kurang kesedaran punca sumber perikanan pupus … download images/bp.bil.73.pdf · ikan air tawar...

24
Teknologi Sangkar Separa Tenggelam Aplikasi Teknologi Satelit Untuk Kemudahan Nelayan Projek Integrasi Ikan, Sayur Guna Air Bawah Tanah Mengenali Spesies Udang Kara Air Tawar KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS Bil. 73 (Jun 2010) ISSN 0128-1457 http://www.dof.gov.my (Percuma)

Upload: dangmien

Post on 30-Mar-2019

295 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

1 Berita Perikanan

Teknologi Sangkar Separa Tenggelam

Aplikasi Teknologi Satelit Untuk Kemudahan Nelayan

Projek Integrasi Ikan, Sayur Guna Air Bawah Tanah

Mengenali Spesies Udang Kara Air Tawar

KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS

Bil. 73 (Jun 2010) ISSN 0128-1457 http://www.dof.gov.my (Percuma)

Page 2: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

2 Berita Perikanan

Nota Editor

Isi Kandungan• Perutusan 2• Kurang Kesedaran Punca Sumber 3 Perikanan Pupus • Eksport Ikan Hiasan Ke Singapura 4 & 5 Perlu Sijil Kesihatan • Warisan Hikmat Satu-Satunya 6

Pengeksport Udang Sabah Ke EU • Penternakan Ikan Di Sg. Johor – 7 Projek Flagship Kementerian Pertanian • Program Serantau Penyelidikan dan 8 Pengurusan Penyu Asia Tenggara • Kajian Populasi Ikan Pelagik Utama Diteruskan 8• Teknologi Sangkar Separa Tenggelam 9• Aplikasi Teknologi Satelit Untuk 9 Kemudahan Nelayan• Projek D’Raja Lata Janggut Terima Kunjungan 10 Ketua Pengarah Perikanan• Santubong Marine Aquaculture Pakar 10 Teknologi Hatceri • Dua Siswazah Usaha Penternakan Lintah 11• LENSA PERIKANAN 12, 13 & 14• Projek Integrasi Ikan, Sayur Guna 15 & 16 Air Bawah Tanah• Projek Bimbingan Ternakan dan 17 Pengumpulan Tiram Berhasil • Pengembangan Perikanan Agen Perubahan 18• Peserta Program E-Kasih Jalani Kursus 19 Modal Insan• Peluang Ikuti Kursus Pemprosesan 20 Produk Perikanan• Ahli KPSP Kilim Ceburi Pelancongan Rekreasi 21• Mengenali Spesies Udang Kara Air Tawar 22• Uji Minda Anda!!! Teka Silang Kata 23• Kartun - Ikan Oh! Ikan 23• Resipi Pilihan – Kerabu Dua Rasa & Kerabu 24 Kukus Dua Rasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah yang Maha Esa atas perkenan-Nya kita terus dapat melaksanakan kerja-kerja dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Negara kini dilanda musim panas dan kemarau yang sedikit sebanyak turut menjejaskan aktiviti penternakan dan penangkapan ikan. Seperti laporan akhbar baru-baru ini, fenomena ini telah menjejaskan seramai 20 nelayan tradisi yang majoritinya masyarakat Orang Asli sekitar Kahang, Kluang, Johor yang berhadapan kehilangan sumber pencarian apabila air Sungai Sembrong yang selama ini menjadi tempat menangkap dan memancing ikan, mulai kering sejak dua bulan lalu. Alat perangkap ikan seperti lukah dan belat juga turut mengalami kerosakan kerana dipenuhi sampah dan ranting pokok yang tumbang akibat cuaca panas dan kemarau berpanjangan. Kemarau yang serius sejak enam bulan lalu, menjejaskan pendapatan nelayan tradisi yang selama ini bergantung kepada sumber perikanan di sepanjang Sungai Sembrong.

Sungai Sembrong menjadi tempat nelayan bergantung hidup kerana kaya dengan pelbagai ikan air tawar termasuk ikan putih, lampam dan udang. Sehubungan itu, saya berharap supaya nelayan dapat bersabar sementara pihak Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sumber air dan hidupan Sungai Sembrong dan beberapa sungai lain sekitar Gugusan Kahang dari terus musnah akibat bencana alam.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya juga tertarik untuk mengulas isu yang dibangkitkan oleh Yayasan Ekonomi Sejagat (YES) di dalam sebuah akhbar tempatan bahawa negara sudah kerugian RM1 bilion kerana ikan dan produk perikanan tidak dapat memasuki negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Sebenarnya, Malaysia sudah pun dibenarkan mengeksport semula ikan dan produk perikanan ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sejak 15 Mei tahun 2009 setelah lulus pemeriksaan oleh pihak Food and Veterinary Office (EU) dari EU pada 3 hingga 12 Mac 2009. Setakat ini sembilan pengusaha pemprosesan ikan dan hasilan laut sudah mengeksport produk mereka ke EU. Ketika Malaysia menarik diri secara sukarela dari mengeksport ikan dan produk perikanan ke EU, pihak pengusaha sudah pun mencari pasaran baru ke negara-negara lain seperti Maghribi, Mesir, Arab Saudi, Korea dan Vietnam serta memperkukuhkan pasaran ke China, Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.

Untuk mengeksport ikan dan produk perikanan ke EU, pihak pengusaha ladang, pengusaha produk perikanan dan pengendali vesel penangkapan ikan perlu mematuhi semua peraturan yang dikenakan kepada pihak berkuasa yang dikenali sebagai Competent Authority (CA) yang terdiri dari Jabatan Perikanan Malaysia dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Selain itu, CA dan Kementerian Kesihatan juga menguruskan permohonan pihak pengusaha untuk mendapatkan nombor EU sebagai prasyarat untuk mengeksport ikan dan produk perikanan ke negara-negara EU.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sementara itu mulai 15 Julai 2010, pengusaha-pengusaha ikan hiasan yang ingin mengeksport ikan hiasan ke Singapura perlu memiliki sijil kesihatan. Sijil kesihatan ini diperlukan bagi memberi jaminan bahawa ikan hiasan yang hendak dibawa masuk ke Singapura adalah dalam keadaan bebas daripada penyakit-penyakit yang telah ditetapkan oleh AVA seperti Koi herpes virus, Spring viraemia of carp, Epizootic ulcerative syndrome, Epizootic haematopoietic necrosis, White spot disease dan beberapa penyakit bukan OIE. Ikan-ikan hiasan yang terlibat dengan keperluan ini ialah semua spesies ikan marin, ikan air payau, ikan air tawar, krustasea (udang), moluska akuatik (kerang-kerangan), kura-kura, span marin (marine sponges), trepang dan hidupan-hidupan akuatik lain termasuk anak dan telur.

Sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya, bermula 1 Jun 2010, Jabatan Perikanan Malaysia akan melaksanakan langkah-langkah sementara (interim) dengan mengeluarkan sijil kesihatan bagi setiap konsainan ikan emas dan koi yang dieksport ke Singapura setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Mulai 15 Julai 2010, Jabatan Perikanan Malaysia hanya akan mengeluarkan sijil kesihatan kepada premis akuakultur dan premis pengeksport yang berdaftar dan diluluskan sahaja.

Sehubungan itu, saya berharap pengusaha dan penternak ikan hiasan mengambil perhatian dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan industri perikanan negara terus berdaya maju dan progresif.

Sekian.

(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya

EditorialPenasihatSalehan Lamin

Ketua EditorialZaki Hj. Mokri

Sidang RedaksiMohd. Fakhrudin Yasok • Mohd. Hazrul Muhammad • Zawinah Dol • Johari Tim • Khazlita Adzim Abdol Aziz • Lindy Enggong • Adibi Rahiman Md. Nor • Norashikin Daliyana • Hamidon Ahmad • Nor Hadzirah Ramli • Radhuhaida Ramli • Tengku Balkis Tunku Shahar • Wahidah Mohd Arshaad • Siti Dina Razman Pahri • Zam Zam Sarifan

KorespondenKedah : Anuar Omar, Perlis : Masoffi Ab. Karim,Pulau Pinang : Noraisyah Abu Bakar, Perak : Hj. Abd. Rahim Ahmad, Selangor : Fazlan Abd. Ghani, Melaka : Mohd. Azam Jusoh, Negeri Sembilan : Khanisah Mujin, Johor : Nur Afifah A. Rahman, Pahang : Rahim Ali, Terengganu : Baharuddin Abdullah, Kelantan : Amy Noor Zaina Amir Hamzah, Labuan : Simon Anak Julius Nanta, Sarawak : Nata Bakar, Sabah : Morris Chong Ming Fui

JurufotoChe Amir Mahmud • Nor Yubas Sahari Yaacob • Abdul Razak Mohamad

EdaranAbdul Razak Mat Aini

Reka Bentuk dan PercetakanMisas Advertising Sdn. Bhd.

Perutusan

2 Berita Perikanan

Page 3: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

3 Berita Perikanan

Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008 di bawah Akta Perikanan 1985 yang menyenaraikan sebanyak 25 spesies ikan dan tujuh spesies di bawah keluarga Pristidae diwartakan sebagai spesies ikan terancam. Selain spesies ikan, reptilia marin iaitu penyu juga dilindungi di bawah Akta ini dan peruntukan enakmen negeri yang relevan.

Di bawah Kesatuan Antarabangsa Berhubung Pemuliharaan Alam Sekitar (International Union on Conservation of Nature -IUCN), sebanyak 18 spesies ikan air tawar telah disenaraikan sebagai spesies terancam di Malaysia seperti ikan arowana (kelisa), temoleh dan ikan akuarium seperti betta spp. Bagi mengawal spesies temoleh daripada diterokai dengan sewenang-wenangnya, kebanyakan negeri menggubal undang-undang untuk mengekang penerokaannya seperti Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai.

Bagi memberi kesedaran kepada orang awam, bermula pada tahun 2008 Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran Alam Akuatik: Penyu dan Spesies Terancam di Malaysia. Program ini merupakan perintis ke arah pendidikan dan kesedaran masyarakat umum tentang kewujudan khazanah negara yang amat bernilai serta perlu dilindungi ini.

Pada tahun 2009, program road show telah dijalankan di lapan buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Sementara pada tahun 2010, Negeri Sembilan dipilih sebagai pembuka tirai penganjuran program ini. Sesungguhnya usaha pemuliharaan

Oleh: Cawangan Komunikasi

Kurangnya pengetahuan dan kesedaran masyarakat umum terhadap hidupan akuatik ini adalah punca utama kepada

kemerosotan populasi ikan. Sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu menyebabkan masalah kepupusan ini menjadi lebih serius. Atas dasar kesedaran itu, Jabatan Perikanan Malaysia mengambil pelbagai langkah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat umumnya mengenai masalah ini. Di samping itu juga, berbagai-berbagai usaha telah dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi memastikan ekosistem spesies-spesies ikan terancam ini terpelihara dan populasinya terus meningkat.

Y.B. Dato’ Yunus Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi Negeri Sembilan ketika merasmikan ”Pameran Penyu dan Spesies Ikan Terancam di Malaysia” berkata, khazanah hidupan akuatik seperti penyu, dugong, yu paus, paus, lumba-lumba, kima dan yu gergaji serta hidupan akuatik air tawar semakin pupus akibat sikap manusia yang rakus serta mementingkan diri. Perkara ini perlu dibendung supaya khazanah ini akan terus wujud supaya generasi akan datang berpeluang mengenali khazanah ini.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Malaysia dan Muzium Negeri Sembilan telah mengambil langkah awal dengan mengadakan pameran yang berunsurkan pendidikan bagi memberi pendedahan dan maklumat kepada semua masyarakat mengenai betapa pentingnya kita bersama-sama menjaga dan melindungi penyu dan spesies-spesies ikan terancam ini di samping dapat memupuk sifat kesedaran dan perhatian masyarakat umum mengenai perkara ini.

