kraft a ngan

35
1. PENGENALAN Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari

Upload: cpt-miller

Post on 26-Dec-2015

104 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nice

TRANSCRIPT

Page 1: Kraft a Ngan

1. PENGENALAN

Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf

tangan dan kraf tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni

visual. Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil

kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran

menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga adalah

dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang

mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran,

anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah

menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini

selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.

Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia bukan sahaja di

kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan

sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang

dihasilkan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak

menghasilkan pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan.

Dalam seni kraf tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah

indah dengan memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan

menarik hati. Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi

dalam menggunakan bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal

sehinggalah sesuatu hasil seni kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu

juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah

dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada

tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah

berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf

yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang

dipilih lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah

dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau,

singa, gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini

berlaku kerana motif benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan

sebagainya dikhuatiri mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan

sebagainya.

Page 2: Kraft a Ngan

2. KRAF TRADISIONAL BERKONSEPKAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN

MASYARAKAT MELAYU

Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang

Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah

haluan kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah

mengetahui den menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap

alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera

di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang

berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat. Hasil ciptaan seni kraf

Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam penghasilanya.Ini jelas

digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga mengambarkan

sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-ciri

Islam.

Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias,  membuktikan kraf

tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah

diharamkan dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias

seperti  penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada

flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa

daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham

bersama.Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah

memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta

bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan

keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta

ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang

tidak ternilai.

Seni Batik Melayu

Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada

Kepulauan Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya

di kawasan Kelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke

sini. Batik merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah

diregang pada kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam

Page 3: Kraft a Ngan

canting dan proses terapan bermula. Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan

dilakukan oleh pembuat batik yang mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain

selama 8 hingga 12 jam dengan sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan

kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan

soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di cuci dan dibilas di dalam air bersih

sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat batik agak lama dan rumit,

tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat berpatutan dengan hasil

kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang dihasilkan di

sini. Antaranya ialah;

a. Batik Blok

Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan

diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi

mengecap kain yang dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri

daripada kain kapas, kain sutera dan organza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan

digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara. Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh

dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.

b. Batik Canting

Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi

untuk menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang

pada menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk

diterapkan di atas lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses

mencanting memerlukan ketelitian dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna

mengikut kesesuaian reka corak. Reka corak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi

tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut dijadikan sebagai alat perhiasan dan

kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan untuk batik canting terdiri

daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.

c. Batik Skrin

Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik

lakaran corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan

diregang di atas pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya.

Selalunya, beberapa keping pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini

Page 4: Kraft a Ngan

disebabkan satu pemidang boleh disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas

sehelai kain putih bagi melakukan proses penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi

melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang

tinggi perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif

dan indah lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses

penggarapan motif selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora,

arabes geometri, fauna, benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur

seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal dengan penghasilan batik yang halus dan

ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang

terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka menjadikan objek

sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu

mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat

di dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang

menarik dalam batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya

yang banyak di dapati di kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para

pembuat batik. Namun begitu,

tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana para

pengusaha batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-

motif yang dipilih adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik.

Dalam Islam juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam

menunjukkan penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah

mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta

bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur

akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia”. Budaya Melayu itu sendiri, lebih

mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam menghasilkan seni

berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam. Jika di Indonesia atau kepulauan Jawa,

mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek. Ini kerana pengaruh agama seperti

Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna seperti kuda, harimau, ular,

Page 5: Kraft a Ngan

naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga dipersembahkan sebagai

karya seni batik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan konsep seni Islam yang

kita amalkan yang mana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak

digalakkan kerana dikhuatiri menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah

pihak. Dalam Islam itu sendiri melalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-

Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan

bahawa membuat gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah

dilarang sama sekali kerana menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala.

Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia

mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT. Namun begitu, dalam Mazhab

Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa melukis objek ini dibenarkan

walaupun makruh. Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan dari melakukan

sesuatu yang bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan.

Berbalik kepada motif yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora

sering menjadi pilihan seperti dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk

digunakan secara tunggal atau bertabur disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin

menterjemahkan perasaannya yang mengagumi ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala

nikmat yang diberikan. Unsur geometri juga menjadi pilihan yang menarik dan mempunyai

keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi. Kadang-kadang, garis-garis

lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput, kisi-kisi dan lain-lain

lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batik canting yang dibeli oleh penulis

daripada seorang teman di Terengganu.

