kuiz komunikasi uum
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Kuiz Komunikasi UUM
1/4
-
8/13/2019 Kuiz Komunikasi UUM
2/4
SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB
m/s 2
Komunikasi penting di dalam perniagaan adalah sebagai elemen
pengarahan. Arahan daripada pihak atasan dalam sesebuah perniagaan
sentiasa berlaku dimana, seseorang ketua perlu memberikan arahan kepada
pekerja bawahannya supaya kerja dan tugas yang akan diberikan dapat
dilaksanakan dengan baik. Arahan yang dilakukan melalui komunikasi secara
dua hala akan dapat menjamin keberkesanan arahan yang diarahkan. Peniaga
akan mendapat pulangan keuntungan yang lebih sekiranya pekerjanya dapat
memahami dan mentafsirkan arahan yang diberikan dengan berkesan. Selain
itu, arahan yang diberikan adalah berbentuk pengeluaran memo, surat, emel
atau melalui lisan. Komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan situasi
supaya pengarahan yang dilaksanakan tidak menimbulkan rasa kurang senang
pekerja bawahannya bagi menjamin keberkesanan arahan tersebut.
Kepentingan komunikasi juga dapat dilihat dalam proses koordinasi dapat
dicapai. Matlamat utama perniagaan adalah bagi mendapatkan keuntungan
yang maksimum. Justeru, proses untuk mencapai keuntungan perlu
dikoordinasikan meliputi komponen struktur organisasi, aplikasi teknologi,
pembangunan sistem dan prosedur, pembangunan sumber manusia dan budaya
organisasi itu sendiri. Oleh yang demikian, sistem komunikasi yang berkesan
amat penting bagi menjayakan kelima-lima aspek koordinasi ini bagi menjamin
keuntungan kepada perniagaan tersebut.
Komunikasi di dalam perniagaan juga dapat membina hubungan yang erat
sesama insan baik di dalam organisasi mahupun di luar. Jaringan mesra yang
wujud diantara pekerja dan ketua serta pelanggan akan dapat meningkatkanproduktiviti serta kemahiran pekerja dalam melaksanakan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Komunikasi seharian dapat membina
perasaan mesra dan cintakan organisasi yang terbina. Proses komunikasi yang
efektif juga dapat menyampaikan maklumat serta maklumbalas pelanggan
dengan jelas, tepat dan terperinci bagi membolehkan pembaikan dalam
dilakukan pada masa akan datang.
-
8/13/2019 Kuiz Komunikasi UUM
3/4
SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB
m/s 3
Kepentingan komunikasi di dalam perniagaan juga penting supaya
seseorang pekerja bole dipercayai dan diterima di dalam organisasi. Melalui
komunikasi yang telus dan jujur diantara ahli organisasi, maka mereka akan tahu
apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka sebagai ahli
organisasi. Ahli juga dapat menyelesaikan masalah yang wujud melalui proses
komunikasi yang berkesan. Maka dengan itu, konflik, rasa tidak puas hati dan
perbalahan di dalam organisasi perniagaan dapat diatasi dengan sebaik
mungkin. Apabila wujud rasa dipercayai dan dihargai, maka pekerja akan lebih
memberikan komitmen terhadap tugas sekaligus memberikan pulangan yang
tinggi kepada perniagaan tersebut.
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa, komunikasi memainkan peranan yang besar
dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa komunikasi, manusia tidak dapat
berinteraksi sesama mereka sekaligus tidak dapat memainkan peranan masing-
masing didalam organisasi pernigaan yang diceburi. Komunikasi yang berkesan
dapat meningkatkan produktiviti serta keuntungan perniagaan sekaligus dapat
mencapai matlamatnya. Komunikasi positif perlu dipupuk dan ditambahbaik dari
semasa ke semasa agar organisasi dapat berkembang maju seiring dengan
peredaran zaman.
-
8/13/2019 Kuiz Komunikasi UUM
4/4
SCCA1013-1(b)- 194638
NGAH IZWAN BIN ALANG REJAB
m/s 4
RUJUKAN UTAMA
Modul SCCA1013 Pengantar Komunikasi. Unit Pendidikan Jarak Jauh,
Universiti Utara Malaysia: Sintok
RUJUKAN
1. Abdul Rahman Abdul Aziz. (2000). Kemahiran sosial asas. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
2. Adler, R.B., & Rodman, G. (1991). Understanding human communication.
New York: The Dryden Press, Saunders College Publishing
3. Adler, R.B., & Elmhorst, J.M. (2002). Communication at work: Principles
and practices for business and the professions. New York:
McGrawHill.
4. Argenti. (1998). Corporate communication (2nd ed.). Boston: Irwin
McGraw- Hill
5. Jamias, J. F. (1985). Komunikasi pembangunanSatu kumpulan esei.
(Terj.) Samsuddin. A. Rahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka