lampiran 2 teks pengacaraan majlis sambutan penutupan bulan kemerdekaan peringkat institut pendid

7
Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia, Pengarah IPRM, Timbalan Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pensyarah-pensyarah IPRM, diiringi kumpulan kompang IPRM. Hadirin dipohon berdiri. (Perarakan masuk) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Daun pelepah daun kelapa, Kelapa tua kelapa matang, Awal bismillah pembuka bicara, Pemanis kata selamat datang. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih junjung dibuat hantaran, Hadirin hadiat selamat datang, Majlis penutupan bulan kemerdekaan. Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM, Yang Berusaha, En. Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-pensyarah, Staf-staf sokongan, Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Upload: sallezad-salleh

Post on 28-Jul-2015

3.201 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendid

Lampiran 2

Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar

Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia, Pengarah IPRM, Timbalan Pengarah IPRM, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua unit, Pensyarah-pensyarah IPRM, diiringi kumpulan kompang IPRM.

Hadirin dipohon berdiri.

(Perarakan masuk)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daun pelepah daun kelapa,Kelapa tua kelapa matang,Awal bismillah pembuka bicara,Pemanis kata selamat datang.

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih junjung dibuat hantaran,Hadirin hadiat selamat datang,Majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Yang Berbahagia,Pn. Hajah Asmah binti Yahya,Pengarah IPRM,Yang Berusaha,En. Tan Ying Kee,Timbalan Pengarah IPRM,Ketua-ketua Jabatan,Ketua-ketua Unit,Pensyarah-pensyarah,Staf-staf sokongan,Serta rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, dapat kita berkumpul di balai kerapatan yang serba indah ini dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan, Peringkat IPRM bagi tahun 2008. Untuk makluman hadirin hadirat, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat IPRM telah bermula dan dirasmikan pada 15hb Ogos 2008 yang lalu.

Dari Kedah puspa ku mohon,Puspa dipilis buat azimat,Tangan ditadah doa dipohon,

Page 2: Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendid

Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Shairozi bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil ustaz Shairozi bin Hashim atas bacaan doa tadi, majlis kta akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Majlis hari ini dimulakan dengan Persembahan Deklamasi Sajak yang akan disampaikan oleh pemenang Pertandingan Mendeklamasikan Sajak kategori Melayu anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPRm, saudara Mohd Ridzuan bin Husni dengan sajak yang bertajuk “Ayahku seorang penjual roti”. Marilah sama-sama kita menghayati bait-bait puisi yang akan disampaikan oleh beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohd Ridzuan bin Husni, pelajar PISMP-IPGM PJ semester 4 atas persembahan deklamasi sajak itu tadi. Untuk makluman, persembahan tadi telah diiringi petikan gitar oleh saudara Azwan bin Ismail, juga pelajar unit PISMP-IPGM PJ semester 4.

Kita teruskan persembahan pada pagi ini dengan mempersilakan pelajar QUT Sains 1 dan 2 dengan persembahan lagu bertajuk “Let there be peace”. Sama-samalah kita saksikan.( Persembahan Nyanyian)

Terima kasih diucapkan kepada pelajar PISMP-QUT Sains 1 dan 2 atas persembahan mereka yang bertajuk ”Let there be peace” sebentar tadi.

Meneruskan persembahan pada pagi ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohd Saifullah bin Mohd Jendeh dan Saudari Aini Sharina binti Esa diiringi kumpulan muzik yang terdiri daripada pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 dengan persembahan nyanyian lagu patriotic yang bertajuk “Pahlawanku” dan “Pewiraku”. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Persembahan Nyanyian Berkumpulan)

Page 3: Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendid

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2 dan pelajar KPLSPM PSV semester 3 atas persembahan bagi memeriahkan majlis pada pagi ini.

