lamp iran

4
Model Disiplin Asertif Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid adalah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, guru perlu menyediakan satu set peraturan di dalam bilik darjah dan murid-murid perlu mematuhi peraturan tersebut. Peraturan dikuatkuasakan dalam bilik darjah adalah untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar. Guru sentiasa memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan tegas terutamanya bagi murid yang terlibat dalam masalah membuli dan memberikan peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini. Model ini menyerupai model Skinner, cuma model Canter lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Canter juga menjelaskan bahawa murid-murid akan bangga dan berusaha untuk bertingkah laku baik apabila guru memberikan pengiktirafan dalam bentuk ganjaran seperti galakkan, penghargaan dan sebagainya. Pemberian pujian di depan semua murid dalam kelas dapat meningkatkan konsep kendiri dalam diri murid, manakala bagi murid-murid yang lain pula, mereka akan berusaha untuk mengekalkan sikap baiknya. Arahan guru semasa dalam bilik darjah perlulah jelas, ringkas dan mudah difahami supaya murid-murid memahami apa yang sepatutnya mereka lakukan. Biasanya, guru akan menggunakan gaya percakapan dengan sopan, tegas dan jelas terhadap murid-muridnya. Selain itu, hierarki disiplin dibentuk untuk melaksanakan tindakan pembetulan mengikut kekerapan salah laku ditunjukkan. Setiap hierarki disertakan dengan tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh guru. Hierarki ini perlu konsisten dan adil untuk semua murid yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Upload: kang13

Post on 22-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu 3043

TRANSCRIPT

Page 1: Lamp Iran

Model Disiplin Asertif Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam

pengurusan bilik darjah. Hak murid adalah untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang

kondusif dan hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, guru perlu menyediakan

satu set peraturan di dalam bilik darjah dan murid-murid perlu mematuhi peraturan tersebut.

Peraturan dikuatkuasakan dalam bilik darjah adalah untuk memastikan aktiviti bilik darjah

berjalan dengan lancar. Guru sentiasa memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang

ditetapkan dengan tegas terutamanya bagi murid yang terlibat dalam masalah membuli dan

memberikan peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini. Model ini menyerupai

model Skinner, cuma model Canter lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan

peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas.

Canter juga menjelaskan bahawa murid-murid akan bangga dan berusaha untuk

bertingkah laku baik apabila guru memberikan pengiktirafan dalam bentuk ganjaran seperti

galakkan, penghargaan dan sebagainya. Pemberian pujian di depan semua murid dalam

kelas dapat meningkatkan konsep kendiri dalam diri murid, manakala bagi murid-murid yang

lain pula, mereka akan berusaha untuk mengekalkan sikap baiknya. Arahan guru semasa

dalam bilik darjah perlulah jelas, ringkas dan mudah difahami supaya murid-murid

memahami apa yang sepatutnya mereka lakukan. Biasanya, guru akan menggunakan gaya

percakapan dengan sopan, tegas dan jelas terhadap murid-muridnya.

Selain itu, hierarki disiplin dibentuk untuk melaksanakan tindakan pembetulan

mengikut kekerapan salah laku ditunjukkan. Setiap hierarki disertakan dengan tindakan

pembetulan yang perlu dilaksanakan oleh guru. Hierarki ini perlu konsisten dan adil untuk

semua murid yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Menurut Model Akibat Logikal Dreikurs, guru harus mengenalpasti punca sebenar

murid yang suka membuli dan memahami keperluan murid-muridnya. Seorang guru yang

asertif dapat melahirkan hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan

mengalakkan kerjasama baik dengan muridnya. Murid perlu dibimbing untuk memehami

peraturan di bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu berkolaborasi dengan pihak sekolah atau

pihak ibu bapa untuk mencegah kes buli.

Guru perlu sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran. Hal ini demikian

kerana dapat menarik perhatian murid terhadap aktiviti kelas. Kepelbagaian aktiviti dan

bahan bantu belajar dapat menarik perhatian dan murid-murid akan mengambil bahagian

untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid yang inginkan perhatian guru

mendapat pengiktirafan dan tidak akan membuli rakannya lagi.

Page 2: Lamp Iran

Kepelbagaian kaedah, teknik atau strategi pengajaran akan menarik perhatian murid

dalam pembelajaran seperti permainan main peranan. Guru perlu mengamalkan pengajaran

yang berpusatkan murid. Guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk

melaksanakan tugasan yang diberikan. Misalnya, guru haruslah menerangkan objektif

pembelajaran kepada murid-murid dan memberi peluang untuk murid mencari maklumat

dari pelbagai aliran seperti penggunaan internet. Murid perlu dilatih untuk mendapat kawalan

kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Guru juag perlu mempunyai cara

komunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan murid yang membuli.

Model Pengurusan Kelompok Kounin telah menerapkan pengawasan dan

penyeliaan adalah penting untuk memastikan penglibatan murid secara aktif dalam kelas

(Haliza dan Joy, 2009). Dalam kes membuli, guru perlu peka mengenai sikap muridnya,

tindakan seterusnya akan diambil untuk mengelakkan kesalahan diteruskan. Pemberian

teguran secara berkelompok terhadap murid yang kerap membuli. Misalnya, Kesan

Gelombang adalah bentuk teguran yang dapat memberi kesan kepada rakan sebaya yang

lain dalam kelas tersebut. Kesan ini akan lebih berkesan jika guru melaksanakan tindakan

ini dengan jelas, tegas dan serius. Murid akan dapat mengetahui akibat membuli.

Guru perlu memonitor bilik darjah dengan lebih kerap atau sentiasa berjalan-jalan

dalam bilik darjah. Secara tak langsung, perbuatan ini menunjukkan kehadiran guru kepada

pelajar, oleh itu pelajar akan berasa takut untuk melakukan tingkah laku yang melanggar

disiplin seperti membuli. Guru juga boleh menggunakan perhubungan mata secara

berkesan. Guru boleh berdiri berhampiran dengan pelajar dan mengalihkan perhatian murid

yang mempunyai masalah tingkah laku pada sesuatu aktiviti.

Masalah yang lebih serius boleh dihadapi dengan menghentikan tingkah laku yang

melanggar disiplin dengan memanggil namanya dan membetulkan tingkah laku mereka.

Sebagai contoh sewaktu anda sedang mengajar ada pelajar yang bercakap dan guru boleh

menghentikan tingkah laku demikian dengan memanggil nama pelajar dan menyuruh

mereka berhenti berbual. Tetapi dalam pertengkaran dan perbalahan, guru perlu mengkaji

punca situasi itu kerana ia kurang jelas atau kabur. Jika terdapat kes di mana situasi adalah

jelas, guru tidak perlu menyoal atau berleter lagi dan guru bolehlah mengenakan denda

yang sesuai. Walau bagaimanapun guru tidak boleh memberi ancaman kerana ini boleh

menimbulkan konflik di antara guru dan murid.

Page 3: Lamp Iran

Rajah 1.0 : Hierarki Tindakan Pembetulan Canter

Amaran pertama :" Peraturan dalam kelas saya ialah "JANGAN

GANGGU RAKAN." Ini adalah amaran daripada saya.

Amaran kedua/tiga : Peraturan kita ialah "JANGAN

GANGGU RAKAN!" Kamu didenda berdiri diluar kelas.

Amaran keempat:"Kamu tahu peraturan kelas tetapi kamu

memilih untuk menelefon ibu bapa kamu." Menelefon ibu bapa mungkin lebih berkesan

Tingkah laku murid melampau misalnya murid bergaduh di dalam kelas. " Saya akan bawa kamu akan berjumpa Guru

Besar sekarang juga"