Rajah 1

Page 6: Kraft a Ngan

Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang

mengagumkan. Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah,

masjid, istana, rumah makam, rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan

hiasan dan keperluan harian seperti bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan

sebagainya. Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan,

suku kaum di Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang

dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran

bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti

pisau wali, ‘carving tool’(Khairuddin Talib: 2011). Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran

layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan tembus. Seni ukir di Tanah Melayu

banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu yang menyatakan seni

ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang

Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti

istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan

penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi

peninggalan yang amat berharga. Tambahan pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang

membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi sumber motif ukiran bercirikan Islam

contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang terkenal di dunia

mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang digunakan

sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.

Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu

Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif

flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat

atau kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan

objek disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan

larat yang terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga

serta tulisan ayat Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang

bernaungkan agama Islam. Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah

dengan ukiran khat pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat

keagamaan seperti rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di

ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid

atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang telah diambil untuk kita analisis

Page 7: Kraft a Ngan

bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna

kepada hasil ukiran tersebut.

Rajah 2

Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya

di kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang

diwarisi sejak dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan

corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran

dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi

menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah

menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur

seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman dahulu, motif dan warna yang

terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang. Sebagai contoh songket yang

ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas dipakai oleh kerabat raja dan

golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan menggunakan benang kapas dan

mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis tertentu.

Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung,

Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu

motif daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung

Merak juga menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif

yang popular ialah geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik

Page 8: Kraft a Ngan

International Research Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence,

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md.

Nawawi, corak dan motif pada kain songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu.

Beliau juga menyatakan penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di persekitaran

suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau

berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan

mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya kebanyakan

motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-

kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam(Dr.

Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita bahawa

nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh

mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari

alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat

yang tidak ternilai. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan

memikat hati sesipa sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak

lari daripada bercirikan Islam, yang mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut,

penenun ingin menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman

dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia ini. Dan setiap apa yang diciptakan

olehNya itu tidak pernah sia-sia. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan

Islam yang menemukan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan

keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya. Di bawah adalah

salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis mengenai keunikan dan

kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.

Rajah 3

Page 9: Kraft a Ngan

Seni Anyaman Melayu

Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah

banyak dihasilkan khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman

kaum Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam

merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang

lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu

alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk

mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh

dari luar. Orang dahulu menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup

seperti tikar, bakul, tempat buaian, dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan

barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau

dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk

mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak

lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak,

teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.

Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.

Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang

sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak

yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap

bicara orang zaman dahulu sahaja. Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai

Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing, kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam

anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan

pula terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-

lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber

inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang mempunyai makna tersendiri .

Page 10: Kraft a Ngan

Rajah 4

Tembikar Melayu

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut.Tembikar yang telah dibakar di dalamtanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya. Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung, jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labuyakni alat untuk menyimpan dan menyejukan air minuman.

Garapan Idea Motif dan Corak dalam Tembikar Melayu

Seni khat di atas tembikar merupakan satu kemahiran yang istimewa dalam kalangan umat

Islam di Iran dalam abad ke-9 dan ke-10M. Terdapat dua pusat utama iaitu Nisyapur dan

Samarkand. Tembikar yang dihasilkan itu amat bermutu tinggi. Ianya berwarna putih gading

yang ditulis dengan khat kufi berwarna hitam sama ada pada pinggan, mangkuk dan

sebagainya pada zaman kerajaan Samaniah. Pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk

pula, seni khat diabadikan pula di atas barang-barang kaca dan logam iaitu dalam abad ke-12

dan ke-13 di Iran. Pelbagai jenis botol, kendi lampu gantung dan lain-lain lagi telah

dihasilkan. Lampu-lampu itu dihias dengan tulisan khat ayat-ayat al-Qur’an yang indah.

Bentuk labu diilhamkan daripada buah labu.Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid.

Corak hias labu bersumberkan alam sekeliling dan berupa bentuk geometri.Selain itu juga

bentuk labu itu juga berbentu seolah-olah kubah masjid.Labu yang terkenal dihasilkan oleh

kaum wanita di Sayong, Perak.  Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar

tradisional. Motif yang digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan

motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis,

titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit

pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain)

selalunya dijadikan motif tembikar. Motif Geometri seperti  garisan bersilang-seli, titik susun

kisi-kisi,titik tahi alat, garis keluh, pucuk rebung,susur kelapa dan sebagainya. Manakala

motif Gayaan Organik seperti sulur kakung, bunga cengkih,bunga ,pecah lapan,tampuk

manggis,bunga lawang, bunga kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

Page 11: Kraft a Ngan

3. ANALISIS KRAF TRADISIONAL MELAYU

Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan

geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-

pakis,akar kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain.

