langkah 1 aktiviti 2

5
Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi lemah menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang- binatang di hutan tersebut, mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi.Kata kambing kepada rakan-rakannya.

Upload: mopilinenjin2010

Post on 20-Jul-2015

718 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hatidengan kedatangan singa di tempat mereka.Singa mengaku dirinya raja walaupun sebenarnyadia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas.Binatang-binatang yang lemah sering menjadilemah menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut, mencari jalan untukmenghapuskan singa itu.

“Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu. Sayaakan merayu kepadanya agar tidak menangkaphaiwan di hutan ini lagi.” Kata kambing kepadarakan-rakannya.

Semasa pertemuan dengan kambing, singa ituberkata dengan angkuh. “Kalau kamu tidakmahu akau menangkap binatang di hutan inilagi. Kamu hendaklah mempersembahkanmakanan kepada aku setiap hari.” Terdiamsemua binatang apabila kehendak singa itudisampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu.Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah.

“Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu.Ada hati dia mau makan kita. Kita mestimembunuhnya sebelum kita menjadi mangsaseterusnya.

“Tapi bagaimana, kijang?” sampuk arnab yang

hanya berdiam diri sejak tadi. “Kita masih ada

jalan. Biar saya menjadi mangsanya yangpertama”. Kata monyet dengan berapi-api.

Esoknya , monyet pergi menyerah diri kepada

singa itu.

“ Mengapa lambat ha? Engkau tahu tak, aku

lapar? Herdik singa.

“ Ma…..ma ….maafkan patik tuanku, semasadalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap

oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,”

sembah monyet pura-pura ketakutan.

“ Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singadengan bengis. Panas hati singa mendengarpenjelasan monyet.

Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, “Itu dia singa yang mengaku dirinyaraja, tuanku,” monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpamembuang masa, singa pun terjun ke dalamperigi tersebut untuk membunuh Sang Singayang dilihatnya itu. Monyet riang keranarancangannya berjaya.

Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan

tersebut hidup dengan aman dan bahagia.