalu-alukan kedatangan mahasiswa UKM. Beliau berharap agar mahasiswa UKM yang tinggal bersama keluarga angkat sepanjang program tersebut dapat bertukar-tukar pendapat dengan pekebun kecil dan memberi idea bernas dalam membangunkan ekonomi mereka. Pelbagai program pembangunan pekebun kecil disediakan oleh RISDA untuk mencapai matlamat pekebun kecil memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010.

Sambil berbengkel mereka sempat menikmati pakej lawatan yang disediakan oleh Homestay Kg. Bagan Baru, Ijok. Lawatan telah diaturkan ke kawasan rekreasi, kawasan pertanian, projek ternakan udang galah, ternakan rusa dan tempat bersejarah

Penuntut UKM Berkampung di Homestay Kg. Bagan Baru, Selama, Perak

Oleh : Roslan Mohd. Noor

En. Zakaria Alang Zahari, Pegawai RISDA Daerah Larut Matang, Selama, Kerian, mengalu-alukan kedatangan mahasiswa UKM.

yang terdapat di persekitaran Kampung Bagan Baru, Ijok. Aktiviti Homestay Kg. Bagan Baru mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan Negeri Perak untuk mempromosikan kampung ini sebagai salah satu destinasi Tahun Melawat Malaysia 2007.

Majlis penutup Bengkel Keusahawanan Islam telah disempurnakan pada 23 September 2006 oleh En. Meor Mohd Zamnis Meor Hassan, Pengarah RISDA Negeri Perak. Beliau berharap pihak UKM akan dapat meneruskan program seperti ini di Kg. Bagan Baru, Ijok pada masa akan datang. Membudayakan masyarakat luar bandar dengan perniagaan dan keusahawanan boleh meningkatkan sosio ekonomi masyarakat dan negara.

Pelbagai perancangan dan pakej istimewa telah diatur oleh JKKK Bagan Baru Ijok untuk menarik pengunjung-pengunjung ke daerah ini. Program Pelancongan Desa telah menjadi tarikan disamping dapat menambahkan pendapatan kepada pekebun kecil.

Page 24: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

EkonomiEkonomi

24 25

Cita-cita dan impiannya untuk menceburi bidang keusahawanan telah lama dipupuk. Namun, yang menjadi

penghalang utama ialah modal dan pengalaman.

Pada sekitar akhir tahun 2002, impian beliau direalisasikan apabila projek untuk mendirikan chalet penginapan mula dibangunkan.

Berkongsi modal dan idea bersama tiga orang kawan, En. Yaakob Haji Mat Lia, 47 tahun, telah menggunakan sebahagian kawasan tanahnya dalam Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub, untuk mendirikan sebuah chalet dan sebuah dewan makan.

En. Yaakob adalah salah seorang peserta TSB Pamah Rawas yang bertugas sebagai Tukang Kebun di Sekolah Kebangsaan Ulu Dong. Beliau dan rakan kongsi telah memperuntukkan lebih kurang RM60,000 bagi membina dua buah bangunan asas.

Kerja-kerja pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 2005 dan wujudlah perniagaan berasaskan percutian eco-pelancongan di bawah nama Mas Pilu Chalet & Resorts.

Kelebihan dari segi lokasi dan persekitaran yang strategik, perusahaan ini menyediakan perkhidmatan berasaskan alam semula jadi dan suasana yang aman. Hutan, bukit dan sungai merupakan khazanah alam yang perlu dinikmati dan dipelihara oleh manusia dan Mas Pila Chalet & Resorts bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaiknya.

Sebagai permulaan, Mas Pilu Chalet & Resorts mempunyai tujuh bilik yang boleh menempatkan empat orang sebilik. Dewan di tingkat bawah dan sebuah ruang makan boleh memuatkan 60 orang pada satu masa. Mas Pilu Chalet & Resorts juga menyediakan tapak perkhemahan khusus bagi mereka yang ingin menikmati suasana sebenar alam semula jadi. Turut

disediakan, perkhidmatan pemandu atau guide bagi aktiviti kembara di hutan.

Semenjak memulakan perusahaan, beberapa buah sekolah menengah di sekitar Daerah Raub telah beberapa kali menggunakan perkhidmatan Mas Pilu Chalet & Resorts bagi menjalani kursus dan program semasa cuti sekolah.

