lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

9
DEFINISI Pengurusan: Perihal kerja mengurus sesuatu. Seni: Karya(sajak,lukisan,muzik,dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Muzik: Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah serta menyenangkan,bunyi-bunyian. Kesimpulannya, pengurusan seni muzik dalam Islam bermaksud perihal mengurus sesuatu karya berteraskan bunyi-bunyian berdasarkan hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia

Post on 26-Dec-2014

69 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Kepimpinan dan Pengurusan Islam PPPY1232

TRANSCRIPT

Page 1: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

DEFINISI

Pengurusan: Perihal kerja mengurus sesuatu.

Seni: Karya(sajak,lukisan,muzik,dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.

Muzik: Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah serta menyenangkan,bunyi-bunyian.

Kesimpulannya, pengurusan seni muzik dalam Islam bermaksud perihal mengurus sesuatu karya berteraskan bunyi-bunyian berdasarkan hukum yang telah ditetapkan oleh syarak.

Page 2: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

LAGU DAN MUZIK YANG DIBOLEHKAN OLEH SYARIAT

* Di antara toleransi syariat Islam kepada penganutnya adalah pertimbangan terhadap kelemahan yang terdapat pada manusia.

* Sebagai contoh : Bangkai, darah dan babi diharamkan secara mutlak, TETAPI Islam membolehkannya apabila dalam keadan darurat.

* Surah An-Nahl ayat 115, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai,

darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama

selain Allah. Tetapi, barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan

tidak menganaiya dan tidak pula melampaui batas, sesungguhnya

Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

* Setelah secara mutlak syariat mengharamkan bangkai, darah, daging babi dan binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah, syariat Islam membolehkan orang yang terpaksa memakannya sekadar untuk mempertahankan hidupnya tanpa melampaui batas.

Page 3: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

* Begitu juga Islam melarang seseorang mengucapkan lafaz kekafiran dengan lafaz apapun dalam sebarang bentuk, tetapi membolehkan seseorang mukmin yang dipaksa dengan syarat lafaz kekafiran yang diucapkannya secara terpaksa itu tidak datang dari hati.

* Puasa diwajibkan oleh Islam kepada setiap mukmin, TETAPI sekalipun demikian, syariat Islam mempertimbangkan faktor kelemahan yang ada pada setiap mukmin. Maka, dibolehkan berbuka bagi orang yang dalam perjalanan (musafir) atau sakit dengan syarat menggantikannya di hari lain setelah hilang uzur tersebut.

* Berdasarkan kaedah-kaedah dan prinsip umum dalam syariat Islam inilah hukum muzik dan nyanyian ditetapkan.

* Nas-nas dari al-Quran dan as-Sunnah secara umumnya mengharamkan muzik kerana menurut dasarnya, perbuatan ini akan memalingkan manusia dari jalan Allah, menjauhkan setiap mukmin dari kebenaran dan menyeretnya kepada hal-hal yang tidak patut baginya.

* Berdasarkan hal inilah, Imam Hanafi, Imam Syafie, Imam Hambali dan Imam Maliki menetapkan hukum fasik dan bodoh bagi para penyanyi dan pendengarnya.

Page 4: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

* Sedangkan para penganut Islam adalah umat pilihan Allah yang diamanahkan untuk berdakwah tentang kebenaran, mensyiarkannya, menegakkan keadilan di muka bumi, meninggikan panji-panji Islam dan menyebarkan prinsip-prinsipnya kepada segenap umat manusia.

* Allah telah berfirman dalam surah Al-Haj ayat ke 78 yang bermaksud:

"Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan

untuk kamu dalam agama ini suatu kesempitan."

* Oleh itu, pada satu bahagian syariat mengharamkan muzik dan nyanyian, tetapi pada satu bahagian lain telah memberikan keringanan mengenai masalah ini dalam keadaan tertentu, iaitu dibolehkan TETAPI dengan beberapa syarat tertentu.

* Antaranya ialah:

1. Kandungan nyanyian itu hendaklah selari dengan akhlak yang diajar oleh syariat Islam. Oleh itu, lirik-lirik yang menyalahi ajaran Islam tidak diharuskan.

