kuiz analitikal

1
GENERAL TEACHING METHODOLOGY EDT 5390 KUIZ ANALITIKAL NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM [G 0919346] KUIZ 1: Tingkatan 1, Bahagian Ibadat, Bab 21: Solat. SOALAN : Terdapat seorang wanita menunaikan solat hanya memakai tudung, berstokin dan berpakaian menutup aurat (berbaju kurung/berjubah/berseluar panjang). Namun, pergelangan tangannya masih terdedah (telapak dan belakang telapak tangan). Adakah perbuatan mendedahkan belakang telapak tangan ketika solat dikira sah? JAWAPAN : Solat dikira sah, kerana aurat wanita ketika solat adalah seluruh anggota badannya selain muka dan kedua-dua belah tapak tangannya termasuk belakang tapak tangan. Tetapi lebih afdal jika solat dengan pakaian lebih labuh dan sempurna. KUIZ 2 : Tingkatan 1 , Bahagian Tilawah al-Quran, Bab 7: Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan SOALAN : Tugas Muaz banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan atau makanan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, Muaz duduk semeja dengan rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam. Muaz berasa tidak sopan jika bertukar ke meja lain. Adakah berdosa bagi Muaz jika duduk semeja dengan orang yang minum arak? JAWAPAN : Tidak berdosa jika duduk semeja dengan peminum arak. Ini kerana terdapat enam golongan yang dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum. Walaubagaimanapun kita tidak digalakkan duduk semeja kerana boleh menimbulkan fitnah. Muaz juga tidak perlu bertukar ke meja lain bagi menjaga kemaslahatan bersama.

Upload: siti-harliza

Post on 14-Jul-2015

497 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

GENERAL TEACHING METHODOLOGYEDT 5390

KUIZ ANALITIKALNAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM [G 0919346]KUIZ 1: Tingkatan 1, Bahagian Ibadat, Bab 21: Solat.

SOALAN :

Terdapat seorang wanita menunaikan solat hanya memakai tudung, berstokin dan berpakaian menutup aurat (berbaju kurung/berjubah/berseluar panjang). Namun, pergelangan tangannya masih terdedah (telapak dan belakang telapak tangan). Adakah perbuatan mendedahkan belakang telapak tangan ketika solat dikira sah?

JAWAPAN :

Solat dikira sah, kerana aurat wanita ketika solat adalah seluruh anggota badannya selain muka dan kedua-dua belah tapak tangannya termasuk belakang tapak tangan. Tetapi lebih afdal jika solat dengan pakaian lebih labuh dan sempurna.

KUIZ 2 : Tingkatan 1 , Bahagian Tilawah al-Quran, Bab 7: Arak dan Judi Memusnahkan Kehidupan

SOALAN :

Tugas Muaz banyak berurusan dengan orang ramai. Biasanya selepas tugasan, ada disediakan jamuan atau makanan oleh pihak penganjur. Dalam satu majlis makan malam, Muaz duduk semeja dengan rakan bukan Islam dan mereka ditawarkan arak manakala air buah bagi yang beragama Islam. Muaz berasa tidak sopan jika bertukar ke meja lain. Adakah berdosa bagi Muaz jika duduk semeja dengan orang yang minum arak?

JAWAPAN :

Tidak berdosa jika duduk semeja dengan peminum arak. Ini kerana terdapat enam golongan yang dilaknat Allah terhadap pengharaman arak iaitu pembuat, penjual, pembawa, pembeli, pelayan dan peminum. Walaubagaimanapun kita tidak digalakkan duduk semeja kerana boleh menimbulkan fitnah. Muaz juga tidak perlu bertukar ke meja lain bagi menjaga kemaslahatan bersama.