kurikulum standard sekolah rendah (kssr)

10
8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 1/10 Jumaat, Ogos 29, 2014 Indeks Artikel Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Hasrat KSSR Prinsip KSSR Bentuk Kurikulum Fokus KSSR Organisasi Kurikulum Pernyataan Standard Perbezaan KBSR dan KSSR Pendidikan Khas Semua Halaman Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Web KSSR : www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/ Transformasi Kurikulum Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input- input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara. Hasrat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan Utama Perihal BPK Muat Turun Forum Peta Laman Soalan Lazim Carian

Upload: fatin-yana-omar

Post on 03-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

perkongsian atas perkongsian..

TRANSCRIPT

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 1/10

    Jumaat, Ogos 29, 2014

    Indeks Artikel

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    Hasrat KSSR

    Prinsip KSSR

    Bentuk Kurikulum

    Fokus KSSR

    Organisasi Kurikulum

    Pernyataan Standard

    Perbezaan KBSR dan KSSR

    Pendidikan Khas

    Semua Halaman

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    Web KSSR : www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/

    Transformasi Kurikulum

    Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada

    keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang

    dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu

    usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara

    terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan

    supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran

    semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian

    Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan

    mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

    Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum

    persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan

    pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

    Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M),

    sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

    serta elemen keusahawanan.

    Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan

    kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan

    setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak

    berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-

    input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

    Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa

    Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum

    tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.

    Hasrat KSSR

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan

    Utama Perihal BPK Muat Turun Forum Peta Laman Soalan Lazim Carian

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 2/10

    inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri,

    kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan

    Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini.

    KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know),

    belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk

    membentuk peribadi (learning to be).

    Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

    - Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

    - Warganegara yang bertanggungjawab

    - Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

    - Pekerja berilmu

    Prinsip KSSR

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih

    sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti

    berikut:

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 3/10

    Pendekatan Bersepadu

    Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai

    digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

    Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

    KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani,

    emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

    Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

    KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan

    kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

    Pendidikan Seumur Hidup

    KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas untuk

    menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.

    Bentuk Kurikulum

    Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran

    dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

    dan sosial.

    Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan

    insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 4/10

    eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan

    bersepadu.

    Tunjang Komunikasi

    Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk

    lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti

    mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

    Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,

    kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk

    membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

    Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,

    Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa

    Kadazandusun dan Bahasa Semai.

    Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

    Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan

    untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang

    membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi

    dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

    Tunjang Kemanusiaan

    Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan

    alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu

    yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 5/10

    Tunjang Keterampilan Diri

    Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti

    kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di

    bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti

    persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai

    pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

    Tunjang Sains dan Teknologi

    Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

    pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik

    pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

    Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan

    Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

    Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

    Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada

    penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan

    Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

    Fokus KSSR

    KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan

    nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis,

    mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan

    menggunakan akal atau logik.

    Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi

    dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada

    kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 6/10

    Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai

    kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan

    sahsiah.

    Organisasi Kurikulum

    KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu

    yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran

    disediakan dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan,

    kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

    Organisasi Tahap I

    Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Komposisi

    KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

    Modul Teras Asas

    Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik,

    Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

    Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari

    oleh murid bukan beragama Islam.

    Modul Teras Tema

    Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu

    Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia

    Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat &

    Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

    Modul Elektif

    Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina

    Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini

    ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 7/10

    Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut

    kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

    Organisasi Tahap II

    Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif.

    Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di

    bawah.

    Kurikulum Berasaskan Standard

    KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan

    standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 8/10

    Penyataan spesifik tentang perkara yang

    murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam

    suatu tempoh persekolahan merangkumi

    aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Satu penetapan kriteria atau petunjuk

    ( indicator ) kualiti pembelajaran dan

    pencapaian yang boleh diukur bagi setiap

    standard kandungan.

    Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

    Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan

    kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa

    hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam

    Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

    Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

    Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang

    digambarkan melalui rajah di bawah.

    Perbezaan KBSR dan KSSR

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 9/10

    KSSR Pendidikan Khas

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan, berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,

    peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas

    merangkumi kurikulum bagi murid bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah

    pembelajaran.

    Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) secara umumnya

    menggunakan kurikulum aliran perdana. Sungguh pun begitu, terdapat beberapa pengubahsuaian dilakukan

    terhadap beberapa mata pelajaran aliran berkenaan (khususnya dari segi pendekatan pengajaran dan

    pembelajaran) selaras dengan keperluan khas pembelajaran. Murid Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan

    murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan) masing-masing turut diwajibkan mempelajari mata pelajaran

    tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL).

    Kurikulum Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina berdasarkan tahap keupayaan dan keperluan murid.

    Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan

    individu, dan tidak terlalu menekankan akademik. Di Tahap I, murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

    disediakan mata pelajaranAsas 3M, Pengurusan Kehidupan, Seni Kreatif, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan

    Pendidikan Jasmani. Sementara itu di Tahap II, disediakan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,

    Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Sains, Sosial dan

    Alam Sekitar, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Asas, Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi, dan Pengurusan Kehidupan.

    Program pengajaran dan pembelajaran bagi ketiga-tiga kategori ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan

  • 8/29/2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

    http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1 10/10

    Hak Cipta Terpelihara 2010-2014. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian

    Pendidikan Malaysia. Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet

    Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 dengan resolusi 1024 x 768.

    Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.

    Dasar Privasi Dasar Keselamatan Notis Hak Cipta