Kadar bayaran yang dikenakan pada hari biasa ialah RM55 semalam bagi sebuah bilik manakala pada hari Sabtu dan Ahad sebanyak RM50 semalam. Dewan ceramah dikenakan bayaran RM180 bagi dua hari satu malam. Sementara bayaran tapak perkhemahan pula sebanyak RM5 bagi sebuah khemah seorang. Bagi mereka yang menggunakan khemah sendiri, bayaran sewa tapak khemah ialah RM2 seorang.

Kemudahan masakan kampung juga disediakan berdasarkan permintaan dan tempahan awal. Bayaran yang dikenakan ialah RM18 seorang bagi dua hari satu malam.

En. Yaakob berhasrat untuk mengembangkan perusahaan ini dengan menambah bilik penginapan di samping menyediakan sebuah kedai makan yang beroperasi 24 jam.

Berlandaskan pengurusan yang cekap, bayaran penginapan, sewa dewan, tapak perkhemahan dan aktiviti sampingan yang berpatutan dan memuaskan, perusahaan eco-pelancongan Mas Pilu & Resorts, akan terus mendapat sambutan dan akan berkembang maju Insya-Allah.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut En. Yaakob boleh dihubungi melalui alamat dan talian berikut:Mas Pilu Chalet & ResortPamah Rawas, Raub.En. Yaakob Mat Lia 013-9989258 / 019-2981478En. Firhad 019-3511417

PESERTA TSB USAHAKAN ECO-PELANCONGANOleh: Sulaiman Chik

Dewan makan Mas Pilu Chalet & Resorts boleh memuatkan 60 orang

En, Yaakob Hj. Mat Lia berdiri megah di depan bangunan Mas Pilu Chalet & Resorts

Page 25: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

EkonomiEkonomi

24 25

Aktiviti PWPK Berjaya keluarkan Keluarga Puan Maznah daripada miskin tegar

Oleh: Rakman Yusof

Penyakit asma yang dihidapi sejak melahirkan anak keenam telah membantutkan kerja keras Puan Maznah Mahmud

36 tahun sebagai penoreh getah di Kampung Cawas, Tanah Merah, Kelantan. Selama ini beliau telah menggunakan tulang empat keratnya membantu menambah pendapatan suami yang bekerja sebagai buruh kasar dan kerja kampung. Semua kerja yang dilakukan adalah untuk menyediakan keperluan asas bagi keluarganya. Untuk bermewah jauh sekali. Dengan pendapatan sebagai buruh kasar suaminya sebanyak RM250 sebulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak. Keluarga Puan Maznah termasuk dalam golongan miskin tegar.

Merintih dengan kemiskinan bukanlah sifat Puan Maznah. Selagi terdaya dia akan berusaha melakukan kerja yang mendatangkan sumber kewangan yang halal. Menyerah kalah dan menyalahkan takdir atas kesulitan dan kepayahan yang dialami jauh sekali. Ia ingin melihat anak-anaknya berjaya seperti anak orang lain walaupun serba kekurangan.

Sikapnya yang sentiasa bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi merebut setiap peluang yang ada menjadikan Puan Maznah seorang ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kg. Cawas yang paling gigih dan aktif dalam membekal dan membuat bunga daripada daun getah di PWPK berkenaan.

Semenjak menjadi ahli PWPK Kg. Cawas yang ditubuhkan pada tahun 2002, Puan Maznah telah melihat potensi yang ada untuk memajukan dirinya dengan menambah ilmu melalui aktiviti yang dijalankan di PWPK tersebut disamping menambah pendapatan untuk membantu keluarganya. Memasuki tahun kedua penglibatannya dalam PWPK, beliau telah memahirkan diri dengan memproses daun dan kemudiannya membuat bunga daripada daun getah. Kemahiran dan kepakaran yang diperoleh adalah atas bimbingan Pegawai RISDA Puan Hjh. Hamidah Hj. Hassan. Anak-anak Puan Maznah turut membantu dalam membuat kerja-kerja merendam, mencuci dan membuat komponen bunga pada waktu lapang mereka.

Melihat potensi, kegigihan dan komitmen yang tinggi yang ada pada Puan Maznah, pada tahun 2006, RISDA Tanah Merah telah meluluskan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM5,000 untuk membuat bangsal dan peralatan memproses daun getah. Ini menjimatkan masa beliau berulang alik ke bengkel yang terletak dua kilometer dari rumah beliau.