Page 5: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

2. Cara penyampaian juga perlu diberi perhatian. Ini kerana ada ketikanya kandungan ataupun isi sesebuah lagu tidak terdapat langsung unsur-unsur keji dan salah, tetapi cara penyanyi menyampaikan lagu tersebut adalah salah.

3. Hendaklah dipastikan nyanyian itu tidak disetai dengan perkara-perkara haram spt meminum arak, berhias-hias secara melampau ataupun berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa ada sebarang batas dan sempadan.

4. Hendaklah tidak keterlaluan dalam berhibur dengannya.

* Imam al-Ghazali walaupun menyokong pendapat yang mengharuskan, namun beliau telah menggariskan beberapa perkara yang menggambarkan tentang kesederhanaan syariah Islamiah serta menunjukkan kesempurnaan & kesesuaian Islam untuk semua zaman & keadaan.

* Pendapatnya ini tidak terikat dengan mana2 mazhab, TETAPI pendapat seorang mujtahid yang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai sudut.

Page 6: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

PERKARA YANG MENYEBABKAN NYANYIAN DIHARAMKAN

• Jika pendengar adalah seorang lelaki, manakala penyanyi adalah seorang wanita yang bukan muhrimnya dan ditakuti dengan mendengar nyanyian tersebut ia akan menimbilkan fitnah. Jadi pengharaman di sini disebabkan fitnah yang akan timbul bukannya disebabkan oleh nyanyian tersebut.

• Jika alat yang digunakan merupakan simbol kumpulan peminum arak ataupun golongan pondan seperti seruling(alat muzik yang ditiup), alat muzik yang bertali dan tabla yang berkubah.Inilah tiga jenis alat muzik yang ditegah. Alat-alat muzik selain daripada tiga jenis alat muzik yang disebutkan ini, tetap kekal dalam hukum asalnya iaitu harus. Ini adalah seperti kompang walaupun mempunyai loceng, rebana,alat-alat muzik yang diketuk dengan kayu dan seumpamanya.

Page 7: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

PERKARA YANG MENYEBABKAN NYANYIAN DIHARAMKAN

• Jika terdapat perkataan yang keji,menghina serta pendustaan ke atas Allah dan Rasul-Nya ataupun menghina para sahabat dalam seni kata lagu tersebut.Mendengar seni kata tersebut merupakan satu keharaman sama ada ia menggunakan alat muzik ataupun tidak.Ini kerana orang yang mendengar dikira bersubahat dengan orang yang berkata. Begitu juga dengan nyanyian yang menggambarkan diri seorang perempuan tertentu.

• Sekiranya pendengar merupakan seorang yang tidak dapat mengawal nafsu syahwatnya dan ini mungkin terjadi kepada seseorang yang berada di peringkat remaja, kerana pada kebiasaannya diri mereka dikuasai oleh keghairahan syahwat.Oleh itu mereka tidak boleh mendengar nyanyian yang menyifatkan tentang raut wajah dan pipi seorang perempuan ataupun nyanyian yang menceritakan tentang pertemuan dan perpisahan dikhuatiri nafsu syahwat mendorong kepada melakukan perkara-perkara keji.

Page 8: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

PERKARA YANG MENYEBABKAN NYANYIAN DIHARAMKAN

• Sekiranya nyanyian menjadi kebiasaan dan adatnya, sehingga menghabiskan banyak masanya dengan nyanyian. Ini kerana berterusan dalam hiburan merupakan suatu jenayah seperti juga berterusan dalam dosa kecil membawa kepada dosa besar dan melazimi atau berterusan dalam sesetengah perkara yang diharuskan membawa kepada dosa kecil.Setiap sesuatu yang diharuskan tidak bererti ia juga diharuskan apabila berlebih-lebih dalam menggunakannya, tetapi apabila berlebih-lebihan ia menjadi haram.

Page 9: Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat

KESIMPULAN• Penggunaan muzik dalam kehidupan manusia merupakan

satu tabi’I dan kita tidak mendapati bahawa agama menghalangnya.

• Ia juga mengganbungkan aspek rohani & jasmani di samping mengandungi nilai keimanan yang terserlah apabila seni katanya dipenuhi dengan menyebut nama ALLAH, doa-doa, berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad dan sebagainya.