Penulis berpendapat, susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui

motif-motif yang dipilih untuk menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan

Allah. Pembuat batik mungkin melihat objek-objek tersebut di sekitar rumah mereka.

Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak paku-pakis. Warna-warna harmoni

digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam yang

menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak faedah

kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk

yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk

penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah

yang dituntut dalam Islam.

Page 12: Kraft a Ngan

Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes

yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk

bintang di situ. Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang

dipilih menggambarkan bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan

menterjemahkannya dengan cara tersendiri. Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa

pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi dan mengagumi bahawa setiap apa yang

diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep penting dalam penghasilan seni ukiran

yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan

merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar

bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, pengukir

perlulah mengikut syariat agama seperti tidak menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan

manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini

terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan

manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif-motif

kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau dan dilarang dalam

Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya dipelajari

kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi

sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)

Page 13: Kraft a Ngan

Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak

bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat

adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid,

surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari

Negara-negara Timur Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan

yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai

motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat

yang dapat menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya

Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa

menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama Islam.

Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Page 14: Kraft a Ngan

Tenunan songket pada gambar tersebut

merupakan kain samping songket yang menggunakan motif arabes yang menggabungkan

unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam kesenian Islam kerana ia lahir

dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir dalam pelbagai ilmu

matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-

nilai estetika.  Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya

pemilihan bentuk-bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif

kepada larangan menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia

atau motif haiwan. Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk

geometri dan hiasan bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang

harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada

pandangan mata malah ia penuh dengan makna tersirat. Contohnya motif arabes sering

diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk, idea merupakan aspek penting yg

perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif arabes.  Idea yang melahirkan

pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka menggali

daripada al Quran dan Hadith.  (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)

Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Page 15: Kraft a Ngan

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai

Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri

yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-

tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan indah. Idea anyaman ini

dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka dan bentuk-

bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam

penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri.

Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana

sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasil

anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan

dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

4. UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Page 16: Kraft a Ngan

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di

Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di

mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada

ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran

pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu

memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya

ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia,

kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional

terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu

teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama

dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul.

Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang

BentukBujang

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung.

Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun

putikbuah.

BentukPemidang

Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak

berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang. Ukiran-ukiran yang dibuat

dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik,

setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah

serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

BentukLengkap

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini

menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun,

putik dan sulurnya.

AlatdanMotif

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan

paling penting pahat. Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;

Page 17: Kraft a Ngan

i. Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak

mudik danitik pulang petang)

ii. Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti

bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.

iii. Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang

disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur

tumbuhan. Biasanya, motif- motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung

keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.

iv. Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan

Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah,

masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Proses Penghasilan Silat

Pelbagai jenis-jenis ukiran telah dikenalpasti dalam menghasilkan kraf

ukiran kayu tradisional.Jenis ukiran tersebut juga telah diterangkan untuk

mengaplikasikan hubungkait motif dengan falsafah agama islam pada

bahagian 3 di attas. Persembahan estetika, motif dan falsafah Melayu

serta agama islam akan dapat dihasilkan dengan lebih berkesan lagi

andainya pengukir berjaya mengaplikasikan silat. Silat ialah aplikasi rupa

bentuk atau corak yang timbul .Kekemasan, keindahan corak tergantung

pada gubahan silat-silat pada tempat yang sesuai bagi menampakkan

pergerakan dan menimbukan bentuk. Kemahiran menyilat dapat

menimbulkan perbezaan tinggi dan rendahnya struktur rupa bentuk atau

aras dan ruang pada corak. Pelbagai jenis-jenis silat seperti, Silat leper,

silat belah rotan , Silat serong Silat minangkabau ,.silat dada tuna.Rujuk

gambar tersebut perincian rupa bentuk jenis silat:

Silat Minangkabau.

Page 18: Kraft a Ngan

Dalam aspek ini, penjelasan terperinci dengan mengambilkira penghasilan

silat dan kekemasan bagi setiap jenis-jenis ukiran adalah seperti berikut:

Ukiran Bunga Timbul.

Apabila silat sebagai corak yang timbul terhasil , pengukir mestilah

mengemaskan corak tersebut.Antaranya dengan menghaluskan dan

melicinkan bagi memperolehi corak yang tenggalam iaitu latar.

Beberapa peralatan dapat digunakan antaranya ialah kertas pasir, dengan

menggunakan kertas pasir tersebut lekukukan sebagai kesan tindakan

pahat tadi akan dapat dihilangkan. Mengilat bagi menghasilkan keindahan

warna yang kemas contohnya dengan menggunakan syelek.

