akta kualiti alam sekeliling 1974

67
FEM 4205 : 3 (3+0) FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Resource Management in Changing Environment Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 BILIK A2-14 Email: Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia

Upload: syakiroh

Post on 14-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • FEM 4205 : 3 (3+0)Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran BerubahResource Management in Changing EnvironmentHUSNIYAH BT. ABD. RAHIMBILIK A2-14Email: [email protected]

    Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian PenggunaFakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

  • Kuliah

    TajukJam 7.Pengurusan Alam Sekitar4Pembangunan lestariPengurusan sumber semulajadi

    8.Cabaran-cabaran 3

    Jumlah jam42

  • Tajuk 7

    Pengurusan Alam Sekitar

  • Pengurusan Alam SekitarPengurusan alam sekitar melibatkan pengurusan semua komponen bagi persekitaran biofizikal, iaitu meliputi hidupan dan bukan-hidupanHidupan dan bukan-hidupan mempunyai hubungkait dan jalinan di antara merekaTerdapat juga hubungkait dan jalinan di antara persekitaran manusia seperti sosial, budaya dan ekonomi dengan persekitaran biofizikal berkenaan

  • Pengurusan Alam SekitarDalam pengurusan, perlunya suatu sistem dan standard tertentuSistem atau standard bertujuan untuk mengurangkan kesan ke atas persekitaran. Ini dapat ditentukan dari pencapaian objektif tertentuContohnya: Standard ISO 14001 digunakan bagi pengurusan risiko persekitaranIa hampir dengan sistem di Eropah iaitu Eco-Management and Audit Scheme (EMAS)

  • Pengurusan Alam SekitarKebanyakan sistem pengurusan persekitaran (EMS) berdasarkan kepada standard ISO 14001 Green Dragon Environmental Management Standard - adalah sistem EMS lima tahap bagi organisasi kecil dan besarBS 8555 adalah standard berfasa bagi organisasi kecil. Mereka kemudiannya boleh menggunakan standard ISO 14001 dalam 6 langkah

  • Pengurusan Alam SekitarUntuk merangsang pembangunan yang selamat untuk persekitaran dan lestari, Malaysia telah menyediakan suatu kerangka untuk perlindungan persekitaran.Industri perlu mengambilkira faktor persekitaran di peringkat awal perancangan projek. Aspek kawalan pencemaran termasuklah pengubahsuaian yang mungkin dalam turutan proses untuk meminimakan bahan buangan, melibatkan pengelakan pencemaran sebagai sebahagian dari proses pengeluaran, dan memfokus pada pilihan kitar-semula

  • Pengurusan Alam SekitarPolisi Alam Sekitar Negara dirangka dalam Rancangan Malaysia KetigaAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) Agenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) Tiga aspek utama dalam pembangunan lestari iaitu ekonomi, penduduk (sosial) dan alam sekitar yang saling memperlihatkan kepentingan yang jelas. Ketiga-tiga komponen dapat mewujudkan rangka bagi pembentukan pengurusan alam sekitar lestari masa kini dan masa hadapan

  • Pengurusan Alam SekitarPolisi Alam Sekitar Negara bertujuan untuk kemajuan berterusan dari segi ekonomi, sosial dan budaya Malaysia dan peningkatan dalam kualiti hidup penduduknya, melalui pembangunan yang sihat untuk persekitaran dan lestariMatlamatnya adalah untuk mencapaiPersekitaran yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi masa kini dan masa hadapanPengekalan budaya unik dan pelbagai dan warisan semulajadi Negara dengan penglibatan efektif oleh semua sektor dalam masyarakatGaya hidup dan corak penggunaan dan pengeluaran yang lestari

  • Pengurusan Alam SekitarPrinsip bagi polisi ini (8):Pengawasan alam sekitarPemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alamPeningkatan berterusan kualiti alam sekitarPenggunaan mapan sumber-sumber asliMembuat keputusan bersepaduPeranan sektor swastaKomitmen dan bertanggungjawabanPenyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa

  • Pengurusan Alam Sekitar1. Pengawasan alam sekitar:Menghormati dan prihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika tertinggi

    2. Pemuliharaan ketahanan dan kepelbagaian alam:Memulihara ekosistem semulajadi bagi mempastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongan hidup

  • Pengurusan Alam Sekitar3. Peningkatan berterusan kualiti alam sekitar:Mempastikan peningkatan berterusan produktiviti dan kualiti alam sekitar dalam mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

