lakum dinukum waliyadin

Upload: zuhadisaarani

Post on 30-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Lakum dinukum Waliyadin

    1/2

    Lakum dinukum Waliyadin

    From: [email protected]

    Di negara itu ada satu mazhab baharuDipelopori oleh golongan ulama palsu

    Menggunakan media massa dan ngo tertentu

    Mempengaruhi mereka yang kurang berilmu

    Kata mereka Quran perlu ditafsir semula

    Ulama-ulama dahulu tidak hidup zaman kita

    Zaman sekarang naik kereta, zaman dulu naik unta

    Ramai terpengaruh, tak kira pemimpin atau rakyat jelata

    Ada NGO kata poligami tiada dalam Islam

    Malah dikatanya memakai hijab pun tidak diwajibkanBukankah ini satu bentuk penafian kalam Tuhan

    Ya Allah keluarkanlah mereka dari kekufuran

    "Kita bangsa Malaisia tak kira Hindu, Melayu atau Cina"

    "Kita digalakkan sambut perayaan semua agama"

    "Hari Krismas, Deepavali, dan Hari Raya"

    Inilah mazhab baru yang amat merbahaya

    Kata mereka buat semua tu untuk perpaduan

    Untuk memupuk sikat bertoleransi sesama insan

    Dan juga supaya peristiwa 13 Mei tidak berulangan"Lakum dinukum waliyadin" bukankah itu petunjuk Tuhan

    Anak Melayu sudah ramai yang murtad

    Angkara Islam liberal dan pengaruh budaya barat

    Shah Rukh Khan pergi kuil pun dia kata hebat

    Apa sudah terjadi dengan kita punya masyarakat?

    Islam kita sedang diserang oleh pelbagai pihak

    Di negara jiran Islam diseleweng oleh mereka bertaraf ulamak

    Ada yang sudah keluar fatwa menghalalkan riba dan arak

    MasyaAllah, quran dan hadis mana yang dia semak?

    Di negara ini ramai penulis yang mempelopori Islam liberal

    Bangunlah pemuda dan penasihat yang bertaraf general

    Menghentikan tulisan-tulisan yang tidak langsung bermoral

    Takut kita akan disoal di akhirat kelak oleh Allah Azzawajal

    http://mail.yahoo.com/config/login?/ym/[email protected]://mail.yahoo.com/config/login?/ym/[email protected]
  • 8/14/2019 Lakum dinukum Waliyadin

    2/2

    Wahai pemuda, bangunlah untuk membuat sesuatu

    Kita dah tak boleh harap pemimpin yang sudah lesu

    Atau mereka yang alpa mengejar wang tak mengenal waktu

    Bagi kita, masa tidur dan rileks sudah lama berlalu

    Macam mana nak rilek, anak muda kita ramai yang kena canduDi pusat serenti, mahkamah juvana, ramai anak Melayu

    Di pusat hiburan, disko, konsert, perangai macam hantu

    Di sekolah asrama, budaya gangster dah tak boleh dibellengu

    Kata seorang tu negara kita aman damai tak ada bencana

    Mati kemalangan 20 orang sehari bukankah ianya bala

    Anak muda bunuh-membunuh, rogol-merogol tu nak kata apa

    Janganlah kita mencari alasan lain, kerana ini bala dari Allah Taala