Hadir sama dalam majlis ialah Y.Bhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia; Y. Bhg. Dato’ Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Muzium Malaysia; Y. Brs. Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Y.Brs. Encik Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Negeri Sembilan. Pameran yang berlangsung di Dataran Muzium Negeri Sembilan selama sebulan itu merupakan kali kedua diadakan di mana pameran seumpama ini pernah diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 15 - 30 November 2008.

Sementara itu dalam majlis yang sama, Y.Bhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia berkata, Jabatan Perikanan melindungi spesies-spesies ikan marin terancam melalui Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan

Y.B. Dato’ Yunus Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi Negeri Sembilan merasmikan

”Pameran Penyu dan Spesies Ikan Terancam di Malaysia”.

Penyu- spesies yang diancam kepupusan.

Generasi muda perlu diberi kesedaran keperluan memulihara spesies-spesies yang terancam.

spesies terancam akan gagal tanpa kerjasama dan komitmen yang jitu dari semua pihak berkepentingan termasuk nelayan, NGO, institusi-institusi pengajian tinggi, badan korporat dan orang awam. Justeru itu, perhubungan bestari di antara pihak berkepentingan dengan Jabatan Perikanan adalah penting bagi menjamin spesies-spesies ini berkekalan.

3 Berita Perikanan

Kurang Kesedaran PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS

Page 4: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

4 Berita Perikanan

KSPORT IKAN HIASAN KE SINGAPURA PERLU SIJIL KESIHATAN

4 Berita Perikanan

Oleh: Cawangan Komunikasi

Mulai 15 Julai 2010, pengusaha ikan hiasan tempatan yang ingin mengeksport ikan hiasan ke Singapura

perlu mendapatkan sijil kesihatan daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura bagi memberi jaminan bahawa ikan hiasan yang hendak dibawa masuk ke negara berkenaan adalah bebas daripada penyakit seperti dalam Jadual 1. Sijil kesihatan diperlukan bagi mengesan sama ada ia dijangkiti atau ia bertindak sebagai vektor (pembawa) kepada penyakit-penyakit seperti berikut:

Jadual 1: Senarai penyakit ikan hiasan.

Bil. Penyakit Spesies yang dijangkiti

Spesies yang dianggap sebagai

vektor

i) Spring viraemia of carp (SVC)

Seperti disenaraikan di dalam OIE

-

ii) Koi herpesvirus disease (KHV)

Seperti disenaraikan di dalam OIE

-

iii) Epizootic ulcerative syndrome (EUS)

Seperti disenaraikan di dalam OIE

-

iv) Epizootic haematopoietic necrosis (EHN)

Seperti disenaraikan di dalam OIE

Ikan emas/ Goldfish (Carassius auratus), koi carp (Cyprinus

carpio)

v) Furunculosis (Aeromonas salmonicida)

Ikan emas/ Goldfish (Carassius auratus)

-

vi) Goldfish haematopoietic necrosis virus (GFHNV)

Ikan emas/ Goldfish (Carassius auratus)

vii) White spot disease (WSD) (White spot syndrome virus WSSV)

Seperti disenaraikan di dalam OIE

-

Ikan-ikan hiasan yang terlibat dengan keperluan ini ialah semua spesies ikan marin, ikan air payau, ikan air tawar, krustasea (udang), moluska akuatik (kerang-kerangan), kura-kura, span marin (marine sponges), trepang dan hidupan-hidupan akuatik lain termasuk anak-anak dan telur. Peraturan ini tidak melibatkan ikan dan produk ikan yang bertujuan untuk dimakan. Sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 15 Julai 2010, Jabatan Perikanan Malaysia akan melaksanakan langkah-langkah sementara (interim) bermula dari 1 Jun 2010 di mana sijil kesihatan dikeluarkan bagi setiap konsainan ikan emas dan koi yang dieksport setelah memenuhi syarat seperti berikut:

i) Premis ternakan ikan koi dan ikan emas perlu berdaftar dan diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk membekalkan ikan kepada pengeksport yang berdaftar.

ii) Premis ternakan ikan tropikal perlu berdaftar untuk membekalkan ikan kepada pengeksport yang berdaftar.

iii) Premis ternakan krustasea hiasan perlu berdaftar dengan

Jabatan Perikanan Malaysia untuk membekalkan krustasea hiasan kepada pengeksport yang berdaftar.

iv) Premis ikan marin, moluska akuatik (kerang-kerangan), kura-kura, span marin (marine sponges), trepang dan hidupan-hidupan akuatik lain termasuk anak-anak dan telur perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia untuk membekalkan ikan kepada pengeksport yang berdaftar.

v) Premis pengeksport perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia untuk mengekspot ikan ke Singapura tertakluk kepada para i) hingga iv)

Mulai 15 Julai 2010, Jabatan Perikanan Malaysia hanya akan mengeluarkan sijil kesihatan kepada premis akuakultur dan premis pengeksport yang berdaftar dan diluluskan sahaja. Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan pemeriksaan ke atas konsainan dalam tempoh tujuh hari sebelum dieksport. Jika didapati ikan tersebut sihat dan bebas tanda-tanda klinikal, maka sijil kesihatan boleh dikeluarkan. Jika sebaliknya, ikan tersebut tidak boleh dieksport. Tempoh sah bagi setiap sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ialah 10 hari.

Untuk makluman, anggaran jumlah eksport ikan hiasan dari Malaysia ke Singapura ialah 180 juta ekor bernilai RM20 juta setahun. Secara purata, sebanyak 15 juta ekor ikan diekspot ke Singapura setiap bulan. Terdapat 21 kumpulan utama ikan iaitu Barb, Danio, Goldfish, Koi, Sharks, Rasbora, Beta, Gouramy, Molly, Guppy, Platy, Swordtails, Tetra, Angels, Oscar, Discus, Cichlid, Arowana (Pearl, Hitam dan Perak), Loaches, Botia dan Plecotomus diekspot ke Singapura. Ini tidak termasuk kumpulan ikan Killifish, Flyingfox, Blood Parrot, dan udang air tawar.

Kumpulan ikan yang dikaitkan dengan risiko penyakit OIE ialah seperti berikut:i) kumpulan ikan koi mudah dijangkiti penyakit KHV dan SVCii) kumpulan ikan emas mudah dijangkiti penyakit SVCiii) kumpulan ikan Barb/Puntius, Gouramy, Trichogaster,

Channa, Mastacembelus, Labeo, Chacca dan Catla mudah dijangkiti penyakit EUS.

Penternakan ikan kelisa (arowana).

E

Page 5: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

5 Berita Perikanan

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan mesyuarat dengan pihak AVA Singapura pada 20 Mei 2010 dan bersetuju untuk bekerjasama untuk melaksanakan keperluan AVA bagi memastikan ikan-ikan yang akan dieksport ke Singapura akan bebas dari risiko penyakit OIE. Dengan syarat yang dikenakan oleh AVA, premis ternakan ikan hiasan dan pengeksport perlu melaksanakan sistem kawalan kesihatan haiwan akuatik di premis masing-masing. Ini akan memudahkan Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai Competent Authority (CA).

Jabatan Perikanan Malaysia menjangkakan lebih ramai pengusaha akuakultur dan pengeksport akan mendaftar dan memohon kelulusan dalam masa terdekat. Permohonan diproses dan diluluskan mengikut giliran.

Selain Singapura, ikan-ikan hiasan Malaysia juga dieksport ke Australia, Amerika Syarikat, negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Rusia, Jepun dan negara-negara lain. Oleh itu Jabatan Perikanan Malaysia adalah bertanggungawab memastikan semua keperluan negara pengimport dipatuhi.

Sehingga kini sebanyak 140 premis akuakultur dan 51 pengeksport ikan hiasan yang telah berdaftar. Hanya tiga sahaja premis akuakultur yang diluluskan untuk mengekspot ikan koi dan ikan emas.

Dokumentasi

Pengeksport hendaklah menyertakan salinan asal sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (Pihak Berkuasa Kompeten atau CA) negara pengeksport dalam tempoh 10 hari sebelum penghantaran yang menggunakan Bahasa Inggeris. Maklumat lain yang diperlukan di dalam sijil kesihatan adalah seperti berikut:

1. Maklumat Terperinci Konsainani. Nama dan alamat asal establismen akuakultur atau lokasi

ikan dituaiii. Tarikh penghantaraniii. Nama negara pengeksportiv. Nama dan alamat pengeksportv. Nama pihak berkuasa kompeten negara pengeksportvi. Negara destinasivii. Nama dan alamat pengimport

2. Pengenalan Haiwani. Spesies, nama saintifik dan nama biasaii. Kuantiti (dalam ekor)iii. Jumlah bungkusan

3. Maklumat Kesihatani) Maklumat kesihatan bahawa ikan di dalam konsainan

adalah bebas dari penyakit yang disenaraikan dalam Jadual 1 seperti berikut:• Ikan tersebut datang atau berasal dari sesebuah negara

atau satu zon atau satu kawasan atau establismen akuakultur yang tertakluk kepada sistem survelan kesihatan ikan rasmi setara (equivalent) dengan piawai OIE dan secara rasmi dipersetujui oleh pihak berkuasa

kompeten negara tersebut sebagai bebas dari: - Spring viraemia of carp (SVC)* - Koi herpesvirus disease (KHV)* - Epizootic ulcerative syndrome (EUS)* - Epizootic haematopoietic necrosis (EHN)* - White spot disease (WSD)*. • Bagi Furunculosis (Aeromonas

salmonicida)* dan ikan emas/Goldfish haematopoietic necrosis virus (GFHNV)*, ianya tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal yang menunjukkan ianya telah dijangkiti.

• Ikan ini telah diperiksa dalam tempoh tujuh hari sebelum diekspot (loading) dan didapati sihat dan bebas dari mana-mana tanda klinikal penyakit.

* Simpan spesies yang mudah berjangkit dengan kaedah yang

betul.

• Ikan ini tidak disimpan di dalam air yang sama dengan ikan koi atau ikan makan yang diternak (ikan yang diternak bagi makanan manusia termasuk perikanan rekreasi).

ii) Keperluan kesihatan tambahan bagi konsainan yang melibatkan ikan hiasan marin:• Ikan bukan dari sumber populasi yang dikaitkan

dengan penyakit berjangkit atau perosak utama dan tidak berlaku kejadian wabak penyakit atau perosak yang ketara atau luar biasa di kawasan tersebut di mana ikan itu diambil dalam tempoh enam bulan sebelum ianya dikumpulkan.

• Ikan dikumpulkan dari kawasan sekurang-kurangnya lima kilometer dari mana-mana operasi akuakultur ikan makan dan ikan di dalam konsainan tidak mengalami apa-apa hubungan dengan air, peralatan atau ikan yang dikaitkan dengan ikan makan yang diternak (ikan yang diternak untuk makanan manusia termasuk perikanan rekreasi).

• Ikan liar adalah ditangkap dan tidak dibiakkan di ladang atau premis-premis lain.

iii) Sijil kesihatan yang dimaksudkan mungkin boleh dirujuk kepada model sijil yang dikeluarkan oleh Aquatic Animal Health Code, OIE dan hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:• Nombor rujukan sijil di atas setiap muka surat• Nama, alamat, pangkat rasmi, tarikh, tandatangan

dan cop rasmi CA• Setiap sijil yang dikeluarkan hendaklah sah bagi 10

hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Pelabelan Konsainan

Konsainan hendaklah dikenal pasti oleh satu label yang sah di bahagian luar setiap bungkusan atau bekas dengan maklumat berikut:• Nama premis akuakultur asal atau yang dituai• Nama pengimport

Ikan emas.