    4. Penggunaan mapan sumber-sumber asli:Menguruskan penggunaan seumber asli bagi mengekalkan sumber dan penjagaan alam sekitar

  • Pengurusan Alam Sekitar5. Membuat keputusan bersepadu:Mengintegrasi dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksaan dasar, objektif dan mandat pelbagai sektor

    6. Peranan sektor swasta:Memperkukuh peranan sektor swasta dalam hal perlindungan pengurusan alam sekitar

  • Pengurusan Alam Sekitar7. Komitmen dan bertanggungjawaban:Mempastikan semua pembuat keputusan sektor awam & swasta, pengguna, pertubuhan bukan kerajaan & orang awam berkomitmen tinggi terhadap perlindungan dan bertanggungjawaban ke atas alam sekitar semasa membentuk, merancang & melaksana aktiviti masing-masing.

    8. Penyertaan aktif dalam masyarakat antarabangsa:Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar

  • Pengurusan Alam SekitarAkta Biokeselamatan Akta ini diwujudkan pada 2007Tujuan untuk mengimbangi pembangunan bioteknologi moden bagi kegunaan berfaedah di samping mempastikan tiada kesan mudarat berlakuAkta ini melengkapkan Dasar Bioteknologi Negara demi mengelak pengabaian aspek keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitarHasilan produk menggunakan organisma diubahsuai (living modified organisma LMO) dijamin selamat kepada kesihatan manusia, haiwan dan alam sekitar

  • Pengurusan Alam SekitarAkta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974)Untuk mencegah dan mengawal pencemaran serta memulihara alam sekitarDibawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar MalaysiaTimbul hasil dari pencemaran air yang serius akibat dari pelepasan kilang seperti hasil buangan daripada kelapa sawit dan getahMelibatkan kerjasama pihak industri, agensi penyelidikan, penguatkuasa

  • Pengurusan Alam SekitarPerkembangan Pusat Pertumbuhan Bandar juga menimbulkan masalah alam sekitar bagi kawasan bandarPerkembangan ini memberi kesan kepada kualiti sistem udara, air dan tanah di kawasan bandar dan persekitarannya proses perindustrian dinamik juga penyumbang kepada pencemaran alam sekitarBerlakunya peningkatan perdagangan yang melibatkan perairan Selat Melaka pencemaran minyak di perairan

  • Pengurusan Alam SekitarSehubungan dengan itu, diwajibkan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA Environment Impact Assessment) bagi projek besarPenguatkuasaan ke atas kajian EIA penting bagi menangani masalah alam sekitar dalam jangka panjangDi samping itu terdapat piawaian-piawaian tertentu bagi pelepasan bahan buangan industri ke sungai atau alam sekitarPihak industri perlu mengolah bahan buangan (mengasingkan bahan pencemar) sebelum dilepaskan ke saliran

  • Pengurusan Alam SekitarPenerapan Cara Hidup Mesra Alam:Konsep mesra alam dapat mengurangkan kadar penggunaan sumber alam secara terancang dan efektif1.Memupuk pemikiran dan minda lestari kempen dan promosi2. Penghayatan amalan dan cara hidup mesra alam pemilihan makanan dan proses untuk bahan buangan3. Kemudahan dan amalan pilihan kenderaan yang memberi impak minimum kepada alam sekitar

  • Pembangunan LestariDefinisi pembangunanTransformasi dari satu tahap ke tahap lain yang dapat memperkayakan kehidupan manusia supaya ia lebih baik dan mempunyai kepelbagaian dalam bahan dan aspek budaya, rasional dan yang lainnya

    Definisi kelestarianKelestarian sebagai satu usaha untuk menjelaskan mengenai keseimbangan yang diperlukan di antara pertumbuhan ekonomi dan keabadian persekitaran semulajadi

  • Pembangunan LestariPembangunan Lestari Adalah proses menghasilkan keseimbangan di antara pembangunan ekonomi, pembangunan komuniti, dan pembangunan ekologi

    Ia juga merupakan pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa mengabaikan kemampuan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan mereka

  • Pembangunan LestariTerdapat 3 perkara penting bagi pembangunan lestariPengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharuiPengekalan biosferaPenciptaan masyarakat yang lebih baik

  • Pembangunan LestariPengekalan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharuiMerujuk kepada pengurangan sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui, khususnya minyak/bahan api yang terhasil dari pereputan fosil. Ekonomi yang berasaskan kepada eksploitasi sumber-sumber terhad adalah tidak lestari dalam jangka panjangPerlu berubah kepada ekonomi berasaskan sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti elektrik dari kuasa-angin dan kuasa-hidro (air), dan penggunaan semula bahan/barangan

