kursuskepimpinanskparit kemang.docx

7
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEMANG 83200 SENGGARANG KERTAS KERJA KURSUS PEMIMPIN MUDA SK PARIT KEMANG 2015 DISEDIAKAN OLEH:

Upload: azmal-azwar

Post on 01-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KEMANG83200 SENGGARANG

KERTAS KERJA KURSUS PEMIMPIN MUDASK PARIT KEMANG 2015

DISEDIAKAN OLEH:AZMAL BIN AZWARUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan pengawas, pengawas PSS, pengawas ICT, ketua kelas dan penolong ketua kelas sekolah adalah terdiri daripada murid-murid terpilih yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru-guru terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian pengurusan murid-murid ke tahap yang lebih baik. Mereka memerlukan keyakinan diri untuk menjalankan tugas. Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Murid-murid yang memegang jawatan penting perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas masing-masing. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus pemimpin muda ini sangat sesuai dilaksanakan.

2.0 RASIONAL

Jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari serta ahli jawatankuasa dalam pengawas, pengawas PSS, pengawas ICT, ketua kelas dan penolong ketua kelas sekolah memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala tugasan yang diberikan. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, murid-murid tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu membaiki disiplin dan dan membantu mengatasi gejala yang tidak baik.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.4.4 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.

5.0 KUMPULAN SASARANPengawas, pengawas PSS, pengawas ICT, ketua kelas dan penolong ketua kelas

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh: 13, 14 dan 15 april 2015Hari: isnin, selasa dan rabuMasa: 8.00 Pagi 12.45 Petang

7.0 TEMPATMakmal Komputer 2, SK Parit Kemang

8.0 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

MASAAKTIVITI

7.15-7.30 amPendaftaran

7.30-8.00 amTaklimat/ice breaking

8.00-9.30 am Ceramah : Konsep Kepimpinan

9.30-10.00 amRehat / Jamuan

10.00-11.00 am LDK 1 : membentuk matlamat diri/kumpulan

11.00-12.00 pmLDK 2 : kerjasama

12.00-12.45 pmpembentangan

12.45 pmBersurai

9.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN

PerkaraJumlahSumber kewangan

Jamuan Makan RM 3.00 x 40 orang x 3 hariRM 360.00-PCG kaunseling

Buku catatanRM 1.00 x 40 orang x 3 hariRM 120.00

Bahan dan SijilRM 100.00

JumlahRM480.00

10. 0 AHLI JAWATANKUASA KURSUSJawatankuasa IndukPenasihat: Tuan Hj. Kamsani Semin (Guru Besar)Pengerusi: Puan Hjh. Khairul Ashikin Ahmad(GPK Kokurikulum)Naib Pengerusi 1: Tuan Hj. Rossdy Shamsudin (GPK 1)Naib Pengerusi 2: Puan Zurina Salam(GPK HEM)Setiausaha: En. Azmal Azwar (Kaunselor UBDK SKPK)Jawatankuasa Kecil Urusetia:1. Ust. Surayya bt Mohd Thani (Ketua)2. Cg. Laili bt Ali3. Cg. Safna bt Mahat

Pendaftaran:1. Cg. Hajjah Mazila bt Mat Hussain (Ketua)2. Cg. Esah bt Dollah 3. Cg. Saniyunis bt YaakobPengurus Peserta:Ketua pemimpin unit beruniform dan kelab persatuan

Persediaan Tempat dan Siaraya1. Cg. Zukhfali b Awag (Ketua)2. En. Jaafar b Che Zainal

Penyediaan Alatan dan Bahan:1. Cg. Razali b Embong (Ketua)2. Cg. Mohamad Fatimi b Mohd Salim3. Ust. Normala bt Mohamed 4. Cg. Malina bt Abdullah

Fasilitator:1. Cg. Mohd Khazi b Kassim (Ketua)2. Us. Haji Mansor b Muda3. Cg. Mohamad Fatimi b Mohd Salim4. Cg. Muhammad Iskandar Zulkarnain b Yusoff

Aktiviti:1. Cg. Azlina bt Mohamad (Ketua) 2. Ust. Nurul Ain bt Mat Rahim 3. Ust. Suhana bt Ghazali4. Cg. Nor Hafizah bt Alang Abdul Basit5. Cg. Noorazura bt Mansor

Kerohanian:1. Us. Haji Mansor b Muda (Ketua)2. Ust. Engku Fatimah Nasyuha bt CK. Muda3. Ust. Zaimah bt Embong4. Ust. Nurul Hidayatul Akmar bt Abd Aziz

Rawatan:1. Cg. Hajjah Zaini bt Abd Rahman (Ketua)2. Cg. Faridah bt Mat Zin

Makan dan Minum Murid:1. Cg. Nur Afizawati bt Abu Bakar (Ketua)2. Cg. Hajjah Hasnah bt Mohd Nor3. Cg. Hazana bt Ngah 4. Cg. Asmah bt Mat Amin5. Cg. Hajjah Rohila bt Endut

Makan dan Minum Guru:1. Cg. Rahmah bt Mohamed (Ketua)2. Cg. Noraini bt Saiman3. Cg. Saadah bt A Rahman Azmi4. Cg. Wan Nor Khalbi bt Wan Ali

Dokumentasi dan Pamplet:1. Ust. Ainun Fajri bt Hassan (Ketua)2. Ust. Nurul hidayatul Akmar bt Abd Aziz3. Cg. Jalilah bt Ahmad

Cenderahati:1. Cg. Hajjah Azita bt Ariffin (Ketua)2. Cg. Nur Hafizah bt Ismail3. Cg. Ruslin bt Abd RahmanJuru Acara Majlis Penutup:1. Cg. Rosmawati bt Mohd Yusof (Ketua)2. Cg. Norlilawati bt Embong

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan pengawas, pengawas PSS, pengawas IT, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang kreatif.

Disediakan oleh,

.(en. azmal bin azwar)Setiausaha ProgramKursus Pemimpin Muda

Disemak oleh,

.(puan hjh. Khairul ashikin ahmad)Guru Penolong Kanan HEMSK Parit kemang

Diluluskan oleh,

..(tuan hj. Kamsani bin semin, PIS)Guru Besar SK Parit kemang