kurikulum standard sekolah rendah (kssr) semakan 201

2
i Kebersihan dan Kesihatan Waspada Pasti Selamat Malaysia Bumi Bertuah Alam Bersih Hidup Sejahtera • Bijak Belanja Celik Wang Harmoni Sentiasa Buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bagi kegunaan mulai tahun 2020 dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk melahirkan murid Tahun 4 SJK yang dapat menguasai kemahiran berbahasa dan menekankan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) selaras dengan hasrat pendidikan negara. Buku ini mempunyai lapan tema, iaitu: Setiap tema mengandungi tiga unit dan jumlah keseluruhannya 24 unit. Setiap unit mengandungi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Pada akhir setiap tema, terdapat aktiviti 4P, iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan dan Penilaian. Kandungan buku teks ini dipersembahkan secara modular bagi memudahkan murid menguasai SP dalam proses pembelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan supaya dapat melatih murid agar berfikir secara kritis dan kreatif. Penulis berharap semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid Tahun 4 SJK. Dengan ini usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dimatlamatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Indahnya Budaya, Halusnya Seni • Kuasai Sains, Teknologi dan Inovasi

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 201

i

• Kebersihan dan Kesihatan • Waspada Pasti Selamat

• Malaysia Bumi Bertuah• Alam Bersih Hidup Sejahtera

• Bijak Belanja Celik Wang

• Harmoni Sentiasa

Buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bagi kegunaan mulai tahun 2020 dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP),

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk melahirkan murid Tahun 4 SJK yang dapat menguasai kemahiran berbahasa dan

menekankan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) selaras dengan hasrat pendidikan negara.Buku ini mempunyai lapan tema, iaitu:

Setiap tema mengandungi tiga unit dan jumlah keseluruhannya 24 unit. Setiap unit mengandungi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Pada akhir setiap tema, terdapat aktiviti 4P, iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan dan Penilaian.

Kandungan buku teks ini dipersembahkan secara modular bagi memudahkan murid menguasai SP dalam proses pembelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan supaya dapat melatih murid agar berfikir secara kritis dan kreatif.

Penulis berharap semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid Tahun 4 SJK. Dengan ini usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dimatlamatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.

• Indahnya Budaya, Halusnya Seni

• Kuasai Sains, Teknologi dan Inovasi

Page 2: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 201

ii

Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penulisan buku teks dan buku kerja Bahasa Melayu. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan penulis bersama Buku Teks KBSR Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK (2005), Buku Teks KBSR Bahasa Malaysia Tahun 5 SJK (2006), Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 6 SK dan SJK (2015), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 1 SJK (2017), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SJK (2018), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 3 SJK (2019) dan yang terbaharu Buku Teks KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 4 SJK kegunaan mulai tahun 2020.

Amran bin Bakar berkelulusan Master Kesusasteraan Melayu dari Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan bekas guru cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, Lenggeng. Kini, beliau bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Seremban sebagai pegawai SISC+ Bahasa Melayu. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan ialah sebagai Panel Pembina Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau juga menulis buku tentang pendidikan, antaranya Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Abad Ke-21 dan Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Beliau bergiat aktif memberikan ceramah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ceramah tentang DSKP di Negeri Sembilan. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 SJK merupakan buku teks pertama yang dihasilkan oleh beliau.

Rohana binti Mat Amin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dari Universiti Malaya dalam bidang Sejarah. Beliau mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam bidang Bahasa Melayu. Kini, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 SJK merupakan hasil penulisan buku teks pertama beliau.