  • Pembangunan LestariPengekalan biosferaKerisauan wujud tentang pencemaran alam sekitar disebabkan bahan kimia yang mungkin menyebabkan kerosakan berkekalan kepada eko-sistem dunia. Perlu berubah kepada ekonomi yang mengekalkan biosfera. Ini meningkatkan utiliti ekonomi (kepuasan dari aspek ekonomi)

  • Pembangunan LestariPenciptaan masyarakat yang lebih baikTimbul kerisauan mengenai masyarakat moden khususnya berkaitan dengan kapitalisma, organisasi besar dan rasional ekonomi. Perlu berubah ke masyarakat yang lebih baik khususnya memperoleh semula masyarakat lama yang baik di mana sedikit adalah lebih baik.Perlu dititikberatkan mengenai agihan semula kekayaan

  • Pembangunan LestariTerdapat 2 pandangan mengenai pembangunan lestari yang melibatkan ekonomi, sosial , dan persekitaran semulajadi

    Pandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi Pembangunan Lestari

    Pandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari

  • Pembangunan LestariSumber: Giddings, Hopwood, & OBrien Sustainable Cities Research InstituteMASYARAKATPERSEKITARANEKONOMIPEMBANGUNAN LESTARIPandangan Sektor Tiga-Gelang Yang Umum Bagi Pembangunan Lestari

  • Pembangunan LestariPandangan sektor tiga-gelang ini (ekonomi, masyarakat, persekitaran) selalu ditunjukkan dengan 3 gelang sama besar sedangkan satu sektor boleh menjadi lebih utama berbanding yang lainPandangan ini bertujuan untuk membawa ketiga-tiga sektor dalam suatu cara yang seimbang, dan dapat mengatasi konflik dalam kalangan sektor berkenaan

  • Pembangunan LestariKelemahan dan limitasi pandangan ini:Menganggap ada pemisahan di antara tiga sektor dan wujud autonomi masing-masing bagi ekonomi, masyarakat dan persekitaranHasil dari ini, isu pembangunan lestari selalunya menggunakan pendekatan secara berasingan bagi setiap sektor. Ia mengabaikan hubungkait di antara ketiga-tiga sektorIa membawa kepada anggapan bahawa boleh berlaku pertukaran di antara ketiga-tiga sektor

  • Pembangunan LestariEKONOMIPERSEKITARANMASYARAKATPANDANGAN BERTINDIH BAGI PEMBANGUNAN LESTARI

  • Pembangunan LestariPandangan Bertindih Bagi Pembangunan Lestari:Ekonomi bergantung kepada masyarakatKedua-dua ekonomi dan masyarakat bergantung kepada persekitaran

  • Pembangunan LestariMengutamakan Ekonomi:Ekonomi mendominasi persekitaran dan masyarakatDalam pembangunan lestari sesebuah kerajaan, matlamat adalah untuk pertumbuhan ekonomi yang tinggiTidak ada pendekatan yang mengintegrasikan ketiga-tiga sektorAnggapan dibuat bahawa dengan wujudnya ketidakseimbangan dalam masyarakat dalam aspek kekayaan, kuasa dan pendidikan, ini akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi

  • Pembangunan LestariWalaupun ekonomi diberi keutamaan, dalam keadaan sebenarnya ekonomi bergantung kepada masyarakat dan persekitaranMasyarakat terdiri dari aktiviti manusia dan interaksi yang membentuk kehidupan manusiaAktiviti manusia wujud dalam suatu persekitaran dan dengan itu mempunyai kesan kepada persekitaranManusia juga bergantung kepada persekitaran untuk hidup (perlukan sumber bagi memenuhi keperluan dan kehendak)

  • Pembangunan LestariEkonomi merupakan subset (sebahagian) kepada masyarakat Keperluan manusia dipenuhi melalui pengeluaran komoditi dan juga dipenuhi melalui aktiviti di luar ekonomiSebahagian pertukaran barangan dan pengeluaran barangan tidak melibatkan aktiviti kewangan.