Seterusnya marilah kita hayati pula sebuah lagi persembahan pendeklamasian sajak yang akan disampaikan oleh Pemenang Deklamasi Sajak Kategori Bukan Melayu, Saudara Thamaraj a/l Subramaniam dengan sajak yang bertajuk “Srikandi Merdeka” . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( Persembahan Sajak Bukan Melayu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Saudara Thamaraj a/l Subramaniam unit KPLSPM MT/BT semester 3 atas persembahan beliau sebentar tadi yang telah diiringi petikan gitar oleh saudara Mohd Hanafi bin Khalid, pelajar PISMP-IPGM Prasekolah semester 2.

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu patriotik yang akan disampaikan oleh pensyarah yang terdiri daripada En Azlan bin Harun, En Samsudin bin Ahmad, En Wan Mahamad Saad bin Wan Chik, En Rohaizad bin Ismail dan En Samuel Yesuiah. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

( Persembahan Nyanyian Pensyarah)

Begitulah lunak dan merdunya suara dari pensyarah-pensyarah IPRM yang sememangnya mempunyai bakat terpendam dengan menyanyikan medley dua buah lagu yang bertajuk “ Sejahtera Malaysia” dan “ Malaysia Tanah Airku” Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menyerikan lagi majlis pada pagi ini.

Seterusnya, hadirin dan hadirat dipohon berdiri dan sama-sama kita nyanyikan empat buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat. Dimulakan dengan lagu tema sambutan kemerdekaan ke-51, “Perpaduan Teras Kejayaan”, “Malaysiaku Gemilang” seterusnya “Jalur Gemilang” dan diakhiri dengan lagu “Keranamu Malaysia”

(Nyanyian Lagu Patriotik)

Hadirin dipohon duduk, terima kasih diucapkan kerana sudi menyanyikan lagu-lagu patriotik sebentar tadi dengan penuh semangat . tidak lengkaplah majlis penutupan kita pada hari ini tanpa ucapan perasmian penutup dari yang berbahagia, Pengarah IPRM.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan

Page 4: Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendid

seterusnya merasmikan majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi tahun 2008. dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM untuk menyampaikan ucapan yang seterusnya merasmikan majlis penutpan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Pemyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil kepada peserta-perseta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan sambutan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang Berusaha Dr. Hj Nizam bin Abd Latib, ketua jabatan Teknologi Makluamt untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha , En Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRm naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Ucapan Pengarah)

Terima kasih duicapkan kepada Yang Berbahagia, Pn Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian memberikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan Peringkat IPRM bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah, Cenderamata dan Sijil kepada perserta-peserta yang telah melibatkan diri secara langsung dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat IPRM dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Dr Haji Nizam bin Abdul Latib, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha, En Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRM naik ke atas pentas untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 1)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Tan Ying Kee, Timbalan Pengarah IPRM atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM diiringi oleh Yang Berusaha ,Pn. Chandrika K.V Nair, Ketua Jabatan Bahasa untuk meneruskan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

( Penyampaian Hadiah 2)

Page 5: Lampiran 2 Teks Pengacaraan Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendid

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Pn. Hajah Asmah binti Yahya, Pengarah IPRM di atas kesudian beliau menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tibalah kita ke kemuncak Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan IPRM 2008. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri dan bersama kita nyanyikan lagu IPRM, lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu Negaraku dengan iringan muzik.

( Nyanyian 3 Buah Lagu)

Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar itu tadi.

Lebah bukan sebarang lebah,Lebah bersarang di rumpun buluh,Bukan sembah sebarang sembah,Sembah menyusun jari sepuluh.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam peti,Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga IPRM yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM pada hari ini. Biarlah sambutan sahaj yang berakhir di sini tapi kita terus tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri kita sendiri, sepanjang masa, di mana jua hingga ke akhir hayat. Biar sehingga titisan darah terakhir, kemerdekaan tanah air ini perlu dikekalkan, jangan biar ia tergadai.

Untuk itu saya, Hamizi bin MahpopDan saya , Nurul Syahiza binti Mohd Salleh Mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis Penutup sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat IPRM memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perjalanan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak sengaja. Sekian.