kursus dalam perkhidmatan

6
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PENGAMBILAN NOVEMBER 2009 A. IKLAN PERMOHONAN Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Mode Kursus Dalam Cuti. 1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS 1.1 Warganegara Malaysia. 1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 23 November 2009 iaitu lahir paada atau selepas 23 November 1964. 1.4 Telah disahkan dalam jawatan. 1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. 1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. 2. SYARAT TAMBAHAN 2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dalam bidang pengajian yang dipohon. 2.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun, KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme, dan kursus lain yang berkaitan). 2.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar. 2.4 Kesihatan yang baik. 2.5 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini iaitu markah melepasi 85% keatas. 2.6 Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON 3.1 Calon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Prasarjana Muda Pengajaran. 3.2 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib. 4. KETERANGAN PROGRAM Nama Program : Program Pensiswazahan Guru Sekolah

Upload: yazihjahiri

Post on 09-Jul-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

BAGI PENGAMBILAN NOVEMBER 2009

A. IKLAN PERMOHONAN Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Mode Kursus Dalam Cuti.

     1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS      1.1 Warganegara Malaysia.

     1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang

sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

      1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 23 November 2009 iaitu lahir paada atau selepas 23 November 1964.

      1.4 Telah disahkan dalam jawatan.       1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh

masa atau separuh masa.       1.6 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.     2. SYARAT TAMBAHAN

      2.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dalam bidang pengajian yang dipohon.

     2.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang

sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun, KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme, dan kursus lain yang berkaitan).

      2.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar.

      2.4 Kesihatan yang baik.

      2.5Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini iaitu markah melepasi 85% keatas.

      2.6Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

    3. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON      3.1 Calon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Prasarjana

Muda Pengajaran.      3.2 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam

proses tindakan tatatertib.    4. KETERANGAN PROGRAM

Nama Program : Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah

Tempoh Kursus : 23 November 2009 - Disember 2013     Mode Kursus : Kursus Dalam Cuti (KDC)

   

Program ini dijalankan dalam tempoh selamat empat (4) tahun secara mode Kursus Dalam Cuti di Institut Pendidikan Guru (IPG). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

Page 2: KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

  5. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

    5.1 Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja melayari Internet http://www.moe.gov.my

     Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut di atas untuk meneliti e-Panduan Permohonan dan memahami dahulu cara-cara membuat permohonan secara Dalam Talian ini.

    5.2 Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat mulai 05 Oktober 2009.

    5.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.     5.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan

permohonan ditolak.

   

5.5 Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Borang permohonan yang telah lengkap(mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri) hendaklah dihantar oleh pemohon ke :

Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran MalaysiaAras 3, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan62604 Putrajaya.(u.p: Unit Kursus Dalam Perkhidmatan) 

Borang permohonan yang dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sahaja akan diproses.

   5.6 Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen-

dokumen sokongan yang lain semasa mengemukakan permohonan ke JPN dan ke BPG. Cetak senarai semak untuk rujukan.

    5.7 Calon dikehendaki menyimpan satu salinan borang permohonan yang telah dicetak untuk rujukan peribadi.

       6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    6.1 Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini ditutup pada 25 Oktober 2009.

         7. KEUTAMAAN

    Calon-calon yang memenuhi kriteria-kriteria berikut akan diberi keutamaan.

   7.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus

menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon.

   7.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesional yang sesuai

(contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas satu tahun, KDP 14 minggu dan kursus-kursus lain yang berkaitan).

    7.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.

    7.4 Telah menghasilkan bahan atau memberi sumbangan ilmiah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

    7.5 Sihat tubuh badan, serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.

Page 3: KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

    7.6 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang atau baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.

     8. PENDAFTARAN

   

Calon yang berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti Program ini akan dikehendaki mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 23 November 2009 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

       9. YURAN PENGAJIAN

   

Yuran pengajian akan ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tempoh pengajian (4 Tahun). Calon hanya perlu membayar RM250.00* (ringgit: dua ratus lima puluh sahaja) setahun bagi tujuan bayaran modul pembelajaran, bayaran perpustakaan dan lain-lain yang berkaitan kursus (butiran lengkap bayaran akan diberi semasa pendaftaran kursus).* Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada pindaan.

       10. IKATAN PERJANJIAN GURU

 Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

   11. MAKLUMAT TAMBAHAN

   (i) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke

semasa melalui internet untuk mengetahui kelayakan dan tawaran ke kursus.

   (ii) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar bidang pengajian

dan menempatkan calon-calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).

   (iii) Pemohon yang berjaya akan diberi kelulusan bagi mengikuti kursus

semasa cuti sekolah dengan bergaji penuh dan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    (iv) Peserta yang mengikuti PGSR ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau tajaan dari agensi lain.

   (v) Peserta yang ditawarkan ke program PGSR dikehendaki lulus Malaysia

University English Test (MUET). Peperiksaan boleh diambil sebelum tamat tempoh pengajian.

   B. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN

 Kalendar aktiviti bagi permohonan Program PGSR adalah seperti berikut dan tertakluk kepada pindaan. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir.

     

Permohonan dibuka

Permohonan

ditutup Semakan BPG

Pengesahan JPN

Pemprosesan

Permohonan

Semakan

Keputusan

Pendaftaran

05 Oktober 2009

25 Oktober

2009 31 Okt 2009

02-04 Nov 2009

05 -07 Nov 2009

13 Nov 2009

23 Nov 2009

Page 4: KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

Iklan disiarkan pada laman web http://moe.gov.my

Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup.

Tarikh akhir BPG membuat semakan borang permohonan.

Tarikh akhir JPN membuat pengesahan dan sokongan.

Semakan pemilihan calon PGSR untuk ditawar kursus.

Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web.

Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia

   Catatan :

Sila ambil maklum dan cetak kalendar aktiviti ini untuk simpan dan rujukan anda.

 C. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN

  Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan.

  Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 03 - 88841235  Aras 3, Blok E13, Parcel E Nombor Telefon : 03 - 88841243

  Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Nombor Telefon : 03 - 88841245

  62604 Putrajaya Nombor Telefon : 03 - 88841260

  (u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

Nombor Telefon : 03 - 88841364/1316

    NUrus Setia Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 088 - 236804 Cawangan Sabah  d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya  Peti Surat 10491  88830 Kota Kinabalu, Sabah     Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru Nombor Telefon : 082 - 258045 Cawangan Sarawak  d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang  Jalan Kolej  

  93259 Kuching, Sarawak       

KEMBALI