5 Berita Perikanan

Page 6: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

6 Berita Perikanan

Sumber: Jenney Juanis (Insight Sabah Februari 2010)Susunan oleh: Cawangan Komunikasi

Warisan Hikmat Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya ladang ternakan udang di Sabah yang diiktiraf sebagai

pembekal produk perikanan yang mencapai piawaan Kesatuan Eropah (EU). Pengarah Warisan Hikmat, Encik Wah Keng Jieng berkata syarikatnya mengeksport sebanyak 1,800 tan metrik udang putih dan udang harimau bernilai RM16.5 juta setahun. Syarikatnya mempunyai 77 buah kolam udang di atas kawasan tanah seluas 55 hektar di Kampung Dudar di Kota Belud, kira-kira 70 kilometer dari Kota Kinabalu. Warisan Hikmat Sdn. Bhd. mengeluarkan udang harimau dan udang putih untuk pasaran negara Eropah, Jepun dan Korea di samping untuk pasaran domestik.

Kejayaan syarikat ini telah mendapat perhatian Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Y.B. Datuk Yahya Hussin yang telah mengadakan lawatan kerja bersama rombongan. Beliau berkata, eksport hasil laut Malaysia sememangnya kecil. Malah negara-negara di Asia Tenggara ini bukan di antara 10 negara pengeksport tertinggi hasil laut di Asia. Nilai eksport tahunan hasil laut oleh negara-negara Asia Tenggara hanyalah sebanyak RM3 bilion berbanding RM340 bilion dagangan hasil laut dunia.

”Tambahan pula, pengeksport produk Malaysia terpaksa memenuhi piawaian kesihatan yang dikenakan oleh 27 negara-negara Kesatuan Eropah (EU),” katanya.

Malaysia secara sukarela menggantungkan hasil eksportnya yang kebanyakannya udang ke EU dan mengambil 10 bulan untuk membolehkan pengusaha dan pembekal memenuhi standard pengeluaran EU. Pihak EU mendapati ada kesilapan dengan kemudahan memproses, vesel penangkapan ikan dan pendaratan ikan. Ramai pekerjanya tidak memakai pakaian yang sesuai untuk keselamatan mereka dan mencegah penyakit daripada menjangkiti makanan laut.

Sehubungan itu Kerajaan Sabah menubuhkan Jawatankuasa Kumpulan Akses Pasaran (MAGC) sebagai respons kepada arahan EU yang mengharamkan pengimportan produk hasil laut dari Malaysia pada tahun 2008. Ini adalah ekoran siasatan yang dijalankan oleh pejabat audit makanan dan veterinar yang mendapati enam daripada sembilan pengeksport produk makanan laut dari Malaysia gagal mematuhi piawaian kesihatannya.

Selepas mengadakan lawatan kerja ke Warisan Hikmat yang merupakan satu-satunya ladang udang di Sabah yang mematuhi piawaian kesihatan EU, Y.B. Datuk Yahya Hussin memilih untuk meminta supaya pengeksport hasil laut Sabah

menjadikan piawaian kesihatan EU itu sebagai tanda aras jika berhasrat untuk mengeksport produk mereka.

Y.B. Datuk Yahya, yang juga Timbalan Ketua Menteri, melihat ke depan bahawa pengimport lain mungkin melaksanakan piawaian EU itu. Oleh itu, pengusaha dan pengeksport hasil laut Sabah akan dikawal bagi memastikan ia mampan pada standard tertinggi untuk kesihatan.

Penguatkuasaan bagi kawalan itu boleh dilakukan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah yang menjadi anggota MAGC yang diketuai oleh Jabatan Kesihatan Sabah. Anggota lain ialah pihak berkuasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Kini terdapat kira-kira 55 syarikat di Sabah yang mengeksport produk hasil laut dengan jumlah nilai melebihi RM500 juta setahun. Kebanyakannya mengeksport ke Semenanjung Malaysia, China, Taiwan dan Amerika.

Bil Nama Ladang

Spesies Ternakan

Pengeluaran (t.m/tahun)

Tempoh sah lakuSijil Kualiti Ikan

Status Pematuhan

Bulanan Tahunan Mula Tamat

1. Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd, Tanjung Karang,Selangor

Udang putih eksotik (L.vannamei)

40 500 22/03/2010 21/3/2011 Patuh

2. JW Properties Sdn.Bhd. Selangor

Udang harimau (P.monodon)

200 2,000 13/03/2009 12/03/2010 Digantung

3. Black Tiger Aquaculture (M) Sdn. Bhd., Pahang

Udang harimau (P.monodon) &

Udang putih eksotik

100 1,200 13/03/2009 12/03/2010 Digantung

4. Confa Marine Product Sdn. Bhd, Perak

Udang harimau (P.monodon) &

Udang putih eksotik (L.vannamei)

30 400 29/03/2010 28/3/2011 Digantung

5. Warisan Hikmat Sdn. Bhd., Kota Belud, Sabah

Udang harimau (P.monodon) &

Udang putih eksotik (L.vannamei)

150 1,800 18/03/2010 17/3/2011 Patuh

6. Arca Biru Sdn. Bhd., Kedah

Udang harimau (P.monodon) &

Udang putih eksotik

215.5 2,610 05/07/2009 05/06/2010 Patuh

7. Sea Horse Marine Life Sdn. Bhd., Sarawak

Udang putih eksotik (L.vannamei)

92 1,104 04/06/2009 03/06/2010 Patuh

8. Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd, Sempadi, Kuching Sarawak

Udang putih eksotik (L.vannamei)

100 1,200 19/06/2009 18/06/2010 Patuh

9. Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd., Kuala Selangor, Selangor

Udang putih eksotik (L.vannamei)

70 840 18/08/2009 17/08/2010 Patuh

10. Trapia Malaysia Sdn. Bhd., Grik, Perak

Tilapia (GST) 200 2,500 18/08/2009 17/08/2010 Patuh

11. GST Aquaculture Sdn. Bhd., Pulau Pangkor, Perak

Kerapu, Siakap, Merah dan Bawal

15 180 24/08/2009 23/08/2010 Patuh

12. Asia Aquaculture (M) Sdn. Bhd., Bagan Datoh, Perak

Udang putih eksotik (L.vannamei)

33 400 04/1/2010 03/1/2011 Patuh

13. Agrobest Sdn. Bhd., Pekan, Pahang

Udang putih eksotik (L.vannamei)

600 7,200 22/01/2010 21/01/2011 Patuh

14. GST Marine Products Sdn. Bhd., Pulau Aman, Pulau Pinang

Ikan laut 5 60 26/01/2010 25/01/2011 Patuh

Y.B. Datuk Yahya Hussin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Ladang penternakan udang Warisan Hikmat.

Encik Wah Keng Jieng, Pengarah Warisan Hikmat.Warisan Hikmat

Satu-satunya PengeksportUdang Sabah Ke EU

Senarai Ladang Akuakultur Yang Diluluskan Sijil Kualiti Ikan

Page 7: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

7 Berita Perikanan

Oleh: K. Subramaniam Ketua HIP Wilayah Selatan

Projek Flagship diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menangani isu yang berkaitan dengan

kenaikan harga bahan makanan seperti beras, daging, susu, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran serta memastikan golongan petani, penternak dan nelayan tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara. Projek ini dilaksanakan dengan dua objektif utama iaitu menentukan keselamatan makanan negara serta meningkatkan pendapatan golongan sasaran.

Terdapat tujuh kawasan yang telah dikenal pasti untuk projek Flagship Kementerian. Walau bagaimanapun, hanya perairan Sungai Johor yang merupakan satu-satunya kawasan yang dipilih untuk pengeluaran ikan marin. Kawasan perairan Sungai Johor merupakan kawasan utama penternakan ikan laut dalam sangkar yang meliputi perkampungan Ulu Tiram, Kong Kong Laut, Tanjung Langsat dan Kg. Layang-Layang di daerah Johor Bahru. Manakala daerah Kota Tinggi yang terletak di sebelah timur Sungai Johor merangkumi perkampungan Kg. Nelayan, Pasir Gogok, Tg. Buai, Kuala Sg. Lebam dan Telok Sengat.

Penternak-penternak ikan dalam sangkar di daerah Johor Bahru terdiri daripada penternak berskala komersial dan sederhana manakala di daerah Kota Tinggi terdapat lebih ramai pengusaha kecil. Antara spesies utama yang diternak ialah siakap dan diikuti spesies jenahak, kerapu, senangin, pompano dan kerong-kerong.

Projek penternakan ikan dalam sangkar di Perairan Sungai Johor merupakan salah satu daripada 49 Projek Berimpak Besar (HIP) Jabatan Perikanan Malaysia yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Kawasan-kawasan ini dibangunkan secara ‘fast track’ di mana prosedur perolehan tapak dipermudahkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Projek-projek HIP dilengkapkan dengan kemudahan asas oleh pihak kerajaan, sementara pihak swasta yang terpilih hanya menyediakan sistem ternakan. Projek ini menguatamakan Amalan Penternakan Yang Baik dan mempunyai sistem biosekuriti bagi memastikan ikan yang diternak adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Dalam pelaksanaan projek HIP di perairan Sungai Johor, satu kajian awal tentang kesesuaian perairan telah dijalankan dengan meneliti parameter-parameter kualiti air dan faktor-faktor lain seperti bacaan bathymetry, dasar laut dan arus air sebagai data asas. Jabatan Perikanan juga memberi khidmat sokongan dan latihan kepada pengusaha projek selain memberi khidmat

nasihat teknikal pengurusan sangkar dan rawatan ikan. Bantuan peralatan dan makanan juga disalurkan di bawah Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) kepada pengusaha sangkar selain pemberian insentif pengeluaran akuakultur. Di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara (DJMN), insentif pengeluaran benih ikan (ZIA - Hatceri) seperti kemudahan peralatan hatceri dan bantuan induk ikan yang berkualiti juga disalurkan kepada pengusaha hatceri ikan marin.

Pelabur-pelabur baru juga digalakkan untuk menyertai program ini bagi meningkatkan pengeluaran ikan. Di samping itu, pengusaha-pengusaha juga disediakan dengan kemudahan asas seperti bekalan air tawar ke sangkar bagi memudahkan kerja-kerja rawatan ikan semasa penggredan. Usaha ini boleh meningkatkan kadar hidup ikan dan produktiviti pengeluaran. Sehingga kini Jabatan Perikanan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM713,500 untuk bekalan air tawar ke 18 projek penternakan ikan dalam sangkar. Peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 juga disediakan untuk tahun ini bagi tujuan yang sama.

Adalah dianggarkan jumlah keseluruhan pengeluaran ikan marin bagi projek penternakan ikan dalam sangkar di perairan Sungai Johor kini ialah sebanyak 4,030 tan metrik bernilai RM68.5 juta setahun. Angka ini dijangka akan meningkat kepada 4,500 tan metrik dengan nilai jualan RM76.5 juta pada akhir tahun ini. Jumlah pengusaha juga dijangka akan meningkat daripada 85 orang pengusaha kepada 95 orang pengusaha. Manakala luas kawasan pembangunan dijangka akan meningkat daripada 20.1 hektar kepada 22.0 hektar pada akhir tahun 2010.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melantik juru runding MSC Technology Center untuk menyediakan satu sistem ICT bagi tujuan merealisasikan objektif utama projek Flagship Kementerian. Antara enam ‘Focus Area’, konsultan dikehendaki menjalankan aktiviti pendaftaran (data profiling) dan menjalankan kajian terhadap subsidi dan insentif yang disalurkan, kebijaksanaan perniagaan (business intelligence), pembangunan industri kecil dan sederhana hiliran (downstream SME development), pembangunan sumber manusia (human resourse development), penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemindahan teknologi (TOT). Perairan Sungai Johor juga dipilih sebagai salah satu daripada projek ‘Quick Win’ untuk Flagship Kementerian dan hasil kajian ini dijangka selesai dalam pertengahan tahun 2010.

Y.B. Dato’ Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (kiri) meninjau aktiviti penstokan benih ikan marin.

Mememeriksa stok ikan di dalam sangkar.