Corak yang timbul ini dapat memperlihatkan suatu motif yang hidup dan

bergerak . Contohnya hasil motif flora seperti bunga dan daun dapat

memaparkan gambaran kehidupan yang subur dan ceria. Merujuk pada

falsafah Agama Islam motif bunga mewakili alam semulajadi yang

Contoh gambar tersebut ialah bagaimana menghasilan ukiran. Pengukir menggunakan peralatan seperti pahat kuku atau pahat rata.

Proses menyobek bahagian latar corak, ukiran dilakukan dengan cara menyerong pada corak untuk menimbulkan silat tersebut.Bagi menghasilkan kekemasan silat, kegiatan ini harus dilakukan secara berhati-hati bagi mengecam paras luakkan dengan perlakuan memahat, agar silat yang terhasil pada paras ketinggian seimbang dan yang dikehendaki. .Fungsi jenis pahat mestilah dapat difahami dalam menerbitkan lekukan corak.

Menahan dan menyobek.

Silat Leper.

Page 19: Kraft a Ngan

mengambarkan kejayaan hidup ini sendiri. Daun-daun dapat

mengambarkan kehidupan makhluk yang mengalami kehidupan.Apatah

lagi, corak bunga yang timbul menggambarkan

keberhasilan ,pertumbuhan dan perkembangan kehidupan yang nyata

adalah kerana ada pencipta alam iaitu atas Kebesaran Allah (SWT).

Jenis ukiran ini juga dapat memaparkan pada kita , bahawa objek adalah

berbentuk figure atau dimensi. Ini dapat diterima secara logik dari segi

konsep ilmu sains .Merujuk pada ilmu sains bahawa setiap objek

mempunyai jisim, isipadu ,bentuk dan saiz. Figure rupa bentuk yang nyata

dapat memberi makna yang lebih baik dan berkesan sebagai satu simbol

motif yang kemas.

Ukiran tebuk tembus.

Ukiran dilakukan pada sekeping papan yang ditebuk sehingga tembus.

Ukiran ini boleh menghasilkan silat atau tanpa silat. Pada bahagian latar

menghasilkan corak serta ukiran bunga tanpa silat. Bererti penghasilan

corak dan latar telah menimbulkan silat .

Berdasarkan pada konsep ilmu sains terdapat juga jisim yang terpapar

boleh merangsang deria penglihatan manusia .Contohnya , tulisan perlu

dicoretkan di atas kertas sebagai bentuk satu demasi sahaja kerana

keberkesannya lebih bermakna .Demikian juga dalam seni khat tulisan

jawi bekeperluan untuk dipaparkan secara mendatar satu dimensi bagi

menghasilkkan makna tulisan yang betul .

Jenis ukiran ini juga, mengambilkira konsep ilmu sains iaitu

pengudaraan , pencahayaan dan ruang.Kerana, tebukan tembus

Contoh karya ukiran kayu :Tebuk tembus membenarkan udara , cahaya dan rangsangan ruang visual penglihatan.

Page 20: Kraft a Ngan

memudahkan udara menembusi tanpa halangan dan membenarkan

pencahayaan melalui hasil tebukan. Konsep tersebut dapat memenuhi

lagi aspek hubungan manusia dengan alam dan Ketuhanan.

Keperluan kekemasan amat penting, walau bagaimanapun perlu

mengambilkira motif tersebut dengan makna yang ingin disampaikan ,

agar rangsangan deria penglihatan dapat memberi makna untuk ditafsir

ke otak dengan betul. Contohnya dengan menghaluskan secara teliti dan

berwaspada, menggunakan kertas pasir kerana perubahan rupa bentuk

menyebabkan makna boleh bertukar secara keseluruhan.

Ukiran Layang.

Jenis ukiran ini ialah dengan mengukir corak tanpa menebusakan permukaan latar dan tidak mempunyai corak timbul pada permukaan. Pengukir akan menggunakan teknik gurisan pada permukaan kayu.

Ukiran Arca.

Hasil ukiran jenis ini menghasilkan bentuk tiga dimensi, contohnya congkak, ulu parang, senduk ,sarung parang dan sebagainya.

