(la tahzan) 049 jangan bersedih, wahai manusia

5
1 049 JANGAN BERSEDIH, WAHAI MANUSIA Wahai umat manusia sekalian, hai orang yang bosan dengan kehidupan, yang tidak ghairah dalam hidup ini, yang hari-harinya sempit dan jalan nafasnya tersumbat, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang semakin dekat, jalan keluar dari kesempitan dan kemudahan setelah kesusahan. Persekitaran kita ada perkara-perkara kecil yang tersembunyi. Ada cita-cita yang indah, ada masa depan yang menjanjikan d an ada janji yang pasti. Firman Allah s.w.t. di dalam surah A r-Rum ayat 6; Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. Dalam musibah yang kita hadapi ada perkara yang akan menyelamatkan kita dari musibah itu sendiri. Justeru, di dalam perkara- perkara yang tidak kita sukai itu pasti ada nikmat dan kebaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud; ³Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, µSegala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari Kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi  sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).¶´ (Fathir 35: 34) Wahai umat manusia, sudah saatnya kita menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan  jalan dengan petunjuk. Sudah sampai masanya kita menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, menggantikan harapan yang pahit dengan keredaan yang manis dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan. Wahai umat manusia, di sebalik ladang yang gersang itu ada tanah yang subur yang rezekinya melimpah ruah. Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, yang tidak perlu disiram hujan lebat. Kebun itu memberikan khabar gembira, harapan yang baik dan cita-cita. Wahai orang yang tidak nyenyak tidur dan yang selalu mengeluh kerana kegelapan, kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 06-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

8/3/2019 (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-049-jangan-bersedih-wahai-manusia 1/5

1

049 JANGAN BERSEDIH, WAHAI MANUSIA

Wahai umat manusia sekalian, hai orang yang bosan dengan kehidupan, yang tidak ghairah dalam

hidup ini, yang hari-harinya sempit dan jalan nafasnya tersumbat, di sana ada kemenangan yang

nyata, pertolongan yang semakin dekat, jalan keluar dari kesempitan dan kemudahan setelah

kesusahan.

Persekitaran kita ada perkara-perkara kecil yang tersembunyi. Ada cita-cita yang indah, ada masa

depan yang menjanjikan dan ada janji yang pasti. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ar-Rum ayat 6;

Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. Dalam musibah yang kita hadapi

ada perkara yang akan menyelamatkan kita dari musibah itu sendiri. Justeru, di dalam perkara-

perkara yang tidak kita sukai itu pasti ada nikmat dan kebaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

³Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, µSegala puji tertentu bagi Allah, yang telah

menghapuskan perasaan dukacita dari Kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi 

 sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).¶´ (Fathir 35: 34) 

Wahai umat manusia, sudah saatnya kita menggantikan keraguan dengan keyakinan,

penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan

 jalan dengan petunjuk.

Sudah sampai masanya kita menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, menggantikan harapan yang

pahit dengan keredaan yang manis dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala

kebohongan.

Wahai umat manusia, di sebalik ladang yang gersang itu ada tanah yang subur yang rezekinya

melimpah ruah.

Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, yang tidak perlu disiram hujan lebat. Kebun

itu memberikan khabar gembira, harapan yang baik dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur dan yang selalu mengeluh kerana kegelapan, kegelapan akan

tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

Page 2: (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

8/3/2019 (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-049-jangan-bersedih-wahai-manusia 2/5

³(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata, µWahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah

malaikat) utusan Tuhan mu. Kaum Engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan

kepada mu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan

keluarga mu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke

belakang. Kecuali isteri mu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka

(kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan

azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?¶" (Hud 11: 81) 

Pagi yang akan menyinarkan cahaya, kegembiraan dan kesenangan.

Wahai orang yang harinya ditimpa kesedihan, melangkahlah dengan perlahan, di ufuk sana telah

tersedia jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan

kenikmatan kepada kedua bola mata mu. Tenanglah, kerana kita berhak mendapat perlindungan diri

Sang Pencipta dan pemeliharaan dari kebijaksanaan Nya. Tenanglah qadha telah selesai,

kebijaksanaan telah dirumuskan, rintangan sudah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah

kembali segar, dan pahala telah ditetapkan bagi yang terus berusaha.

Tenanglah, kerana kita sedang berurusan dengan Zat Yang Berkuasa atas urusan Nya, yang Maha

Bijaksana atas hamba-hamba Nya, yang Maha Pengasih terhadap makhluk Nya, dan yang Maha

Indah dalam segala pengaturan Nya.

Tenanglah, kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya adalah ketenangan dan

penutupnya adalah kemuliaan.