(bersambung di muka surat 23)

Penternakan Ikan Di Sg. Johor -Projek Flagship Kementerian Pertanian

Page 8: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

8 Berita Perikanan

PROGRAM SERANTAU PENYELIDIKAN DAN

PENGURUSAN PENYU ASIA TENGGARA

Oleh: Department Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Terengganu

Satu Bengkel Merangka Program Serantau bagi “Penyelidikan dan Pengurusan Kawasan Habitat Penyu Laut di Perairan

Asia Tenggara” bagi Program Tabung Amanah Negara Jepun V (JTF V) telah diadakan pada 10-11 Mac 2010 di Melaka. Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam dan wakil-wakil dari SEAFDEC-Secretariat, SEAFDEC-TD dan SEAFDEC-MFRDMD. Empat orang pakar rujuk telah dijemput untuk membincangkan program ini iaitu Dr. Masaya Katoh dari Jepun, Dr. Sukarno Wagiman dari Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Kamaruddin Ibrahim dari Jabatan Taman Laut Malaysia dan Prof. Madya Liew Hock Chark dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel ini juga turut dihadiri oleh pemerhati-pemerhati dari Jabatan Perikanan Brunei Darussalam, WWF-Malaysia, UMT dan Pejabat Perikanan Negeri Melaka.

Antara objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan projek/aktiviti baru di bawah JTF V (2010-2014) dan untuk mengkaji dan membincangkan pelan pelaksanaan seterusnya.

Salah satu hasil penemuan dari program terdahulu, JTF IV (2005 - 2009) ialah terdapatnya beberapa laluan migrasi dan habitat tumpuan utama bagi penyu-penyu laut di rantau ini yang dipaparkan berdasarkan analisa kajian telemetry satellite. Didapati kebanyakan lokasi tumpuan bagi habitat ragut (kawasan pemakanan) dan laluan migrasi penyu tersebut dikongsi bersama di antara negara-negara ASEAN/SEAFDEC. Hasil kajian ini menunjukkan kerjasama pengurusan populasi penyu laut di rantau ASEAN perlu dipertingkatkan secara menyeluruh dan bukan hanya di antara negara jiran.

Oleh sebab itu, MFRDMD dengan kerjasama TD telah merangka untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pengurusan kawasan habitat ragut untuk penyu laut di rantau Asia Tenggara di bawah program JTF V untuk jangka masa lima tahun (2010 - 2014). Dalam program ini terdapat beberapa projek/aktiviti yang dicadangkan:(i) Untuk menganjurkan beberapa siri bengkel/ mesyuarat

serantau(ii) Untuk menjalankan penyelidikan tentang populasi penyu

laut termasuk kajian saintifik untuk kawasan habitat ragut, kajian genetik, kajian penandaan, kajian telemetri satelit serta pengumpulan maklumat mengenai pencerobohan asing terhadap penyu laut.

(iii) Untuk mengkaji interaksi di antara penyu laut dengan perikanan tangkapan marin, termasuk pengumpulan maklumat, demonstrasi peralatan menangkap ikan tertentu yang diubahsuai serta mempromosi amalan dan peralatan menangkap ikan yang bertanggungjawab.

(iv) Untuk merangka pelan pengurusan untuk pemuliharaan penyu laut serantau.

Peserta bengkel.

Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood,

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan

Perikanan Malaysia (tengah) menjadi pengerusi bengkel.

ini juga turut dihadiri pemerhati-pemerhati dari negara Jepun, Jabatan Perikanan Brunei Darussalam dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Mesyuarat Kumpulan Pakar Kali Ke-3 ini dianjurkan selepas tempoh lebih dari setahun dari mesyuarat kali ke-2 yang diadakan di Kuala Lumpur iaitu pada tarikh 13 - 14 Oktober 2008. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk mengumpulkan hasil pencapaian dari aktiviti penandaan ikan yang telah dijalankan oleh semua negara-negara anggota yang terlibat

sehingga awal 2010. Selain itu, ia juga membincangkan isu-isu yang timbul dalam pelaksanaannya serta merumuskan langkah pelaksanaan seterusnya.

Antara objektif mesyuarat ini adalah untuk:• Membentangkan hasil dari aktiviti penandaan yang telah

dijalankan oleh negara-negara anggota terlibat semenjak 2008.

• Membincangkan penemuan awal hasil dari kajian penandaan yang dijalankan.

• Menilai prosedur penandaan yang dibuat termasuk kekangan peruntukan.

• Mengkaji dan merumus pelan aktiviti tahun 2010 dan seterusnya.

Oleh: Department Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Terengganu

Department Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD)

dan TD bersama negara-negara anggota SEAFDEC telah melancarkan program kajian “Tagging Program for Economically Important Pelagic Species in the South China Sea and Andaman Sea” di bawah Tabung Amanah Negara Jepun II (JTF II) dari 2002 hingga 2006. Program berkenaan kini disambung untuk fasa kedua (2007 - 2011) yang memberi fokus kepada kajian penandaan untuk mengkaji kewujudan subpopulasi ikan-ikan pelagik utama yang mempunyai nilai ekonomi di Laut Andaman dan Laut China Selatan.

Sehubungan itu, satu Mesyuarat Kumpulan Pakar Kali Ke-3 bagi Program Penandaan Spesies Ikan Pelagik Utama di Laut China Selatan dan Laut Andaman (Program Tabung Amanah Negara Jepun II) telah diadakan dari 8 - 9 Mac 2010 di Melaka. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari negara Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam serta wakil-wakil dari SEAFDEC-Secretariat, SEAFDEC-TD dan SEAFDEC-MFRDMD. Mesyuarat

Kajian populasi ikan pelagik utama diteruskan

Page 9: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

9 Berita Perikanan

TEKNOLOGI SANGKAR SEPARA TENGGELAM

9 Berita Perikanan

Oleh: Department Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Terengganu

Dalam usaha meningkatkan produktiviti, komuniti nelayan perlu menggunakan teknologi moden dalam aktiviti

penangkapan ikan. Dalam hal ini, Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan industri perikanan negara, sentiasa membuat kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan inovasi yang boleh diaplikasi oleh kumpulan-kumpulan sasaran. Terbaharu, Jabatan Perikanan melalui Department Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Kuala Terengganu sedang membangunkan sistem ramalan ikan (Fish forecasting) dengan kerjasama empat agensi lain iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan MIMOS Bhd. Projek fasa pertama yang bermula pada tahun 2007, kini mencapai kemajuan pembangunan 85% dan dijangka akan dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi.

Jabatan Perikanan Malaysia memberi perhatian yang serius mengenai projek ini, yang mempunyai impak yang besar kepada komuniti nelayan di mana kos operasi boleh dikurangkan sebanyak 30%, manakala pendapatan bersih mampu ditingkatkan sebanyak 20% hasil pengurangan kos bahan api dan jangka masa di laut.

Layang. Kajian menunjukkan tiada masalah penyesuaian spesies tempatan di dalam SST di persekitaran pulau berkenaan.

Secara umumnya, projek pembangunan akuakultur ini terbahagi kepada dua peringkat utama iaitu peringkat pembenihan yang dijalankan di Pusat Pembenihan Perikanan Tanjung Badak, Tuaran hasil kerjasama dengan Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Peringkat kedua ialah peringkat asuhan di Pulau Layang Layang. Proses pemindahan benih yang bersaiz dua inci dari Kota Kinabalu ke Pulau Layang Layang, menggunakan kapal laut dan kapal terbang yang melalui jarak perjalanan kira-kira 200 batu nautika.

Benih ikan kemudiannya diasuh di nurseri Pulau Layang Layang sebelum dimasukkan ke dalam sangkar asuhan apabila mencapai saiz empat inci. Anak ikan seterusnya dipindahkan ke dalam SST apabila mencapai purata berat 200 gram seekor dan akan dituai setelah mencapai saiz pasaran.

Secara keseluruhannya, projek penyelidikan ini dilihat mampu untuk menjadi pemangkin kepada pengkajian inovasi dan teknologi akuakultur negara. Dengan pengalaman dan kepakaran teknikal sedia ada, Jabatan dilihat berpotensi untuk memperkenalkan pula konsep Sangkar Sepenuh Tenggelam yang dijangka memberikan output produktiviti yang lebih tinggi di samping mampu untuk lebih bertahan kepada persekitaran khususnya terhadap angin monsun dan masalah ‘red tide’.

Aplikasi Teknologi Satelit Untuk

Kemudahan Nelayan

Pada masa ini model dan ramalan potensi kawasan tangkapan ikan sedang diuji ketepatan melalui penglibatan vesel nelayan tempatan dan pasukan projek. Keputusan awal menunjukkan 80% kawasan ramalan mempunyai ketumpatan ikan yang tinggi dan mampu mengaut tangkapan melebihi lima tons/haul.

Pada peringkat akhir projek, maklumat kawasan potensi penangkapan ikan akan disalurkan kepada nelayan melalui penggunaan telefon bimbit, faksimili dan juga laman sesawang. Secara tidak langsung nelayan pada masa depan, akan turun ke laut berbekalkan maklumat yang telah diperolehi dan menjimatkan masa pencarian kawasan tangkapan. Berdasarkan prestasi fasa pertama ini, projek akan dikembangkan ke kawasan Sabah, Sarawak dan Pantai Barat Semenanjung dalam Rancangan Malaysia Ke 10.

Oleh: Abdul Razak Abd Rahman & Dzulfikar Baitul Ma’mur Institut Penyelidikan Perikanan, Pulau Pinang

Jabatan Perikanan Malaysia melalui bahagian penyelidikan telah mengorak selangkah ke hadapan lagi di dalam bidang

penternakan ikan marin dengan pengenalan sistem penternakan menggunakan Sangkar Separa Tenggelam di Pulau Layang Layang. Teknologi ini merupakan satu inovasi baru sistem akuakultur negara bagi memberi pilihan kepada para pengusaha dan penternak yang menggunakan sistem konvensional sedia ada. Sistem sangkar yang mampu diapung dan ditenggelamkan ini direka khas untuk bertahan di persekitaran laut yang bergelora.

Projek penyelidikan inovasi menerusi program pembangunan akuakultur Pulau Layang Layang yang menggunakan teknologi Sangkar Separa Tenggelam (SST) mula dilaksanakan sejak tahun 2007. Teknologi sangkar moden yang mengguna pakai teknologi Itali ini terbukti mampu bertahan di dalam persekitaran lautan yang bergelora di kawasan pulau tersebut. Selain dari konsep sangkar yang anti karat, sangkar yang berbentuk heksagon ini mampu menampung jumlah ikan sehingga 60,000 tan metrik setiap sangkar.

Sebagai permulaan, dua spesies ikan iaitu kerapu harimau dan kanai telah diternak sebagai percubaan bagi mengkaji sesesuaian di dalam sangkar berkenaan di persekitaran Pulau Layang

Sangkar Separa Tenggelam (SST) di Pulau Layang Layang.

Benih dipindahkan dari tangki asuhan ke sangkar asuhan setelah mencapai saiz empat inci.

Ikan dipindahkan ke SST setelah mencapai berat 200 gram seekor.

Y.Bhg. Dato’ Junaidi Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia semasa mendengar taklimat kemajuan projek di DPPSPM,

Terengganu.

Page 10: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

10 Berita Perikanan

Oleh: Pejabat Perikanan Negeri Kelantan

Bagi menyahut saranan Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya Ketua-ketua Jabatan dan Agensi kerap

turun padang untuk meninjau projek-projek yang diusahakan oleh kumpulan sasaran, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub telah mengadakan lawatan ke Projek D’Raja Lata Janggut, Jeli, Kelantan pada 12 Mac 2010. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memantau projek pembenihan ikan tilapia dan ternakan ikan patin yang diusahakan di Kg. Lata Janggut.