Pendapatan beliau daripada projek daun getah meningkat dari tahun ke tahun. Purata pendapatan bulanan pada tahun 2003 sekitar RM450 dan kini mencapai RM650 hingga RM1,200 sebulan.

Beliau berterima kasih kepada RISDA kerana penubuhan PWPK ini telah mengubah kehidupan serta telah berjaya mengeluarkan keluarga beliau daripada kelompok miskin tegar.

Puan Maznah Mahmud bersama kraf tangan daun getah yang dihasilkan

Puan Maznah bersama keluarga

Page 26: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

AgamaEkonomi

26 27

GETAH KEPING BERMUTUTambah Pendapatan

Oleh: Mohd. Hazriq Hj. Ahmad

Dalam menempuh era global getah asli di Malaysia merupakan antara sumber terpenting dunia bagi memenuhi keperluan

asas manusia dalam sektor perindustrian. Pengeluaran getah asli ini merupakan salah satu punca pendapatan utama bagi sesetengah pekebun kecil di Malaysia.

Di Daerah Kota Tinggi, Johor pengeluaran getah keping masih lagi dilaksanakan. Ianya masih aktif dilakukan di Kampung Johor Lama dan Kg. Guntong Nenas. Pada masa ini getah keping menjadi sumber pendapatan utama penduduk kampung tersebut.

Harga getah asli yang menggalakkan menjadikan kebanyakan pekebun kecil di sana lebih menumpukan kepada memproses getah keping berbanding getah lantun. Bagi mereka dengan memproses getah keping mereka memperoleh harga yang lebih menarik jika dibandingkan dengan getah lantun.

Mesin getah yang telah dibekalkan oleh RISDA kepada Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK) Kampung Johor Lama sejak tahun 1989 masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk mempergiatkan pengeluaran getah keping.

Pembelian getah keping dan getah lantun dilakukan oleh Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kota Tinggi/(KPK). Ketika ini

harga getah keping yang ditawarkan oleh KPK secara purata RM4 sekilogram manakala getah lantun antara RM2.15 hingga RM2.20 sekilogram tertakluk kepada kualiti dan kuantiti getah yang dihasilkan.

Pihak KPK membuat pembelian di kampung berkenaan setiap dua minggu dan kuantiti getah yang diperoleh sekitar 1½ tan setiap kali pembelian. Oleh kerana banyak kawasan getah tua telah ditebang untuk ditanam semula, ahli PPPK ini juga turut berkurangan. Pada masa ini hanya empat atau lima orang ahli sahaja yang menggunakan peralatan yang sedia ada.

Salah seorang peserta iaitu Puan Jemah Manal, 56 tahun, memaklumkan beliau telah 10 tahun mengambil upah menoreh di tiga lot tanah getah seluas lapan ekar bersama suaminya. Hasil yang diperoleh 60 bahagian diserahkan kepada penoreh dan 40 bahagian kepada tuan tanah.

Untuk tempoh dua minggu menoreh dengan mengamalkan sistem s/2/d/2 beliau memperoleh pendapatan sebanyak RM800. Harga getah yang menarik dapat meningkatkan pendapatan beliau sekeluarga. Semoga harga getah akan terus stabil agar penoreh getah dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Puan Jemah Manal memproses getah keping di Pusat

Pembangunan Pekebun Kecil Kampung Johor Lama

Page 27: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

AgamaEkonomi

26 27

Oleh: Dr. Abdul Ghafar Haji Don

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM

Salah satu daripada amalan soleh yang dituntut dalam Islam ialah ibadah korban. Dari segi takrifnya,korban bermaksud

menyembelih binatang tertentu, pada masa-masa tertentu semata-mata bertujuan menghampirkan diri kepada Allah. Berdasarkan takrif atau pengertian ini jelas menunjukkan bahawa korban adalah satu ibadah dan proses meningkatkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah dan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang begitu banyak dikurniakan Allah.

Perintah menyembelih binatang ternakan sebagai korban adalah sebahagian daripada syiar Allah. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran. “Dengan itu membesarkan syiar Allah dikira sebagai jalan mencapai ketaqwaan.” Dalam soal ini, Muhamad Ali Al-Sabuni dalam tafsir Ayat Ahkamnya menjelaskan bahwa Allah telah menganugerahkan kepada hamba-Nya berupa binatang ternakan (binatang korban) sebagai korban. Ia merupakan syiar Allah dan lambang keagamaan serta ketaatan kepada Allah. Menyembelih binatang ternakan sebagai korban adalah satu kebaikan yang besar dan mendapat pahala yang banyak di akhirat nanti.