Setelah kefakiran itu akan ada kekayaan, setelah kehausan akan ada kesegaran, setelah perpisahan

akan ada pertemuan, setelah bertengkar, akan datang kerukunan, setelah terputus akan

bersambung kembali, dan setelah tidak tidur malam pasti akan dapat itdur nyenyak. Firman Allah

s.w.t. yang bermaksud;

³Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),

maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah

itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan

mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula

Page 3: (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

8/3/2019 (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-049-jangan-bersedih-wahai-manusia 3/5

3

(dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang 

nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa

  yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada

dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan

mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).´ (Thalaq 65: 1) 

Seorang penyair mengatakan;

Perapian mereka mula terlihat saat mala mula gelap dan pengiring unta sudah letih serta petunjuk 

 jalan telah kebingungan.

Kurenungi perapian itu sedang fikiranku tidak menentu kerana perpisahan dan mataku sudah letih.

Hatiku adalah hati seorang yang menderita dan kerinduan yang mencengkamku begitu mendalam.

Kami bertanya kepada Yang Maha Melindungi lagi yang diharapkan pertolongan-Nya dalam setiap

musibah masih adakah jalan keluar dari derita ini.

Maka ternyata kami jumpai Dia Raja yang berlimpah pemberian-Nya Esa lagi Maha Agung.  

Hai orang yang hidup menderita di bumi kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan,

penderitaan, kefakiran dan penyakit, bergembiralah, kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang,

bahagia, senang dan sihat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

³Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang´ 

(Mudatsir 74: 33-34) 

Seorang penyair mengatakan;

Malam pasti berlalu dan berbelenggu pasti akan patah.

Barang siapa yang takut mendaki gunung nescaya selamanya akan hidup di antara galian-galian. 

Sebagai seorang hamba, seharusnya berbaik sangka pada Tuhannya, menunggu kurnia dari Nya dan

mengharapkan kebijaksanaan Nya. Sesungguhnya Tuhan yang perintah Nya hanya memakai kalimah

kun, maka harus percaya kepada janji Nya.

Tidak seorang pun yang dapat memberikan kebaikan kecuali Dia dan tidak pula seorang pun yang

dapat memberhentikan bahaya kecuali Dia. Di dalam setiap jiwa Dia telah menentukan

kebijaksanaan, dalam setiap gerakan ada hikmah dan setiap saat Dia memberikan jalan keluar.

Page 4: (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

8/3/2019 (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-049-jangan-bersedih-wahai-manusia 4/5

4

Dia yang menjadikan pagi hari setelah malam, yang menurunkan hujan setelah kegersangan, yang

memberi agar disyukuri, yang menurunkan ujian untuk mengetahui siapa yang sabar dan siapa yang

tidak, yang memberi kenikmatan hanya kerana Dia ingin mendengar pujian dari hamba Nya dan yang

menurunkan bencana supaya hamba mahu berdoa. Ini adalah keharusan agar hamba lebih

menguatkan tali hubungan dengan Nya, dan banyak memohon kepada Nya. Firman Allah s.w.t. yang

bermaksud;

³Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah

berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain

(tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-

orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada

bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada

 Allah akan limpah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(An-Nisa 4: 32)

Serta firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Araf ayat 55;

³Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.

 Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.´  (Al-Araf 7: 55)

Sebuah kisah tentang Al-Ala bin Al-Hadhrami tersesat dengan para sahabatnya di tengah padang

pasir, bekalan air mereka telah habis, dan hampir sahaja mati kehausan. Al-Ala pun menyeru

kepada Tuhannya dan Tuhan Yang Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa, Wahai Zat Bijaksana,

dan Yang Maha Tabah dan tiba-tiba turunlah hujan. Mereka pun minum, berwudhu, mandi dan

memberi minum kepada haiwan tunggangan mereka. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Asy-

Syuaraa ayat 28;

³Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan Nya dengan) berkata, µDia

lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya;

kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami Nya!" (Asy-Syuara 26: 28) 

Renungan

Page 5: (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

8/3/2019 (La Tahzan) 049 Jangan Bersedih, Wahai Manusia

http://slidepdf.com/reader/full/la-tahzan-049-jangan-bersedih-wahai-manusia 5/5

5

Mencintai Allah s.w.t., bermakrifat kepadanya, selalu berzikir kepada Nya, mencari ketenangan

dengan Nya, menenangkan hati di sisi Nya, takut, berharap dan tawakal hanya kepada Nya, dengan

keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga

dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Itu adalah kesenangan

dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah s.w.t.

Kebergantungan hati hanya kepada Allah s.w.t., ketekunan hati untuk berzikir hanya kepada Nya,

dan qanaah hati adalah kerana hilangnya keresahan dan kegundahan, sebab munculnya kelapangan

hati dan sebab bagi kehidupan yang baik. Oleh kerana itu, tidak ada hati yang lebih sempit dan tidak

ada jiwa yang lebih resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain dari Allah

s.w.t. yang lalai berzikir kepada Allah s.w.t. dan yang tidak puas dengan yang diberikan Allah s.w.t.