kursus fajar

1
Kursus untuk pelajar berisiko tinggi ini kami menamakannya Kursus Fajar dijadikan Program Intan Terpilih (PIT) yang kemudiannya diserapkan sebagai bahan Kaunseling Berfokus. Telah menjadi aktiviti tahunan kami bagi mengenalpasti beberapa orang yang sering membawa masalah di sekolah. Selalunya kami akan mengumpulkan seramai 40 orang untuk menggenapkan sebagai satu pasukan yang akan dikenali sebagai 'HRU' iaitu kumpulan 'high risked undercover. Selalunya dalam kursus ini kami akan 'timbulkan beberapa isu yang sering dilakukan oleh kumpulan ini. Hinggakan ke akhirnya apabila mereka sedar akan kesilapan dan tanggungjawab mereka bagi membantu pihak sekolah dalam mengurangkan permasalahan disiplin maka dengan itu bermulalah kerja-kerja pemulihan. Setiap pagi pada hari persekolahan mereka ini mesti mendirikan solat Dhuha kemudian membaca yassin dan diikuti dengan kaunseling kelompok dalam jangka masa 40 minit. Mereka akan lebih rapat dengan kaunselor yang akan menjadi mentor mereka. Dengan cara ini mereka akan sentiasa bertemu dan berbincang dalam membantu rakan-rakan mereka agar tidak diambil tindakan disiplin. Mereka akan bertambah rapat dengan guru- guru dari Bimbingan dan Kaunseling dan dengan sendirinya mereka akan 'segan' untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah diri mereka. Dengan bermulanya langkah ini, maka bertambah ramai pelajar yang 'terikat' dengan strategi kami. Kami akan mendapat maklumat daripada 'networking' yang diwujudkan oleh kami.

Upload: lara-feeradyella

Post on 13-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

intervensi dalam program masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: kursus fajar

Kursus untuk pelajar berisiko tinggi ini kami menamakannya Kursus Fajar dijadikan Program Intan Terpilih (PIT) yang kemudiannya diserapkan sebagai bahan Kaunseling Berfokus. Telah menjadi aktiviti tahunan kami bagi mengenalpasti beberapa orang yang sering membawa masalah di sekolah. Selalunya kami akan mengumpulkan seramai 40 orang untuk menggenapkan sebagai satu pasukan yang akan dikenali sebagai 'HRU' iaitu kumpulan 'high risked undercover. Selalunya dalam kursus ini kami akan 'timbulkan beberapa isu yang sering dilakukan oleh kumpulan ini. Hinggakan ke akhirnya apabila mereka sedar akan kesilapan dan tanggungjawab mereka bagi membantu pihak sekolah dalam mengurangkan permasalahan disiplin maka dengan itu bermulalah kerja-kerja pemulihan. Setiap pagi pada hari persekolahan mereka ini mesti mendirikan solat Dhuha kemudian membaca yassin dan diikuti dengan kaunseling kelompok dalam jangka masa 40 minit. Mereka akan lebih rapat dengan kaunselor yang akan menjadi mentor mereka. Dengan cara ini mereka akan sentiasa bertemu dan berbincang dalam membantu rakan-rakan mereka agar tidak diambil tindakan disiplin. Mereka akan bertambah rapat dengan guru-guru dari Bimbingan dan Kaunseling dan dengan sendirinya mereka akan 'segan' untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah diri mereka. Dengan bermulanya langkah ini, maka bertambah ramai pelajar yang 'terikat' dengan strategi kami. Kami akan mendapat maklumat daripada 'networking' yang diwujudkan oleh kami.