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith telah menyebutkan tentang keperluan melaksanakan korban dengan tujuan untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t. “Aku diperintahkan berkorban, sedangkan ia adalah sunat bagi kamu.”

Hadith Nabi ini menggambarkan ibadat korban adalah wajib terhadap baginda tetapi ia menjadi sunat bagi umatnya. Bagaimanapun pengertian sunat bukan bermaksud tidak penting. Malah ibadah korban ini adalah satu sunah Nabi yang sangat digalak dan dituntut dalam meninggikan syiar Islam.

Korban yang kita laksanakan pada hari ini mengambil sempena peristiwa bersejarah iaitu pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Peristiwa yang dirakamkan tersebut bukan cerita biasa, malah ia mengandungi pengajaran dan falsafah yang cukup bermakna kepada umat Islam. Ia menjelaskan tentang kualiti ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s. Pengorbanan jiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anak kesayangan jelas membayangkan tahap ketaqwaan yang tinggi dalam menjunjung segala titah perintah Allah yang mengatasi kepentingan diri sendiri.

Dalam hal ini, kita digesa mencontohi semangat pengorbanan tersebut dalam merealisasikan ketaqwaan dan ibadah terhadap Allah secara total. Segala keupayaan yang ada, masa, tenaga, fikiran, wang ringgit, malah jiwa hendaklah digemblengkan demi membangunkan agama, diri, masyarakat dan negara. Kesediaan kita mengorbankan segala keupayaan dalam membangunkan Islam dan masyarakat pasti akan mendapat pertolongan Allah. Ini telah dijamin Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 40 yang bermaksud: “Allah akan menolong orang-orang yang menolong-Nya.”

Ibadah korban hendaklah dilaksanakan secara sempurna dengan memberikan yang terbaik bagi mencapai kesempurnaan dalam korban yang dilakukan.Firman Allah yang bermaksud:“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak akan mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang akan mencapainya”. Demikianlah Allah telah memudahkannya bagi kamu supaya mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Hajj)

Berdasarkan ayat tersebut jelas bahawa penyembelihan binatang ternakan tertentu sebagai korban bukanlah tujuan utama pensyariatan korban tetapi pensyariatan korban sebenarnya tersirat di sebalik hikmah dan falsafah korban iaitu memenuhi objektif ketaqwaan kepada Allah.

Sehubungan dengan itu, umat Islam hendaklah memupuk sifat-sifat suka berkorban dalam jiwa mereka. Sifat cintakan korban akan menumbuhkan nilai-nilai positif dalam jiwa umat Islam seperti pemurah, kasih sayang, kerjasama, dan taat kepada perintah Allah. Pada masa yang sama dapat mengikis sifat-sifat negatif seperti kedekut dan sayangkan harta. Mudah-mudahan iabadat korban yang kita laksanakan pada tahun ini meningkatkan ketaqwaan kepada Allah disamping merupakan kebajikan terhadap sesama Muslim terutamanya fakir miskin.

KorbanMeningkatkan

Taqwa

Page 28: Langkah Berterusan Perkasakan Kampung Lebih Gemilang …...tetapi juga penglibatan dalam industri kecil. Melalui program homestay yang diminati pelancong asing, ianya mampu menjana

Ladang Berkembang Penoreh Menyumbang

Subur tanam cambah limpahAlir setianya anugerah ibadahBermula akar meratah bumiPucuk melonjak tinggiLebat daun payung negeriTegak rendang hias taman alam

Sepohon getah panjang jasaKandung susu seluruh anggotaBatang, dahan, akar bersilaPantang sentuh terguris lukaMeleleh susu bagai titis air mata

Luas ladang tersayup pandangKebun kecil tua bersilangTiada susu mengalir lurahTurun mudah ke cawan tadahTanpa penoreh berpeluh tumpahBerpenat lelah berkuli pawahJangan dihina pandang rendah

Pada dunia menanti tawar beliBahan keluaran sejatiBermutu tinggi tahan ujiBerasaskan getah asliAdalah sumbangan termahalDaripada penoreh bergelar kuliJasanya perlu disanjung semua agensi

Nukilan: Shaari A.B (HJ. Shaari Hj. Awang Besar BKM)Kupang, Baling, Kedah14 November 2006