kuliah graf bar mudah,kompaun pp

19
Graf Bar Bar Mudah Bar kompaun

Upload: pa3stpm

Post on 14-Jun-2015

59.975 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

Bahan kuliah graf bar mudah dan bar kompaun untuk subjek pengajian am kertas 2 bahagian D

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Graf Bar

• Bar Mudah• Bar kompaun

Page 2: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Graf Bar Mudah  Graf bar mudah boleh dilukis secara mendatar atau

menegak.  Graf bar mudah biasanya digunakan untuk

membuat perbandingan antara pemboleh ubah bagi suatu tempoh tertentu.

  Bar-bar boleh dibina secara terpisah dengan

seragam atau digabungkan antara satu sama lain 

Graf Bar Mudah

Page 3: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

  Graf bar kompaun dikenali juga sebagai graf

bar bandingan. Graf ini digunakan untuk memaparkan

sesuatu pemboleh ubah tertentu bagi satu tempoh tertentu.

Graf ini dapat menunjukkan perbandingan sesuatu pemboleh ubah secara individu dalam suatu kumpulan bar mengikut tempoh tertentu

Graf Bar Kompaun

Page 4: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Panduan Melukis Graf Bar

Graf bar mudah 1. Tentukan graf bar yang dikehendaki setelah membaca petikan yang diberi

dengan teliti.  

2. Pindahkan data ke bentuk jadual untuk memudahkan melukis grafik.

3. Lukis dua paksi, iaitu paksi mendatar

(horizontal) untuk mewakili pemboleh ubah bebas dan paksi menegak bagi menunjukkan

nilai ataupun kuantiti.

Page 5: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

4. Bar-bar yang dilukis itu hendaklah dipisahkan antara satu

sama lain dengan kadar yang sesuai dan seragam. Bar yang

pertama dan yang terakhir hendaklah dilukis terpisah

daripada garis paksi supaya kelihatan lebih jelas dan kemas.

5. Saiz atau lebar bar hendaklah sesuai; tidak terlalu kecil dan

tidak pula terlalu besar / lebar. Jarak antara bar sebaik-baiknya separuh (1/2) daripada saiz bar.

Page 6: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Bar Kompaun

1. Kaedah mendapat maklumat sama seperti graf bar mudah, terdapat perbezaan dari segi melukis.  2. Satu kelompok bar digabungkan dalam satu kumpulan semasa dilukis.  

Page 7: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

3. Walau bagaimanapun, bar-bar itu boleh dirapatkan sekiranya bar itu menggambarkan nilai-nilai pemboleh ubah dalam satu tempoh masa yang sama, misalnya untuk menunjukkan jumlah kaum tertentu di sesebuah negeri pada tahun-tahun tertentu atau yang seumpamanya.

Page 8: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

4. Skalanya juga harus sesuai supaya graf yang akan terhasil kelihatan kemas dan seimbang, iaitu tidak terlalu besar sehingga hampir memenuhi . seluruh muka surat ataupun terlalu kecil; hanya memenuhi sebahagian kecil daripada halaman.

Page 9: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

PANDUAN MEMILIH MEDIA Sekiranya soalan yang dikemukan tidak menunjukkan

dengan jelas apa graf yang sesuai seperti berikut, calon harus beri perhatian kepada key words

KABUR*sukar untuk menentukan jenis media*pelajar perlu meneliti data dalam petikan*pelajar perlu berhati-hati (salah media - 1/15 markah)

Graf apa yang perlu dilukis?

Page 10: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kemasukan pelancong ke Pulau Pinang bagi tahun 2005 hingga tahun 2008.

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan hasil pengeluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis barangan dari tahun 2002 hingga 2004.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)

 

Teknik penyoalan

Page 11: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Banding Bilangan kuantiti Tidak ditulis ‘jumlah’

Kata kunci soalan mengarah kepada media graf bar kompaun

Page 12: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Selepas membina sesuatu media, calon-calon perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media.

Antaranya :1.Tajuk yang lengkap (tempat, perkara dan tempoh )2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.3. Perlu ada skala .4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..

Penting: Pastikan!

Page 13: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Aspek yang penting:

Tajuk: mesti ada catatan 3 perkara iaitu negara, perkara, tahun

Contoh: Malaysia: Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-Bank Bagi Tahun 2003-2005

Dalam hal ini,Negara ialah Malaysia Perkara ialah Pinjaman Yang Telah Dikeluarkan Kepada Pelbagai Sektor Oleh Bank-Bank

Tahun ialah 2003-2005.Kehilangan mana-mana satu butiran di atas menyebabkan calon hilang “A”

Paksi X: mesti ada tahun/ label perkara(tahun mesti ikut susunan) Paksi Y: mesti ada label, nilai dan unit

Contoh: Jumlah Eksport Negara(RM juta) Umur(Tahun) Indeks(mata) Dalam hal ini,Label ialah Jumlah Eksport Negara/Umur/IndeksNilai ialah RM/tahun/mataUnit ialah juta/bilion/ribu

Petunjuk: bahagian petunjuk jangan turunkan tahunSebaliknya turunkan label seperti kaum, sektor, jenis perkara dan sebagainya.

Lebar dan selang bar ikut keperluan. Skala dalam unit juta / ribu

Page 14: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Terdapat 3 kaedah yg boleh digunakan dan diterima untuk teknik warna @ lorekan tersebut.

1.  Mewarna sahaja (pilihan pelbagai warna yg sesuai)

2.  Melorek pelbagai corak yg sesuai (spt garis melintang,menegak,condong@berpetak. 

Bukannya diberi nombor/huruf)

3.  Melorek corak yang sama dengan warna yang berlainan.

Teknik mewarna / melorek bar

Page 15: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)

Aspek Pemarkahan: (15 Markah)

Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah Kesuaian Teknik (KT) 4 markah Ketepatan Isi (KI) 4 markah Kejelasan (KJ) 3 markah

Pemarkahan Bhg D

Page 16: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Pemarkahan

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Page 17: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Pemarkahan

Page 18: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap: 1. Label Paksi X dan Paksi Y 2. Unit Paksi 3. Tajuk yang lengkap 4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan. 5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan. 6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf 7. Skala yang tepat 8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan

Paksi Y

Pemarkahan

Page 19: Kuliah graf bar mudah,kompaun pp

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama 2. Label paksi 3. Petunjuk 4. Skala 5. Sumber

Pemarkahan