kurikulum standard sekolah menengah (kssm) kurikulum...

8
33 1 Apakah KSSM dan bila dilaksanakan? Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017. 2 Mengapa KSSM diperkenalkan? KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan dengan keperluan abad ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global. 3 Apakah maksud kurikulum standard? Kurikulum standard adalah kurikulum yang dibangunkan mengikut suatu set kriteria yang ditetapkan berdasarkan peringkat persekolahan. Kurikulum Standard diterjemahkan melalui Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. 4 Apakah dokumen yang digunakan bagi melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM? Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) ALIRAN PERDANA

Upload: truongnhi

Post on 12-May-2018

353 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

33

1 Apakah KSSM dan bila dilaksanakan?

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017.

2 Mengapa KSSM diperkenalkan?

KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan dengan keperluan abad ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global.

3 Apakah maksud kurikulum standard?

Kurikulum standard adalah kurikulum yang dibangunkan mengikut suatu set kriteria yang ditetapkan berdasarkan peringkat persekolahan. Kurikulum Standard diterjemahkan melalui Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

4 Apakah dokumen yang digunakan bagi melaksanakan

kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM?

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)

ALIRAN PERDANA

Page 2: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

40

Bil. Aspek KBSM KSSM

6 Penekanan Pedagogi

• Pembelajaran berasaskan inkuiri

• Penyelesaian masalah

• Pembelajaran kontekstual

• Pembelajaran kolaboratif

• Pembelajaran berasaskan projek

• Pembelajaran berasaskan inkuiri

• Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah

• Pembelajaran kontekstual

• Pembelajaran kolaboratif

• pembelajaran berasaskan projek

• Pendekatan konstruktivisme

• Pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)

7 Pentaksiran Pentaksiran Sekolah Sumatif Formatif

Pentaksiran disuratkan dalam DSKP sebagai Standard Prestasi

Page 3: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

39

Bil. Aspek KBSM KSSM

5 Elemen Merentas Kurikulum

• Bahasa • Sains &

Teknologi • Teknologi

Maklumat & Komunikasi (TMK)

• Kelestarian Alam Sekitar

• Nilai Murni • Patriotisme

• Bahasa • Sains &

Teknologi • Teknologi

Maklumat & Komunikasi (TMK)

• Kelestarian Alam Sekitar

• Nilai Murni • Patriotisme • Kreativiti dan

Inovasi • Keusahawanan • Kelestarian

Global

Page 4: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

38

Bil. Aspek KBSM KSSM

2 Dokumen kurikulum

• Sukatan Pelajaran

• Huraian Sukatan Pelajaran

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

3 Peruntukan masa

Mengikut minit seminggu

Mengikut minimumjam setahun

4 Organisasi kurikulum

• Mata pelajaran Teras

• Mata pelajaran Wajib

• Mata pelajaran Tambahan

• Mata pelajaran Elektif

• Mata pelajaran Teras

• Mata pelajaran Wajib

• Mata pelajaran Tambahan

• Mata pelajaran Elektif

Page 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

37

8 Apakah perbezaan antara KBSM dan KSSM?

Perbandingan antara KBSM dan KSSM adalah seperti berikut:

Bil. Aspek KBSM KSSM

1 Reka bentuk kurikulum

Kerangka Kurikulum berasaskan 3 bidang: • Komunikasi • Manusia

dan Alam Sekeliling

• Perkemba-ngan Diri Individu

Kerangka Kurikulum berasaskan 6 tunjang: • Komunikasi • Perkembangan

Fizikal&Estetika

• Kemanusiaan • KeterampilanD

iri • Sains dan

Teknologi (STEM)

• Kerohanian, Sikap&Nilai

Berasaskan hasil pembelajaran

Berasaskan standard: • Standard

kandungan • Standard

pembelajaran • Standard

prestasi

Page 6: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

36

6 Apakah aspek pembaharuan dalam KSSM?

Ada 3 aspek pembaharuan dalam KSSM iaitu:

1 Aspek Kandungan

Penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa.

2 Aspek Pedagogi

Pendekatan pembelajaran secara mendalam, kontekstual dan berkesan.

3 Aspek Pentaksiran

Perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan.

7 Apakah ciri-ciri murid yang dihasratkan selepas melalui KSSM?

Murid yang mengikuti KSSM akan mempunyai ciri-ciri yang dihasratkan seperti berikut:

• Kemahiran berfikir • Komunikasi • Kerja sepasukan • Kepimpinan Fleksibel • Berinisiatif dan terarah kendiri • Teknologi maklumat dan komunikasi • Keusahawanan • Belajar sepanjang hayat • Kebolehan menyesuaikan diri

Page 7: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

35

Contoh: Mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 KSSM 2.0 GEOGRAFI FIZIKAL: BENTUK MUKA BUMI DAN SALIRAN

STANDARD KANDUNG-

AN

STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

CATATAN

TAHAP PENGUASA-

AN

TAFSIRAN

2.1 Bumi

.

Murid boleh: 2.1.1 Menjelaskan

empat sistem fizikal bumi.

2.1.2 Menjelaskan

struktur bumi. 2.1.3 Mengenal

pasti benua, lautan, laut utama dan selat.

2.1.4 Membincang-

kan kesan pergerakan kerak bumi.

1

Menamakan sistem fizikal dan struktur bumi.

Cadangan Aktiviti

Mencari maklumat tentang empat sistem fizikal bumi, struktur bumi, pergerakan bumi yang berlaku dengan mengguna-kan TMK.

Membina model lapisan struktur bumi.

2

Menjelaskan sistem fizikal dan struktur bumi.

3

Menerangkan stuktur bumi dan sistem fizikal bumi dengan memberi contoh tiga benua, tiga lautan, satu laut utama dan satu selat.

4

Menerangkan kejadian kesan pergerakan kerak bumi di benua dan lautan.

5

Membincang-kan kesan pergerakan kerak bumi di sesuatu kawasan.

6

Menghasilkan karya kreatif dan menunjukkan keaslian dengan menggunakan pelbagai media berkaitan tajuk bumi.

Page 8: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) Kurikulum ...smkbu.edu.my/images/files/pdf/FAQ_07022017-39.pdf · 1 Reka bentuk kurikulum Kerangka ... dan Alam Sekeliling • Perkemba-ngan

Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim

34

5 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran

dan Standard Prestasi yang terdapat dalam dokumen DSKP

KSSM?

Perkara Keterangan

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard Prestasi

Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.