lampiran 1 2012

3
1 LAMPIRAN 1 PERATURAN BARU PENDAFTARAN SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING 1) Peraturan Baru Pendaftaran Syarikat PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU a) Had 30 Kod Bidang Tidak menghadkan jumlah kod bidang kepada mana-mana syarikat. Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu syarikat. Bagi mana-mana syarikat yang mempunyai bidang yang melebihi dari 30, bidang-bidang tersebut akan kekal sementara apabila kod bidang baru dikuatkuasakan. Lebihan bidang akan hanya disekat apabila syarikat memohon permohonan pembaharuan. b) Kategori Bidang Pendaftaran Tiada Senarai kategori bidang diperincikan seperti berikut: - - Kod bidang yang dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman. - Bidang Khas bertaraf Bumiputera 51%. - Bidang Khas berstatus Bumiputera 100%. - Bidang Khas Bengkel/Limbungan Lesen yang diperlukan bagi maksud Pendaftaran kontraktor di MOF. c) Permohonan Taraf Bumiputera Permohonan taraf Bumiputera dibenarkan dipohon bersekali dengan pendaftaran baru/pembaharuan. Permohonan taraf Bumiputera tidak dibenarkan dipohon bersekali dengan pendaftaran baru/pembaharuan. 2) Peraturan Baru Pendaftaran Firma Perunding PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU a) Had 30 Kod Bidang Tidak menghadkan jumlah kod bidang kepada mana-mana firma perunding. Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu firma perunding. Bagi mana-mana firma perunding yang mempunyai bidang yang melebihi dari 30, bidang-bidang tersebut akan kekal sementara apabila kod bidang baru dikuatkuasakan. Lebihan bidang akan hanya disekat apabila firma perunding memohon permohonan pembaharuan. b) Firma hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar seperti berikut:- Firma Perseorangan - RM10,000 dan ke atas Firma hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar seperti berikut:- Firma Perseorangan - Minimum RM50,000.

Upload: safwanpbs

Post on 27-Jul-2015

87 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lampiran 1 2012

1

LAMPIRAN 1 PERATURAN BARU PENDAFTARAN SYARIKAT DAN FIRMA PERUNDING

1) Peraturan Baru Pendaftaran Syarikat

PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU

a) Had 30 Kod Bidang

Tidak menghadkan jumlah kod bidang kepada mana-mana syarikat.

Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu syarikat.

Bagi mana-mana syarikat yang mempunyai bidang yang melebihi dari 30, bidang-bidang tersebut akan kekal sementara apabila kod bidang baru dikuatkuasakan. Lebihan bidang akan hanya disekat apabila syarikat memohon permohonan pembaharuan.

b) Kategori Bidang Pendaftaran

Tiada Senarai kategori bidang diperincikan seperti berikut: - - Kod bidang yang dibenarkan beroperasi dari

rumah kediaman. - Bidang Khas bertaraf Bumiputera 51%. - Bidang Khas berstatus Bumiputera 100%. - Bidang Khas Bengkel/Limbungan Lesen yang diperlukan bagi maksud

Pendaftaran kontraktor di MOF.

c) Permohonan Taraf Bumiputera

Permohonan taraf Bumiputera dibenarkan dipohon bersekali dengan pendaftaran baru/pembaharuan.

Permohonan taraf Bumiputera tidak dibenarkan dipohon bersekali dengan pendaftaran baru/pembaharuan.

2) Peraturan Baru Pendaftaran Firma Perunding

PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU

a) Had 30 Kod Bidang

Tidak menghadkan jumlah kod bidang kepada mana-mana firma perunding.

Menghadkan kepada 30 bidang sahaja bagi satu firma perunding.

Bagi mana-mana firma perunding yang mempunyai bidang yang melebihi dari 30, bidang-bidang tersebut akan kekal sementara apabila kod bidang baru dikuatkuasakan. Lebihan bidang akan hanya disekat apabila firma perunding memohon permohonan pembaharuan.

b) Firma hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar seperti berikut:-

Firma Perseorangan

- RM10,000 dan ke atas

Firma hendaklah mempunyai modal terkumpul/berbayar seperti berikut:-

Firma Perseorangan

- Minimum RM50,000.

Page 2: Lampiran 1 2012

2

PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU

Firma Perkongsian - RM20,000 dan ke atas

Firma Sdn. Bhd. - RM20,000 dan ke atas

Pengurusan Projek - RM100,000 dan ke atas

Pengurusan Kajian Alam Sekitar - RM100,000 dan ke atas

Firma Perkongsian - Minimum RM50,000.

Firma Sdn. Bhd. - Minimum RM50,000.

Tidak terpakai kerana bidang ini telah dihapuskan.

Pengurusan Kajian Alam Sekitar - Minimum RM50,000.

Tiada Firma Tempatan Firma hendaklah diperbadankan di Malaysia yang dimiliki oleh warganegara Malaysia dengan pemilikan saham melebihi 51 %.

Firma Asing Firma hendaklah diperbadankan di Malaysia di bawah SSM (ROC sahaja) dengan pemilikan saham asing melebihi 50%.

Cawangan Firma Asing* Firma asing yang tidak diperbadankan di Malaysia perlu menubuhkan cawangan di Malaysia dan cawangan tersebut perlu berdaftar dengan SSM mengikut Akta Syarikat 1965 (Akta 125).

Firma tidak dibenarkan berdaftar dalam bidang flzikal dan bukan fizikal bersekali kecuali bidang penilaian harta.

Bagi Firma perunding pemilikan secara korporat / nomini, kod bidang / pendaftaran boleh dibatalkan jika pengarah yang dinamakan bagi mendapat kod bidang berkenaan telah berhenti daripada Firma perunding.

Syarat-syarat tambahan Perunding ICT.

3) Syarat-syarat Tambahan Pendaftaran Syarikat Bagi Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan

Termasuk Perkhidmatan Perunding

PANDUAN PENDAFTARAN LAMA PANDUAN PENDAFTARAN BARU

Tiada.

Pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja status permohonan tertera "Menunggu Pembayaran". Jika pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, permohonan pendaftaran terbatal secara atas talian.

Permohonan Tambah Bidang adalah permohonan untuk menambah bidang bagi syarikat yang telah berdaftar dan masih sah laku. Tambahan Kod bidang tidak akan dipertimbangkan jika dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran semasa.

Syarikat yang telah didaftarkan bertanggungjawab untuk mengemasklni maklumat secara atas talian sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam tempoh 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku. Seklranya gagal, MOF boleh membatalkan pendaftaran atau mengambil lain-lain tindakan seperti di SPP 6/2010.

Page 3: Lampiran 1 2012

3

MOF akan membatalkan pendaftaran dan mengeluarkan secara automatik maklumat syarikat dari sistem ePerolehan sekiranya syarikat tidak membuat pembaharuan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tamat pendaftaran.

Premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi menggunakan alamat pejabat maya (On-Line), Peti Pos (P.O.Box), mailing box office services dan lain-lain premis di mana kesahihan dan keupayaan syarikat sukar ditentukan.