  • Pembangunan LestariAgenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21)Adalah agenda 21 di tahap tempatanIa adalah pelan tindakan ke arah pembangunan lestari global dalam millenium akan datang, dan dimeterai oleh lebih dari 178 ketua negara dan menteri di UNCED (United Nations Conference on Environment and Development)

  • Pembangunan LestariAgenda Tempatan 21 (Local Agenda - LA 21) (samb.)Adalah program untuk menyemarakkan kerjasama di antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti, mereka berkhidmat untuk bekerja bersama-sama bagi merancang dan mengambilberat persekitaran ke arah pembangunan lestariKomuniti tempatan dan pihak berkuasa tempatan mengenalpasti dan menganalisa isu nlestari tempatan, menghasilkan formula dan melaksanakan pelan tindakan untuk mengatasi isu ituMenggunakan pendekatan dari bawah ke atas

  • Pembangunan LestariPrinsip LA 21Perspektif menyeluruh dalam pemikiran dan tindakan dalam kalangan sektorPenglibatan aktif dari rakan kongsi untuk membina semangat kerjasama dan kemesraanPemikiran dan tindakan komuniti dalam jangka hayat merekaPerspektif dunia dalam isu tempatan berfikir secara global dan tempatanPerpektif jangka panjang untuk isu tempatan

  • Pembangunan LestariCiri-ciri LA 21Ia menyebut mengenai keperluan ekonomi, sosial dan ekologi adalah saling bergantungan/bersamaIa termasuk kesepakatan ke atas visi untuk masa hadapan yang lestariIa termasuk proses penglibatan dengan penduduk tempatanIa membina suatu kumpulan taruh (stakeholder), forum, atau kumpulan komuniti multi-sektor untuk melihat proses yang berlaku

  • Pembangunan LestariCiri-ciri LA 21 (samb.)Mengandungi Pelan Tindakan dengan sasaran jangka-panjang yang kukuhMempunyai kerangka pengawalan dan laporanMempunyai petunjuk untuk mengawal kemajuanMempunyai aktiviti yang boleh diukur dan program untuk melaksanakan Pelan Tindakannya

  • Pembangunan LestariProses LA 21Menyusun/menyedia pihak berkuasa tempatanRakan kongsi dan penglibatanMembina visiMengenalpasti masalah dan isuMembina objektif/ menetapkan keutamaanPelan tindakanPerlaksanaanPengawalan dan menilai

  • Pembangunan LestariDimensi Pembangunan Lestari di Malaysia3 dimensi/komponen utama yang berinteraksi antara satu sama lain1.EkonomiAsas dan aspek yang mendalam2.SosialPelakon watak (manusia), masyarakat3.PersekitaranSumber semulajadi, manusia, memberi kesan yang terbesar

  • Pembangunan LestariDimensi Pembangunan Lestari di Malaysia1.EkonomiMenggunakan sumber minimum untuk aktiviti ekonomi atau industri untuk mendapatkan hasil maksimum dalam membina suatu pembangunan ekonomi yang lestari2.SosialSetiap orang terlibat dan bekerjasama dalam menjadikan kehidupan yang sihat bagi mencapai kualiti hidup yang tinggi

  • Pembangunan LestariDimensi Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)3.PersekitaranWalaupun untuk mencapai pembangunan yang pantas dalam aspek ekonomi dan sosial, perlu juga mengekalkan persekitaran semulajadi yang menjadi bekalan bagi sumber-sumber yang digunakan oleh industri dan ekonomi serta manusia bagi kehidupan yang baik

  • Pembangunan LestariFaedah Pembangunan Lestari1.Ke atas individuPihak berkuasa tempatan lebih sensitif dan efektif dalam memenuhi keperluan andaPersekitaran yang lebih kondusif dan kualiti hidup lebih baik2.Ke atas organisasiPeluang untuk terlibat dalam perancangan dan pembangunan persekitaran dengan pihak berkuasaPeluang untuk input bernilai kepada polisi dan amalan yang akan memberi kesan kepada persekitaran dan kualiti hidup komuniti

  • Pembangunan LestariFaedah Pembangunan Lestari (samb.)3.Ke atas perwakilan kerajaanMeningkatkan pemahaman dan kerjasama di antara kerajaan dan komunitiMenambahbaik imej sebagai seorang yang mengamalkan amalan baik melalui penglibatan dengan pihak awam, ketelusan, pembinaan kesepakatan, lebih berkesan, lebih cekap, lebih diharap

  • Pembangunan LestariIsu Utama Pembangunan Lestari di MalaysiaPersekitaranDisebabkan aktiviti industri dilakukan oleh masyarakat atau industri tidak beretika seperti penyahhutan dan bahan buangan toksik serta pembangunan tidak dirancang, menyebabkan penyusutan persekitaran dan mengurangkan sumber semulajadiIsu Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam

  • Pembangunan LestariIsu Utama Pembangunan Lestari di Malaysia (samb.)Kesan ke atas persekitaran hasil dari pembangunan sektor tertentu yang boleh dikategorikan kepada:Pembangunan tanah dan hutanPertumbuhan industriPenggunaan CFCSumber dari pantai dan laut

  • Pembangunan LestariCadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan LestariSektor swasta, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat sewajarnya bekerjasama dan memainkan peranan mereka untuk mencapi pembangunan lestariGalakkan penglibatan dari pelbagai lapisan masyarakat dalam program pembangunan lestari seperti kitar semula, pendidikan pengguna dsb.Penstrukturan semula dan menguatkuasakan polisi dan akta industri yang lebih seimbang dan sesuai yang boleh diintegrasikan ke dalam dimensi persekitaran untuk mengurangkan kos persekitaran

  • Pembangunan LestariCadangan Untuk Memperbaiki Pembangunan Lestari (samb.)Industri hendaklah mengambilkira untuk mengawal dan mengurangkan penggunaan CFCMengekalkan dan mengawal harga patut bagi bekalanStrategi bagi melindungi dan menilai impak dari sesuatu projek pembangunan

  • Pengurusan Sumber SemulajadiPengawalseliaan Kelestarian PersekitaranDi Malaysia, ada 6 petunjuk utama yang digunakan untuk mengawalselia kemajuan kelestarian persekitaranKadar kawasan tanah yang dipenuhi hutanNisbah kawasan yang dilindungi untuk mengekalkan kepelbagaian biologi kepada kawasan permukaanPenggunaan tenaga

  • Pengurusan Sumber SemulajadiPengawalseliaan Kelestarian Persekitaran (samb.)Pelepasan gas karbon dioksida (per kapita) dan penggunaan CFC yang mengurangkan ozon (ODP tan)Nisbah populasi dengan akses kelestarian kepada sumber air yang mengalami penambahbaikan di bandar dan luar bandarKadar populasi bandar dan luar bandar dengan akses kepada kebersihan yang mengalami penambahbaikan.

  • Pengurusan PersekitaranSistem Pengurusan Persekitaran (EMS)Merupakan aspek struktur pengurusan organisasi secara keseluruhan yang mengenalpasti impak jangka sederhana dan panjang bagi produk, perkhidmatan, dan proses ke atas persekitaran Memberi arahan dan konsistensi bagi organisasi untuk menangani masalah persekitaran melalui agihan sumber, agihan tanggungjawab dan penilaian berterusan ke atas amalan, prosedur dan proses Memfokus pada penambahbaikan berterusan sistem berkenaan

  • Pengurusan PersekitaranModel EMS Model EMS mengikuti aliran Tindakan Rancang-Laksana-Semak (Plan-Do-Check-Act Cycle, or PDCA). Boleh digunakan oleh pelbagai jenis organisasi termasuk pengeluaran, perkhidmatan dan agensi kerajaan

  • Pengurusan PersekitaranModel EMS (samb.) Bermula dengan membina polisi persekitaran, merancang EMS, dan melaksanakannya. Termasuk juga menyemak semula sistem dan bertindak ke atasnya.Suatu model yang melibatkan penambahbaikan berterusan di mana organisasi sentiasa menyemak dan membuat penambaikan sistem.

  • Pengurusan PersekitaranUnsur-unsur dalam EMSKenyataan Polisi suatu kenyataan mengenai komitmen organisasi terhadap persekitaranMengenalpasti Impak Signifikan Terhadap Persekitaran oleh produk, aktiviti dan perkhidmatan ke atas persekitaranPembinaan objektif dan sasaran matlamat persekitaran oleh organisasi

  • Pengurusan PersekitaranUnsur-unsur dalam EMS (samb.)Pelaksanaan perancangan untuk mencapai objektif dan sasaranLatihan mempastikan kakitangan sedar dan berupaya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap persekitaranSemakan Pengurusan

  • Pengurusan PersekitaranSistem Pengurusan Persekitaran (EMS) Siri ISO 14000Satu siri piawaian sistem pengurusan persekitaran, pengauditan alam sekitar, pelabelan, penilaian prestasi persekitaran dan analisis kitaran hayatMerupakan keluarga bagi standard untuk menjaga persekitaranBertujuan diguna di seluruh dunia bagi menjadikan alam sekitar baik dan meningkatkan perniagaan dan perdagangan antarabangsaMenyeragamkan usaha memperbaiki alam sekitar