Program dimulakan dengan penyampaian taklimat oleh Encik Nik Ab. Aziz Nik Mohd. Zin, peserta projek kepada Ketua Pengarah Perikanan mengenai projek yang dijalankan. Seterusnya, Ketua Pengarah Perikanan melawat kawasan projek

daripada peserta PPRT yang dipilih oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Mereka mengusahakan 17 buah kolam yang luas keseluruhan 1.2 hektar termasuk 22 buah tangki simen bersaiz 10 kaki x 15 kaki/unit. Aktiviti yang dijalankan ialah penternakan ikan patin, pembenihan ikan tilapia merah dan pembenihan spesies-spesies lain seperti lampam jawa dan puyu.

Projek ini dapat menghasilkan sebanyak 48.4 tan metrik ikan patin bagi setiap pusingan ternakan dan dijual kepada pemborong sekitar negeri Kelantan dengan harga RM4 sekilogram. Sementara itu pengeluaran benih tilapia, lampam jawa dan puyu adalah antara 15,000 - 20,000 ekor bagi setiap bulan yang dijual dengan harga antara 10 sen hingga 13 sen seekor.

Bagi melancarkan projek yang dijalankan, Y. Bhg. Ketua Pengarah Perikanan akan memberi pertimbangan peruntukan tambahan yang dipohon oleh peserta iaitu 10 ribu ekor baka induk tilapia, lima set pukat, 12 botol hormon, 20 beg makanan udang galah dan makanan ikan patin bernilai RM40,000.

Santubong Marine Aquaculture PAKAR TEKNOLOGI HATCERI

Santubong yang berhampiran dengan Kuching. Berbekalkan modal sendiri, syarikat tersebut kini berjaya membina kira-kira 172 petak sangkar dengan tenaga kerja seramai tujuh orang. Dengan bertambahnya permintaan dari luar negara, syarikat ini bercadang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dengan berjinak-jinak dalam aktiviti pembenihan. Spesies siakap, kerapu harimau dan juga kertang akan diberi tumpuan khusus.

Sehubungan itu, pihak Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama syarikat berkenaan yang diadakan di Kuching. Perjanjian ditandatangani antara Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tn. Hj. Azlisha Ab. Aziz dan Encik Yii Hung Yiing, Pengarah Syarikat Santubong Marine Aquaculture Sdn. Bhd.. Melalui perjanjian ini, SMASB telah dilantik sebagai projek inkubator hatceri yang pertama bagi JPLS yang bertindak memindahkan teknologi (transfer of technology) dalam aktiviti pembenihan terutama pembenihan ikan bernilai tinggi kepada kakitangan JPLS. Adalah diharapkan dengan termetrinya perjanjian persefahaman ini, JPLS akan dapat meningkatkan lagi teknologi pembangunan dalam industri pembenihan ikan marin dan seterusnya dapat meningkatkan lagi pengeluaran ikan laut di Sarawak.

Encik Nik Ab. Aziz memberi penerangan kepada Ketua Pengarah Perikanan.

Oleh: Mohd Ridzuan Mohd Mokhtar, Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut, Santubong, Sarawak

Dalam usaha meningkatkan pengeluaran benih ikan, Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) mengalu-alukan kerjasama

dengan pihak swasta dalam pengeluaran benih yang bernilai tinggi seperti kerapu harimau, kerapu kertang, kerapu “hybrid” dan spesies-spesies komersil lain. Syarikat Santubong Marine Aquaculture Sdn. Bhd. (SMASB) telah dipilih untuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perikanan bagi melaksanakan pembangunan dan penyelidikan untuk menghasilkan benih yang berkualiti di Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut, Santubong, Sarawak.

Syarikat Santubong Marine Aquaculture dipilih kerana berpengalaman dalam penternakan ikan laut yang mempunyai nilai komersil seperti kerapu harimau, kerapu kertang, kerapu hijau, kerapu tikus, ikan merah serta siakap putih sejak tahun 2005. Lokasi sangkarnya amat strategik kerana terletak di Sungai Santubong yang tidak jauh dari Bandaraya Kuching. Setakat ini syarikat tersebut telah berjaya menuai hasil sebanyak tiga kali dengan kuantiti pengeluaran 50 tan metrik bernilai RM2 juta. Kebanyakan hasil dipasarkan ke Hong Kong.

Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat yang masih bertahan menternak ikan marin di Sungai

PROJEK D’RAJA LATA JANGGUT TERIMA KUNJUNGAN KETUA PENGARAH PERIKANAN

diiringi oleh Tuan Haji Zawawi bin Ali, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan pegawai-pegawai perikanan dari Jabatan Perikanan Kelantan.

Projek D’Raja Lata Janggut diusahakan oleh seramai tiga orang peserta yang terdiri

Perjanjian persefahaman pemindahan teknologi pembenihan ikan.

Ikan ternakan dimasukkan terus ke dalam kapal untuk dibawa ke Hong Kong.

Page 11: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

11 Berita Perikanan

Lintah yang diternak adalah jenis perut hijau yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Lintah betina yang matang akan bertelur pada bulan Jun, Julai dan Ogos setiap tahun dengan purata di antara 10 - 100 biji telur bagi setiap kali bertelur. Lintah diberi makan darah ikan keli dengan kadar seekor pada satu tangki setiap dua minggu. (Kadar berat ikan keli ialah empat ekor/kg.).

“Lintah dibekalkan kepada pusat rawatan kesihatan, D’winz Healthcare di Taman Senggarang, Batu Pahat, Johor yang menjalankan bekam lintah, selain beberapa pusat rawatan kesihatan lain termasuklah kepada pembekam di Seremban setiap bulan”, katanya.

“Selalunya jualan lintah akan meningkat kepada 300 ekor setiap bulan sekiranya berlangsungnya ekspo. Lintah dijual dengan harga RM1.00 seekor tanpa mengira saiz,” katanya.

”Selain membekalkan lintah untuk tujuan rawatan bekam, kami juga menganjurkan kursus penternakan lintah dan juga menghasilkan produk lintah dengan menggunakan jenama D’winz yang dikeluarkan oleh syarikat usahasama kami di Sepang, Selangor,” katanya.

”Kami menghasilkan empat produk krim lintah yang tidak berbau dan selesa digunakan iaitu krim anti penuaan ‘Anti Aging’, krim untuk sakit sendi ‘Joint Paint’ dan juga minyak lintah ‘Leech Oil’ yang mujarab membantu melancarkan peredaran darah yang kini telah ada di pasaran tempatan terutamanya di Kuala Lumpur dan Sarawak,” katanya.

”Hasilnya, kami mampu memperolehi pendapatan bersih kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 sebulan termasuk pemasaran beberapa jenis produk,” katanya.

Orang ramai yang berminat dan ingin mendapatkan produk ini boleh menghubungi Muhammad Shahrul Ikram Mustapha di talian 013-2060057.

Menurut Sulaiman, lintah mendapat permintaan yang tinggi kerana ia boleh merawat penyakit kronik seperti sakit jantung melalui enzim yang dinamakan cecair hirudin yang dikeluarkan oleh haiwan ini dan juga mengandungi kolagen yang boleh digunakan dalam industri kosmetik untuk penjagaan kulit.

”Berbanding di luar negara seperti di United Kingdom contohnya, harga seekor lintah boleh mencapai sehingga RM53, mungkin kerana permintaannya yang tinggi untuk kegunaan dalam bidang perubatan mereka,” katanya.

Sulaiman Shah dan Muhammad Shahrul Ikram berkata, sekiranya keadaan ini berlaku di Malaysia, penternak lintah mampu menjadi jutawan di samping dapat menjana ekonomi negara.

11 Berita Perikanan

Oleh: Zawinah Dol, Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

Jika dahulu lintah selalu dijauhi kerana sifat semulajadinya yang suka menghisap darah. Tetapi kini ia bukan sahaja dicari,

malah diternak untuk menjana pendapatan.

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?” Begitulah pegangan dua sahabat yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Multimedia Bukit Bruang, Melaka. Sulaiman Shah Ab. Rahman, 25, merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Komputer dan Muhammad Shahrul Ikram Mustapha, 24, berkelulusan Ijazah Pengurusan Teknologi Maklumat, berpendapat bahawa kelulusan yang digenggam itu bukanlah bermakna mereka harus melupakan terus bidang pertanian. Dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, mereka nekad untuk melabur sebanyak RM80,000 untuk menubuhkan syarikat MNS Marketing & Management di Taman Padang Temu Indah, Padang Temu, Melaka di kawasan tepi pantai yang disewa dengan kadar RM100 sebulan.

Bagi mereka, bidang penternakan lintah yang dianggap baru di Malaysia dilihat mempunyai prospek yang cukup besar kerana produk haiwan ini digunakan untuk rawatan alternatif yang mula mendapat permintaan ramai. Atas kesedaran peluang yang ada itu, dua sahabat ini mula menternak lintah sejak awal tahun 2008. Mempunyai 23 tangki ternakan lintah dengan kadar 300 ekor setiap tangki. Tangki ternakan diperbuat daripada konkrit bersaiz 3 kaki x 3 kaki berbentuk silinder.

Encik Sulaiman yang merupakan Ketua Eksekutif syarikat dan juga merupakan Pengerusi Persatuan Lintah Negeri Melaka (PELINTAH), berkata mereka memilih untuk menceburi bidang penternakan lintah kerana melihat bidang tersebut masih baru di negara ini dan berpotensi untuk pergi lebih jauh. Masa depan perusahaan ini amat cerah kerana produk lintah kini menjadi pilihan ramai sebagai bahan perubatan dan kecantikan. Atas kesedaran nilai pasaran yang tinggi, menurut Sulaiman, syarikatnya juga telah mengadakan usahasama dengan syarikat-syarikat lain dari Pontian, Batu Pahat, Bukit Merah, Seremban dan Terengganu untuk mengembangkan lagi perniagaannya

Penternakan dijalankan secara sistem tanpa tanah dengan melibatkan pokok keladi bunting di permukaan air bertujuan untuk persenyawaan dan seterusnya berfungsi sebagai tapak untuk lintah bertelur. Gabus diletakkan di sekeliling permukaan tangki bagi mengelakkan lintah keluar dari tangki. Tangki dibersihkan dan pokok keladi bunting yang mati akan dikeluarkan dari tangki bagi mengelakkan air berbau busuk. Tangki ditutup dengan dawai yang berlubang jarang bertujuan mendapatkan sinar cahaya matahari dan udara. Benih dibeli dari Terengganu dengan harga RM30 untuk satu balang plastik.

DUA SISWAZAH USAHA PENTERNAKAN LINTAH

Lintah akan bertelur di atas dahan keladi bunting.

Minyak lintah ‘Leech Oil D’winz’ berkhasiat bagi melancarkan

peredaran darah.

‘Anti Aging D’winz’ ‘Joint Paint D’winz’

Page 12: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

12 Berita Perikanan12 Berita Perikanan

10 April 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan bantuan kepada 53 orang penternak ikan untuk Program Pemuliharaan Kolam Terbiar Kawasan Hulu Selangor sempena Mini MAHA di Pelasari Agriculture Sdn. Bhd., Kuala Kubu Bharu, Selangor.

26 April 2010

Mesyuarat “Malaysia

– Australia Agricultural

Cooperation Working

Group: Fisheries Sub-

Working Group” telah

diadakan di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

9 Mei 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan bantuan Penstrukturan Semula dan Pembangunan Komuniti Akuakultur kepada Maloong Aquarium Farm sempena “Showcase” Usahawan Malaysia dan Karnival Agro Hulu Langat di IKBN Dusun Tua.

Page 13: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

13 Berita Perikanan13 Berita Perikanan

16 Mei 2010Y.A.B. Dato’ Seri Dr.

Zambry Bin Hj. Abdul Kadir, Menteri Besar Perak (kanan) bersama Y.B. Dato’ Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melawat gerai pameran Jabatan Perikanan sempena Larian

Amal Perak 2010 di Dataran Pangkor, Pulau Pangkor.