Rupa bentuk yang nyata dan objektif pada figure yang sebenar dapat

diterima oleh akal dan fikiran manusia. Kerana dari segi rupa bentuk, saiz

Gambar menunjukkan proses ukiran layangan menyebabkan cebisan kayu terhasil kerana diguris .Kesannya ialah iaitu ukiran rupa bentul/corak . Silat hanya

Gambar menunjukkan bagaimana teknik memahat dilakukkan. Pengukir mesti berhati-hati , peka dan mahir memanipulasikan peralatan , psikomotor tangan, minda dan deria penglihatan pada bahan yang diukir. Agar penghasilan rupa bentuk iaitu arca akan terhasil pada figura

Page 21: Kraft a Ngan

akan dapat mempengaruhi daya fikir manusia secara konkrit. Perkara ini

akan dapat menjelaskan kajian-kajian secara konkrit bagi memenuhi

kehendak ilmu sains atau matematik. Contohnya, arca berbentuk piring

atau cawan .Contoh tersebut adalah bekeperluan diukir mengikut bentuk

yang sesuai dan logic dari segi akal dan fikiran . Kerana untuk

menghasilkan arca tersebut luakan perlu dilakukkan agar fungsi atau

peranan bentuk tersebut akan tercapai iaitu air tidak tumpah . Bererti

rupa bentuk bahan tersebut dapat menyampaikkan makna kepada

pengguna .

Sebagai masyarakat Melayu , terdapat beberapa perkara yang perlu

dipatuhi dalam menghasilkan jenis ukiran ini. Antaranya penghasilan arca

bentuk manusia adalah bertentanga dengan ajaran agama islam.

Berdasarkan ajaran agama islam mengambarkan bentuk figura manusia

atau binatang adalah diharamkan. Selain menyebabkan pemesongan

akidah dan ilmu tauhid diri.

Daripada pelbagai jenis ukiran , menjelaskan bahawa silat amat penting

dalam menyerlahkan ukiran yang bermakna dan bersatu bagi

menggambarkan sesuatu motif . Pengaplikasian ilmu-ilmu lain

seharusnya dapat digunakan dalam menghasilkan corak dan motif kerana

ukiran silat juga brdasarkan ketetapan corak .Contohnya , pengukir akan

menggunakan ilmu matematik , dengai mengira jumlah, bagi

menetapkkan pola , menentukakan perletakan pada latar yang sesuai

mengikut saiz.

Pengaplikasian silat yang sesuai, terhadap pengukiran jenis-jenis ukiran

seharusnya berpadanan dan logik mengikut fungsi atau kegunaan ukiran

dihasilkan. Contohnya, ukiran pada dinding beranda rumah. dan paipan

pada atap rumah.Rujuk gambar berikut:

Page 22: Kraft a Ngan

.

Nilai-nilai estetika akan lebih terserlah dengan melakukkan proses

kekemasan. Apa juga bentuk-bentuk silat yang diaplikasikan ,

kepelbagaian kemahiran teknik menghasilkan silat akan dapat

menjalinkkan kesinambungan corak dan pola yang pelbagai bergantung

pada fungsi kraf yang dikehendaki.Proses kekemasan mampu menjadikan

hasil motif lebih harmoni yang dapat menonjolkan nilai-nilai agama islam.

5. Kesimpulan

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang

memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang

mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu

mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu

Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap

daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna,

geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti

haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya

berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan

hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan

Dinding yang rata tidak membahayaan pengguna, serta membantu aliran angin dan pencahayaan. Susunan dan jumlah mengikut pola serta corak perlu diambil perhatian agar proses kekemasan akan

Di samping pencahayaan dan pengudaraan Tebukan tembus ini menyebabkan beban kayu berkurangan, ini boleh mengurangkan daya bebanan yang tinggi .

Page 23: Kraft a Ngan

tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar

kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan

geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa

rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan

mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam

ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap

dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang

memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian,

penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang

indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti

kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

6. RUJUKAN

Khairuddin Talin HBAE3103 KRAF TRADISIONAL , Open University Malaysia (OUM) Oktober 2011.

Mohd Zaihidee Hj Arshad HBAE2103 CORAK DAN REKAAN, Open University Malaysia (OUM), Oktober 2011.

MohdZiri Husain HBAE 2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN, Open University(OUM), Oktober 2011.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003), Huraian Sukatan Pelajaran kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan seni, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 24: Kraft a Ngan

e-Journal.um.edu.my/filleblank/841.pdf

Anyaman

http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Batikhttp://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95

Contoh Ukiran Kayu Melayu

http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai

http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69

Hukum Melukis Objek dan Binatang

http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html

Motif Songket Bercirikan Orang Melayu

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive

Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.

http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html

Seni Lama Melayu

http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html

ii

Tenunan Songket

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html

Page 25: Kraft a Ngan

Ukiran Kayu Tradisional

http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html