  • Pengurusan PersekitaranISO 14000 merupakan siri standard dan dokumen rujukan termasuk: Sistem Pengurusan PersekitaranPelabelan EkoPengauditan PersekitaranPenilaian Prestasi PresekitaranAspek Persekitaran dalam Standard ProdukPenilaian Kitar-Hayat

  • Pengurusan PersekitaranStandard ISO 14001:2004Standard bagi Sistem Pengurusan Persekitaran edisi pertama dikeluarkan pada 1996 oleh International Organization of Standardization (badan NGO)merupakan suatu standard bebas yang menerangkan mengenai keperluan tertentu untuk EMSorganisasi akan menerima sijil ISO 4001 bagi yang menggunapakai standard berkenaanadalah asas kepada siri ISO 4000 Edisi kedua dikeluarkan dalam 2004, mengemaskini standard sebelumnya.

  • Pengurusan PersekitaranKeperluan Standard ISO 14001:2004 Polisi Persekitaran membina kenyataan berkaitan komitmen organisasi terhadap persekitaranAspek dan Impak Ke Atas Persekitaran kenalpasti perkara-perkara berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan aktiviti yang memberi kesan kepada persekitaranKeperluan Perundangan dan Lain kenalpasti dan pastikan memperoleh akses kepada perundangan dan peraturan yang relevan

  • Pengurusan Persekitaran Keperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)Objektif dan Sasaran dan Program Pengurusan Persekitaran tetapkan matlamat persekitaran bagi organisasi dan rancangan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran Struktur dan Tanggungjawab mengenalpasti peranan dan tanggungjawab dalam organisasi Latihan, Kesedaran dan Kompetens mempastikan kakitangan sedar dan berupaya menjaalankan tanggungjawab terhadap persekitaran

  • Pengurusan PersekitaranKeperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)Komunikasi membina proses bagi komunikasi dalaman dan luaran dalam isu pengurusan persekitaranDokumentasi EMS menyimpan maklumat mengenai EMS dan dokumen yang berkaitan Kawalan Dokumen mempastikan pengurusan efektif terhadap prosedur dan dokumen lain Kawalan Operasi kenalpasti, rancang dan uruskan operasi dan aktiviti organisasi mengikut polisi, objektif, sasaran dan aspek signifikan

  • Pengurusan PersekitaranKeperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)Kesediaan dan Respons Kecemasan membina prosedur bagi mengelak dan bertindakbalas terhadap kecemasan Pemantauan dan Pengukuran memantau aktiviti utama dan menjejak prestasi termasuk menilai kepatuhan secara berkala Penilaian terhadap Kepatuhan membina prosedur bagi menilai kepatuhan secara berkala dengan melibatkan keperluan perundangan dan yang lainnya

  • Pengurusan PersekitaranKeperluan Standard ISO 14001:2004 (samb.)Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan dan Pencegahan kenalpasti dan perbetulkan masalah dan mencegah kes berulang lagiRekod menyimpan rekod yang mencukupi bagi prestasi EMS Audit EMS secara berkala sahkan bahawa EMS adalah efektif dan mencapai objektif dan sasaran Semakan Pengurusan menyemak EMS

  • Pengurusan PersekitaranHalangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan persekitaran (ISO 14000) tidak berupaya menunjukkan ukuran sebenar pencapaian penjagaan persekitaran di sesebuah organisasi. perlaksanaannya lebih bergantung kepada tekanan pesaing dan insentif pengurusan, dengan itu kurang berkesan menangani masalah persekitaran

  • Halangan bagi perlaksanaan sistem pengurusan persekitaran (ISO 14000) (samb.)

    melibatkan impak negatif kepada organisasi. Antaranya:Kurang galakan syarikat kecil dan sederhana (IKS) disebabkan kos-kos pembangunan, dokumentasi dan pengesahan pensijilan sistem pengurusan persekitaran dalam mendapatkan pensijilan ISO 14000 kekurangan tenaga pakar, masa dan infrastruktur menjadi beban kepada organisasi industri kecil dan sederhana (IKS) akan terjejas jika ia memerlukan perlabelan alam sekitar dalam setiap barangan yang dikeluarkan kerana kurang kemampuan dari aspek ini IKS antara penyumbang kepada pencemaran

  • Pengurusan PersekitaranAda 4 aspek utama dari Agenda 21 yang berkait dengan EMS Siri ISO 14000 Kesedaran tentang impak terhadap alam sekitarTanggungjawab terhadap impak berkenaanJangkaan terhadap pengurangan impak tersebutAgihan tanggungjawab daripada impak alam sekitar terhadap kemajuan masyarakat