23 Mei 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan Bengkel Usahawan Industri Asas Tani Bimbingan Jabatan Perikanan dan Pembimbing Usahawan di Melaka.

25 Mei 2010

Y.B. Encik P. Kamalanathan,

Ahli Parlimen Hulu Selangor

menyampaikan bantuan

Program Peningkatan

Hatceri Swasta kepada

Syarikat Aqua Tronic

Synergy Enterprise sempena

Majlis Penyampaian

Bantuan Dasar Jaminan

Bekalan Makanan Daerah

Hulu Selangor di Akademi

Bomba dan Penyelamat

Malaysia, Kuala Kubu

Bharu, Hulu Selangor,

Selangor.

Page 14: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

14 Berita Perikanan14 Berita Perikanan

27 Mei 2010Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin

Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan

Perdana Menteri Malaysia

merasmikan Konvensyen Jaminan

Bekalan Makanan 2010 – 2020

di Pusat Dagangan Dunia Putra

(PWTC), Kuala Lumpur.

26 Mei 2010Y.Bhg. Dato’ Mohd Mokhtar Bin Ismail,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

melancarkan buku “Ikan Laut Malaysia” sempena Majlis Menandatangani

Persefahaman Penerbitan Buku Berkaitan Sektor dan

Penyelidikan Perikanan di antara Jabatan Perikanan

Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Wisma Tani, Putrajaya.

29 Mei 2010Y.B. Dato’ Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengadakan lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Keli Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Kampung Melayu Raya, sempena majlis perasmian Mini MAHA Daerah Segamat, Johor.

Page 15: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

15 Berita Perikanan

Oleh: Cawangan Komunikasi

Jika anda melalui jalan utama dari Marang ke Rantau Abang, Terengganu anda akan menjumpai sebuah projek penternakan

ikan marin dalam tangki yang diusahakan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Ivan Mohd Izlan, 59 dan Puan Zaleha Hassan, 63, di Kampung Pasir Putih, Marang, Terengganu. Pasangan ini adalah pemilik Syarikat Hassan Milling & Moulding Sdn. Bhd. yang sebelum ini menjalankan projek perkayuan di Kuantan, Pahang sejak tahun 1988.

Pasangan ini kemudiannya membeli sebidang tanah seluas lima ekar di tepi pantai yang asalnya adalah kawasan tanaman kelapa yang terbiar untuk dibina rumah rehat. Walau bagaimanapun tanah berkenaan didapati kaya dengan sumber asli seperti garam dan air tawar bawah tanah yang tidak tercemar di samping tiupan angin yang cukup untuk menggerakkan kincir angin. Kawasan berkenaan juga mempunyai tanah berpasir sedalam 40 kaki yang berfungsi sebagai penapis semulajadi kepada air bawah tanah.

Projek Integrasi Ikan, Sayur Guna Air Bawah Tanah

Kelebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk beliau membuat pelaburan dalam ternakan ikan marin di dalam tangki yang menggunakan air bawah tanah yang dipam oleh kincir angin. Walaupun Puan Zaleha bersama suaminya tidak berpengalaman dalam bidang akuakultur kerana mereka sebelum ini bekerja dalam industri perkayuan, namun ia tidak menghalang mereka untuk memulakan projek integrasi ini.

Ke Kuantan

ACCESSROAD

Water Storage Tanks

Kincir angin

Kincir angin

Wakaf

FISH FARM

A

AQUAPONIKB

PROPOSED HATCHERY

Jalan Rantau Abang – Marang

39 KM ke K. Terengganu

Laut China Selatan

RumahStor

Pasangan ini mempunyai hasrat murni untuk membantu penduduk kampung berkenaan dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka di samping dapat memanfaatkan khazanah pantai untuk pengeluaran makanan. Mereka juga berharap dapat mengeluarkan makanan sihat yang mesra alam seperti ikan dan sayur-sayuran organik secara hidroponik.

Projek penternakan ikan ini menggunakan khidmat lima orang pekerja yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan yang tiada pengalaman dalam bidang penternakan ikan dan tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan akuakultur atau pun hidroponik. Bilangan pekerja ini tidak termasuk dalam kerja-kerja pembinaan kincir angin dan taman

Encik Ivan Mohd IzlanPuan Zaleha Hassan

Pekerja sedang menyiapkan tapak tangki tambahan.

Pekerja membersihkan tangki penternakan setiap hari.

Kincir angin di kawasan penternakan ikan.

Pemandangan di kawasan projek.

15 Berita Perikanan

Page 16: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

16 Berita Perikanan

hidroponik. Walau pun mereka kurang berpendidikan dan kewangan, tetapi berkebolehan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengikat batu- bata, kimpalan, membuat perigi tiub, pam air, plambing dan sebagainya.

Konsep yang digunakan ialah memanfaatkan tiupan angin bagi menggerakkan kincir angin untuk mengepam air bawah tanah yang bertapis secara semulajadi ke dalam tangki ternakan ikan. Kelebihan kincir angin ialah ia tidak perlu menggunakan elektrik atau minyak, selamat dan stabil, penyelenggaraan yang rendah, reka bentuk yang ringkas dan bebas pencemaran. Kincir angin boleh menggerakkan pam untuk mengepam air dari bawah tanah ke tangki-tangki ikan. Air bawah tanah ditapis secara semualajadi melalui lapisan tanah yang berpasir. Air yang dipam adalah bersih, jernih, tidak tercemar dan sesuai untuk penternakan ikan. Air itu kemudiannya dikitar semula untuk ternakan ikan sehingga cukup kandungan nutrient sebelum disalurkan ke tanaman hidroponik secara graviti.

Menurut Encik Zulkifli Mohd Rasad iaitu ketua projek, penternakan mula dijalankan pada tahun 2006 dengan menempatkan sebanyak 12 buah tangki bulat bersaiz 12 kaki diameter untuk menjalankan proses asuhan dan penyimpanan ikan. Lapan

buah tangki simen juga turut dibina untuk dimasukkan spesies ikan kerapu,

siakap dan tilapia.

”Kami juga menangkap dan mengasuh ikan-ikan dari laut seperti kerapu, gerut, ikan

merah, ketam, telinga gajah dan pelbagai spesies untuk dipasarkan kepada orang ramai. Spesies ikan telinga gajah

ditangkap di laut dengan menggunakan bubu. Ikan yang bersaiz 400 gram akan diasuh selama tujuh bulan untuk mencapai saiz satu kilogram,” katanya.

Ikan yang dihasilkan berkualiti dan mendapat harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran kerana menggunakan air yang tidak tercemar, tangki dibersihkan setiap hari yang menyebabkan tangki berkenaan higenik dan ikannya tidak berbau lumpur. Ini membolehkan ikan air tawar dan air masin diternak di sini. Sehingga kini ladang ini telah berjaya menghasilkan ikan tilapia, siakap dan kerapu. Siakap dijual dengan harga RM18 sekilogram, sementara kerapu dan tilapia masing-masing dijual dengan harga RM24 dan RM10 sekilogram.

”Pelanggan memuji kualiti ikan yang kami hasilkan kerana ia lebih sedap. Persatuan Nelayan Kerteh merupakan pelanggan tetap kami yang datang hampir setiap hari untuk kegunaan restoran mereka,” kata Encik Zulkifli.

”Idea untuk memulakan tanaman sayur secara hidroponik pula timbul setelah mengamati tumbuh-tumbuhan liar di kawasan air buangan keluar di mana ia tumbuh dengan suburnya, kata Encik Ivan iaitu suami kepada Puan Zaleha.

Air berkenaan dikitar semula dengan menggunakan tangki kitar semula. Air bernutrien semulajadi itu dialirkan untuk mengairi sayur-sayuran secara graviti tanpa penambahan nutrien dari luar. Projek masih dalam proses percubaan sebelum dapat dilaksanakannya secara komersil.

”Projek akan datang ialah penternakan ikan siakap dalam sangkar, di mana kami sedang menunggu penghantaran sangkar ternakan ikan sungai untuk percubaan,” katanya.

”Setelah mencapai saiz tertentu, ikan dipindahkan ke tangki penternakan untuk menghilangkan bau lumpur (cleansing).

Kami sudah berpengalaman untuk menyah bau ikan dan ia diterima baik oleh pelanggan,” kata Encik Ivan.

Beliau berkata, secara tradisional, ikan yang diternak dalam sangkar kurang berkualiti kerana pencemaran dan kurang penyelenggaraan. Kos menternak ikan dalam sangkar lebih rendah berbanding penternakan dalam tangki. Namun, risiko lebih tinggi dan kadar hidup lebih rendah dibandingkan dengan ikan yang dibesarkan dalam tangki.

Sementara itu Encik Ivan mengalu-alukan pengusaha hatceri untuk membekalkan benih bagi tiga spesies ikan utama iaitu tilapia, kerapu dan siakap untuk projek penternakan ini kerana beliau tidak melakukan kerja-kerja pembenihan ikan. Buat masa ini benih ikan bersaiz empat inci hingga lima inci dibeli dari penternak di Besut.

Kolam konkrit air payau. Encik Zulkifli bersama pekerja menyauk ikan siakap untuk pelanggan.

Sayur-sayuran hasil hidroponik secara “drip feed’ yang memberangsangkan.

Page 17: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

17 Berita Perikanan17 Berita Perikanan

Oleh: Pejabat Perikanan Negeri Kelantan

Tiram (Crassostrea gigas) merupakan sejenis haiwan yang bercengkerang dengan kulit yang agak datar. Secara

umum tiram adalah kumpulan moluska dwicengkerang yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cengkerangnya terdiri daripada dua kerangka berkalsium yang mengelilingi tubuh lembut. Ingsang menapis plankton daripada air dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.

Tiram paling dikenali dengan penghasilan mutiara secara semulajadi. Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan dan sesetengah jenis lain seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas. Tiram yang dimakan tidak mampu menghasilkan mutiara berkualiti tinggi. Dagingnya rendah kalori dan mengandungi kalsium dan vitamin A.

Tiram diternak ketika bersaiz “spat” dan penternakannya telah dijalankan selama lebih satu abad. Dua kaedah biasanya digunakan iaitu dilekatkan pada latar (substrate) dan dibiarkan sehingga matang bagi membentuk tiram “benih” atau dituai. Ia mungkin dipindahkan ke tapak yang disediakan dan dibenarkan matang secara semula jadi. Ia dituai dengan menggunakan kaedah sama seperti menuai tiram liar. Kaedah kedua ialah ia diletakkan pada para atau bag dan digantung di dasar laut. Tiram dituai dengan mengangkat beg atau para ke permukaan dan mengambil tiram yang matang.

Tidak seperti kupang (siput sudu), tiram jarang diternak di negara kita. Walau bagaimanapun kini terdapat seorang pengusaha di Kampong Pulau Gajah, Sering, Kota Bharu, Kelantan telah menjalankan projek ternakan tiram sejak tahun 1980-an lagi. Encik Baharom bin Ab. Kadir pada mulanya mengusahakan projek penternakan tiram di Sungai Pantai Dasar Sabak. Ia kemudiannya dipindahkan ke tapak sekarang ini apabila sungai tempat asal ternakan dicemari kesan daripada pusat pelupusan sampah yang terletak berhampiran dengan Sungai Sabak. Akibatnya Sungai Sabak telah tercemar dan semua aktiviti akuakultur tidak dapat dilaksanakan lagi.

Encik Baharom mengusahakan ternakan tiram sepenuh masa dengan bantuan isterinya. Pada masa-masa tertentu, seorang atau dua pekerja tambahan diambil untuk kerja-kerja menyusun benih tiram untuk diternak dan juga bagi kerja-kerja mengopek, menceraikan biji tiram serta membungkus isi tiram.

Pusat penternakan dan pengumpulan tiram Encik Baharom ini diletakkan di bawah Projek Bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan setelah mengalami perkembangan yang memberangsangkan.

Projek penternakan tiram dijalankan dalam tiga buah kolam bersama ikan siakap di mana sebuah kolam

bersaiz 2,000 meter persegi manakala dua buah kolam lagi masing-masing berukuran 0.1 hektar. Beliau juga menggunakan sistem rakit/sangkar dengan keluasan 138 meter persegi.

Benih tiram dibeli daripada pemungut-pemungut benih di beberapa tempat di sekitar

Kelantan iaitu sekitar perairan Pantai Senok, Bachok; Tumpat dan Kampung Madat, Pantai

Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Anggaran benih yang diperolehi mengikut tempat ialah:

Lokasi Anggaran Benih Dipungut/Bulan

Bilangan Pemungut Benih

Tiram

1. Tumpat 55,000 biji 7 orang

2. Pantai Senok, Bachok 10,000 biji 5 orang

3. Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. 20,000 biji 5 orang

Tiram dipasarkan dalam bentuk isi tiram yang dipek satu kilogram setiap bungkus dan juga dalam bentuk biji.

Anggaran jualan dalam sebulan ialah:i) Tiram isi - antara 1,000 kilogram hingga 2,500 kilogram

sebulanii) Tiram biji - antara 14,000 biji hingga 55,000 biji sebulan

Harga jualan: i) Isi tiram - antara RM6.00 hingga RM7.00 sekilogramii) Tiram biji - antara RM0.60 hingga RM1.00 sebiji.

Tiram dipasarkan di sekitar Kota Bharu dan Melaka dalam bentuk isi. Selain itu Encik Baharom juga memasarkan tiram keluarannya dalam bentuk isi dan biji ke Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

Projek BimBingan Ternakan Dan PengumPulan Tiram

Berhasil

Penternakan tiram dalam sistem sangkar.

Tiram yang telah matang sedia untuk dituai.

Page 18: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

18 Berita Perikanan

Cabaran untuk mengekal dan menjaga sumber perikanan, mendidik dan melatih kumpulan sasaran, melaksanakan

projek pembangunan dan menyalurkan maklumat berhubung pembangunan perikanan bukanlah suatu tugas yang mudah. Sehubungan itu, Y. Bhg. Dato’ Junaidi bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia, semasa merasmikan Seminar Methodologi Pengembangan Perikanan di Putrajaya telah menyeru supaya warga Jabatan Perikanan dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan kaedah yang betul bagi menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasaran.

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) itu antara lain

bertujuan untuk menyerlahkan pendayaupayaan warga perikanan dalam menjalankan tugas-tugas pengembangan terhadap kumpulan sasar. Seminar selama dua hari itu telah menghimpunkan seramai 90 orang warga perikanan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pengembangan. Dato’ Junaidi juga berkata, bagi meningkatkan sistem penyampaian, kita tidak boleh lari dari membincangkan tentang kaedah atau pun methodologi pengembangan dalam perhubungan dengan kumpulan sasaran.

Beliau juga menegaskan bahawa pengembangan merupakan proses pendidikan yang berterusan bagi membekal dan meningkatkan maklumat, pengetahuan, kemahiran dan motivasi kumpulan sasaran bagi menambah baik pekerjaan seharian dan kualiti hidup mereka. Dalam erti kata lain, aktiviti pengembangan adalah merupakan agen perubahan yang berupaya membawa kebaikan terhadap kumpulan sasaran dan industri perikanan. Beliau juga menekankan keperluan bagi melahirkan Agen Pengembangan Perikanan (APP) yang berketerampilan dan berpengetahuan di samping berupaya berkomunikasi dengan baik dengan kumpulan sasaran.

Menurut Dato’ Junaidi, pendekatan pengembangan perikanan juga perlu berubah selari dengan keperluan industri.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10) yang akan bermula pada tahun 2011, tumpuan yang lebih hendaklah diberikan kepada aspek pengembangan terhadap kumpulan sasaran di samping pemindahan teknologi dan pembangunan produk. Pembangunan komuniti secara berkelompok seperti Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) juga seharusnya diberikan tumpuan,” ujar beliau.

PENGEMBANGAN PERIKANANAGEN

PERUBAHAN

Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan seminar.

Seminar turut diisi dengan beberapa siri ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi soal jawab.

Agen Pengembangan Perikanan (APP) perlu berpengetahuan di samping

berupaya berkomunikasi dengan baik dengan kumpulan sasaran.

Oleh: Adnan Hussain Bahagian Pengembangan Perikanan

Page 19: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

19 Berita Perikanan

PESERTA PROGRAM E-KASIH JALANI KURSUS MODAL INSAN

19 Berita Perikanan

Oleh: Pejabat Perikanan Negeri Kelantan

Seramai 78 orang peserta e-kasih dari beberapa jajahan iaitu Bachok, Jeli, Tumpat dan Kota Bharu telah mengikuti

Kursus Memperkasa Modal Insan pada 10 hingga 11 Mac 2010 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Machang, Kelantan.

Tujuan kursus ini adalah untuk membuka minda peserta supaya dapat mengurus projek yang akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Peserta yang telah mengikuti kursus akan diberi peruntukan bagi menjalankan projek di bawah program e-kasih. Peserta kursus berpeluang mengikuti empat siri ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah profesional seperti berikut:

Ceramah I : Pengenalan Serta Halatuju Program e-Kasih oleh Encik Wan Nor Azli Jasmi bin Wan Yusoff, Ketua Unit Pembangunan dan PMP, Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

Ceramah II: Malaysia Bumi Bertuah oleh Encik Razali bin Yusof dari Biro Tata Negara.

Ceramah III: Berjaya di Dunia Selamat di Akhirat oleh S.S. Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Ceramah IV: Pengurusan Perniagaan Berskala Kecil oleh Encik Md. Rosly bin Yusof, Pegawai MARA Daerah Machang.

Peserta juga menjalani bengkel yang diuruskan sendiri oleh Y. H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia. Peserta dipecahkan kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 19 hingga 20 orang peserta dan diselia oleh seorang pemudah cara dari Jabatan Perikanan.

Setiap kumpulan diberi dua tajuk yang sama untuk dibincangkan iaitu:1. ”Apa yang Menghalang Saya untuk Jadi Kaya”2. ”Apakah Langkah-langkah atau Cadangan Supaya Saya

Menjadi Kaya”

Setelah berbincang hampir 1 jam 30 minit, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Intipati dari pembentangan kumpulan-kumpulan adalah seperti berikut:”Apa yang Menghalang Saya untuk Jadi Kaya” ialah:

• Kurang ilmu, taraf pendidikan rendah dan berkawan dengan orang yang tidak berilmu.

• Kurang usaha dan tidak bersungguh-sungguh, malas, tiada wawasan dan tiada disiplin diri.

• Memilih kerja, tiada kerja tetap dan bersikap ego• Tiada kemahiran dan tiada modal• Perasaan rendah diri dan minda tidak terbuka• Kematian suami (ibu tunggal).

”Apakah Langkah-langkah atau Cadangan Supaya Saya Menjadi Kaya”

• Tambah ilmu dan berkawan dengan orang yang berilmu dan berjaya

• Ada kerja tetap, tingkatkan kualiti kerja dan jangan memilih kerja

• Jangan putus asa, usaha lebih dan sanggup berubah• Perlu bimbingan, nasihat dan bantuan modal• Bijak mengurus dan merancang kewangan• Banyak promosi• Buka minda

Pada majlis penutup, Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana telah menunjukkan minat yang begitu mendalam semasa menjalani kursus. Beliau menggariskan beberapa perkara yang menentukan kejayaan sesuatu projek yang hendak dilaksanakan. Antaranya ialah sokongan pegawai berkaitan, berjanji dengan diri untuk keluar dari program e-Kasih, menjalankan kerja yang berkualiti, sikap untuk berubah, minda terbuka, minat bekerja dan berhutang budi pada kerajaan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada peserta kerana telah berjaya mengeluarkan pendapat serta idea yang sangat bernas semasa bengkel. Peserta disarankan supaya menerima keputusan bengkel yang telah dibincangkan secara terperinci sebagai panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Seterusnya, beliau berharap kursus ini menjadi titik permulaan ke arah perubahan kepada peserta dalam menjalani kehidupan mereka di masa akan datang. Beliau juga berharap supaya kursus-kursus seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Y.H. Dato’ Ahamad Sabki b. Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan menyampaikan ucapan

di majlis penutup kursus.

S.S Dato’ Haji Mohamad Shukri b. Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan menyampaikan ceramah

bertajuk ‘Berjaya di Dunia, Selamat di Akhirat’.

Kursus dihadiri seramai 78 orang peserta.

Peserta menjalani latihan jasmani. 19 Berita Perikanan

Page 20: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

20 Berita Perikanan

Oleh: Mohamad Asribin Abd. Rahman Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

Orang ramai kini berpeluang untuk mengikuti kursus dalam bidang pemprosesan produk perikanan yang

ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pengembangan Perikanan. Peluang ini sudah semestinya wajar diambil oleh orang ramai yang berminat bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka dalam penghasilan produk-produk otoshimi seperti keropok lekor, otak-otak dan satar serta produk surimi seperti kek ikan, bebola ikan dan burger ikan.

Untuk tujuan ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah menubuhkan beberapa buah Pusat Pengembangan Perikanan khusus untuk memberi latihan serta khidmat teknikal kepada mereka yang berminat dalam bidang pemperosesan produk perikanan. Antara Pusat Pengembangan Perikanan yang menyediakan kursus dan demo pemprosesan produk berasaskan surimi dan otoshimi ialah Pusat Pengembangan Perikanan Gelugor Pulau Pinang.

Pusat ini memberi tumpuan dalam mengendalikan kursus pemprosesan bagi kawasan zon utara Semenanjung Malaysia meliputi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Pusat ini dilengkapi dengan bilik kuliah untuk pembelajaran secara teori selain bilik amali yang mempunyai peralatan untuk memproses produk-produk perikanan. Pusat ini juga turut dilengkapi dengan bilik pembungkusan dan tempat menyimpan produk sejuk beku.

Untuk kursus yang mengambil tempoh selama dua hari, peserta akan disediakan penginapan serta makan/minum. Dalam

tempoh selama dua hari, mereka akan diberi pengetahuan secara teori dan amali dalam subjek Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), pengenalan surimi dan otoshimi seterusnya amali untuk memproses produk berkenaan.

Bagi kursus jangka pendek (demonstrasi), pihak tenaga pengajar akan pergi ke tempat-tempat yang disediakan oleh pihak penganjur untuk mengajar di sana. Kaedah ini lebih kepada tunjuk ajar secara ringkas tentang tata cara memproses produk.

Di samping kursus pemprosesan, pusat ini juga memberikan kursus tentang pengendalian ikan selepas tangkapan. Kursus ini akan memberi panduan kepada peserta cara-cara untuk

mengendali ikan sejurus ia ditangkap dari segi penjagaan suhu dan masa penyimpanannya supaya kualiti ikan dapat dikekalkan dalam tempoh yang lama.

Orang ramai yang ingin mengikuti kursus, boleh memohon dengan mengisi borang yang boleh didapati dari Pejabat Perikanan berhampiran atau datang terus ke Pusat Pengembangan Perikanan Gelugor, Pulau Pinang.

Teori diajar di bilik kuliah. Amali di makmal pemprosesan.

Peserta yang pernah mengikuti Kursus Pemprosesan.

Salah satu demo yang diadakan.

Otak-otak

Sata

Burger ikan

PELUANG IKUTIKURSUS

PEMPROSESAN PRODUK PERIKANAN

Page 21: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

21 Berita Perikanan21 Berita Perikanan

Oleh: Hj. Saad Hj. Selayman, Pejabat Perikanan Negeri Kedah.

Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) Kilim, Langkawi telah mengorak langkah ke hadapan apabila

ahlinya seramai 61 orang telah menceburi bidang pelancongan rekreasi dan penternakan ikan dalam sangkar. Menurut Pengerusi KPSP Kilim, Encik Omar Ariffin, projek pelancongan rekreasi mempunyai potensi yang baik sebagai langkah untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada nelayan. Sebelum ini mereka hanya menjalankan aktiviti menangkap ketam nipah dan mengoperasikan pukat hanyut udang, rawai dan bubu anak ikan kerapu. Purata pendapatan mereka sebelum ini adalah antara RM500 hingga RM800 sebulan bergantung kepada hasil tangkapan yang semakin berkurangan.

Sesuai dengan hasrat Jabatan Perikanan yang menyarankan setiap KPSP mempelbagaikan aktiviti mereka, KPSP Kilim yang telah ditubuhkan pada Ogos 2003 menyahut saranan tersebut dengan menyediakan bot-bot untuk pelancong menikmati keindahan Sungai Kilim.

Kilim Geoforest Park, Gua Kelawar dan Gua Cerita yang terletak dalam kawasan Kilim memang kaya dengan sumber alam semulajadi dengan bukit batu kapur berusia jutaan tahun. Kawasan eko pelancongan ini terkenal dengan lagendanya tersendiri di samping mempunyai pemandangan hutan paya bakau yang cantik serta kawasan bukit yang dihuni burung helang laut. Teluk dan lagun yang terlindung di kawasan ini juga sesuai untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

Pelancongan rekreasi ini mendapat sokongan dari pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang menyediakan kemudahan jeti, ruang pejalan kaki di kawasan paya bakau dan membina jambatan kecil di Sungai Kilim. Pihak LADA juga telah memberi kuasa kepada ahli KPSP Kilim untuk mengurus serta mentadbir kawasan sekitar jeti dan membenarkan ahli-ahlinya menjalankan jualan cenderahati, kedai makanan dan kraftangan untuk pelancong. Pengurusan KPSP Kilim diperkemaskan lagi dengan adanya sebuah pejabat operasi yang diuruskan oleh seorang pengurus dan dua orang operator yang merupakan ahli KPSP dan anak-anak mereka.

Encik Omar berkata KPSP telah membuat pinjaman dari Agro Bank untuk membeli dua buah bot gentian kaca berserta enjin dengan kos RM100,000. Bot-bot ini dilengkapi jaket keselamatan dan alat pemadam api seperti mana syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Laut. Pengendali bot juga telah diberi kursus pengendalian bot pelancong oleh LADA dengan bantuan Jabatan Laut dan diberi lesen Jurumudi Terhad untuk membawa pelancong.

Setiap bot pelancong dikendalikan oleh seorang pemandu dan seorang kelasi. Mereka akan menunggu kedatangan pelancong yang mendaftar di kaunter tiket. Pelancong dikenakan bayaran mengikut pakej iaitu pakej A - RM250 setiap trip di mana mereka dapat melawat keseluruhan kawasan termasuk gua batu kapur dan makan di restoran terapung serta memberi makan

helang dalam masa tiga jam. Sementara pakej B - RM200 seorang iaitu tidak termasuk makan di restoran terapung. Setiap bot boleh membawa seramai lapan hingga 10 orang penumpang.

Pendapatan seorang pemandu bot pelancong ialah antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Sementara pendapatan kelasi ialah antara RM1,800 hingga RM2,500 sebulan. Manakala pendapatan ahli KPSP untuk dua buah bot pelancong ialah sebanyak RM6,000 hingga RM8,000 sebulan. Kejayaan ini bukan sahaja telah mengeluarkan ahli-ahli KPSP dari belenggu kemiskinan, malah bergelar seorang usahawan ekopelancongan.

Bagi mereka yang berminat untuk datang ke KPSP Kilim bolehlah menghubungi pejabat pentadbiran KEN Makmur Enterprise di talian 04-959 2323, faks: 04-959 2324 atau hubungi pengurus Ahmad Nizar, 017-5771 676.

Sementara itu seramai 10 ahli KPSP ini telah mengusahakan projek penternakan ikan dalam sangkar di dalam 25 buah sangkar yang bermodalkan sebanyak RM500,000 melalui pinjaman dari TEKUN Nasional. Spesies kerapu harimau menjadi pilihan di mana benihnya yang bersaiz tiga inci dibeli dari Indonesia dengan harga RM3.00 seekor. Sebagai permulaan, sebanyak 40,000 ekor anak ikan kerapu harimau telah dilepaskan ke dalam sangkar di Teluk Kilim.

Projek ini telah menghasilkan sebanyak 12,000 kilogram ikan dengan hasil jualan sebanyak RM300,000 pada bulan Mei 2009. Ikan dijual kepada pembeli ikan dari Hong Kong dan Taiwan yang datang ke Langkawi bersama kapal khas yang dilengkapi dengan tangki dan bekalan oksigen. Harga pasaran ikan kerapu harimau ialah antara RM30 hingga RM40 sekilogram.

Sesungguhnya KPSP Kilim telah mengubah corak hidup ahli-ahlinya yang kini tidak hanya bergantung kepada pekerjaan nelayan semata-mata.

Ahli KPSP Kilim Ceburi Pelancongan Rekreasi

Burung helang merah begitu jinak dengan pelancong.

Pelancong menyusuri Sungai Kilim untuk menikmati keindahan hutan bakau.

Projek ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan ahli KPSP Kilim dikunjungi

pelawat dari SEAFDEC Bangkok, Thailand.

21 Berita Perikanan

Page 22: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

22 Berita Perikanan

Mengenali Spesies Udang Kara Air Tawar

Oleh: Zawinah Bt. Dol, Cawangan Komunikasi Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya

Merupakan makanan eksklusif di hotel-hotel dan restoran-restoran ternama. Kandungan kolesterol sangat rendah

dan tinggi protein. Harga lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Harga pasaran bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Kini orang kebanyakan juga mampu menikmatinya pada harga yang berpatutan.

Inilah spesies udang kara air tawar atau CQ Blue (Cherax quadricarinatus) dan ada juga yang memanggilnya Blue lobster dan Blue red claw. Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di perairan air tawar dalam keadaan pH7 ke pH8. Saiz matang udang ini adalah dalam lingkungan lapan inci hingga 14 inci.

Walau bagaimanapun, oleh kerana warnanya yang menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia lebih cenderung menjadikan spesies udang air tawar ini sebagai hiasan akuarium di rumah-rumah mereka. Saiz akuarium yang sesuai

bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara. Penternakan sangat mudah dan kosnya sangat rendah di mana kadar kematiannya rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut.

Kebanyakan udang kara ini mempunyai sifat kanibal (memakan sesama spesies) sekiranya berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Kanibalism selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cengkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan). Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27oC hingga 30oC. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet adalah paling sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam dalam dasar air. Semasa proses penukaran kulit cengkerang, udang ini akan memakan semula kulit cengkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cengkerang.

Proses pembiakan berlaku apabila udang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.

Udang kara air tawar. Bersifat kanibal ketika proses penukaran kulit cengkerang.

Bersifat omnivor - memakan apa sahaja yang ada di dalam akuarium.

Proses pembiakan berlaku apabila udang kara mencapai saiz 3 - 4 inci.

Memakan semula kulit cengkerang bagi mendapatkan nutrien gentian.

Page 23: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

23 Berita Perikanan

SOALANMelintang:1. Apakah warna rumah kemudi bagi vesel

menangkap ikan yang didaftarkan di Miri, Sarawak?

4. “Walau___ dia OKU, namun dia mampu menjadi pengusaha perikanan yang berjaya”.

5. Sejenis makanan ikan.8. Hal-hal yang berkaitan dengan kereta.9. Untuk mengetahui ukuran sesuatu benda.10. “Wanita itu bercakap secara ber____ semasa

majlis merisik.11. Salah satu kaedah untuk menghantar dokumen

secara elektronik (Bahasa Inggeris).

Menurun:1. Sejenis ikan di Kuala _____, Perak.2. Ditujukan khas atau tujuan.3. Nama saintifk kerang ialah Anadara _____.4. Pembantu Peribadi (ringkasan Bahasa Inggeris).6. Ikan patin suka makan hidupan ini.7. “Polis berkata, _____ pembunuhan itu ialah kerana

dendam”.9. Nombor pendaftaran vesel menangkap ikan yang

didaftarkan di negeri Selangor.

UJI MINDA ANDA!!!

TEKA SILANG KATA

23 Berita Perikanan

IKAN OH! IKAN

1 2 3

4

5 6 7

8

9

10

11

1 2 3

4

5 6 7

8

9

10

11

AIMETRA

RNUP

GNINUK

NOTUA

OTAKUS

SAIKL

AFXAF

Projek Flagship Kementerian ini sering mendapat kunjungan daripada dif-dif kehormat di mana pada 16 November 2009, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Datuk Johari Baharum telah meninjau kemajuan projek yang diusahakan oleh Projek Landas Bina Aqua Ventures Sdn. Bhd.

Syarikat Kims Fish Farm Sdn. Bhd. juga telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) yang melibatkan seramai 20 orang graduan untuk menjalankan ternakan dan pembenihan ikan marin. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Y.B. Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin telah merasmi dan mengadakan lawatan ke projek ini pada 20 Februari 2010.

Sokongan padu daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta nasihat teknikal dan khidmat sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia telah memberi impak yang positif kepada projek-projek penternakan ikan di Sungai Johor ini. Bilangan pengusaha telah meningkat di mana pengusaha-pengusaha lain dari kawasan yang bermasalah di Kampung Jawa dan Kukup telah berpindah ke perairan Sungai Johor. Bilangan hatceri juga bertambah bagi menampung keperluan bekalan benih ikan marin. Penglibatan siswazah melalui program kerjasama juga telah melahirkan pengusaha muda yang berilmu. Oleh itu wajarlah projek penternakan ikan dalam sangkar di perairan Sungai Johor ini dipilih sebagai projek ‘Flagship’ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

(sambungan dari muka surat 7)

Page 24: KURANG KESEDARAN PUNCA SUMBER PERIKANAN PUPUS … download images/BP.Bil.73.pdf · ikan air tawar termasuk ikan putih, ... dari pada 3 hingga 12 Mac 2009. ... memberi jaminan bahawa

24 Berita Perikanan

1. Kerabu Dua Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tilapia (300g) – Dibuang tulang (filet)3 batang serai8 biji cili padi5 helai daun limau purut 2 tangkai bunga kantan5 ulas bawang merah2 sudu besar kerisik1 sudu teh garam2 sudu besar gula60g mangga mudaSedikit jus limau nipis

Cara Membuatnya:

i) Filet ikan dipotong pada saiz 2cm dan digoreng secara deep fryer. Kemudiannya angkat dan dibiarkan sejuk.

ii) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

iii) Masukkan filet ikan dan gaulkan sehingga sebati.

iv) Siap untuk dihidang bersama hiasan daun ketumbar.

Jabatan Perikanan Malaysia(Department of Fisheries Malaysia)

Aras 1 – 6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYANo. Tel: 03-8870 4000 No. Faksimili: 03-8888 9972 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: [email protected]

Kerabu Dua RasaKerabu Kukus Dua Rasa

Resipi Pilihan

123

4

567

8

9

10

11

123

4

567

8

9

10

11

A I M E T R A

R N U P

G N I N U K

N O T U A

O T A K U S

S A I K L

A F X A F

JAWAPAN TEKA SILANG KATA

2. Kerabu Kukus Dua Rasa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tilapia (300g) – Dibuang tulang (filet)8 biji cili padi4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 sudu teh garam2 sudu teh gula¼ sudu teh lada putihSedikit jus limau nipis

Cara Membuatnya:

i) Filet ikan dipotong pada saiz 2cm dan direbus hingga masak. Angkat dan toskan seketika.

ii) Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.

iii) Masukkan filet ikan dan gaulkan perlahan-lahan supaya filet tidak hancur.

iv) Siap untuk dihidang bersama hiasan daun ketumbar.

Selamat Mencuba!!!